Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Raya Aidilfitri 2014 (part 1)



Sedar tak sedar sudah 2 minggu lebih tarikh 1 Syawal berlalu. Pada tahun 2014 ni, maksud aku raya Aidilfitri bagi tahun 2014 ini family aku beraya di Muar, Johor. Lumrah family kami beraya bergilir gilir tempat. Tahun lepas di Besut, Terengganu iaitu kampung abah aku so tahun ni pula giliran mama aku pula lah.

Okay lah nak jadi citer nye, kurang seminggu sebelum raya kami menerima berita sedih apabila adik mama aku (pak cik aku) meninggal dunia akibat Hepatitis B. Dengan serba serbi kepayahan maklum lah masa tu mama aku kata di Kuala Terengganu susah nak dapat tiket bas direct route Kuala Terengganu - Muar sebab banyak tiket habis gara gara balik beraya. So aku pun provide kan alternatif iaitu aku cakap kat mama aku ambil tiket bas Kuala Terengganu - Kuantan then sampai di Kuantan naik kereta aku dan ambil adik bongsu aku terus menuju ke Muar. Alhamdulillah pelan menjadi, mama aku bertolak dari Kuala Terengganu ke Kuantan pada jam 10.00 malam dan sampai di Kuantan pada jam 1.30 pagi. Aku pun terus ambil mama dan bergerak ke Semambu iaitu rumah sewa adik bongsu aku. Kemudian kami sama sama bertolak terus ke Muar. Masa tu jam sudah 2.00 pagi. Memang sangat mencabar memandu pada waktu awal pagi ni. Ditambah pula kita drive bawa orang lagi lah mencabar namun aku harungi jugak lah. Pada jam 4 pagi, kami sampai di Muadzam Shah dan aku memang sudah tak larat dan mengantuk untuk memandu. So kami decide berhenti rehat sekali dengan sahur di situ,selepas itu kami decide untuk solat subuh di situ juga. So dalam 2 jam lebih juga la kami berehat di situ sebelum meneruskan semula perjalanan kami ke Muar. Jam 9 pagi kami sampai ke Muar dan terus segera ke rumah arwah pakcik ku. Sampai di rumah arwah pakcik ku, kami lihat keranda sudah diusung masuk ke dalam van dan bersedia untuk menuju ke tanah perkuburan. So itu lah yang kami dapat lihat. Kemudian seperti biasa bacaan talkin,doa dan siram air mawar. Kemudian kami kembali semula ke rumah arwah pakcik di mana famili beliau masih ada. Ya Allah tabah sungguh lihat isteri arwah pakcik walaupun muka masih bersedih dan bergenang air mata. Tetap gagah kuatkan diri melayan tetamu yang kunjung tiba. Begitu juga sepupu sepupu aku walaupun air muka mereka menampakkan kesedihan mereka namun tetap gagah dan tabah. Memandangkan pada masa tu masih lagi dalam bulan puasa,maka kami pun tak lama berada di situ dan terus gerak ke rumah atok kami yang terletak 5 km dari situ. Lagipun sebelum balik tu pihak keluarga isteri arwah pakcik cakap jemput datang berbuka puasa di rumah sebab nak buat majlis buka puasa sekali dengan tahlil. Sampai di rumah atok, keadaan sunyi sedikit cuma kadang kala 'dimeriahkan' dengan bunyi radio dan perbualan oleh pekerja pekerja warga Bangladesh yang duduk menyewa rumah lama atok ku yang terletak di belakang rumah atok. Masuk ke dalam rumah atok, kami bersalam dan peluk atok yang terlantar atas katil kerana sakit. Selain berehat kami juga bantu atok uruskan makan minum,buang air,mandi dan macam macam lagi. Pada jam 3 petang pula, mama aku perintahkan aku untuk hantar kereta ke workshop di Parit Jawa sebab masa driving ke Muar pagi tadi kereta aku tak buat lagi alignment. So aku ke sana bersama dengan pak su (adik bongsu mama aku) dan seorang anak dia (sepupu aku la). Bajet ingat sekejap je buat alignment ni,hahaha...sekali amik ko sampai depan workshop jam 3.30 pm siap jam 6 pm. Very nice...haha.. So selesai sahaja urusan repair alignment kereta aku (time tu pun dah dekat jam 6 pm), terus balik ke rumah atok dan bersiap siap nak ke rumah isteri arwah pakcik untuk attend majlis tahlil dan berbuka puasa. Malam itu pula kami balik ke rumah atok dan berehat. Esok pula bangun awal pagi untuk sahur dan selesai solat subuh kami berkemas untuk pulang ke Kuantan dan seterusnya ke Terengganu.

Majlis bacaan Yassin dan tahlil serta berbuka puasa.
Okay lah nanti aku sambung ke part 2 yerr...tunggu.

Tiada ulasan: