Assalamualaikum semua
Sambungan daripada part 1:
Kat mana aku berhenti ek...oh pasal Rukhsah dalam puasa dan golongan yang diberi keringanan dalam bulan puasa ni kan? Okay harap korang faham lah secara serba ringkas pasal pengertian dan syarat syarat wajib dan sah puasa. Paling penting niat berpuasa serta berpuasa dan jangan langgar perkara perkara yang dilarang dan boleh membatalkan puasa...Itu penting. Ingat tu!!
Kali ni aku nak sentuh pasal hikmah berpuasa:
Sebagaimana kita maklum sepanjang bulan puasa terutama di bulan Ramadhan ini sudah tentu kita tidak dibenarkan makan dan minum bermula daripada selepas subuh iaitu waktu fajar siddiq (
kalau tak tahu apa kebende fajar siddiq dalam bahasa mudah ia selepas subuh sebelum terbit matahari dan biasa kita nampak bebayang tanah. Kalau korang tak faham lagi aku tak tahu lah nak kata apa) hingga lah masuk waktu berbuka puasa iaitu maghrib. Secara ringkas daripada sudut kesihatan, selama 11 bulan berturut turut sistem pencernaan dan penghadaman bermula daripada mulut, kalenjar salivari (air liur), saluran esofagus, perut, deudonum, usus kecil dan kemudian memasuki pula saluran usus besar seterusnya ke saluran rektum. Nak lebih detail dan tepat sila lihat gambarajah ini.
|
Sistem pencernaan dan penghadaman yang lebih terperinci. Nak tahu maklumat lanjut sila lah google yer. Kalau rajin sangat boleh rujuk kepada buku buku sains atau encyclopedia tak pun tanya lah pensyarah dan cikgu cikgu sekolah anda. |
Secara analogi, kita bayangkan ye sebuah enjin atau mesin tak kira lah apa jua jenis pun. Kita gunakan peralatan enjin atau mesin itu secara berterusan tanpa ada waktu rehat. Apa yang akan jadi? Mesti akan ada kerosakan kan? Apatah lagi jika sesuatu mesin atau alat itu diletakkan limit warranty dan jika ia terus digunakan selepas limit warranty habis tanpa ada kerja maintenance yang khusus sudah tentu ia mengakibatkan kerosakan juga kan? Maka perkara sama juga lah yang berlaku pada tubuh badan kita. Selama 11 bulan berturut turut lamanya sistem penghadaman dan pencernaan kita bekerja tanpa henti maka sampai satu tahap ia juga memerlukan rehat. Kita kena ingat setiap kali kita makan apabila makanan itu memasuki ke dalam perut kita. Ia mengambil masa selama 6 jam untuk mencernakan dan menghadamkan makanan. 6 jam seterusnya pula untuk penyerapan. Kemudian baru la ia memasuki ke ruang usus besar dan seterusnya ke rektum sebagai apa yang kita sering rasa jijik nak sebut ialah najis.
Maka apabila kita berpuasa apa yang berlaku ialah sistem pencernaan dan penghadaman kita cuma perlu bekerja kurang daripada 12 jam manakala bakinya ia akan berehat. Ini memberikan sistem pencernaan dan penghadaman rehat yang cukup setiap hari selama sebulan. Pada masa sama bulan puasa ini juga boleh digambarkan sebagai satu kaedah maintenance terhadap tubuh badan kita. Segala sistem tubuh badan kita akan lebih banyak berehat di bulan puasa. Secara mental emosi dan psikologi pula bulan puasa ini juga turut memberi rasa ketenangan. Namun jangan lah pula tidur berlebih lebihan pula semasa dalam bulan puasa kerana itu menjadikan badan kita makin lesu. Bekerja lah seperti biasa di bulan puasa cuma bagi kerja yang melibatkan penggunaan aktiviti fizikal yang berat tu kena lah berpada pada.
Selain itu, menurut pakar pakar perubatan dan kajian saintifik perubatan juga turut membuktikan bahawa puasa ini juga sebenarnya merupakan satu terapi kepada tubuh badan dan minda kita. Ia juga dapat mencegah pelbagai macam jenis penyakit yang sebenarnya datang daripada makanan yang kita makan dan dihadam dan dicernakan dalam tubuh badan kita. Bahkan puasa ini juga dapat membantu membakar lebihan kalori yang disimpan sebagai lemak dalam badan kita. Terdapat juga beberapa kaedah prosedur rawatan yang memerlukan pesakit berpuasa sebelum menjalani sesuatu prosedur. Sebagai contoh (mengikut pengalaman aku sebagai seorang radiografer), prosedur angiogram, fluoroskopi (Barium swallow, Barium meal, Barium enema), endoskopi, IVU, CT angiogram, termasuk juga prosedur surgery memerlukan pesakit berpuasa sebelum menjalani prosedur tersebut.
|
Barium Meal. |
|
Barium enema. |
|
Angiogram of heart. |
|
Barium Swallow. |
|
CT angiogram of lungs. |
|
IVU: Intravenous urogram |
Dah cerita panjang lebar tapi sebenarnya penerangan ringkas dan mudah pasal hikmah berpuasa daripada sudut kesihatan. Sekarang kita tengok pula hikmah berpuasa daripada sudut lain pula (menurut pandangan peribadi aku lah):
- Disiplin; Bulan puasa Ramadhan al Mubarak sebenarnya dan sepatutnya menjadikan kita sebagai umat Islam yang sangat berdisiplin dalam segi tingkah laku, menguruskan diri, keluarga, masa, kewangan, minda dan pelbagai lagi. Bermula daripada amalan bersahur 10-20 minit sebelum masuk waktu Subuh, Kemudian solat subuh berjemaah dan diikuti ibadah lain sperti bacaan al quran, tazkirah dan riadah ringan. Seterusnya kerja seperti biasa dan setiap kali masuk waktu solat fardhu hendak lah buat secara berjemaah secara konsisten. Masuk waktu berbuka puasa pula hendaklah berbuka puasa bersama keluarga atau berjemaah di surau atau masjid.
|
Be punctual is one of a well time management and of course it will make you more disciplined. |
- Menjimatkan duit: Bulan Ramadhan ini sepatutnya menjadikan anda seorang yang pandai berjimat cermat dan menguruskan kewangan dengan bijak. Rancanglah kewangan anda dengan bijaksana. Utamakan perkara perkara yang bersifat keperluan dan tidak melampaui batas. Sebagai contoh dalam menyediakan juadah berbuka puasa. Jika anda pandai memasak sudah sekadar memadai membeli barang barang basah untuk dimasak sahaja. Tak salah nak beli makanan daripada bazar bazar Ramadhan tetapi hendaklah berpada pada. Jika tak pandai masak tetapi tahu masjid,surau atau mana mana tempat yang mengadakan majlis iftar (berbuka puasa) apa salahnya pergi ke tempat tersebut. Sambil itu anda boleh lah menambah kenalan dan memperluaskan lagi silaturrahim sesama umat Islam.
|
All of you should save more in the month of Ramadhan not spending too much!! |
- Murah hati / Sedekah: Bulan Ramadhan ini sebenarnya menjadikan kita sebagai seorang yang bermurah hati. Betapa banyaknya peluang peluang yang kita boleh rebut untuk menjadikan kita seorang pemurah hati (bukan murah diri ye). Paling mudah menderma. Tak semestinya menderma duit sahaja. Menderma pakaian yang elok dan masih boleh dipakai kepada golongan yang kurang mampu atau fakir miskin. Berzikir juga jika diniatkan untuk menderma pun boleh dikira sebagai derma sedekah. Begitu juga dengan bacaan al quran. Derma darah pun dikira sebagai derma sedekah. Mendermakan naskah al quran yang banyak dirumah kita kepada golongan miskin, anak anak yatim atau / dan madrasah madrasah pengajian agama. Selain menderma, anda juga boleh menjadi seorang pemurah hati dengan membantu orang ramai yang dalam kesusahan atau mengelakkan orang terjerumus ke dalam keadaan susah. Susah nak faham kan?? Macam ni lah..contoh korang drive kat satu jalan dan nampak lah ada satu kereta tersadai rosak tepi jalan. Korang berhenti lah kejap dan tanya apa bantuan diperlukan. Jika korang pandai baiki kereta lagi bagus, boleh tolong dia. Jika tak, sekadar membantu dia menelefon bengkel kereta terdekat atau contact kawan2 korang yang keje pomen kereta atau expert bab masalah kereta. Buang atau alih halangan pun dikira sedekah dan bermurah hati.
-
- Silaturrahim: Rasa aku dah mention tadi but anyway aku repeat sekali lagi. Bulan puasa ini juga memberi ruang kepada kita menambahkan lagi ukhuwah dan merapatkan lagi tali silaturrahim Macam mana ek?? Mudah sebenarnya tak perlu tunggu bulan puasa nanti nak buat, sekarang pun korang dah boleh buat. Paling mudah bertegur sapa dan ambil tahu jiran jiran kita, rakan rakan sekerja kita, ahli keluarga kita, saudara mara kita. Bantu apa yang patut jika memerlukan bantuan. Masa berbuka puasa kat masjid atau surau tu korang jangan lah bukan muka seposen je.. tegur tegur lah kiri kanan depan korang tu. Sembang lah apa jua perkara yang memberi manfaat atau berkenalan terlebih dulu ke. Ni tak, sembang dengan orang yang korang dah kenal je. Yang tak kenal ko cebikkan muka je. Selain itu, perbanyakkan doa yang dapat mengeratkan ukhuwah sesama Muslims.
|
Silaturahim is connecting people. |
|
"Ya Allah! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah memeliharaku di masa kecilku. Ya Allah! Ampunilah sekalian orang Muslimin dan Muslimat, begitu juga sekalian orang mukminin dan mukminat, berilah kami (waktu berada) di dunia ini kebaikan (kesenangan), ketika di akhirat juga kebaikan (kesenangan) dan peliharalah kami dari azab neraka." |
- Kuat dan bersemangat tinggi: Ini sebenarnya salah satu didikan bulan Ramadhan iaitu menjadikan diri kita seorang yang kuat dan bersemangat. Macam mana ek? Ia bermula dengan rohani kita iaitu kekuatan spiritual dan mental emosi kita. Kuat yang itu dulu maka Insya Allah yang lain akan kuat. Macam mana nak kuat yang tu dulu? Perkara utama ialah sentiasa patuh pada perkara perkara wajib seperti solat. Kemudian sentiasa membaca dan mentadabbur al quran. Taddabur al quran? ala...lebih kurang macam kita baca dan faham serta praktikkan apa yang kita faham. Membaca kisah kisah sirah (sejarah) para nabi dan sahabat dalam perjuangan menegakkan syiar Islam. Merajinkan diri mendengar tazkirah agama. Tak cukup lagi sebenarnya, korang kena lah berniat buat kerja kerana Allah dan siapkan juga kerana itu amanah Allah. Nak buat apa perkara niat kerana Allah dan anggap perkara kebaikan yang kita buat itu kerana amanah Allah kepada kita. Meninggalkan perkara yang mendorong kepada ke arah nafsu syahwat dan amarah juga dapat menjadikan kita seorang yang kuat. Seseorang yang bersabar daripada melakukan perkara jahat juga merupakan orang kuat.
|
Be strong. |
- Pembersihan jiwa: Bulan Ramadhan merupakan pembersihan jiwa dan roh daripada kekotoran dosa maksiat yang kita buat sebelum ini. Cara nak bersih jiwa dan roh kita ini sebenarnya ialah mengikuti apa yang wajib diperintahkan oleh Allah kepada kita dan meninggalkan apa yang Allah larang. Untuk memahami kenapa kita wajib buat dan tinggal apa yang dilarang maka kena lah belajar dan beramal. Tiada istilah ' trial error' dalam melibatkan perkara perkara wajib dan haram ye.
|
Lillahi ta'ala. |
Sebenarnya banyak lagi hikmah bulan puasa yang kita dapat perolehi. Terpulang kepada kita bagaimana untuk memanfaatkan dan mencarinya. Apa apa hal pun, yang pasti ialah kita sebagai umat Islam wajib berpuasa kerana ia merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga. Gagal melaksanakan ibadat yang wajib ni tanpa alasan kukuh dan munasabah akan dimurkai oleh Allah s.w.t jika kita tidak menggantikannya dengan kadar segera. Bahkan di hari Akhirat kelak akan ada satu pintu syurga khas bagi mereka yang ikhlas dan benar benar berpuasa kerana Allah ta'ala. Malaikat yang menjaga pintu itu hanya akan membenarkan mereka yang benar benar berpuasa kerana Allah ta'ala sahaja yang memasuki pintu itu dan selepas itu terus ditutup buat selama lamanya. Apakah kita masih menganggap ini satu joke / gurauan? Jika anda masih ada iman walaupun sebesar zarah sudah tentu ini bukan perkara yang main main kan? Maka laksana lah ibadat puasa fardhu Ramadhan al mubarak ini dengan sebaik mungkin. Biar lah ia lebih baik daripada tahun sebelumnya.
So far ini sahaja entry aku kali ini dan...sebenarnya ada lagi part 3. Hahaha...see you. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan