Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 15 Mei 2014

Jalan jalan: Zoo Melaka.



Apa khabar semua. Kali ini aku nak buat entry pasal pengalaman aku berjalan jalan di Zoo Melaka. Anyway untuk makluman, lawatan aku ke Zoo Melaka ni sebenarnya entah kali ke berapa. Kali pertama aku melawat ke Zoo Melaka ialah pada tahun 1996 (masa tu aku berumur 11 tahun) bersama dengan famili aku. Kali kedua pula tahun 2000 (form 3) ikut rombongan sekolah selepas habis exam PMR. Manakala kali ketiga pada tahun 2012 dan ke-4 pula pada Disember 2013. Namun gambar gambar yang aku paste kan nanti semuanya pada tahun 2012 dan apa yang aku nak cerita ni pun pada tahun 2012 hehehe...sorry ye.

malu pulok...hehehe

Okay kisah nak ke Zoo Melaka pun bermula.

Pelan aku nak berjalan jalan ke Zoo Melaka ni pun sebenarnya by accidentally (secara tak sengaja). Pelan asal aku masa tu sekadar nak lepak kat Kuantan tapi mari rasa bosan pulak. Pada pagi sabtu 28/4/2012 tu aktiviti aku lebih kepada kemas rumah, cycling around kawasan Indera Mahkota dan breakfast. Pada sebelah petang pula baru lah aku berkemas nak ke Melaka. Aku bertolak ke Melaka dari Kuantan pada sekitar jam 3 petang dan sampai di Melaka kat Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh dekat jam 9.30 malam jugak la. Ikutkan pelan asal aku nak stay bermalam di Muar tapi fikir balik rasa malas lah pulak nak drive keesokkannya ke sini so alang alang tu aku pun terus lah ke Ayer Keroh.

Pandangan depan Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, Melaka.

Ini rupa dalaman Bilik Standard

Ini rupa dalaman Bilik family.

Oh lupa nak beritahu berapa harga penginapan, harga penginapan satu malam ialah RM230. Perghh mahal beb pada aku la tapi sebab aku tiada pilihan lain nak cari hotel bajet di sekitar Ayer Keroh maka terpaksa lah ambil jugak. Lagipun hanya tinggal satu bilik sahaja bagi standard room. Kalau family rooms dah fully booked. Harga itu termasuk sekali tax yang dikenakan dan sudah tentu cover sekali breakfast pada keesokan pagi nanti.

Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik Standard ni ialah:-

1) Air-conditioner.
2) Work desk.
3) Cable TV.
4) Coffee/Tea maker.
5) Electrical kettle.
6) Mini refrigerator.
7) Toilet and bath area.
8) Set of instant noodles (tak sangka diorang sediakan jugak? mostly maggi cup).

Manakala kemudahan fasiliti di Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, Melaka pula ialah:-

1) Swimming pool.
2) Billiard.
3) Jonker cafe.
4) Perkhidmatan sewa kereta.
5) Conference room.
6) Surau.
7) Laundry.
8) Store room.

Alahai dah jadi macam promoter hotel lah pulak aku ni hohoho...Okay lah nak maklumat lebih lanjut dan terperinci boleh lah anda semua layari laman web Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh ni. Bahkan jika korang nak ke Melaka sat lagi dan nak buat early reservation pun boleh buat kat website tu.


Lupa nak mention satu perkara yang penting,ikutkan aku tak nak mention tapi terpaksa beritahu jugak kebenarannya..di sini coverage Wifi kurang sikit. Maksud aku jika korang nak layan internet korang kena buat kat area lobi la. Kalau kat bilik tak kuat sangat line dia,cuma 1 bar sahaja. Setakat nak layan facebook, twitter, blog dan lain lain boleh lah tapi nak upload gambar,video dan nak view video memang lambat. Tapi jangan risau sebab di sini line broadband internet agak kuat. Tak kira lah korang pakai Maxis, Digi, Celcom, U-Mobile dan apa je lah memang kuat. Cuma kena make sure bagi yang guna prepaid internet tu kena top up banyak sikit. Hehehe...

Make sure bagi prepaid users top up dulu. Bagi postpaid no hal lah kot huhu..

Satu perkara lagi, receptionist Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh ni perghh suka bebenor pakai kebaya ketat. tak kira lah free hair atau bertudung.. Ermm harap next time pihak pengurusan HSM Ayer Keroh tu review code of ethics on dress code staff. Mana lah tahu kot ada di kalangan mereka ni sebenarnya rasa tak selesa kan.

Sebelum aku lupa,berikut aku paste kan kat sini imej google map dari kawasan perumahan aku (dulu kat Indera Mahkota 2) ke Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh ni. Ada tiga laluan nak ke sini.

Dari IM2 - Jalan Gambang-Muadzam Shah-Bahau-Gemas-Tampin-Alor Gajah-Ayer Keroh.

Dari IM2- LPT Kuantan-Karak-KL-PLUS Sungai Besi- PLUS Ayer Keroh.

Dari IM2-Jalan Gambang-Muadzam Shah-Segamat-Jasin-Ayer Keroh.
Aku prefer yang no. 3 sebab itu lah laluan yang sering aku guna walaupun agak jauh sedikit berbanding ikut laluan pertama. Namun kena berhati hati lah sebab laluan yang aku guna tu segala jenis macam lori conquer tau. Bukan setakat lori,kadang kala terserempak dengan pasukan kereta kebal dan kereta perisai yang buat latihan sekitar kawasan Segamat.

copied pic dari tayargolek.com 

lori treler (copied pic kemalanganjalanraya.blogspot.com)

normally jika bertuah lah korang akan terserempak dengan group kereta perisai semasa ikut laluan Muadzam Shah - Segamat - Gemas.

Kadang kala ini juga yang korang akan tersermpak PT91M MBT.

Okay kita balik kepada cerita nak pi ke zoo ni. Esok pada hari Ahad (29/4/2012),aku banguna tidur agak awal sedikit sekitar jam 5 pagi. Azan subuh pun belum masuk lagi. Jadi aku habiskan masa aku dengan buat exercise ringan dan semi berat seperti lari setempat, lompat skipping, tekan tubi dan bangkit tubi. Masuk je azan subuh,aku mandi dan tunaikan solat. Kemudian pada jam 6.30 pagi,aku habiskan masa dengan berjoging di kawasan padang Dataran Pahlawan Ayer Keroh dekat dengan Zoo Melaka.

time ni sudah jam 8 pagi check kereta kejap sebelum turun ke Jonker cafe untuk breakfast.

Ini lah Padang Dataran Pahlawan Ayer Keroh.

Selesai berjoging dalam jam 7.45 pagi, aku kembali semula ke bilik aku dan sekali lagi mandi dan berehat. Pada jam 8 pagi aku pergi lah bersarapan di Jonker cafe HSM Ayer Keroh ni la.

Pergghhh macam macam juadah ada beb.
Perghh geleng jugak kepala aku bila melihat timbunan pelbagai jenis macam menu sarapan di Jonker cafe ni,aku sendiri tak tahu nak start mana satu dulu sebab semuanya nampak sedap. Berikut menu sarapan yang aku masih ingat lagi la. Memang berbeza berbanding HSM cawangan lain yang aku pernah pergi.

1) Nasi goreng kampung / cina .
2) Mee / bihun / kuey toew goreng.
3) Bijirin cornflakes, coco crunch dan honey star.
4) Roti.
5) Pancakes with honey or chocolate coated.
6) Malay pancakes (lempeng la).
7) Peanut butter,strawberry and honey jem, and planta.
8) Pelbagai buah buah seperti tembikai, nenas (pagi pagi pun hidang nenas?), belimbing, tembikai susu dan epal.
9) Pelbagai jenis salad.
10) Nasi lemak,sambal bilis,telur rebus dan timun (kira full set nasi lemak la kan).
11) Pelbagai jenis kek kosong.
12) Sup kosong.
13) Mee sup / kari.
14) Susu.
15) Jus kordial buah usually oren la.
16) Air suam.

Memang banyak tetapi kena ingat breakfast memang penting dan pengambilannya mesti memenuhi kesemua gizi seimbang (cewah..macam pakar pemakanan lah pulak) namun jangan tamak dan ambil banyak. Tak baik,dosa tau.

Selepas itu,aku tak terus ke Zoo Melaka,aku balik ke bilik aku dulu untuk berehat dan menonton TV. Kira kira jam 12 tengah hari baru lah aku berkemas dan check out. Bermula lah pengembaraan aku ke Zoo Melaka hehehe...

Jarak dari HSM Ayer Keroh ke Zoo Melaka sangat lah dekat tak sampai 2 minit drive kereta pun hahaha...ye lah sebab HSM Ayer Keroh ni bersebelahan dengan Zoo Melaka. Okay sampai je aku kat gate entrance Zoo Melaka,mak aihhh punya la ramai umat manusia ke sini. Kebetulan pula time tu kan weekend mesti lah ramai orang ke sini. So aku pun usaha lah untuk mencari lokasi parking yang sesuai. Semua penuh melainkan kena parking kat kawasan joging tadi lah. Erm terpaksa lah walaupun mentari panas terik memancar.



Okay macam biasa bila kita masuk ke zoo mesti lah kena beli tiket kan? Okay, harga tiket masuk ke Zoo Melaka ini ialah:-

1) Dewasa: Rm15.
2) Kanak kanak: Rm 6.
3) Warga tua: Rm 6.
4) Pelancong / warga asing dewasa: Rm 20 sekali dengan sebotol air mineral.
5) Pelancong / warga asing kanak kanak: Rm 15 sekali dengan sebotol air mineral.
6) Kanak kanak bawah 3 tahun: free of charge.
7) Berkumpulan sama ada korporat, organisasi, sekolah dan sebagainya kena lah hubungi pihak pengurusan Zoo Melaka.

Waktu operasi Zoo Melaka ini ialah daripada jam 9.00 pagi - 6.00 petang (sebelah siang) manakala untuk Night Safari pula (ada jugak tau) 8.00 malam - 11.00 malam. Walaubagaimanapun untuk Night Safari tu sebenarnya hanya dibuka pada hari Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah. So bukan setiap malam lah ye.

Untuk maklumat lebih lanjut sila lah layari laman web ini http://www.melakazoo.com.
Pintu gerbang Zoo Melaka.
Batu tanda perasmian Zoo Melaka.
Kaunter tiket dan masuk Zoo Melaka.
Mula mula aku fikir nak guna tram tapi last last aku ubah pendirian sebab tak berapa mencabar lah kan masuk masuk je terus guna tram. So aku decide berjalan kaki je lah. Lagipun sebelum tu aku sudah beli 2 botol air mineral dan untuk selamat aku tak beli makanan sebab risau jugak jika ada monyet dan kera yang terlepas dan target kat pengunjung yang ada bawa makanan huhuhu....

Okay kawasan pertama yang aku lalui ialah kawasan burung dan diikuti oleh haiwan reptilia,mamalia,burung dan akuatik. Ala...senang senang kita short kan cerita, sila lah tengok gambar gambar yang aku paste kan ni.


Blue and Gold macaw. tapi aku panggil burung kakak tua je hehe..




Galeri Zoologi. ada pameran berkaitan haiwan zoo secara teori dan ilmiah di dalamnya.

Ini salah satu gambar di dalam Galeri Zoologi.




Kuda padi. Kuda paling kecil dalam sejarah kuda dan ia sebenarnya kuda liar yang berjaya dijinakkan oleh manusia zaman purba kala sebelum kuda spesis lain.


Ni nama nye Cappybarra. Bukan lagu bara bara bere bere ye.

satu satunya tikus paling besar di dunia dan dikatakan ia suka habitat dekat air. Asal Cappybarra ini sebenarnya ialah di Amazon,Brazil namun kerana cuaca khatulistiwa maka di sini pun dia boleh survive juga.

Si tapir.

Seladang. Jika di hutan jangan sesekali mendekati haiwan ini,nampak lemah lembut tapi boleh membunuh dengan tanduknya yang tajam, Pernah ada kes di Perak,peladang atau peneroka hutan kena serang dengan seladang.


Yang ni pula kawasan horse riding,maaf aku pun tak pasti kena bayar atau FOC sebab aku tak ke sini pun.


Rusa apa entah,lupa la..





Zirafah

Rusa ni asalnya dari Indonesia.




Lembu Ankole dari Afrika.





Lembu / kerbau gnu dari Afrika.


rasa nak naik tram tapi kurang adventure lah.


















Harimau bintang a.k.a Leopard.

Harimau kumbang






Pak Belang (Harimau malaya).



Si singa yang pemalas. sebenarnya semua sedang berehat ni sebab tengah hari yang panas.




cuba nak stalk lebih dekat dari Tiger tower tapi pokok dan daun pula menghalang.
































cik tupai yang bebas bergerak.

close up cik tupai.




So macam mana, banyak jugak kan? Seingat aku lah, aku habiskan masa kira kira hampir 3 jam di sini. Maklum lah kejap kejap berhenti tengok dan ambil gambar. Tak campur lagi berehat di seat yang disediakan dan sempat juga layan facebook sebab aku bawa pikul sekali bag lappy aku hehe...Di sini line wifi takde kecuali jika anda berada di kawasan berupa gerai makan dan di kaunter masuk. Namun line internet broadband power dan nelang (loghat terengganu merujuk kepada kuat).

Kira kira jam 5.30 petang selesai lah pengembaraan aku di Zoo Melaka ni. Selepas itu aku pergi berehat dan makan seketika di kawasan restoran di Ayer Keroh tak jauh dari Mydin Mall Ayer Keroh sebelum meneruskan perjalanan balik ke Kuantan. Semua pic makanan ni aku copy dari internet sebab time aku nak snap gambar,bateri kamera sudah habis da..
Asam pedas.
Nasi putih
Telur bungkus (actually aku order telur bistik).
Mujur lah ada timun hoho..my favourite ulam.
Sampai di Kuantan jam 11 malam dan housemates aku masa tu semua tengah berdengkur..awal bebenor tidor nye ye...huhu. Okay lah see you on next entry on next time.. adioss...wasalam.

Tiada ulasan: