Jumaat, 30 Jun 2017

Raya 2017

Alhamdulillah

Kali ini dengan izin Allah dapat lah aku beraya di kampung halaman sebelah mama aku di kampung Parit Penyengat Darat, Mukim Parit Jamil di daerah Muar negeri Johor Darul Takzim.

Walaupun raya tahun ni agak kurang meriah sedikit dek kerana tiada lagi kedua atok dan nenek aku serta juga seorang bapa saudara sejak tahun 2014 lalu namun itu tidak memudarkan semangat kami semua untuk menyambut lebaran Aidilfitri pada tahun 2017 ini.

Sekali lagi alhamdulillah kerana boleh dikatakan hampir 80% saudara mara kami pulang beraya di kampung ini. Kecuali family pak long yang mana jadi lumrah mereka akan beraya di rumah mereka di Bandar Tenggara, Kulaijaya di Johor. Juga beberapa orang sepupu aku yang mana beraya di rumah mertua mereka baik dalam negeri Johor mahupun di Terengganu. Sedar tak sedar rupa rupanya ramai juga sepupu aku bernikah dengan orang negeri Terengganu. Ikut sejarah family sebelah mama, mama merupakan orang pertama di kampung ini yang bernikah dengan orang dari Terengganu. Masa tu dah jadi kebiasaan bernikah dengan kampung sebelah atau sesama kampung. Kalau jauh pun dari Melaka, bandar Johor Bharu dan Kuala Lumpur. Sekarang ni ada yang bernikah sejauh di Houston, Texas di Amerika Syarikat. Oh ya, ibu saudara aku dari Houston di Texas USA pun kali ini pulang beraya di kampung ini. Dia adik kepada mama aku.

Cerita serba ringkas sedikit pasal perjalanan pulang ke kampung:

23/6/2017:

Hari Jumaat. Ini merupakan hari terakhir Jumaat dalam bulan Ramadhan bagi tahun 1438 Hijrah atau 2017. Sedar tidak sedar tinggal esok sehari sahaja bulan puasa Ramadhan akan meninggalkan kita. Hari ini agak sedikit 'malang' kerana aku diuji dengan kesakitan iaitu aku terkena demam selsema sejak 2 hari lepas. Demam selsemanya takde lah teruk sangat tetapi sakit tekak membuatkan puasa hari hari terakhir ini agak mencabar. Al kisah sekonyong konyongnya terpaksa juga aku berbuka kerana tekak ni tak tahan pedih dan kering. Lagipun pagi tadi aku terlewat bangun bersahur. Sedar sedar aje jam sudah 6.45 pagi. Maka terpaksa lah aku meneguk air mineral, makan sedikit sebab nak kena makan ubat. Tak boleh makan ubat dengan perut kosong.[ Alhamdulillah aku sudah pun menggantikan puasa yang aku terpaksa tinggalkan sehari ini kira kira 2 hari lalu ]

 Jam 4 petang, adik perempuan bongsu aku mengambil aku dari rumah aku ke rumah dia sebab dia dalam perjalanan balik dari tempat kerja. Sebenarnya kami iaitu aku, adik aku dan ibu bapa aku dah berpakat nak balik ke kampung naik sebuah kereta sahaja. Ini kerana adik aku seorang lagi sudah balik ke Port Dickson bersama suami dan anak dia. Yang seorang lagi pula sudah pun bertolak balik ke Muar pagi tadi bersama dengan family dia. Manakala suami kepada adik aku ni pula akan bertolak ke Muar dari Kuala Lumpur sebab dia dipinjamkan ke HQ dia di Kuala Lumpur. Biasa lah kerja pegawai tinggi.

Pendek lagi cerita ni, kami bertolak dari Kuantan kira kira jam 6 petang. Sempat berbuka puasa di bandar satelit Muadzam Shah di Rompin, Pahang dan bersolat fardhu jamak qasar taqdim Maghrib-Isyak kerana masih dalam perjalanan ke Muar. Tepat jam 11 malam akhirnya kami sampai di kampung Parit Penyengat Darat. Agak lambat sedikit kerana memandu perlahan di laluan antar Segamat ke Tangkak melalui kawasan jalan berselekoh simpang siur dekat Gunung Ledang. Tak termasuk singgah kedai beli barang dan makanan.

24/6/2017:

Bangun seawal jam 5 pagi itupun sebab mama aku menyahut dari dapur. Ikutkan nak lelap lagi tapi niat dalam hati cukup lah satu hari semalam tak puasa. Hari ini hari terakhir Ramadhan, aku mesti puasa. Jadi aku pun cekalkan hati buka mata luas sikit dan gerakkan kaki dan badan menuju ke dapur untuk makan sahur. Lepas basuh muka, gosok gigi dan kumur air garam. Aku puny nafsu makan tetiba naik mendadak. Tatkala lumrah orang makan sahur awal pagi ni makan perlahan. Aku makan agak sedikit laju dan pelahap. Mana taknya, air coklat panas, nasi putih panas, kari ayam, sayur goreng, ikan masak asam pedas (my favourite sebab asam pedas Muar paling best pada aku). Selesai bersahur, aku pergi mandi dan baca al quran sedikit sambil menunggu masuk waktu solat fardhu Subuh. Selesai solat subuh, ingatkan aku nak baca al quran tapi dek kerana baca al Quran dalam keadaan baring maka perlahan lahan bacaan pun kian perlahan dan akhirnya aku terlelap.

 Sedar sedar je aku dikejutkan oleh ibu saudara aku sebab dia terkejut ada kereta Proton New Perdana warna merah datang. Bila aku lihat pemandunya keluar, oh rupa rupanya adik ipar iaitu suami kepada adik bongsu aku baru sampai dari KL. Jadi alang alang dah terbangun, aku pun buat lah apa yang patut seperti kemaskan rumah, solat sunat, baca al quran dan tolong je lah apa yang patut. Jam 12 pm tengahari panas mencanak tu aku minta izin abah aku guna kereta dia untuk pergi ke bandar Muar. Dekat 2 jam jugak la buat urusan di bandar Muar tu.

 Ringkaskan cerita masuk lah waktu berbuka puasa. Kali ini juadah berbuka super special kerana ada menu ketupat beras, sayur lodeh,kuah kacang, rendang ayam, gulai ayam, nasi putih, air jus buah buahan dan macam macam lagi. Menu banyak kerana orang yang berbuka pun ramai...Kira kira dalam 15 orang la.

Nak cerita panjang bosan la..apa kata korang tengok gambar aje. hehehe..










































Semua gambar tu aku campur aduk raya pertama,kedua dan ketiga. Malas lah pulak nak buat caption satu satu. Yang pasti kalau korang nampak muka omputih itu lah sepupu dan saudara aku yang datang dari Texas. Boleh cakap melayu tau dan tiada pelat or slang english. Mungkin berkat didikan ibu saudara aku alhamdulillah. Dia pun siap alu alukan kami ke Texas tapi bila dengar kos flight ticket dari KLIA ke Texas pergh mampu telan air liur je la. Mana taknya dalam duit ringgit malaysia RM paling kurang kena ada RM8000++ jika ambil flight ticket syarikat Etihad. Ada transit sekejap sebelum ke Texas tapi yang pasti makan minum ready served semua halal.

Dalam gambar tu juga masih ada lagi the only one moyang sebelah mama aku yang masih hidup. Aku anggarkan usia dia sudah menjangkau lebih atau dekat 100 tahun. Adik beradik dia yang lain semuanya sudah lama pergi menemui Ilahi. Begitu juga halnya dengan beberapa orang anak dia dan anak saudara dia. Kekadang hal macam ni buatkan aku hargai setiap detik hidup yang aku lalui dan tak nak sia siakan masa yang ada.

Sebut pasal menu juadah raya pula. Ermm tahun ni agak special sikit. Bukan apa, kebiasaannya hari raya pertama dan kedua biasa tetamu dihidangkan dengan makanan tradisi dan biskut atau kuih raya kan. Kali ni alhamdulillah kami juga turut dihidangkan oleh tuan rumah dengan masakan tengahari seperti nasi berlauk la. Juadah macam ni lah yang buatkan suasana raya lebih dihargai sebenarnya. Tak larat weh nak hadap ketupat, nasi himpit, lontong,soto,nasi minyak sepanjang hari. Tapi apa apa hal pun, makan dan minum sentiasa lah ikut batasnya. Jangan melampaui batas. Kalau tidak, ke hospital lah korang masuk wad.

Raya tahun ni juga agak unik sebab raya pertama family kami buat majlis tahlil. Ia dibuat bagi mengenangkan serta mendoakan arwah atok, nenek, bapa saudara, sepupu sepapat serta saudara mara kami yang lain yang sudah meninggal dunia. Kami buat majlis tahlil ni sesama saudara mara kami dan tak jemput pun orang lain.

Selain itu juga, lumrah di mana mana kampung baik di Muar, Batu Pahat, Pontian dan lain lain. Akan ada majlis marhabban. Majlis marhabban ni sebenarnya majlis berselawat beramai ramai yang dibuat oleh satu kumpulan penduduk kampung dan ia dibuat dari rumah ke rumah. Tidak setakat berselawat sahaja, turut juga didoakan kesejahteraan kepada setiap tuan rumah dan ahli keluarga mereka yang diziarahi. Aku rasa adat macam ni patut diperluaskan lagi dan dikekalkan untuk generasi akan datang. Berselawat ke atas Nabi..kan banyak pahala dapat tu. Ia dibuat secara berasingan kumpulan lelaki dan wanita. Bukan bercampur ye.


Video yang aku kepilkan itu lah majlis marhabban yang dibuat di rumah arwah atok aku. Masa tu raya ketiga jam 9.30 pagi.

Aku beraya di Muar cuma 3 hari sahaja. Pada hari raya ketiga aku sudah berkemas untuk pulang ke Kuantan. Dari Muar ke Kuantan, aku naik bas ekspress syarikat Cepat Ekspres. Walaupun nama Cepat Ekspress tapi dek kerana kesesakan luar biasa di bandar Batu Pahat dan Muar. Maka trip jam 5 petang akhirnya tiba jam 7 malam tapi alhamdulillah akhirnya selamat juga sampai di Kuantan pada jam 11.50 pm.



Itu lah pics yang sempat aku tangkap sebelum gerak balik ke Kuantan. Banyak betul memori di stesen bas bandar Maharani di Muar ni. Sejak aku kecil baby sampai la besar gedabak tak kawen kawen lagi, stesen bas bandar Maharani Muar ni dah jadi macam sebahagian hidup aku tiap kali balik ke Muar dengan bas.

Okay lah itu sahaja celoteh dan coretan entry aku kali ini. Assalamualaikum dan bai bai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan