Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat sejahtera.
Sekarang jam sudah menunjukkan jam 3.38 petang di rumah aku di Taman Chonang Jaya, Seberang Takir. Kuala Terengganu. Sudah masuk hari ke-4 aku bercuti dan tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum aku balik semula ke office aku di UIAM Kuantan.
Okay lah pada tarikh ini 10 Februari 2015 merupakan detik hitam bagi sejarah kehakiman negara apabila Dato Seri Anwar Ibrahim, 68 telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun bermula tarikh dia dijatuhkan hukuman (merujuk tarikh hari ini) atas kesalahan liwat terhadap bekas pembantu peribadi beliau Saiful Bukhari Azlan.
|
Saiful Bukhari Azlan. |
|
Dato' Seri Anwar Ibrahim |
Aku agak ragu sebenarnya akan kes ini cuma ye lah siapa kita nak justify kan. Apa apa hal keputusan sudah dibuat dan DSAI terpaksa lah hadapinya. Aku cuma mampu menadah tangan dan berdoa moga famili DSAI dapat mengharungi ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Harap mereka terima hal ini sebagai ujian daripada Allah. Namun kezaliman dan penyalahgunaan kuasa mesti tetap dibanteras. LAWAN TETAP LAWAN.
|
Keep calm and keep on fighting against tyranny. |
Berbalik pada topik yang aku nak ulas ialah pasal masalah dengan penggunaan media sosial. Seperti mana yang anda semua sedia maklum, pada masa kini isu yang sering melanda para pengguna media sosial ialah lebih menjurus kepada sikap (attitude) berbanding ilmu (knowledge). Sikap suka menyebarkan sesuatu maklumat tanpa memeriksa dengan details dan sikap pihak yang dirujuk akan sesuatu maklumat yang tak sahih tapi enggan mengulas juga mengundang permasalahan ini. Selain itu pemahaman sesuatu ayat, frasa atau perkataan yang dipaparkan juga menjadi isu. Gambar yang dipamerkan juga boleh menjadi isu besar jika tidak disertakan dengan penerangan yang jelas.
Antara contoh yang aku sempat paparkan:-
|
How come?? from the mainstream media pun boleh buat macam ni. |
|
masa mula mula kes perbicaraan berjalan sudah keluar berita sebegini walhal ia masih dalam proses. |
|
Yang ni pula lebih bersifat pemahaman. Lain maksud dalam tweet Nga Kor Ming (pengerusi DAP Perak) lain pula yang difahami oleh Ketua Polis Negara. Menentang tak semestinya buat huru hara,revolusi dan angkat senjata. Menentang kerajaan zalim secara kesedaran pemahaman politik dan peti undi pun boleh. Tak perlu kepada pertumpahan darah. |
|
Kerap berlaku di laman media sosial (tak kira lah gambar apa pun) samada melibatkan tokoh politik, artis hatta rakyat biasa sekali pun apabila gambar mereka diambil dan tiada penjelasan diterangkan maka berlaku lah salah faham. Gambar ini dipetik daripada laman facebook Revolusi Anak Muda Malaysia namun aku percaya ia diupload oleh orang lain sebelum itu dan disebarkan. Orang yang pertama menyebarkannya sepatutnya menyertakan sekali penerangan yang jelas sebelum diupload dan disebarkan oleh orang ramai dalam dunia media sosial. |
|
Yang macam ni pun sepatutnya kena ada explanation yang detail sebelum mengupload dan viralkan ke laman media sosial. |
|
Jackie Chan dapat title Dato'. Wow..amazing. |
Harap dengan cara aku kepilkan gambar dan buat description situ dapat memahamkan korang keadaan sebenar yang sering berlaku dalam laman media sosial kita ni. Selain itu juga wujud perbuatan mengeditkan gambar dan statement hingga menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang mahupun sesuatu pihak. Itu juga tindakan tidak wajar. Ya normal sifat manusia tidak berasa puas hati atas sesuatu perkara yang berlaku atau diputuskan oleh pihak lain namun rasanya adalah tak wajar sampai ke tahap nak malu kan pihak tersebut.
Pada masa sama pihak yang dirujuk juga hendaklah bersifat telus dan tulus dalam menyatakan kebenaran sesuatu isu. Sebarang tindakan menyembunyikan hal fakta yang sebenar bakal mengundang lebih banyak persepsi negatif berbanding positif. Sikap cuba back up sesuatu isu yang kerap dipraktikkan oleh pihak tertentu juga banyak mengundang negatif berbanding positif. Berterus terang itu adalah lebih baik sebenarnya daripada berbohong.
|
Sampai kan lah dari ku walaupun 1 ayat. Boleh merujuk kepada fakta sebenar sesuatu isu. Jika fakta sebenar ditutup maka timbul lah pelbagai persepsi yang kurang enak didengar. |
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)
Sekali lagi, aku harap korang semua hendaklah bersikap profesional dalam menyampaikan atau menyebarkan sesuatu perkara. Hendak lah kaji dan selidik dulu serta rujuk kepada pihak berkuasa atau yang alim jika melibatkan hal agama. Kemudian kena fikir juga side effect yang bakal dihadapi tatkala selepas share kan sesuatu post atau tweet mahupun gambar. Bak kata pepatah "Berani buat, berani tanggung" dan hendaklah bersikap "berani kerana benar, takut kerana salah".
Sekian, terima kasih.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan