Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 6 Februari 2015

I am back.




ayat ayat syifa'

Allahuma wa idza maridh tufahuwa yashfiin

(Ya Allah, dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan daku) petikan surah al Syu'ara ayat 80. Aku menambah perkataan Allahuma supaya ia menjadi doa dan insya Allah moga Allah memberi mustajab kepada doa itu.

Mungkin korang tertanya (terutama kepada yang bergelar stalker dan surfer blogger) kenapa blog ni lama sunyi sepi ye? Mungkin korang tertanya juga kenapa tetiba je post kan ayat ayat syifa' daripada al quran?

Okay sebenarnya sejak bermula akhir bulan November 2014 lalu hingga lah bulan Januari 2015 aku dalam rawatan psikiatrik dan juga terapi termasuk lah rawatan cara Islam. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa seksanya menanggung dugaan ini. Bukan setakat sakit ini sahaja bahkan tanggapan orang lain tatkala aku pergi mendapatkan rawatan psikiatrik pun ada tempiasnya. Baru aku tahu mentaliti rakyat Malaysia ni ialah apabila pergi berjumpa doktor atau pakar psikiatrik dengan mudahnya dicop sebagai orang gila walhal bukan semua penyakit yang membabitkan temujanji dengan doktor atau pakar psikiatrik bukanlah berkaitan gila. Bahkan apabila berjumpa dengan ustaz ustaz daripada pusat rawatan Darul Syifa' pun tanggapan sama turut dilemparkan. Betapa mudahnya rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang rata rata beragama Islam mudah mengecop orang yang berjumpa dengan mereka (psikiatrik atau perawat Darul Syifa') sebagai gila. Aku juga boleh simpulkan bahawa mereka yang suka mengecop orang tanpa memahami atau meneliti masalah dihadapi juga sebagai mereka yang mempunyai masalah jiwa. Jangan lah berasa bahawa diri itu benar benar sihat. Ingatlah ujian tidak semestinya dalam bentuk kesusahan. Bala pun bermaksud ujian. Maka nikmat kesihatan pun sebenarnya merupakan ujian atau bala daripada Allah cuma mentaliti orang Melayu kita ialah apabila sebut perkataan bala mesti merujuk terus kepada perkara buruk sahaja. Maka wahai orang Melayu luaskan lah minda dan ilmu kamu. Jangan sempitkan pemikiran jumud kamu. Mereka yang mengecop ini pula bukan lah mereka yang tiada ilmu pengetahuan bahkan mereka ini adalah golongan terpelajar (universiti) bukan yang setakat lulus SPM di sekolah sahaja.

Mungkin luahan aku ini memberi impak kepada sebahagian pihak. Namun bak kata golongan netizen (internet citizen) ini dunia maya tanpa batasan sempadan maka hendak tak nak terima lah dengan seadanya. 

Anyway aku nak ucapkan tahniah kepada blogger yang sangat terkenal iaitu Dr. Fatin Liyana Asri a.k.a Dr. FL yang sudah melangsungkan majlis pertunangan beliau beberapa bulan lepas. Aku pun sebenarnya peminat blog FL (http://honeykoyuki.blogspot.com/) walaupun aku ni lelaki. Bukan sebab dia lawa tetapi dek kerana dia ni suka mengembara dan melancong keluar negara. Banyak entry yang membabitkan aktiviti travelling dia tu sedikit sebanyak memberi panduan kepada aku. Lagipun aku ni juga suka travel cuma tak banyak entry travel aku buat sejak setahun dua ni. Sekali lagi tahniah kepada Dr. Fatin Liyana Asri atas pertunangan anda dan harap moga ada jodoh dengan pasangan anda hingga ke akad nikah dan hingga ke jannah. Insya Allah. Amin..

Selain itu pada tahun ini juga sebenarnya ramai rakan dan saudara mara termasuk adik aku sendiri bakal mendirikan rumahtangga. Rata rata aku lihat dan terima kad jemputan mereka semuanya dibuat sebelum 1 April 2015. Hahaha... aku rasa korang semua mesti tahu sebab apa kan? Mungkin juga kebetulan dan mungkin juga memang sebab nak lari daripada kesan....
Nampak cantik je on the paper tapi aku musykil daripada segi attitude si pelaksana.
Terpulang kepada anda semua untuk menilai kesan GST berdasarkan pemahaman masing masing namun secara jujur daripada aku sendiri ialah ia juga bergantung kepada sikap pihak yang melaksanakan GST ini. Jika mereka mahukan duit sahaja sudah pasti mereka tidak ambil peduli impak yang bakal dihadapi oleh rakyat biasa di Malaysia ini. Kita kena ingat walaupun Malaysia ini kununnya diwar warkan sebagai sebuah negara Islam namun elemen kapitalism dan pasaran ekonomi bebas terbuka tanpa kawalan juga turut wujud dan sengaja dibiarkan wujud mengakibatkan berlakunya monopoli dalam perniagaan sedangkan dalam Islam, aktiviti monopoli perdagangan atau perniagaan adalah haram sama sekali selain daripada aktiviti riba' (faedah a.k.a interest)

Okay lah aku pun tak mahu taip panjang panjang dalam entry ini, nanti melalut pulak ke perkara lain. Next entry Insya Allah aku akan share kepada anda semua peristiwa banjir besar yang berlaku di Pantai Timur pada akhir tahun lepas kerana pertamanya ia banjir besar negara yang melibatkan semuan negeri di semenanjung Pantai Timur selain Perak dan Johor, dan keduanya ia juga melibatkan keluarga aku, saudara mara aku dan rakan rakan aku berbanding pada akhir tahun 2013 banjir besar di Kuantan yang mana hanya aku dan adik aku serta rakan rakan sekerja aku termasuk rakyat daerah Kuantan dan Kemaman sahaja terkena.

Wasalam...

Tiada ulasan: