Assalamualaikum sekalian,
Alhamdulillah kembali kepada sambungan bahagian 3 sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.
Alhamdulillah kembali kepada sambungan bahagian 3 sempena bulan Ramadhan Al Mubarak.
Baru sebentar sahaja tadi telah diumumkan pengisytiharan tarikh bermula bulan puasa Ramadhan al mubarak. Sah pada tarikh 18 hb Jun 2015 adalah 1 Ramadhan. Maka sesiapa yang baca blog ni khusus umat Islam kena lah berpuasa ye. Tak silap aku lumrah samada puasa, raya puasa dan raya haji akan ada sedikit perbezaan tarikh bermula ketiga tiga hari itu. Biasa sama ada awal sehari atau serentak. Lumrah jika di Arab Saudi lah sebab di sana tak silap aku mereka sentiasa awal sehari. Selain itu kaedah penentuan tarikh permulaan puasa, hari raya puasa dan hari raya haji juga berbeza. Macam di Malaysia kita menggunakan kaedah hisab dan lihat anak bulan manakala sesetengah negara umat Islam ia dilakukan cukup dengan melihat anak bulan. Namun hakikat yang sama ialah sama sama menyambut dan melakukan ibadah puasa.
Aku paste kan pengisytiharaan ini daripada TV1