Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Raya Aidilfitri 2014 (part 2)

Just short in time...hahaha i am coming back.

Okay lah sekarang ni kita sambung part kedua pula. Namun jalan cerita ni masih lagi berlaku pada akhir bulan Ramadhan.



Bertolak dari Muar ke Kuantan pada jam 7 pagi. Kami sampai di Kuantan kira kira 4 jam kemudian. Berhenti kat sini bukan sebab nak makan ker ape ke..no no ye.  Kami berhenti kat rumah aku di Bukit Gambang Waterpark untuk periksa situasi rumah di situ. Al maklum lah rumah aku tu aku sewakan kepada orang lain. So tiap tiap bulan kena lah jenguk tengok situasi rumah tu. Alhamdulillah takde apa yang berlaku semua barang dan perabot masih dalam good and tip top condition serta paling penting tak hilang ye. Selepas tu bergerak pula ke UIAM Kuantan sebab nak pick up barang pakaian aku yang aku letak kat bilik Mahalah Talahah yang aku menginap sementara menantikan rumah sewa di Beserah siap untuk diduduki. Perjalanan cuma makan masa 30 minit sahaja. Sampai di Mahalah Talahah UIAM Kuantan,aku terus ke bilik dan ambil barang dan beg pakaian aku. Selepas itu,aku ke office aku di Dental Imaging KOD UIAM Kuantan sekejap untuk simpan salinan dokumen dan surat menyurat. Selesai di situ baru lah aku ke rumah sewa adik bongsu aku di Semambu sebab dia pun nak angkut beg pakaian dia juga. Kebetulan sampai di rumah sewa dia, azan Zohor berkumandang. Memandangkan kami ni dikategori sebagai musafir so kami pun decide untuk perform solat jamak qasar taqdim (Zohor + Asar dalam waktu Zohor). Campur waktu solat dan rehat adalah dekat sejam lebih then jam 3 pm kami bergerak menuju ke Kuala Terengganu dan kali ni kami nak guna highway LPT fasa 2 iaitu dari Jabor-Cheneh. Mula mula aku ingat lepas masuk highway LPT fasa 2 Jabor-Cheneh boleh lah sambung terus sampai ke Kuala Terengganu. Hampeh betol la...sampai dekat exit Cheneh dah kena block sebab laluan terus ke Kuala Terengganu masih tak siap. So terpaksa la keluar ikut exit Cheneh,masuk balik ke jalan lama Jerangau-Jabor hingga lah sampai kat Paka dan baru lah masuk semula ke highway LPT fasa 2 Paka-Kuala Terengganu. Kami sampai di Kuala Terengganu pada jam 5.30 pm dan mama aku kata terus ke bazar Ramadhan di Pasar Batu 6 di Kuala Nerus. Mujur lah time kami sampai tu sempat lagi dapat parking kereta. So pergi escort mama dan adik beli barang keperluan dapur dan juadah berbuka puasa serta aku pula beli sedikit bungapi hehehe... Sampai rumah pula alahai 2 orang anak saudara aku sedang enak tidur tapi kena kejutkan juga sebab tak nak ajar diorang tidur waktu petang.



Pada hari Khamis pula, aku dapat call dan SMS daripada kawan sekolah aku ajak berbuka puasa di sebuah restoran nasi Arab yang terletak di Manir. So petang tu kawan aku datang ke rumah aku dan bawa aku ke sana. Selain dia,ada juga kawan kawan sekolah lama ku yang lain yang turut serta dalam majlis berbuka puasa ni hehe..
Al Bakry T-Cafe Nasi Arab. Lokasi di Manir. Landmark: selepas flyover baru (dalam pembinaan lagi) Manir jika datng dari arah Batu 6 / Gong Badak / Seberang Takir. lepas tu kena buat U-turn dan belok kiri. Kedai dia kena masuk dalam kawasan kampung.

Tokey kedai runcit merangkap kawan lama sekolah aku daripada form 3 hingga 5 di SEMKIF. Selain tu dia juga part time tuition teacher di bandar Kuala Terengganu. Masih lagi solo dan available. Serius..gua tak tipu. Jika berkenan cari dia sendiri,jangan tanya aku.hahahaa...

Paling kiri Anuar,tengah ni Saiful dan kanan tu pula Zahafiz. Hanya yang tengah tu saja masih lagi title solo. kiri dan kanan dia dah bernikah. yang kanan tu pula tak lama lagi jadi papa sebab bini dia dah 7 bulan pregnant.

Ni lah juadah berbuka puasa kami. Nasi Arab. Yang lain semua bedal daging kambing. Aku sorang je makan ayam huhuhu..takpe lah rezeki Allah. Air anggur,kurma dan sedikit cocktail.

Okay lah tak nak citer panjang sangat,terus kepada raya pertama ye tapi entry yang satu lagi la..hahaha...see ya.

Tiada ulasan: