Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk mencoretkan sedikit sebanyak nukilan di alam maya ini.
Wah belum apa apa lagi aku sudah post kan 3 video klip lagu pasal bulan puasa Ramadhan al mubarak. Ye lah, mana tak nya sekarang 14 Jun 2015 dan puasa pula dijangkakan bermula pada 18 Jun 2015 which means less than a week or specifically 4 days to go. Sebagai umat Islam kita kena lah berasa bergumbira menyambut kedatangan penghulu segala bulan ini. Puasa fardhu di bulan Ramadhan hanya lah setahun sekali sahaja. Jika Hari raya aidilfitri yang sebenarnya cuma lah 1 hari sahaja perlu beraya tapi korang pergi pulun sampai sebulan bahkan terlajak sampai ke bulan Zulhijjah korang prepare bagai nak rak maka bulan Ramadhan ni pun korang kena lah celebrate dengan meriah tapi dengan cara yang betul dan tidak bertentangan dengan syariat dan hukum Islam.
Okay lah sebab puasa Ramadhan ni cuma datang setahun sekali sahaja. Apa kata kita revise balik pengertian puasa di bulan Ramadhan ini.
Moga kita semua mengecapi dan memanfaatkan kedatangan bulan Ramadhan tahun 2015M ini. |
Ramadhan marhaban ya Ramadhan. |
PENGERTIAN PUASA:-
Menurut pengertian daripada sudut bahasa, puasa bermaksud menahan diri. Manakala menurut pengertian syariat Islam pula ialah menahan daripada lapar dan dahaga serta perbuatan perbuatan yang boleh membatalkan puasa bermula daripada fajar siddiq (lebih kurang selepas subuh lah) hingga masuk waktu berbuka puasa (waktu maghrib). Ia mesti lah juga disertakan dengan niat puasa sebelum melaksanakan ibadah puasa.
NIAT PUASA:
Niat puasa untuk bulan Ramadhan ada 2 iaitu niat puasa bulan Ramadhan selama sebulan dan niat puasa harian sepanjang bulan Ramadhan. |
Kenapa perlu ada niat? Setiap perbuatan mesti lah bermula dengan niat. Niat akan menghasilkan perbuatan. Niat baik dapat lah perbuatan baik dan niat jahat dapat lah perbuatan jahat. Niat juga menjadi kunci untuk membenarkan sesuatu perbuatan namun kena juga ingat niat juga tidak boleh menghalalkan cara yang bertentangan dengan syariat Islam.
SYARAT SYARAT PUASA:
Syarat syarat puasa terbahagi kepada 2 iaitu syarat wajib dan syarat sah puasa.
Syarat Wajib Puasa ialah:-
1. Islam: Wajib mereka yang beragama Islam untuk berpuasa dan tidak wajib bagi mereka bukan beragama Islam. Walaubagaimanapun tidak lah pula menjadi satu kesalahan andai kata ada rakan rakan yang bukan beragama Islam untuk belajar berpuasa atau berpuasa dengan kita. Bahkan itu lah juga kaedah terbaik untuk mengajar mereka pasal Islam.
2. Baligh: Wajib berpuasa bagi yang sudah akil baligh (cukup umur menurut syariat Islam). Tidak diwajibkan kepada yang belum akil baligh (kanak kanak lah) namun digalakkan mereka untuk belajar berpuasa di peringkat awal supaya mereka merasa biasa dan tidak berdepan dengan masalah tatkala mereka sudah akil baligh untuk melaksanakan ibadah puasa.
3. Berakal: Wajib kepada yang berakal untuk berpuasa dan tidak wajib kepada mereka yang tidak berakal. Tidak berakal merujuk kepada mereka yang gila dan juga nyanyuk.
4. Berkemampuan: Mampu bermaksud mereka yang sihat tubuh badan dan mampu melaksanakan ibadah puasa. Tidak lah pula diwajibkan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti sakit (sakit kronik), golongan geriatric (warga tua yang sangat tua dan tak mampu berpuasa), golongan paediatric (anak anak kecil), golongan musafir, golongan pekerja buruh binaan yang buat kerja terlalu berat yang memerlukan tenaga tubuh badan yang banyak.
Syarat Sah Puasa ialah:-
- Islam.
- Berakal.
- Suci haid dan nifas bagi kaum wanita yang akil baligh.
- Berpuasa apabila masuk waktu puasa.
- Berniat puasa sebelum berpuasa iaitu semasa malam sebelum Ramadhan 1 dan diikuti niat setiap malam sebelum puasa siang hari yang seterusnya.
- Menahan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh membatalkan puasa.
PERKARA PERKARA MEMBATALKAN PUASA:
- Makan dan minum dengan sengaja. Walaupun saki baki makanan yang terlekat di celah gigi jika dimakan ia tetap membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja.
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga tubuh badan. Walaubagaimanapun bagi perbuatan berkumur kumur semasa mengambil wuduk di bulan puasa tidak lah membatalkan puasa cuma jangan keterlaluan. Selain itu, suntikan perubatan (insulin, bius lokal atau bius am a.k.a Local anesthetic / General anesthetic) dan rawatan tertentu yang memasukkan alat ke dalam tubuh badan seperti rawatan akar gigi, cabutan dan tampalan gigi, pemeriksaan mulut, pemeriksaan usus menggunakan peralatan endoskopi, hemodialisis,inhaler, biopsi, suntikan ubat kontras bagi pemeriksaan angiogram, IVU, Fluoroskopi, penggunaan ubat sapu krim juga tidak dikira sebagai batal puasa. TETAPI suntikan seperti suntikan vitamin dan glukosa pula boleh membatalkan puasa.
- Murtad. Walaupun sekejap maka puasa tetap batal.
- Gila.
- Keluar darah haid atau nifas.
- Keluar air mani samada sengaja atau tidak sengaja.
- Bersetubuh walaupun tidak keluar mani.
- Merokok termasuk juga penghisap shisha dan rokok elektronik.
- Pitam / pengsan.
RUKHSAH PUASA:
Ia bermaksud keringanan diberikan semasa dalam bulan puasa bagi golongan tertentu. Golongan yang diberikan rukhsah dalam bulan puasa Ramadhan ini ialah:-
- Musafir. Dengan syarat mesti lah melebihi 2 marhalah ( lebih kurang 96 km)
- Ibu yang menyusu anak.
- Wanita yang sarat mengandung.
- Pesakit yang mana jika ia puasa ia mengakibatkan kesakitan makin bertambah dan memberi kesan buruk yang lebih besar.
- Orang tua yang sudah lemah dan tidak mampu untuk berpuasa.
- Pekerja buruh binaan yang menggunakan tenaga banyak untuk mengangkut beban barang yang banyak.
akan tetapi mereka yang sihat dan berkemampuan untuk berpuasa boleh meneruskan puasa terutama bagi mereka yang bermusafir. Aku pernah bermusafir di bulan puasa. Memang letih dan memenatkan tetapi sebab aku rasa masih larat dan mampu untuk berpuasa maka aku teruskan juga hingga lah masuk waktu berbuka.
Okay lah..sambung lagi di part 2..ader lagi aku nak share,mention,copy and paste dan macam macam lagi lah hahaha...see ya all.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan