Isnin, 19 Jun 2017

Dah lama tak muncul

Assalamualaikum semua

Harap para pelayar dan pembaca blog aku ini semua sihat walafiat hendaknya.

Sedar tak sedar sudah hampir 3 bulan aku tak sentuh blog aku ni sampai hampir berdebu jadi nyer...

Maklum lah aku sibuk dengan kerja dan kerja dan kerja..pendek kata sibuk dengan kerja la sampai aku tak layan pun hobi aku. Even balik kampung pun tak.

Sedar tak sedar juga tatkala aku menaip blog ini tinggal 5 hari sahaja lagi nak sambut 1 Syawal. Wah, buat pertama kali juga aku tak buat entry pasal bulan puasa dan hari raya. Untuk hari raya tu insya Allah akan ada lah.

Sepanjang bulan puasa ni, tak banyak perkara aku buat sebab puasa kali ini aku kena bekerja dan masih lagi ada sesi rawatan dan khidmat X-ray serta memantau pelajar pelajar pergigian yang buat kes kes berkaitan dengan X-ray.

Image may contain: 1 person
Juga kena kemas kini laporan aset dan inventory.

No automatic alt text available.
Kebetulan masa ini ada seorang trainee lecturer juga dental officer suggest kat aku untuk preview new updated Planmeca Romexis software. Maaf lah yang ni agak up-to-date dan incompatible dengan requirement PC yang sedia ada.

No automatic alt text available.
Problem never ends...redho dan sabaq aje lah..kena figure out next step.

Image may contain: phone
Buat humidity test kat tempat kerja aku..well bacaan ni agak tinggi daripada yang sepatutnya iaitu should be less than 50%

No automatic alt text available.
Ni akibat humidity atau kelembapan tinggi...lama kelamaan membiak lah kulat pada bahagian motor mesin X-ray.

No automatic alt text available.
Kemuncak kepada kerja aku ialah, aku sound kat bebudak dental students ni...ada ke lepas abes cuci filem X-ray diorang tak bersihkan tempat kerja diorang. Adeh, tak pasal habis dekat 1 jam nak cuci, sental dan kemaskan semua ni.

Maka itu lah kerja aku...apa korang ingat aku sebagai Juru X-ray ni sekadar ambil gambar X-ray korang dan serahkan gambar X-ray korang kat doktor yang merawat korang?? Oh of course no. Banyak tau benda lain aku kena buat yang adakala tak bersangkut paut pun dengan job aku. Contoh macam....

1) Jaga exam.
2) Cuci dan sapu lantai.
3) Punch hole kat segala borang X-ray dan masukkan ke dalam fail.
4) Jawab panggilan pesakit yang sepatutnya pihak doktor yang jawab walaupun doktornya ada.
5) Kekadang terpaksa review balik SOP atau prosedur yang berkaitan dengan caj bayaran walaupun ia sepatutnya dibuat oleh pihak pengurusan,

Multi tasking bukan lah multi skills...korang kena ingat tu.

Okay aktiviti lain tapi bukan berkaitan dengan kerja ye adalah seperti aku nyatakan dalam gambar ini..
Image may contain: plant and outdoor
For the first time, aku make up kan rc tank aku. hahaha..
Image may contain: tree, plant, car, outdoor and nature
Layan tank aku la...

Image may contain: outdoor
Yang ni aku capture gambar masa 1st Ramadhan. Orang lain sibuk nak berbuka, aku masih ralit dengan rc tank aku.

Image may contain: outdoor
Bila dah tak nak main, aku kumpulkan kat satu tempat buat macam diorang punya RC tanks camp.

Okay sebab bulan puasa aku nak share gambar ni pula...hehehee..

Image may contain: food
Ni aku namakan sayur campur hentam aje...masak sendiri beb. Untuk waktu sahur 1st ramadhan.

Image may contain: people eating and food
Biasa aku jarang goreng ikan tapi kali ni goreng aje la sebab dah lama tak makan ikan goreng.

Image may contain: food
Buat pertama kali aku buat sup ayam ikut resipi orang lain. Biasanya aku ikut apa yang mama aku buat. Sekali sekala beb,

Image may contain: food
Abaikan gambar kaki tu. Yang ni diambil ketika grand iftar di masjid UIA Kuantan. Kali ini diorang praktiskan buka puasa dengan makan dalam talam. Alhamdulillah kurang lah aspek pembaziran tetapi yang aku kurang senang ialah sikap segelintir students kat uia ni yang macam bikin talam ni geng dia punya. Tak nak share dengan orang lain. Mujur lah masjid UIA Kuantan ni tak ramai orang luar datang berkunjung. Kalau lah ramai yang tahu, buruk jugak reputasi masjid UIA Kuantan dan UIA Kuantan itu sendiri. Gambar yang aku ambil ni masa hari ketiga ramadhan. Alhamdulillah dapat. Masuk hari ke-4 dah full. Hari ke-5 aku dah mula fed up dengan sikap segelintir malaun ni. Lastly aku buka puasa kat masjid lain atau kat rumah aje (masak sendiri).

Image may contain: people sitting and food
Yang ni time aku berbuka puasa di sebuah masjid dekat IM5. Alhamdulillah, tak ramai sangat dan para tetamu juga friendly dan students yang datang pun pandai jaga adab.

Image may contain: food and indoor
Alhamdulillah...

Image may contain: food
Alhamdulillah jugak...


Aktiviti yang lain pula tak banyak...kecuali baca al quran (sekadar yang mampu) dan biasa lah aku pun manusia biasa..kekadang main pc game jugak haha...

No automatic alt text available.
CoC: Generals Zero Hour: Reborn Last Stand 5.

Image may contain: water
Battlefield 1942 mods

Okay lah, itu sahaja aku nak coretkan dalam entry ini...dah takde idea nak type apa lagi. Next entry insya Allah pasal hari raya. Bye...wasalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan