Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 12 Mei 2014

Jogging: Bukit Besar, Kuala Terengganu.


Apa khabar semua, sejak akhir akhir ni aku sering post share video dari youtube. Aku pun tak tahu la kenapa suka bebenor buat perkara macam tu. Tapi itu lah yang akan aku buat jika aku lost idea nak taip entry baru.

 Okay kali ni aku nak sentuh pasal tempat yang sering menjadi 'port' aku untuk bersantai dan beriadah tiap kali pulang ke hometown aku di Seberang Takir, Kuala Terengganu ni iaitu Bukit Besar

Mungkin ada yang bertanya kenapa tak nak cerita pasal Masjid Kristal ke, Muzium Losong ke, Pulau Redang ke dan tempat tempat lain yang kira famous la dan sering masuk TV. Well guys, tempat macam tu dah ramai blogger dan vlogger sentuh so aku nak kurengkan sikit cerita tempat tu. In fact dalam tv pun banyak kan? However insya Allah ada masa jika aku ke sana (walhal memang aku dah gi pun) akan aku buat entry pasal tu pula ye.


Bukit Besar:-

Untuk pengetahuan Bukit Besar ni merupakan kawasan tanah tinggi yang dikira paling tinggi lah di daerah Kuala Terengganu (anggaran 700-800 meter dari aras laut). Zaman dulu kala daerah Kuala Terengganu memang mempunyai banyak kawasan bukit dan tanah tinggi. Sebab itu lah jika anda ke sini, anda akan biasa terjumpa signboard yang ada perkataan 'Gong'. Gong itu bermaksud tanah tinggi dan di Kuala Terengganu ni banyak tempat yang bernama Gong berbanding daerah lain. Contohnya ialah Gong Badak, Gong Tok Nasek, dan macam macam lagi. Bukit pula merujuk kawasan bukit la yang mana lebih tinggi daripada gong.

 Disebabkan perubahan masa dan arus kemodenan yang melanda, ada beberapa buah bukit yang kini tinggal nama sahaja. Contoh paling ketara ialah Bukit Tok Beng di Seberang Takir sebab asalnya sini bukit tapi sebab kerja penarahan dan pengambilan batu dan tanah mengakibatkan ia kini jadi landai (tanah rata).

 Bukit Besar ni pula rasanya kekal tak berubah dari dulu hingga kini. Yang bertambahnya ialah menara pemancar telekomunikasi hehehe.. untuk pengetahuan anda semua yang belum menjejak kaki ke Kuala Terengganu. Bukit Besar merupakan tempat di mana segala pemancar telekomunikasi ditempatkan. Kepada sesiapa yang masih lagi tengok tv guna antenna biasa, anda masih boleh dapat coverage sehingga 50-70 km bergantung kepada kedudukan geografi dan cara pasang antenna tv. Selain itu faktor yang menyebabkan Bukit Besar ni dikenali ramai ialah adanya papan tanda besar ALLAH PELIHARAKAN LAH TERENGGANU.

time aku berjoging sebelah petang.



gambaran penuh. (yang ni copied pic)
Bukit Besar ini juga menjadi daya tarikan kepada ramai warga Kuala Terengganu untuk beriadah. Kenapa? Well sebenarnya tiada apa pun di atas bukit sini tetapi aku rasa kerana pemandangan dari atas sini cukup cantik dan udara pun segar sikit lah tapi takde lah sesejuk mana seperti Cameron dan Genting Highlands. Pemandangan paling cantik tatkala kita pergi berjoging pada awal pagi di mana kita dapat melihat matahari terbit dari ufuk timur. Manakala sebelah senja pula matahari terbenam di ufuk barat. Barangkali itu lah daya penarik nya.

Bercakap tentang laluan bukit ni, sebenarnya anda tak perlu risau kerana ia laluan jalan tar. So tak perlu la nak bawa tali,tukul,dan macam macam lagi seperti nak mendaki bukit. Cuma guna je laluan yang sudah disediakan. Jangan terkejut jika ada sesetengah pengunjung sanggup menunggang basikal hingga ke puncak! Hahaha aku pun tak sanggup. Disebabkan jalan tar ini tak berapa lebar dan terdapat kenderaan pacuan 4 roda milik pengurusan pejabat pemancar telekomunikasi,maka disarankan anda berhati hati lah semasa mendaki mahupun menuruni bukit.

Berikut aku kongsikan gambar gambar yang aku rakam semasa beriadah di Bukit Besar,Kuala Terengganu pada Mac, April dan May tahun 2013.

Jam 5 petang di kaki Bukit Besar.

Masa aku nak naik ni,sudah ada yang khatam hingga ke puncak.


Motor pun nak parking sampai sini gak ke?


Jika anda mahukan laluan mencabar,boleh lah guna denai ini. Namun risiko keselamatan terletak pada diri anda sendiri.

Mentari memancar terik.











selfie guna bayang sendiri je hahaha...






Pemandangan ni menghala ke arah barat laut,boleh nampak Sungai Terengganu yang mengalir dari arah Kuala Berang dan Kenyir.

Masih ada saki baki sawah bendang.





Subhanallah.





cik meow pun ader jugak.








Bangunan tu ialah Sekolah Pusat Bukit Besar. sebab combine sekolah rendah dan menengah.



ada 4 pemancar sebenarnya.




Dari sini boleh nampak Masjid Kristal dan Sungai Terengganu

Kesan runtuhan yang ditutupi kanvas.


Bangunan dalam proses construction tu ialah projek PPRT di Kuala Terengganu.

Jalan besar ni menghala ke Manir dan Kuala Nerus. Zaman dulu kala orang dari sana kalau nak ke bandar Kuala Terengganu ikut jalan darat kena lalu kat sini lah. kalau nak cepat naik bot penambang.


Kesan runtuhan yang sudah disimen. Untuk pengetahuan time ni ialah kali ketiga aku ke Bukit Besar ni




Tatkala mentari dilitupi awan nano..hahaha bermadah lah sangat.



rupa hutan Bukit Besar.




Korang tengok,sanggup nak berkayuh basikal hingga ke puncak.

semangat bro..keep it up.

cik adik ni next time cover lah betis awak tu ye.





Yang ni pemandangan di waktu pagi. Kali ke-4 aku mari ke sini.



Gabungan struktur buatan manusia dan struktur ciptaan Tuhan. Ternyata hanya Allah Yang Maha Hebat.





So amacam? Harap gambar gambar semua ni dapat menarik rasa minat anda untuk berjoging ke sini. In fact anda tak perlu berjoging pun,sekadar berjalan kaki sudah memadai.

Okay,lupa nak beritahu. Sedikit peringatan dan pemberitahuan juga ye. Dalam banyak banyak gambar tadi,ada salah satu daripadanya aku caption denai kan? Anyway sebenarnya korang tak berapa digalakkan menggunakan denai itu kerana beberapa tahun lalu even lama sebelum tu sudah ada kes pengunjung yang sesat kerana melalui laluan itu. Ya memang betul,ada yang sesat walaupun jika dilihat lokasi Bukit Besar ini sekelilingnya ialah kawasan penempatan manusia dan bandar. Ikut logik jika sesat sekalipun memang boleh keluar jugak lah kan? Tapi itu lah yang pernah terjadi. Puncanya??

 Puncanya tak lain tak bukan ialah kerana cakap besar dan nak tunjuk berani dan hebat. Untuk makluman korang semua la, di Bukit Besar ni sebenarnya ada 'penunggu' dia. Jadi jika korang nak lalu kawasan denai tu sila lah tetapi jangan sesekali ceroboh tempat 'dia'. Bukan nak kata tahyul atau mengarut, orang orang tua yang masih hidup dan telah lama menetap di sekitar kawasan Bukit Besar terutama Pasir Panjang (sebab dekat sangat dengan Bukit Besar) tahu kisah sebenarnya. Tapi aku tak nak share lah apa kisah tu. Yang tu korang pandai pandai la dig in sendiri ye.huhuhu...

Ada haiwan liar tak? Jawapannya ialah ada tapi kecil punya lah seperti monyet, ular, musang dan tikus hutan. Kucing dan anjing pun ada jugak kat sini. Masa aku kecil dulu sekitar tahun 1995-1996 (time tu aku dan abah aku kerap ke sini) pernah ternampak kelibat kerbau liar yang berkeliaran di sekitar kaki Bukit Besar di bahagian belakang kaki bukit. Pics yang ada dalam ni semuanya kat bahagian depan Bukit Besar.

Okay lah setakat ini sahaja entry aku,jangan risau akan ada lagi entry yang lain pasal hometown aku ni. See you on next entry and next time..adioss... wasalam

Tiada ulasan: