Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah kini aku sudah pun berada di kampung halaman ku di Taman Chonang Jaya, Seberang Takir di Kuala Nerus. Dulu dalam daerah Kuala Terengganu namun sejak berubah kepimpinan Menteri Besar Terengganu yang baru ni. Maka diwujudkan pula daerah Kuala Nerus. Jadi jika korang nak hantar surat, kad atau bungkusan ke kawan kawan atau saudara mara atau sesiapa sahaja di sini maka nyerrr korang kena gantikan Kuala Terengganu kepada Kuala Nerus. Specialized for those who live in the vicinity of Kuala Nerus up to Batu Rakit.
My hometown. |
Kali ni aku nak share sikit pasal hobi aku. Ermm well macam biasa korang yang dah baca entry sebelum ni mesti tahu hobi aku kan.. Okay lah yang ni new stock punya.
M4A3 Sherman |
Yup this is my new stock in all VSP tanks radio remote control. I think this could be smaller size although the scale ratio is still 1:24.
Berikut aku kongsikan pasal kisah sejarah kereta kebal Sherman ini secara ringkas sebelum pergi pasal rc sherman tank.
Kereta kebal Sherman direka bentuk dan dikilangkan di Amerika Syarikat pada tahun 1942. Ia dibina bagi menambah kekuatan pasukan tentera Amerika Syarikat terutama untuk pasukan kereta kebal mereka. Memandangkan pada masa itu ancaman utama datang daripada pihak Nazi Jerman yang mana pasukan armor Nazi Jerman (Panzer Division) memiliki kereta kebal medium Panzer 1, Panzer 2, dan Panzer 3. Maka pihak pemikir strategik ketenteraan merasakan adalah perlu untuk melengkapkan pasukan armor tentera Amerika Syarikat dengan kereta kebal medium yang baru dan mempunyai kuasa mobiliti yang tinggi. Tujuan asal dibina lebih kepada untuk memberi bantuan sokongan operasi infantri. Namun apabila perang berlanjutan, fungsi kereta kebal Sherman ditingkatkan lagi kepada tank killer / tank destroyer. Terutama apabila berdepan dengan kereta kebal Nazi Jerman yang lebih besar seperti Tiger 1, King Tiger dan Panzer 4 serta Panther. Persenjataan utama kereta kebal Sherman ialah meriam bersaiz 75 - 76 mm namun ini tidak sesuai dalam situasi pertempuran sesama kereta kebal kerana faktor saiz perlindungan armor serta reka bentuknya. Maka meriam bersaiz 105 mm pula dilengkapkan pada kereta kebal Sherman bagi tujuan ini. Kereta kebal Sherman ini lebih banyak diguna pakai semasa era Perang Dunia Kedua dan berterusan kepada era pasca Perang Dunia Kedua dalam beberapa konflik ketenteraan.
Negara negara yang pernah dan masih mempunyai kereta kebal Sherman ini ialah:-
1) Amerika Syarikat. (Selaku pengeluar dan pembekal).
2) Britain. (turut menggunakan kereta kebal Sherman walaupun mempunyai beberapa kereta kebal keluaran British sendiri)
3) Kanada. (mengeluarkan variasi tersendiri)
4) Belanda. (banyak digunakan ketika tahun tahun akhir Perang Dunia Kedua dan Perang Pembebasan Indonesia).
5) Korea Selatan. (semasa Perang Korea)
6) Soviet Union (dibekalkan menerusi perjanjian dengan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua di bawah Akta Land Lease)
7) Republik Rakyat China. (ditawan daripada pihak tentera Korea Selatan atau Amerika Syarikat semasa Perang Korea).
8) Perancis.
9) Jepun (selepas tamat Perang Dunia Kedua dan pembentukan pasukan pertahanan dibawah pemantauan tentera Amerika Syarikat).
10) Filipina. (kebanyakkan diberi oleh tentera Amerika Syarikat semasa operasi penaklukan Filipina daripada tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua).
11) Vietnam (semasa Perang Indo China).
12) Nazi Jerman (ditawan selepas beberapa pertempuran).
13) Indonesia (ditawan daripada tentera Belanda semasa Perang Pembebasan Indonesia).
Dan beberapa buah negara dan pasukan tentera di Amerika Selatan, Asia Barat, Asia Selatan dan Eropah.
Boleh dikatakan kereta kebal Sherman ini mempunyai bilangan pengguna yang sangat banyak.
Konflik peperangan dan ketenteraan yang menggunakan kereta kebal Sherman ini ialah:-
1) Perang Dunia Kedua.
2) Perang Korea.
3) Perang Indo China.
4) Perang Pembebasan Indonesia.
5) Perang Arab - Israel 1948.
6) Perang Terusan Suez.
7) Perang Saudara China 1948-1950.
8) Perang Arab-Israel 1967.
9) Perang Yom Kippur 1970.
10) Konflik Lubnan.
11) Revolusi Nicaragua.
12) Perang India-Pakistan.
13) Perang Iran -Iraq.
Persenjataan kereta kebal Sherman yang digunakan ialah:-
1) Meriam saiz 75-76 mm.
2) Meriam saiz 105mm.
3) Penyembur api / flamethrower.
4) Pelancar roket berganda.
5) Mortar.
6) Mesingan berat 50 kaliber.
7) Mesingan 30 kaliber.
Kereta kebal Sherman menggunakan bahanapi gasoline / petrol di peringkat pengeluaran awal sebelum digantikan dengan bahanapi diesel. Bahanapi gasoline / petrol lebih mudah meruap dan kebarangkalian berlaku letupan lebih tinggi berbanding diesel jika bahagian enjin terkena tembakan atau letupan bom.
Saiz perlindungan armor kereta kebal Sherman agak nipis sekitar 3.7 inci diawal pengeluaran dan di tahun tahun akhir Perang Dunia Kedua ia ditingkatkan kepada 4.6 inci. Ia masih dianggap agak nipis kerana pihak pengeluar dan strategik lebih menekankan kuasa mobility dan tembakan cepat (rapid fire) berbanding faktor pertahanan dan kuasa tembakan.
Okay lah dah cukup..lebih lebih pulak. Hahahaa.. Now let's take a look at this video.
Terdapat 2 versi bagi RC tank skala 1:24 keluaran syarikat VSP iaitu Airsoft series dan Infrared series.
Boleh klik link ini untuk maklumat lanjut. http://www.vstank.com
Complete set with accessories such as soldiers figures. |
Yang menarik perhatian aku pasal rc tank sherman VSP ini ialah bentuk track dan jenis bahan yang digunakan untuk buat track ni. Totally hard solid metal mixed polymer track. In fact, design track pun berbeza daripada rc tank VSP yang lain.
Other accessories tools included. |
Memandangkan rc tank VSP ni kebanyakkan nya ialah guna bateri maka yang ni pun sama jugak lah. Tetap pakai bateri saiz AA. 8 biji untuk tank dan 6 biji untuk radio remote controller. So agak costly sedikit lah tapi itu boleh diatasi jika korang ada recharger bateri AA. Sebaik baik bateri AA ialah jenis Alkaline bateri sebab ia lebih tahan lama dan mudah dicas semula.
RC tank VSP yang aku beli kali ni ialah jenis airsoft which means pakai BB ammo lah. So the best thing about this Sherman VS tank airsoft series is the firepower to shoot BB is more more powerful compared to other brands. It can fit 1 mm up to 6 mm diameter BB with 0.1 to 0.25 gram. It can fire up to 25 meter in single shot. The penetration of BB fired from this tank I could say pretty awesome. It can still cause a hole on any plastic and paper surface like bottles or cardboard paper even an aluminum can.
Since aku ni juga seorang fotografer amatur yang prefer kepada landscape dan natural. Maka aku combine kan kedua dua hobi aku ni 2 in 1. Main rc tank pada masa sama buat photoshoot landscape guna rc tank sherman sebagai subjek.
So I think setakat ini sahaja lah yerr.. Next time, next entry and bla bla bla...okay bye. Wasalam
PUASA JANGAN TAK PUASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan