Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Februari 2015

In memory tuan guru.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera semua.

Sebelum itu aku nak kata



Tenanglah kamu di sana wahai tok guru. Selesai sudah perjalanan kamu di dunia yang sementara ini. Moga segala ilmu dan jasa serta bakti yang tok guru curahkan kepada segenap lapisan umat Islam diberi ganjaran pahala besar di sisi Allah s.w.t. Untung lah tok guru kerana tidak diberi kesempatan berdepan dengan fitnah nyata masih al dajjal yang mana kami yang masih ada ini terpaksa menghadapinya.
Sambil itu aku harap kepada pelawat dan stalkers blog aku ni yang beragama Islam pakat sama sama sedekah kan bacaan surah al fatihah kepada Almarhum Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat yang telah kembali menemui Maha Pencipta pada tanggal 13 Februari 2015 di rumah beliau di Kampung Pulau Melaka di Kota Bharu sebaik beliau sampai dari Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian Kelantan.

Surah Al Fatihah.

Berikut ialah serba sedikit tentang biografi Almarhum Tok Guru Nik Aziz:

Biografik Almarhum tuan guru nik aziz.

Jom kita saksikan gambar gambar yang berkaitan dengan tok guru baik semasa hidup mahupun semasa hari persemadian beliau:

Walaupun uzur,semasa hidup beliau masih menggagahkan diri pergi ke masjid. Kita pula dengan ilmu tak seberapa, jika sakit walaupun sedikit sudah tentu jadi 'tiket' untuk tidak pergi ke masjid.

Ketokohan tok guru bukan sahaja meliputi sesama ahli agama dan politik bahkan juga golongan seni. Gambar ini diambil semasa Aidilfitri tahun lepas. Pelakon terkenal Neelofa (tak silap dia baru beberapa bulan berhijrah) bertemu dan berbual dengan tok guru. Neelofa ni mek kelate.

Inilah teratak kediaman tok guru dan keluarga beliau. Walaupun semasa menjawat jawatan sebagai MB Kelantan, almarhum masih tetap tinggal di sini. Rumah kediaman MB Kelantan pula cuma dijadikan sebagai pejabat dan tempat menerima tetamu VIP.

Untuk pengetahuan korang juga, rumah almarhum tok guru ini juga dibina bersebelahan dengan madrasah kendalian beliau dan juga sebuah masjid. Sumber tertentu mengatakan tanah tersebut merupakan tanah milik arwah bapa kepada almarhum tuan guru yang diwakafkan untuk madrasah dan masjid.

Masjid tok guru di Kampung Pulau Melaka.

Walaupun berbeza pendapat dan aliran politik namun kedua dua tokoh ini sebenarnya mencorakkan dan mengimbangkan perjalanan politik di Malaysia ini. Almarhum Tok guru Nik Aziz dan Tun Dr. Mahathir. Boleh kata sepanjang dekad 90an hingga awal milenium baru, apa sahaja isu yang membabitkan kepentingan umat Islam dan orang Melayu maka kedua dua tokoh ini lah yang menjadi bualan hangat. Masing masing juga turut memiliki pengikut setia yang sangat ramai.

Semasa hayat almarhum tok guru, beliau sentiasa popular dan menjadi 'buruan' umat Islam untuk bertemu beliau. Gambar ini (maaf tak pasti bila) ialah kumpulan ekspedisi bermotosikal yang berkunjung ke rumah tok guru.

Penjaga gol skuad Harimau Malaya KFC (Khairul Fahmi Che Mat) pun berjumpa dengan tok guru. Betapa mudahnya almarhum bila bertemu dengan sesiapa sahaja. Tiada protokol.

Saat tok guru mula keuzuran.

Walaupun berbeza parti politik, almarhum tok guru tetap dihormati oleh kawan dan lawan. Walaupun PM merupakan presiden BN / Umno namun itu bukan penghalang kepada beliau untuk meluangkan masa menziarahi almarhum semasa terlantar menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Menjadi lumrah orang ramai akan bertemu dengan almarhum tok guru semasa hayat beliau untuk mentahnik bayi mereka yang baru dilahirkan.

Sebenarnya sangat banyak bukti bergambar yang menunjukkan betapa almarhum ni sebenarnya seorang yang mudah didekati, tiada protokol, tidak lokek berkongsi ilmu dan nasihat serta teguh dalam pendirian agama. Korang boleh korek banyak lagi gambar gambar beliau di google.com. Cuma andai kata terlihat gambar gambar yang kurang 'enak' itu adalah kerana kedengkian segelintir pemain dan penyokong parti politik yang taksub. Walhal antara beliau dengan lawannya biasa sahaja.

Saat pemergian almarhum betapa ramainya rakyat Malaysia baik dari segenap pelosok Kelantan mahupun luar Kelantan berpusu pusu ke rumah beliau untuk memberi penghormatan terakhir.

Allahuakbar..terlalu ramai umat.

Lautan manusia di hari pengkebumian almarhum tok guru.

Gambar ini dikatakan menjadi viral di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Jika anda perhati betul betul terdapat awan berupa kalimah Allah di hari persemadian almarhum tok guru. Bahkan selepas itu terdapat sekumpulan awan mendung berarak dan hilang begitu sahaja selepas selesai upacara pengkebumian almarhum. Aku tak nak komen apa apa cuma jika kita teliti dan lihat semula apa yang almarhum pernah buat, mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepada kita supaya kita ikut perbuatan baik hamba hamba Nya.

Jika korang nak tengok pics lagi, korang boleh google je. Anyway apa yang aku nak share kat sini ialah:-

  1. Kematian itu perkara yang amat pasti. Tidak kira siapa anda dan apa yang anda lakukan. Paling penting ialah persediaan bekalan amalan untuk dibawa ke alam sana.
  2. Walaupun berbeza pandangan namun jangan lah sesekali melampaui batas.
  3. Hendaklah menjaga hubungan dengan Allah dan insya Allah, Dia akan jaga hubungan kita sesama manusia.
  4. Kerja dakwah itu sebenarnya wajib atas setiap muslimin dan muslimat. Terpulang kepada cara masing masing asalkan berhikmah dan ikut syarak.
  5. Menuntut lah ilmu selama mana anda masih hidup dan sihat serta berkemampuan.
  6. Bantu membantu dalam perkara kebaikan dan bukan pada perkara kemungkaran.
  7. Amar ma'ruf wa nahi munkar (Laksana kebaikan dan banteras kemungkaran) mesti subur dalam diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita.
  8. Sentiasa lah bersederhana dalam kehidupan. Tak salah nak kaya namun sebaik baiknya ialah bersederhana kerana Rasulullah s.a.w pun hidup sederhana dan tidak bermewah.
  9. Jangan sesekali meninggalkan solat walaupun uzur kerana dalam waktu uzur pun ada cara nak menunaikan solat. Bahkan perkara yang ditanya di alam barzakh dan akhirat ialah solat. Uzur yand dimaksudkan ialah sakit bukan uzur period (haid) perempuan.
Okay lah itu sahaja perkongsian yang aku nak maklumkan

Sekian, terima kasih.

Wasalam.

Tiada ulasan: