Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 Mei 2014

Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kuala Ibai.

File:Basmala.svg


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Harap semoga anda semua sihat walafiat ketika ini ye..

Okay lah, entry aku pada hari ini menyentuh tentang salah satu tempat yang menjadi kegemaran untuk aku pergi setiap kali balik ke hometown di Kuala Terengganu ni. Jika pada entry sebelum ni aku ada cover pasal Bukit Besar, pada kali ini pula aku akan cover pasal Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kuala Ibai.

Masjid Tengku Tengah Zaharah?? 


Mungkin rasa janggal sedikit kan bila sebut nama masjid tu tapi jika aku sebut Masjid Terapung Kuala Terengganu mesti semua orang tahu hahaha...
hehehe...

Sebelum aku taip lebih lanjut, biar lah aku tunjuk gambar masjid terapung tu macam mana ye.. mana lah tahu kot ada di kalangan korang ni yang tak pernah ambil port pasal tempat menarik di Malaysia khususnya di Terengganu dan tak pernah melancong langsung kan?

Masjid Tengku Tengah Zaharah a.k.a Masjid Terapung

Eh jap jap...ada lagi.









Maaf jika ada beberapa gambar tu kurang elok kerana ada line elektrik hehehe...

Okay sebelum nak cerita apa yang menarik pasal Masjid Terapung ni, apa kata kita telusuri secara ringkas asal usul sejarah pembinaan masjid ini.

 Masjid ini direka oleh seorang arkitek terkenal yang merupakan anak jati negeri Terengganu dan juga merupakan kerabat diraja Terengganu iaitu Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Projek ini dimulakan pada September 1991 dan siap sepenuhnya pada Januari 1994 dengan kos pada masa itu RM6.997 juta. Proses pembinaan projek ini pula dilakukan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Seni bina masjid ini merupakan gabungan seni bina Islam dari timur tengah dan tempatan. Berkeluasan kira kira 1372 meter persegi, ia mampu memuatkan seramai 1000 orang jemaah pada satu satu masa. Kawasan solat pula terbahagi kepada dua iaitu jemaah lelaki di tingkat bawah manakala jemaah perempuan pula di tingkat atas. Kenapa ia dinamakan Masjid Tengku Tengah Zaharah? Ia dinamakan sebegitu sempena nama bonda kepada Al Marhum Sultan Terengganu pada masa itu Tuanku Intan Zaharah Binti Al Marhum Tuanku Setia Raja. Ia dirasmikan oleh Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Syah iaitu Sultan Terengganu pada masa itu lah. Walaubagaimanapun disebabkan kedudukan masjid ini seolah olah terapung di atas air menyebabkan orang Kuala Terengganu lebih suka memanggil masjid ini sebagai masjid terapung.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh lah layari laman web ini:-




Untuk pengetahuan anda, kawasan masjid terapung ini asalnya merupakan kawasan tebing sungai dan terdapat hutan paya di sekitarnya. Semasa kerja pembinaan dilakukan, kawasan ini turut ditebus guna menyebabkan wujudnya kawasan lagoon yang mengelilingi masjid ini. Air yang ada di lagoon ini pula datang daripada Sungai Ibai yang terletak di sebelah masjid ini. Selain itu ia juga turut membentuk landskap kawasan taman rekreasi dan terkini (walaupun dah lama sebenarnya) wujud pula kawasan hotel dan pusat aktiviti berkuda dan boling.

Sebuah hotel yang terletak di sebelah Masjid Terapung.

Lagoon di depan hotel ini pula sebenarnya merupakan pusat aktiviti sukan air dimana terdapat aktiviti kayak dan lumba bot dibuat di sini.
Mungkin ada tertanya apa nama hotel itu ye? Hotel itu ialah Hotel PrinzPark. Ia terletak di Kuala Ibai bersebelahan kawasan Masjid Terapung dan berada di dalam kawasan TER (Terengganu Equesterian Resort). Untuk maklumat lebih lanjut sila lah layari link yang disediakan di bawah ini.

                                                         https://www.facebook.com/Prinzpark

Oh sebelum aku terlupa,aku sertakan sekali lokasi map masjid terapung dan hotel Prinzpark ini lah, mana tahu kot nanti ada bajet dan masa boleh lah korang datang dan bermalam di sini jika melawat ke Kuala Terengganu.

crop,copy and paste daripada Google Maps.
Bercakap pasal pengalaman aku dan masjid Terapung ni, well sudah tentu banyak. Sebab masjid terapung ini lah merupakan salah satu masjid kegemaran aku untuk bersolat,baca Al quran dan dengar kuliah serta tazkirah. Bukan lah nak kata yang masjid atau surau lain takde buat perkara macam tu, ada. Cuma hati aku lebih tertarik untuk lebih berkunjung ke masjid ini. Aku percaya suasana persekitaran masjid ini juga turut menarik hati aku untuk ke sini. Kenapa? Well sila lah tengok gambar gambar yang aku sertakan di bawah.















Lagoon Masjid Terapung. Besar tau.


Di atas unit kawalan terusan air Sungai Ibai.

Sungai Ibai

Terusan khas dibina untuk membawa air dari Sungai Ibai masuk ke lagoon Masjid Terapung.


Ini lah Sungai Ibai.






Tadi aku ada paste gambar ikan kan? Haha untuk pengetahuan anda dilarang sama sekali memancing ikan di kawasan lagoon Masjid Terapung. Sebab ia arahan pihak masjid dan pihak berkuasa kerajaan negeri. Walaubagaimanapun jika korang gatal tangan nak memancing ikan jugak, jangan risau ada tempat yang sesuai untuk hobi korang tu iaitu di Sungai Ibai yang terletak sebelah Masjid Terapung ni je (dalam gambar tadi pun aku dah caption kan?)




Jambatan Kuala Ibai dari jauh.




Korang tengok sampai pakcik pun siap menjala ikan lagi kat Sungai Ibai ni, jadi sepatutnya takde masalah lah bagi mereka yang suka memancing ikan untuk datang ke sini. Bahkan lagi bagus sebenarnya sebab sambil korang layan hobi tu, korang boleh jugak dengar tazkirah atau/dan kuliah agama terutama pada hari Jumaat. Kalau hari Sabtu pula korang boleh dengar aktiviti kursus jemaah haji yang dibuat di Masjid Terapung. Di samping tu dapat juga bersolat berjemaah di masjid kan? Pahala besar tau...tak nak pahala besar ke? Cuma masalah korang pemancing ikan ni kadang kala sebab duk tunggu umpan mengena tu la kadang kala sampai solat pun lambat. So please be punctual when time for performing solat comes.

Sebelum tu aku suka untuk memperingatkan tentang beberapa kes mati lemas yang berlaku di Sungai Ibai ini. Anda sebenarnya tak berapa digalakkan untuk mandi,berenang,menjala hatta meredah sungai baik semasa waktu air surut mahupun pasang. Pernah berlaku satu kes dimana seorang pengunjung yang ingin meredah sungai ke seberang semasa waktu air surut tiba tiba kaki tersangkut pada celah batu di dasar sungai. Semasa dia berusaha untuk mengeluarkan kaki dia dari celahan itu, air sungai naik (waktu pasang) secara tiba tiba. Mangsa sempat diselamatkan oleh orang ramai yang ada di tempat kejadian. Selain itu terdapat juga kes di mana ada pengunjung kena 'sedut', maksud aku ada kes mangsa pasir jerlus di sini. Jadi berhati hati semasa berjalan di kawasan sungai ini semasa waktu air surut. Bukan semua kawasan Sungai Ibai ini selamat tau.

Jika anda bukan seorang yang gemar memancing tapi suka bersantai,relek relek dan suka kan pantai. Jangan risau Kuala Ibai dan Masjid Terapung ini juga sebenarnya terletak dekat dengan pantai Kuala Ibai. Jadi jika anda suka mandi manda di pantai dan sungai pada waktu yang sama, rasanya kawasan ini adalah port terbaik untuk anda ye.












siap ada kawasan soccer beach lagi.


















Oh lupa, sebenarnya ketika aku berjalan di kawasan pantai Kuala Ibai ni. Aku teringat semasa aku masih dalam sekolah rendah dulu (sekitar tahun 1992-1997), di pantai ini dulu kita boleh melihat banyak bangkai kapal terdampar di sepanjang pantai Kuala Ibai dan menganjur hingga ke Cendering. Aku pun tak pasti kapal apa namun daripada segi rupa dan bentuk ia kelihatan seperti kapal nelayan. Tapi sekarang ni semua tu dah takde. Pernah berlaku juga di mana ada mangsa mati lemas dari pantai tempat lain contoh macam mangsa lemas di Pantai Tok Jembal, Pantai Teluk Ketapang dan / atau lemas dari tengah Laut China Selatan kebiasaan akan terdampar di sini juga atau sejauh pantai di daerah Dungun. Kuatkan arus ombak di sini?

 Bila korang jalan jalan kat satu kawasan mesti lah rasa lapar dan dahaga kan? Okay itu pun korang jangan risau sebab di sekitar Masjid Terapung dan Kuala Ibai terdapat banyak kedai makan, restoran seafood dan kedai keropok. Belum campur lagi peniaga warung tepi jalan. Jadi memang takde masalah besar lah kalau bab makan dan minum ni.

 Di sini aku nak ambil kesempatan nak share satu perkara yang agak misteri la tapi aku tak pasti kesahihan sama ada betul atau tidak. Apakah perkara misteri itu?

Misteri Buaya Putih (pic ni aku copy daripada satu blog hehe..)
Haha..tapi jangan lah sampai korang terperanjat dan takut. Kan aku dah kata tak pasti sama ada betul atau tak. Kenapa? Begini cerita nye..
 
cerita ni aku dengar semasa aku bersekolah form 2 di SMK Panji Alam Kuala Terengganu. Cerita ni pun sebenarnya di pass kan dari mulut ke mulut oleh budak sekolah lain (masa tu tak silap aku yang mulakan cerita ni budak SMK Sultan Sulaiman tapi aku tak pasti jika mereka juga dapat sumber daripada orang lain). Kisahnya berlaku semasa ada sekumpulan pelajar sekolah menengah buat aktiviti kayak di jeti Sungai Ibai ni lah. Semasa aktiviti berkayak takde apa apa masalah pun. Semua berjalan lancar hingga lah habis sesi aktiviti. Selesai aktiviti semua berkemas pulang balik dengan bas. Semasa bas melalui jambatan Kuala Ibai ni salah seorang daripada peserta tertengok ke arah Sungai Ibai dan dia nampak kelibat buaya putih sedang berenang di permukaan sungai. Dia pun hebohkan lah kat kawan kawan dia. Maka daripada situ lah cerita tu tersebar ke merata sekolah. Bukan kitorang aje budak budak sekolah layan cerita tu,sampai kat Pengetua sekolah dan cikgu cikgu pun sibuk jugak sembang pasal perkara tu hehehe...
 Manakala kisah sebenar pasal buaya putih di Kuala Ibai ni sampai la ni aku tak tahu apa status kebenaran dan kesahihannya. Walaupun ada sesetengah local dan warga tua di sini kata memang ada buaya putih tu. Well only Allah is The Knowest.

Okay lah aku rasa setakat ini sahaja,catitan aku dalam entry ini. Maaf banyok deh, takde idea lagi nak taip. Hehehe... Okay see you on next entry on next time, Wasalam bai bai....

Tiada ulasan: