Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 26 Jun 2015

My own trial Milky Way photography.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah kini hari yang ke-9 umat Islam seluruh dunia berpuasa.

Okay lah pada entry kali ini tak banyak perkara aku nak share cuma pada malam semalam iaitu 25 Jun 2015 aku telah pergi ke Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir. Tak jauh dari rumah aku (lebih kurang 1 km sahaja). Tak lain tak bukan nak buat 2nd trial or attempt to take pictures of Milky Way kunun nyer lah..hahaha...



Jika ada pembaca dan pelayar blog yang tak tahu kat mana Pantai Teluk Ketapang, ni map nyerr..

Rasa macam..ala ni map jer.. Nak tengok gambar pantai nyer.. Okay lah ni pic daylight nyer..aku ambil pic ni beberapa bulan lepas dalam tahun ni jugak pada waktu senja. Pics ni aku tak edit lagi.







Ambil gambar waktu macam ni ditiup pula oleh angin bayu sepoi sepoi bahasa, memang sangat menenangkan. Sambil melihat gelagat para pemancing melemparkan joran dan umpan masing masing ke tengah laut kadang kala memberi rasa ilham dan ketenangan. Lagi best kalau korang menikmati alam ciptaan Allah ini sambil berfikir tentang kebesaran Nya, berzikir, baca Al quran dan bertadabbur..Hahaha...ada yang nak buat? Ada...tapi bukan semua lah. Aku ni setakat bercakap jer boleh lah kot. Huhuhu...

 Anyway back to the previous point,  malam semalam aku datang ke pantai ini sekitar jam 11 malam. Walaupun jam 11 malam tapi orang yang guna jalan sepanjang pantai ni memang tak putus putus tapi takde lah sampai jem macam KL tu (menyampah kot bila sebut jem kat KL haha..). Then mula mula sampai tu sudah tentu aku nak cari 'port' yang sesuai untuk merakam gambar Milky Way.

Firstly, tengok sekitar kawasan dulu rata atau tak. Sebab jika tak rata posisi tripod dan kamera tak stabil. Kemudian sudah tentu safety factor, kena check kawasan ada tak elemen hazard seperti paku, kaca, binatang berbisa. Weh jangan kata sini takde ular, kekadang terserempak dengan ular laut (spesis berbisa) menjalar di sekitar celahan timbunan batu penahan ombak dan kadang duduk bersembunyi dekat saluran longkang utama menghala ke laut. Korang boleh click link ni untuk maklumat lanjut pasal ular laut a.k.a sea snake.


Okay now again let's get back to the point. Selepas semuanya selamat dan puas hati baru lah. Kita pergi kepada langkah seterusnya iaitu camera setup dan tripod setup. Okay nak cerita panjang pasal camera dan tripod setup ni apa kata korang tengok video ni dulu sebab aku pun semalam sebelum turun buat trial Milky Way photoshoot ni pun sempat jugak lah menelaah secara serba ringkas dan padat serta komprehensif pasal tips dan techniques Milky Way photography.


Harap korang faham lah ek walaupun ia disampaikan dalam bahasa Inggeris. Anyway selepas itu, aku perhati ke langit untuk melihat area mana yang mempunyai banyak bintang. Walaupun berada di kawasan pantai akan tetapi disebabkan terdapat banyak sangat cahaya yang datang dari arah Stadium Sultan Mizan, bandar Kuala Terengganu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud termasuk juga lampu lampu jalan dan lampu para pengguna kenderaan. Maka ia mengambil sedikit masa lah untuk mata kita menumpukan objek bintang di langit. Walaupun malam tadi ada cahaya bulan (bulan separa) tetapi cahaya bulan itu tidak menjadi masalah bahkan ia menambah nilai artistik pada imej Milky Way tersebut jika kena pada caranya.

Selepas itu aku pun buat lah keje menangkap gambar. Huhu boleh tahan jugak cabaran dan dugaannya. Dengan nyamuk yang banyak, dengan tripod kamera tetiba jer sliding walaupun sudah diketatkan seketat ketatnya, tetiba muncul sebuah kereta entah datang dari mana (rupa rupanya pemancing kereta), dan paling penting kena bersabar untuk kamera shoot gambar bintang bintang sebab memandangkan shutter speed dipanjangkan dan aperture dibuka seluas luasnya dan segala galanya telah ditukar kepada manual setting maka masa untuk kamera produce gambar pun lama sikit lah. Purata satu gambar dalam 3-4 minit bermula daripada release shutter. Nampak kejap tapi bagi mana mana cameraman kalau dah sampai berminit minit even 1 minit pun sudah dikira lama sebab kamera ni untuk menghasilkan sesebuah gambar di bawah 1 saat misalnya 1/2000 seconds (0.0005 s).

Lepas berhempas pulas dan sabar menunggu, maka inilah hasilnya yang didapati....








Untuk pengetahuan semua gambar ini aku sudah pun edit dalam software Adobe Photoshop Lightroom version 5.0 (sekarang sudah ada version 6.0 dan bahkan version Beta). Ingatkan nak buat kerja editing guna Lightroom ni senang ajo yo tetapi tak sangka memang makan masa agak lama kerana bukan susah. Cuma nak bagi pattern warna tu nampak balance dan parallel. Itu belum lagi dengan nak serlahkan elemen jaluran pada gambar bintang bintang tu. Korang boleh rujuk di video youtube ini pasal editing imej gambar Milky Way.




Nampak senang..senang jika tengok lah. Try lah buat memang agak tricky untuk hasilkan imej yang memang superb.

Bila aku tengok balik gambar tu rasa macam lebih kepada night photography jer. haha.. Okay lah sebelum aku nak akhiri entry ini.

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Subhanallah, Allahuakbar, Lailahaillallah, (Maha Suci Allah, Allah Maha Besar, Tiada Tuhan Melainkan Allah). Betapa kerdilnya kita ini ya? Hebat macam mana pun teknologi angkasa lepas kita namun hebat lagi kuasa Allah.

Itu sahaja perkongsian entry aku pada kali ini. Insya Allah next time see on different entries. Wasalam..

Tiada ulasan: