Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 28 April 2015

Mencuba kelainan..mini video kamera.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni post aku agak santai dan ringkas sahaja.

2 malam lepas aku buat pertama kali mencuba rakaman video dengan menggunakan dashboard car camera. Sebelum ni, kebiasaannya aku cuma menggunakan key chain spy camera. Namun perbezaan antara kedua kamera ini agak ketara terutama daripada segi kualiti rakaman video.


Dashboard car camera.
Keychain spy camera.

Berikut aku tunjukkan contoh perbezaan kualiti rakaman video menggunakan dashboard car camera dengan keychain spy camera.

Keychain spy camera.

Dasboard car camera.
Memang ada perbezaan kan? Harga pun berbeza juga tapi takde lah jauh sangat. Dashboard car camera yang aku punya ni pun actually jenis cap ayam jugak haha...tapi better lah sebab boleh rekod dalam mode full HD berbanding dengan keychain spy camera yang sekadar boleh rekod video dan audio sahaja tanpa ada auto adjustment.

Anyway, yang 2 buah video di atas tu cuma perbandingan sahaja. Yang aku nak tunjuk nyer yang ni haa...

Berbanding dengan keychain spy camera yang langsung tak dapat nak rakam apa jua visual pada waktu malam. Dashboard car camera ini pula dilengkapi dengan 4 biji lampu laser infra merah. Nama jer laser infra merah tapi takde pun laser infra merah keluar. Yang ada nye ialah gambar gelap gelita dapat lah dirakam dengan menggunakan laser infra merah. Biasanya gambar atau video yang dirakam dengan menggunakan infra merah akan kelihatan seperti kelabu,hitam dan ungu. Contoh macam dalam video yang aku paste kan ni lah.

Dalam video ni sebenarnya aku nak test recording guna dashboard car camera pada waktu malam. Lokasi di rumah aku di Kuala Terengganu dan kebetulan kawasan halaman rumah aku tu kalau waktu malam memang gelap gelita sebab terlindung oleh pokok pokok besar yang berada sekeliling pagar rumah aku. In fact, kalau aku nak buat milky way photography pun aku cuma duduk kat depan rumah aku jer dan nasib lah kalau dapat Alhamdulillah. hehehe... Model dalam video ini ialah macam biasa.

Kiri: M1A2 Abrams a.k.a Punta Gorda. Kanan: T72M1 a.k.a Goliath.
Both are my favourite rc battle tanks. Nak let go pun rasa sayang jer. hahaha...mana tak nye tahan lasak rc tank ni bai. Jatuh bergolek pun tak rosak apa apa dalam dan luar. Kalau brand lain macam Hobby Engine dan Heng Long memang sudah kena overhaul maa...

Tiada ulasan: