Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah tatkala aku menaip entry ini sudah masuk hari ke-7 iaitu genap seminggu umat Islam berpuasa di bulan yang paling barakah iaitu Ramadhan Al Mubarak. Setakat ni secara peribadi untuk diri aku segalanya masih berjalan lancar dan tiada masalah dalam melaksanakan amal ibadah puasa. Cuma yer lah kadang kala ada dugaan yang tidak dijangka mendatang tu kena banyakkan sabar lah.
Okay lah pada entry kali ni, aku nak share pasal satu topik berkaitan dengan dunia fotografi. Mana mana level fotografer baik novice mahupun expert mesti suka sangat topik ini iaitu MILKY WAY PHOTOGRAPHY.
Apa itu Milky Way Photography ?
Ia merujuk kepada satu kaedah merakam gambar menggunakan kamera (masa kini sudah tentu DSLR) tentang suasana jalur Bima Sakti. Milky Way merujuk kepada Bima Sakti iaitu sistem galaksi suria planet kita.
Waktu yang paling sesuai merakam gambar Milky Way ini ialah pada waktu malam dan tiada cahaya lain yang mengganggu seperti cahaya lampu jalan, lampu rumah, lampu kereta dan lain lain. Akan tetapi cahaya bintang dan bulan pula akan memberikan kesan yang sangat cantik. Selain itu tiada awan yang tebal meliputi semasa imej Milky Way ini hendak dirakam.
Lokasi yang sesuai kebiasaannya ialah di kawasan padang yang luas, di tepi pantai, di tepi tasik, di lereng atau kaki bukit atau gunung dan kawasan tanah tinggi.
Untuk menambahkan lagi elemen artistik pada imej Milky Way kebiasaannya akan dimasukkan sebahagian imej landskap sebagai latar belakang.
Ini salah satu contoh Milky Way photography. Menjadikan gambar rumah lama sebagai latarbelakang bagi objek Milky way. Ia menjadikan gambar ini kelihatan lebih artistik. |
Yang ini pula menjadikan imej pokok pokok sebagai background Milky Way. Mesti lebihkan ke arah angkasa sedikit. |
Nak jadikan signboard sebagai background pun boleh. Lihat betul betul gambar ini, jika terdapat cahaya lain sepert lampu sebelah kiri tu, kena pastikan ia seminimum mungkin untuk mengelakkan berlakunya pencemaran cahaya yang mengakibatkan gambar Milky Way tidak terserlah. |
Apakah perkara perkara yang diperlukan bagi sesebuah kamera untuk merakamkan imej Milky Way ?
- Pastikan kawasan yang kita mahu buat Milky Way photography gelap. Total darkness lagi bagus tapi ikut pengalaman aku yang pernah beberapa kali cuba buat Milky Way photography, total darkness sebenarnya tidak lah perlu. Jika ada cahaya sedikit pun sudah memadai asalkan tidak terlampau banyak dan terang.
- Memandangkan Milky Way ini berkaitan dengan sistem suria galaksi Bima Sakti yang terdiri daripada ratusan juta bintang. Maka kita kena pastikan bahawa kawasan yang kita nak ambil gambar tersebut mesti lah ada bintang. Lagi banyak lagi bagus. Paling cantik jika masukkan sekali bulan dan lagi cantik jika ada masa masa tertentu boleh masukkan bintang kejora a.k.a planet Musytari.
- Setting ISO yang tinggi misalannya 1000 ke atas. Ada sesetengah pendapat berkata ISO setting pada 3200 lagi bagus kerana kebiasaannya kita ambil gambar Milky Way dimana cahaya sangat kurang. Maka ISO tinggi lebih baik untuk merakam gambar pada keadaan gelap atau kurang cahaya.
- Lensa Wide Angle mesti digunakan biasanya ukuran lensa Wide Angle ialah 10-24mm, 10-22mm, 18-24mm dan 17mm. Jika hanya memiliki lensa standard sahaja jangan risau boleh setting pada ukuran 18mm hingga lah ke 24mm. Ikut pengalaman aku, guna lensa standard 18 mm pun sudah cukup sebenarnya.
- Gunakan tripod untuk sokong posisi kamera semasa merakam gambar Milky Way. Jika tidak menggunakan tripod, dibimbangi getaran tangan semasa mengambil gambar menyebabkan gambar kabur / blurred.
- Gunakan shutter speed yang panjang. Kalau kamera DSLR keluaran baru dan sofistikated ni kebiasaannya mempunyai shutter speed melebihi 12 saat. Kalau macam Nikon D3000 aku punya ni cuma 12 saat sahaja. So jika kamera DSLR anda berkeupayaan untuk shutter speed yang lebih lama adalah digalakkan. Kenapa perlu shutter speed lama? Untuk memberikan kesan jalur pada imej Milky Way itu kita kena ingat bahawa bumi kita ini berputar pada paksinya mengelilingi matahari dan semasa ia berputar itulah kamera kita akan merakamkan pergerakan jalur cahaya bintang bintang yang mana menghasilkan imej Milky Way.
- Aperture mesti dibuka sepenuhnya kerana kekurangan cahaya. Cahaya yang datang daripada bulan dan bintang serta sedikit cahaya background akan membantu untuk merakam imej Milky Way.
- Last but not least selepas rakam imej itu tengok dulu. Jika tidak berpuas hati boleh recapture. Jika ada noise, boleh adjust ISO mungkin kurangkan sedikit. Jika gambar agak soft atau terlalu sharp boleh adjust aperture. Then nak bagi cantik dan artistik masukkan elemen landskap lain macam batu,pokok,bunga, signboard, rumah,kereta atau apa sahaja.
- Lastly edit lah imej itu mengikut citarasa anda. Boleh guna pelbagai macam software untuk edit gambar Milky Way seperti Adobe Photoshop CC version 6, Adobe Photoshop Lightroom version 5.0, Beta atau terkini version 6. Pastikan semasa rakam imej Milky Way itu format gambar hendaklah samada RAW atau RAW + JPEG basic. Ini memudahkan kerja anda untuk mengedit gambar. Kenapa ya? Okay untuk pengetahuan, format RAW ini gambarnya tidak lagi diproses oleh kamera berbanding JPEG terutama JPEG fine (bagi kamera Nikon) yang mana gambar format JPEG sudah diproses oleh kamera secara pixel compression. Jadi jika korang nak kan hasil yang lebih jitu daripada air tangan korang sendiri aku suggest pilih lah format RAW (dalam kamera Nikon ia tercatit sebagai NEF) melainkan jika korang ni jenis tak suka edit maka pilih lah format JPEG.
Berikut aku kepilkan satu gambar yang agak failed. Hahaha....
Berdasarkan pemerhatian korang dan apa yang korang dah baca, tentu korang boleh agak apa yang tak kena pada imej ini kan? Okay lah sincerely ye. Ini gambar aku yang rakam beberapa hari lalu. Honestly I have to criticize myself because not following some tips above as I mentioned earlier.
- Terlalu banyak cahaya background seperti pantulan lampu jalan dan lampu jiran rumah sebelah.
- Tidak berada di kawasan gelap.
- Kurang bintang.
- Setting ISO pada 1600 itu sudah cukup sebenarnya tetapi sebab buka aperture sangat luas mengakibatkan cahaya masuk agak banyak.
- Short shutter speed.
- Paling penting pe hal ambik Milky Way time waktu Subuh??? Hahaha...memang patut lah tak dapat.
Okay lah itu sahaja perkongsian di entry aku pada kali ini. Insya Allah, lain kali sembang atau share pasal bab lain pulak lah ye. Okay Wasalam and baii....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan