Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 5 Mei 2014

Jalan jalan: Dari Bagan Lalang ke Zoo Taiping dan mee udang banjir.

Apa khabar semua, kali ini aku nak share pengalaman aku melawat ke Zoo Taiping. Lawatan ni aku pergi seorang diri je, al maklum lah lone ranger macam aku ni siapa nak teman kan? Lawatan ini sebenarnya dibuat pada tahun lepas pada tarikh 10 Februari 2013 pada hari ahad (time cuti weekend). Actually sehari sebelum tu pula aku menginap di Hotel Seri Malaysia di Bagan Lalang, Sepang Selangor. Biasa lah bai time tu fulus aku cukup banyak beb dan komitmen pun sangat kurang melainkan kerja hakiki dan kerja part time serta over time di waktu minggu bekerja. So apa lagi pulun lah relek kat tempat orang pulak. Sekarang ni aku terpaksa hadkan semua aktiviti travel aku dek kerana masalah kesihatan selain daripada bertambah komitmen sebab tahun ni aku bakal sambung pengajian ke USM Penang dalam ijazah sarjana Matematik. Dah tentu nak pakai duit banyak kan..huhuhu... redho dan sabor jer lah yerr..

  Aku bertolak ke HSM (Hotel Seri Malaysia) Bagan Lalang di Sepang pada petang hari Jumaat iaitu selepas habis waktu kerja aku di UIAM Kuantan ni sekitar jam 6 petang jugak lah. Sebenarnya pelan asal aku nak pergi terus ke Taiping dan berhajat nak bermalam di HSM Taiping tapi lepas aku calculate jarak perjalanan, kelajuan kereta yang aku nak drive,laluan jalan (sama ada nak ikut highway atau jalan raya persekutuan) dan ability daya ketahanan aku drive waktu malam di kawasan yang agak asing (maklum lah first time nak ke Taiping ni) serta tambah faktor elemen mistik kat kawasan tu (tak sangka aku ni pun cayer gak kat benda benda hampeh ni..hakk tuihhh betul la) jadi aku bercadang divert ke Sepang. Kalau korang nak tahu aku sebenarnya buat decision ni masa tengah memandu tau. Hahahaha....gilo kan eh? Sampai kena hon dengan drebar lori balak kat belakang tu (sebab aku ikut jalan persekutuan Kuantan-KL).


  Aku sampai di HSM Bagan Lalang pada jam 12.10 am. Sampai lewat sebab jem kat area MRR2 selepas Gombak menghala ke Ampang dan Cheras. Selain itu aku berhenti rehat, makan dan solat jamak qasar. Tapi tak pe lah kan asalkan perkara wajib selesai sudah. Dari MRR2 aku masuk ke highway PLUS di Plaza Tol Sungai Besi. Ambil tiket (masa tu tol pakai tiket kertas tapi sekarang ni pakai kad) dan sambung drive menghala ke exit Nilai. Dari Nilai aku ambil jalan menghala ke KLIA dan sampai dekat simpang traffic light KLIA pula aku teruskan perjalanan menghala ke Sungai Pelek dan seterusnya ke Bagan Lalang. Masa aku masuk ke simpang jalan menghala ke HSM Bagan Lalang,pada mulanya okay lah sebab ada kawasan perumahan sebelah kanan tapi bila makin lama aku bergerak ke dalam apa yang aku nampak ialah makin banyak estet kelapa sawit kiri dan kanan jalan. Dalam hati aku berdebar sebab risau salah jalan, tambah pula mata dan badan makin mengantuk dan penat tapi akhir sekali nampak juga lah signboard HSM Bagan Lalang.

Main entrance HSM Bagan Lalang Sepang Selangor.

Time aku pergi ni orang memang ramai weh..mujur lah aku dapat jugak satu bilik 2 katil tapi aku sorang je hahaha..

Nak tahu apa menarik kat HSM Bagan Lalang, boleh lah layari laman web HSM ini 
                                                   
                                                     http://www.serimalaysia.com.my

Masa aku check in kena bayar lebih sikit sebab hari aku check in tu dah dikira weekend days. So price check in RM 150 (jika hari biasa RM148, beza 2 ringgit je) tak termasuk deposit sebanyak RM50 (untuk 1 malam tu) tapi sebab nak check out hari Ahad so aku kena lah bayar sebanyak RM300 + RM50 deposit tapi tak kisah lah sebab memang bajet stay hotel aku antara RM300-400.



Ok hari pertama aku tak buat apa apa pun kecuali bersiar siar di sekitar HSM Bagan Lalang. Rupa rupa nya di sini ada pantai iaitu Pantai Bagan Lalang. Di sini juga terletak Sepang Gold Coast. Sambil sambil tu dah tentu lah aku capture gambar kat sini.




Sepang Gold Coast resort. Dengar cerita ada kalong kat situ,makna nye selain menginap kat resort ini boleh juga buat aktiviti memancing.


















Kalau korang nak tahu kat Pantai Bagan Lalang ni hari hari dan tiap tiap jam korang boleh lihat pesawat airliners seluruh dunia terbang rendah sebab sini lah laluan diorang mendarat ke KLIA atau berlepas dari sana.
Untuk pengetahuan anda, kesemua gambar ni dirakam pada sebelah pagi selepas aku selesai breakfast pada hari sabtu. Aku ke pantai ni kayuh basikal. DI HSM Bagan Lalang ada perkhidmatan sewa basikal dengan sewaan RM25 sahaja tapi kena hati hati la semasa memilih basikal sebab bukan semua basikal ni dalam keadaan baik. Kebetulan masa aku guna ni ada satu basikal yang elok condition nye,maksud aku tayar tak kempis,rantai tak berkarat siap disapu minyak gris lagi, handle basikal pun ketat dan alignment pun ok. Cakap pasal breakfast tadi, menu kebiasaan di HSM bagi breakfast ialah:-

1) Nasi Goreng. (usually disediakan sama ada nasi goreng kampung atau cina)
2) Roti. (bukan roti canai tapi roti buku)
3) Mee/ Kue Teow / Bihun goreng.
4) Mee sup.
5) Lempeng a.k.a pancake.
6) Marjerin dan jem nenas atau strawberry.
8) Cornflakes atau Coco crunch (usually disediakan sekali gus).
9) Susu.
10) Minuman kordial (usually orange).
11) Coffee dan tea.
12) Plain water (air masak daa...)
13) Nasi lemak.
14) Sambal bilis.
15) Telur mata / Telur dadar.
16) Timun.
17) Buah buahan seperti belimbing,tembikai susu,tembikai dan epal.

Banyak kan? so pandai pandai lah korang pilih menu apa untuk breakfast korang. Yang penting makan tu kena jaga dan kawal bukan main hentam semua.

Kalau bab lunch dan dinner pula hahaha yang ni aku nasihatkan better jangan beli kat hotel sebab makanan yang dihidangkan tu mahal dan siap ada tax lagi. Aku sarankan pergi cari kedai makan yang terletak di luar hotel. Di Bagan Lalang ni agak kurang sedikit la kedai makan kat luar tapi nak selamat atau tak nak pergi ke tempat jauh (sini kalau korang nak beli makan sebelah malam susah sikit sampai kena pergi ke pekan Sungai Pelek dalam jarak 7.5 km) better korang beli makanan kat area tepi jalan kat Pantai Bagan Lalang. Malam pun ada jual jugak tapi macam aku ni tak prefer makan sebelah malam kat luar so time petang tu aku dah beli siap siap. 
7.5 km dari HSM Bagan Lalang ke pekan Sungai Pelek.
Antara menu makanan yang ada dijual di tepi jalan kat Pantai Bagan Lalang tu ialah:-

1) Keropok keping dan lekor (yang pasti tak sama macam Terengganu punye hehehe..)
2) Pisang, Keledek,nangka goreng.
3) Seafood goreng macam ikan,sotong dan udang serta isi ketam
4) Masakan panas yang biasa.
5) Air nyo (air kelapa).

Ala..simple jer bai tapi asalkan alas perut sudah lah kan. Malam tu aku cuma habiskan masa di dalam bilik sambil tengok TV. Walaupun aku nampak ada dish satellite ASTRO tapi hampeh cuma dapat tengok beberapa channel je seperti TV1, TV2, TV3, TV9, 8TV, TV Al Hijrah, Astro Ria, Astro Prima, dan ESPN.

Ke Zoo Taiping:-

Pada pagi hari ahad aku memulakan perjalanan ke Zoo Taiping. Ikut pelan asal perjalanan sepatutnya aku bergerak jam 8 pagi tapi dek kerana bangun lambat dan serba serbi jadi lambat la. Maka aku memulakan perjalanan pada jam 9.45 pagi. Aku bertolak ke sana ikut laluan Sepang- Pantai Morib- Banting-Klang- PLUS tapi entah macam mana aku boleh sesat hingga masuk ke area Sunway hahaha.... So aku cari lah laluan ke Ipoh dan jumpa lah jalan menghala ke Plaza Tol Duta. Sampai kat situ jam sudah 11 am dan aku teruskan pemanduan hingga sampai ke exit Taiping pada jam 4 petang. Lambat satu jam sebab aku berehat hampir sejam di R&R Rawang.

Sepatutnya ikut laluan macam ni lah. tapi ralit punya pasal,entah macam mana boleh masuk ke Sunway.

Nice scratched...gara gara terkena batu kecil dari sebuah lori.


Memasuki bandar Taiping.

Sampai di Zoo Taiping, aku pergi lah ke kaunter. Yang menarik pasal receptionist di kaunter ni ialah selepas kita buat bayaran,dia akan tanya kita datang dari mana. Pada mulanya aku fikir receptionist ni orangnya friendly tapi bila aku dengar receptionist sebelahnya pun tanya soalan sama so aku fikir mungkin ada kaitan dengan SOP (Standard Operating Procedure) mereka dan mungkin juga akan include dalam rekod statistik mereka. Lupa pula nak sebut berapa harga bayaran, harga fee masuk ialah RM 16 bagi dewasa dan RM 8 bagi kanak kanak. Manakala kalau nak pi Night Safari pula bayaran RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak kanak. Nak tahu lebih lanjut sila layari website ini:-



Okay lah bak kata pepatah  "Gambar menggambarkan seribu satu macam cerita". Oleh itu aku sertakan kesemua gambar yang aku sudah ambil sepanjang lawatan aku ke sana.



























































































































Semua gambar ni aku tangkap semasa aku berjalan sekitar zoo Taiping ini lah. Perghh letih beb..aku kira kira ada la dalam satu jam lebih jugak ke hulu ke hilir campur dengan time ambil gambar lagi. So nak jadikan cerita ada sebuah tram lalu sebelah aku. So apa lagi aku guna la peluang naik tram. Lagipun tram ni percuma sebab ia dah include sekali semasa kita bayar kat kaunter tadi. Disebabkan masa aku naik tram tu agak bergegar so the best way daripada shooting photographs,aku guna peluang untuk buat video recording. Jadi jom lah dan sudi sudi lah tengok video aku ni...it is just recording only.



So lagi lively kan? Tak perlu aku nak cerita panjang panjang sebab abang driver tram tu dah tolong ceritakan untuk aku dan pengunjung pengunjung yang lain sekali. Hahaha....

Pada jam 6.30 petang, aku selesai travel ke seluruh kawasan di Zoo Taiping. Jika aku diberi peluang untuk buat rating 1-5 stars,akan aku letak kan rate 4-5 stars. Jika satisfactory level 1-10 (worst to excellent) aku pilih level 9-10.

Very good maa..excellent.

Selepas habis aktiviti di Zoo Taiping, aku bergerak ke Kuala Sepetang. Puncanya nak merasa mee udang banjir di sini. hehehe....




Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang memang tip top. Udang nye besar dan harga pula berpatutan dalam RM10. Pada aku munasabah lah sebab aku order mee udang banjir besar punya. Tapi yang lagi besar ada tau tapi aku dah lupa berapa harga dia mungkin dalam RM12 macam tu lah. Selain besar atau kecil udang tu,bilangan udang pun menentukan faktor harga mee udang banjir itu. Bagi yang tak suka makan mee,jangan risau nasi goreng dan masakan panas lain pun ada dan nak campur udang pun boleh. Hehehe...

p/s: gambar di warung mak teh mee udang banjir ni aku guna kamera henpon aku sebab bateri kamera DSLR compact aku sudah kehabisan bateri dong...sebab tu la nampak blurred sikit.

Bila aku tengok map ni rasa pelik sikit sebab sepatutnya ia terletak agak jauh dari kawasan bandar. Seingat aku lah,ada laluan menghala ke Kuala Sepetang dan kiri kanan jalan tu ada banyak kebun pokok kelapa.

Okay lah guys,ini sahaja catitan entry aku pada kali ni. Next time cerita benda lain pula. Okay wasalam and good bye. See you on next entry.

Tiada ulasan: