Sujud syukur |
Subhanakallahumma Anta Rabbiy haq-qan haqqa, sajadtu laka yaa Rabbi ta-‘abbudan wa riqqa. Allahumma inna ‘amali dha’ifun fadha’i liy. Allahumma qini ‘adzaabaka yawma tub’atsu’ ibaaduka wa tub ‘alayya innaka antat tawwabur Rahim.
“Maha Suci Dikau, Ya Allah! Dikaulah Tuhanku yang sebenarnya, daku sujud kepada-Mu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah! Sesungguhnya amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah! Selamatkan daku dari siksa-Mu pada hari hamba-hamba-Mu dibangkitkan, terimalah taubatku; Sesungguhnya Dikau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang!”
Sebenarnya dalam gambar itu aku sudah erase beberapa important things yang mana aku tak kan sama sekali tunjuk kat korang. Haha.. Bukan pe bai.. sensitif sikit maklumat tu. That's why lah I got to erase it.
Apa yang aku boleh kata ialah kesyukuran yang tidak terhingga. Insya Allah aku yakin ini lah doa yang Allah makbulkan selama ini dan mungkin juga ini lah ubat daripada Allah untuk menyembuhkan kekecewaan yang melanda di hati ku ini setelah berpisah dengan si dia. Tetiba aku rasa bersemangat untuk pergi ke sana. Namun pada sama aku juga turut rasa ada sedikit rasa sedih. Ye lah selama ni duduk dekat dengan family kan. Paling jauh pun kalau time travel tapi travel tu beberapa hari jer bai sebelum balik ke kampung. Then kerja pun cuma kat negeri sebelah je iaitu di UIAM Kuantan. Jarak pula dalam 222km sahaja so it means memang tak jauh lah kan. Tapi tak mengapa lah kerana dalam hati niat nak kerja ke sana kerana nak timba pengalaman kerja yang baru, nak merasa suasana tinggal di kalangan orang Arab dan juga orang lain dan lebih penting nak kutip duit untuk setel semua debts yang aku ada buat sepanjang kerja di UIAM ni maka aku tekadkan juga untuk ke sana. Paling penting niat kerja kerana Allah s.w.t serta nak buat amal kebajikan dan kebaikan baik di sana mahupun di Malaysia ini juga. Insya Allah.
Buat masa ini, segala urusan pemprosesan dokumen masih lagi berjalan. In fact, aku dalam proses memohon untuk menunda tarikh lapor diri disebabkan pada 1 May 2015 ini merupakan tarikh perkahwinan adik aku. Selain daripada itu dapat lah juga memberi masa yang lebih untuk menyelesaikan dan buat persediaan ke sana berbanding jika nak pergi 1 May ini juga.
Aku pun ada juga sentiasa buat updates dengan pihak management di sana so that they are always notified. Hopefully I pray to Allah everything goes smoothly. Insya Allah.
Sebelum aku terlupa, korang boleh check website ini jika nak tahu maklumat lanjut
Exeter Medical Center. |
Okay lah that's all for this time. As usual next time with more updated and interesting stories. Choww..
Wasalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan