Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Erm sudah lama tak sentuh apa apa kat blog ni.
Al maklum lah pelbagai macam kerja kena buat walaupun niat nak update blog ini ada.
Kali ini aku nak share kan satu pengalaman yang bagi diri ku sendiri agak baru sepanjang join dalam bidang photography sebagai hobi di hujung minggu.
Adobe Photoshop Light room.
Pada aku ini merupakan salah satu pengalaman baru aku dalam bidang editing photography DSLR. Sebelum ni aku jarang even tak pernaha buat pun editing. Al maklum lah masa tu aku pakai kamera EPL 3 Olympus. Gambar memang tip top cun melecun la dan tak perlu edit sangat pun. Walaupun ada software Ib Olympus yang telah dibekalkan sekali semasa aku beli kamera tersebut tetapi aku langsung tak guna. Namun dalam blog tahun lepas tak silap aku telah update pasal kamera tersebut yang hilang dicuri. Jadi cerita seterusnya aku guna lah kamera 3rd hand model Nikon D3000. Memang agak outdated sedikit tetapi boleh lah bagi aku. Nak compare dengan EPL-3 Olympus dan D3000 ibarat langit dan bumi lah bai..
|
Nikon D3000 |
|
Olympus EPL3 |
Tengok rupa luaran pun memang jauh beza kan. Haha dah melalut pulak aku ni.. Jom let's go back to the main topic.
|
Adobe Photoshop Lightroom. |
Gambar di atas itu ialah simbol kepada produk perisian Adobe Photoshop Lightroom. In fact ia juga merupakan icon dalam laptop atau notebook atau desktop jika korang download perisian ini. Once bila korang dah click icon Lr ni. Kemudian ia akan keluar satu dialogue box berupa macam ni.
|
Lepas korang click macam ni lah ia akan initialize dulu. |
Selesai sahaja part initialization kemudian software ini akan keluar macam ni pulak (gambar ni aku cedok daripada mr google)
|
Lebih kurang macam ni lah. |
Kepada yang tak biasa guna benda ni macam aku tak pe..relaks...sebab dalam software Lr ni sudah ada disediakan tips dan short tutorial bagaimana nak guna software ini. Bagi yang cepat pick up macam aku of course takde masalah lah kan. Bagi yang slow macam siput pun takde masalah asalkan rajin mencuba..try error. Tapi kalau korang nak ilmu yang lebih detail lagi boleh aje pergi jumpa taikun taikun photographer ( singkatan nak panggil golongan ini ialah photog) cuma kadang kala kena stand by ongkos nya ya.
Okay lah tujuan aku buat entry ni bukan lah nak ajar sangat korang pun pasal ilmu edit mengedit gambar ni cuma sekadar nak share bagaimana hasilnya selepas buat kerja edit mengedit gambar gambar yang aku pernah capture sebelum ini. Jom tengok kat bawah ni..
|
Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kamera Olympus EPL3. Sebelum edit. |
|
Selepas edit. Walaupun tadi dah cantik tapi aku rasa yang ini lebih real dan alive berbanding sebelum editing. |
|
Di pintu gerbang mahligai syahdu...hahaha takde lah. Gambar ni diambil semasa transit di Muscat, Oman. Lokasi ialah Masjid Grand Sultan Qaboos. Guna kamera compact Olympus VH210. |
|
Selepas editing tapi tersilap percaturan dalam penggunaan saturation color warna merah. Elok elok mamat hujung tu pakai baju yang tak berapa merah tetiba jadi merah sangat. pink pun ader gak. |
|
Di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah. Guna kamera yang sama seperti di Muscat, Oman. Cuma ni sebelum edit diambil pada waktu subuh kan. |
|
Selepas edit. aku sendiri pun tak boleh nak agak dekat waktu maghrib ke ape. |
|
My favourite remote radio control battle tank T72M1. Guna kamera Nikon D3000 sebelum edit. |
|
Nah selepas edit. In fact kunun nyer nak buat ala ala gambar lama pun boleh daa.. |
|
Gambar yang sama cuma ambil bahagian depan dan guna kamera sama sebelum edit. |
|
Selepas edit. Tone color lebih menyerlah. |
|
Sebelum edit guna kamera nikon. Konon nak fokus kat pokok tapi bila lihat dengan detail seolah olah macam ada 2 subjek dalam gambar ini. Bila ada lebih daripada 1 subjek, kerja editing jadi agak sukar sedikit. |
|
Selepas editing, alhamdulillah..walaupun masih lagi terserlah 2 subjek namun selepas berhempas pulas edit saturation,contrast, exposure, highlight, dan macam2 lagi ni lah hasilnya. cuma niat asal nak fokus kat pokok tu tapi alih alih gambar masjid tu pula lebih terserlah. |
|
haha no comment and please don't put any comments about this haha.. |
|
My lovely nephew. Kamera Nikon D3000. sebelum edit. nampak agak gelap. |
|
Selepas edit. gambar dicerahkan dan tone warna diserlahkan. Cuma ada sorang photog expert komen kat pic aku sebelum ni. Ia tak berapa sesuai jika nak dibuat portrait. Latarbelakang / background terlalu banyak subjek. |
|
ehem ehem..no comment please. she's only my model. not more than that. guna kamera Nikon D3000 berlatarbelakangkan Masjid Kristal di Kuala Terengganu. |
|
Selepas edit, nah nampak lebih alive dan ceria kan. Cuma sekali lagi untuk portrait masih lagi tak berapa nak cukup syarat sebab wajah subject tak berapa nak nampak sangat. Seolah olah gambar Masjid Kristal pula yang jadi subjek, model pula jadi background. Hal ni boleh setel kalau kena re-shoot dan distance camera to subject is closer atau pakai lens 25mm jer. |
|
Kamera yang sama juga cuma terlepas itik gelap tu. |
|
Malas lah aku nak komen. Hahaha... |
Nampak lebih kurang jer tapi pada aku setiap gambar yang diedit itu tetap ada kelainan daripada segi tone warna, komposisi warna, corak, kontras, density dan juga sudah tentu lah cerita disebalik setiap gambar itu. Ya gambar yang diambil itu ceritanya tetap sama cuma apabila diedit dan terhasil satu elemen yang boleh digambarkan sebagai ada umph..dan ia akan lebih dihargai dan diingati. Kalau korang takde jiwa seni photography memang susah lah nak faham. Okay dalam setiap gambar tu, gambar pertama ialah asal dan seterusnya pula ialah yang diedit menggunakan Adobe Photoshop Lightroom.
Untuk pengetahuan, sejarah penciptaan software ini dikatakan bermula pada tahun 2002 oleh pengasasnya iaitu Mark Hamburg bersama dengan Andrei Herasimchuk dan Sandy Alves. Andrei merupakan bekas pereka / designer interface software Adobe Creative Suite. Manakala Sandy Alves pula merupakan bekas designer Photoshop. Menerusi satu projek joint venture ketiga tiga tokey ni yang menggunakan kod Shadowland di Minnesota, United States of America maka pada January 2006 lahir lah versi pertama Adobe Photoshop Lightroom. Pada masa itu ia cuma terhad kepada komputer yang menggunakan OS (Operating System) Macintosh sahaja. Pada bulan June tahun yang sama baru lah versi pertama untuk OS Windows pula diperkenalkan. Hingga ke hari ini sudah ada kira kira 5 versi dengan versi yang ke-5 dikeluarkan pada tahun 2013. Di Malaysia aku tak pasti bila masa ia masuk cuma memang sekarang ni software ni agak masih hot lagi lah dikalangan para photog yang suka buat editing. Lagi satu ramai yang merasakan software ni agak mudah dikendalikan berbanding software adobe photoshop yang lain. Aku sendiri pun mengakui yang buat editing gambar guna software agak mudah untuk kesemua peringkat photog sama ada beginner, advanced mahupun veteran.
Tentang kamera dan format apa yang sesuai untuk guna Lightroom ni korang jangan risau sebab semua jenis format gambar dan kamera boleh support dan guna software ini. Contoh paling mudah dalam blog aku ialah gambar di perkarangan Masjid Nabawi di Madinah itu aku guna kamera compact Olympus 210, gambar di pantai Port Dickson tu pula guna kamera Olympus EPL3 dan gambar model perempuan di Masjid Kristal tu pula guna kamera Nikon D3000. Jadi korang yang baru berjinak jinak nak guna software adobe photoshop untuk edit gambar korang nak bagi nampak real, fresh, alive dan segar bugar jangan malu dan segan untuk cuba guna Adobe Photoshop Lightroom ini.
Kena beli CD ke? Nak beli sila kan, boleh pergi ke mana mana kedai yang jual cd software tapi yang aku punya ni cuma guna trial 30 days free download. Ye lah kalau free download ni mana bertahan lama kan, so nak tak nak ada duit beli lah CD atau jika anda ada kemudahan internet banking boleh aje beli dan download terus ke desktop, laptop atau notebook anda.
Okay lah guys that's all for this entry. Insya Allah next time I will come out with more interesting topics. Tata...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan