tentang perjalanan kehidupan diri sendiri dan orang di sekeliling ku dan sesiapa sahaja dalam hidup ini.
Jumlah Paparan Halaman
Selasa, 16 Jun 2015
Ramadhan tiba lagi...part 3
Assalamualaikum sekalian,
Alhamdulillah kembali kepada sambungan bahagian 3 sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.
Baru sebentar sahaja tadi telah diumumkan pengisytiharan tarikh bermula bulan puasa Ramadhan al mubarak. Sah pada tarikh 18 hb Jun 2015 adalah 1 Ramadhan. Maka sesiapa yang baca blog ni khusus umat Islam kena lah berpuasa ye. Tak silap aku lumrah samada puasa, raya puasa dan raya haji akan ada sedikit perbezaan tarikh bermula ketiga tiga hari itu. Biasa sama ada awal sehari atau serentak. Lumrah jika di Arab Saudi lah sebab di sana tak silap aku mereka sentiasa awal sehari. Selain itu kaedah penentuan tarikh permulaan puasa, hari raya puasa dan hari raya haji juga berbeza. Macam di Malaysia kita menggunakan kaedah hisab dan lihat anak bulan manakala sesetengah negara umat Islam ia dilakukan cukup dengan melihat anak bulan. Namun hakikat yang sama ialah sama sama menyambut dan melakukan ibadah puasa.
Aku paste kan pengisytiharaan ini daripada TV1
Kali ini aku nak sentuh bab apa kesilapan yang kerap dilakukan oleh umat Islam sepanjang bulan puasa Ramadhan al mubarak ini. Nampak macam takde apa apa kan tapi jika diteliti sebenarnya ia merupakan perkara silap yang kita sering buat. Sebab itu lah penting untuk kita menelaah dan belajar selok belok pasal puasa ni daripada A sampai Z.
Berikut aku listkan kesalahan / kesilapan yang sering dilakukan semasa menjalani ibadah bulan puasa:-
Makan dan minum setelah melanggar perkara perkara yang membatalkan puasa. Contoh, korek hidung konfem batal puasa kan? Tapi somehow what the hell you pergi makan dan minum??!! Sebenarnya you mesti kena berpuasa seperti biasa. Cuma puasa you tu cuma dikira dapat letih,lapar dan dahaga jer lah. Pahala puasa memang konfem tak dapat. So lepas tu you mesti kena ganti puasa tu.
No food and drink even after you broke the forbidden rules during Ramadhan.
Tidur. Haiyya...bulan puasa bukan time untuk you tidur la. Bulan puasa bukan masa untuk berhibernisasi macam beruang kutub. Banyak tidur di bulan puasa ni bukan makin menyihat dan menyegarkan tapi makin melemahkan badan tau. Boleh tidur tapi sekejap sahaja pada waktu siang hari. Sebaik baiknya setengah jam sebelum zohor. Bukan selepas Asar tau!
Bukan dilarang tidur tapi kurangkan tidur.
Malas. Yer lah dah banyak tidur, badan jadi lesu dan lepas tu datang lah rasa malas. Malas nak buat kerja itu dan ini dengan alasan penat tapi bukan penat sebab buat banyak kerja tapi sebab banyak tidur.
Jauhi lah sifat malas.
Bersahur bukan pada waktunya. Ni kerap berlaku di kalangan anak anak muda even mak bapak muda pun suka buat macam ni. Asalkan 12 tengah malam ke atas sudah dikira sahur. Sebenarnya itu bukan sahur tapi melantak. Waktu sahur yang sebenar ialah makan sebelum masuk waktu subuh. Paling afdhal setengah jam sebelum masuk waktu subuh.
Tidur selepas sahur. Very very very inappropriate, unsuitable and bad habit. Korang tahu tak apa akan jadi bila korang bangun nanti. Korang rasa macam bloated tau dan the worst case scenario akan muntah. Bahkan dalam Islam sangat melarang amalan tak sihat sebegini. Kerana sepatutnya selepas sahur, korang hendak lah bersiap sedia untuk menunaikan ibadah solat subuh dan sebaik baiknya solat subuh berjemaah di masjid atau surau atau paling malas pun dengan family korang. Chance untuk korang terlepas subuh amat lah tinggi. So please no more such this bad habit.
Kurang amalan qiamullail. Haha ni aku sendiri kekadang pun terlepas namun nak beritahunya sepatutnya bulan puasa ni lah kita kena perbanyakkan amalan qiamullail seperti solat sunat tahajud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, baca / tadarus al quran dan macam macam lagi lah amalan qiamullail. Nak tahu lebih lanjut quickly sila lah google. Jika jenis suka jalan berliku liku cari lah buku buku agama dan tanya lah ustaz atau ustazah anda.
Terlalu atau melampaui mengutamakan solat sunat terawih berbanding solat fardhu dan solat solat sunat lain. Sampai ke tahap ada yang tak berjemaah solat fardhu tapi bukan main hebat duduk saf depan masa solat sunat terawih. Walhal solat sunat terawih ni sebenarnya buat kat rumah pun dah ok dah. Buat sorang sorang pun takpe. Cuma nak pahala lebih buat lah berjemaah.
Tidak menunaikan solat fardhu..ini memang ada jangan kata takde pulak. So kepada yang biasa buat macam ni insaf insaf lah. Sebab puasa takkan diterima kerana perkara pertama yang akan dipersoalkan kelak ialah tentang solat. Bahkan orang macam ni dianggap mendapat puasa sia sia.
Kaum wanita berhias dan berwangi wangian semasa datang ke masjid sedang lelaki tak pakai apa apa wangian pun. Sebenarnya tak salah kaum wanita datang ke masjid tapi hendaklah jaga batas keperibadian anda. Manakala kaum lelaki pula sepatutnya korang lah kena pakai minyak wangi bukannya bini atau anak perempuan korang. Kemudian kaum wanita pula dinasihatkan untuk tidak mempamerkan kecantikan dan kegedikan di depan para jemaah lelaki. Macam mana ek? Pakaian korang pakai, suara korang yang gelak sakan atau kuat, telekung berwarna warni tu hendak lah pakai kat dalam masjid bukan masa bergerak ke masjid.
Niat bersolat terawih kerana sekadar nak eksyen atau nak meriah itu pun sebenarnya tak betul. Maka perbetulkan lah niat tu iaitu terawih kerana Allah ta'ala dan ikut sunnah nabi.
Kurang berdoa. Sepatutnya dalam bulan puasa ni lah bulan yang mana doa doa yang dipinta akan dikabulkan oleh Allah. Bergantung kepada kehendak Allah sama ada doa yang dipinta itu cepat atau lambat dikabulkan dan yang pastinya ialah doa yang Allah nak kabulkan tu kena pada masa yang sesuai khas untuk kita. So jangan lah korang semua berputus asa jika ada yang korang doa sebelum ni masih tidak makbul lagi. Mungkin ada beberapa perkara yang perlu korang kena check seperti mungkin korang ada buat silap kat orang dan orang tu tak nak maaf kan korang. Mungkin juga teraniaya binatang. Makan rezeki haram atau syubhah. Solat tak sempurna dan lain lain lagi. Yang pasti bulan puasa ni lah bulan yang mana Allah buka seluas luasnya pintu rahmat bagi mereka yang nak berdoa. Waktu afdhal nak berdoa ialah sebelum berbuka puasa dan waktu malam.
Tidak menyucikan diri dan harta daripada sumber haram sebelum masuk bulan Ramadhan. Sebelum berpuasa tu periksa lah dulu sama ada sumber rezeki yang kita cari itu haram atau halal. Jika haram tinggalkan lah sebab tak berkat dan takde pahala diperolehi dan tiada guna puasa kita jika kita masih terus menerus dengan rezeki haram.
Menganggap imsak sebagai waktu larangan untuk bersahur sedangkan sebenarnya boleh lagi nak makan dan minum walaupun masuk waktu imsak. Yang tak bolehnya ialah masuk waktu solat subuh.
Leka apabila menjelang minggu terakhir bulan Ramadhan. Ini lumrah baik lelaki dan perempuan dan khususnya memang orang perempuan lah. Mana tak nya orang perempuan ni bila masuk minggu akhir bulan puasa mula lah kung kang kung kang..terkonteng konteng, terconggeng conggeng sibuk sana sini nak siapkan hiasan hari raya. Belum campur dengan kuih muih raya, balang balang, langsir, karpet, permaidani, almari bahkan paling teruk kereta pun mahu ditukarnya. Hahaha..aku tak bermaksud nak kata semua perempuan macam tu..sebahagian sahaja lah. Bagi orang lelaki pulak mula lah rasa malas nak ke masjid, sibuk prepare plan nak balik kampung mana, nak beli persiapan raya terutama bila dikerah oleh si isteri, bertekak dengan isteri nak balik kampung masing masing, alah....aku pulak yang rimas nak tulis pasal hal ni hahaha.. Anyway sepatutnya apabila masuk 10 hari terakhir bulan Ramadhan bagi kaum lelaki makin rapat dengan masjid, makin rapat dengan solat berjemaah, makin kerap berqiamullail,makin kerap banyak baca al quran, berzikir, dan pelbagai lagi ibadat khusus dan am yang diperbanyakkan. Itu semua kerana supaya kita dapat apa yang dipanggil malam 1000 bulan iaitu malam Lailatul qadr.
Surah Al Qadr ayat 1-5.
Okay lah aku rasa setakat ini sahaja lah coretan aku sempena bulan Ramadhan tahun 2015 ini. Insya Allah jika aku rajin akan ada lah part ke-4 hehehe...Okay lah wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan