Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 2 Julai 2015

Petang hari di bulan puasa.

Assalamualaikum semua,

Tatkala aku menaip entri ini jam sudah menunjukkan pukul 1.06 pagi dan hari ini sudah pun 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436 Hijrah. Wah pantasnya masa berlalu, sudah pun masuk puasa hari yang ke-16 di bulan Ramadhan dan ini bermakna kurang 2 minggu sahaja lagi bulan yang penuh barakah dan mulia ini akan meninggalkan kita. Patut lah sejak akhir akhir ini kerap sangat deejay radio dan pengacara TV sibuk buat promo pasal rancangan dan program hari raya aidilfitri. Entah lah aku pun kalau nak komen lebih lebih karang jadi macam Diva AA haha..jangan sebut dia nanti tak pasal aku pulak jadi mangsa makian dia. Orang tu kena maki dapat jugak makan free. Kalau aku kena maki apa pun tak dapat hahaha...

Okay lah kali ini aku nak share sikit pasal photos yang aku snap semasa berada di tepi tasik Kompleks Sukan Gong Badak bersebelahan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu. It is my favorite spot to jog, do some light or heavy exercises, play radio remote control battle tanks, taking photos, watching other RC groups like RC speed boats and planes, and even cycling fixi bike.


Sebelum ini (dalam entry dan bahkan beberapa keping gambar yang dinaikkan dan dimuatkan bersama dengan mana mana entry) sudah ada pun pasal Kompleks Sukan Gong Badak ni. Cuma kali ini aku nak tunjukkan apa aktiviti yang berlaku di waktu petang sepanjang bulan Ramadhan di lokasi yang sama. Seperti biasa bak kata pujangga mata menggambarkan 1001 cerita. Dalam hal ini bukan lah mata tetapi gambar menceritakan 1001 ceritera. haha...jom kita tengok dulu ya..






Subhanallah (Maha Suci Allah). Tatkala aku berada di tepi tasik ini sambil memerhati alam sekeliling (tidak termasuk gelagat manusia). Aku berasa kagum akan kehebatan ciptaan Allah. Bagaimana Dia Yang Maha Esa (The Only One; The Oneness) cipta alam sebegini. Yer lah di tempat yang aku suka lepak, santai, relaks, joging dan lain lain macam ni rupanya. Bila aku pergi ke tempat lain pula, lain lah rupa alam ciptaan Tuhan (Allah) Yang Maha Esa. Namun hakikatnya tetap sama iaitu semua ini dicipta oleh Tuhan. Kenapa pula kita manusia yang tidak seberapa pandai ini suka mengungkit akan nikmat kurniaan Dia? Suka merosakkan alam ciptaan Dia? Suka mengagungkan ciptaan manusia melebihi daripada ciptaan Tuhan? Jangan jawab disini tetapi jawab lah antara kamu dengan Tuhan yang menciptakan kamu. Teringat pula petikan ayat dalam surah ini.

55:13
Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dusta kan? So which of the favors of your Lord would you deny?
Surah Ar Rahman ayat 13 (verses 13).

2 gambar di atas diambil dari kedudukan tepi tebing tasik manakala gambar gambar dibawah pula diambil dari kedudukan atas pondok pentas yang menjadi tempat para pemain RC speed boats.

Kebetulan pula, ada lah sekumpulan pemain RC speed boats bermain berlumba sesama mereka untuk menentukan speed boat manakah yang laju. Haha sebenarnya aku tak pasti sama ada mereka berlumba atau sekadar menguji kemampuan dan keupayaan RC speed boats masing masing. Maklum lah ada yang dibeli dan tidak kurang juga modify dan buat sendiri. Yang pasti kesemua RC speed boat ini menggunakan kuasa gasoline petrol dan motor. I think the brushless engine motor might be used. Anyway let's take a look at all these pictures I took.






Nak menangkap gambar ini sebenarnya memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti. Jika peringkat beginner atau aku lebih suka panggil newborn which means the very new one amateur photographer. Sudah tentu akan pilih automatic setting pada kamera DSLR. Boleh tapi takde feel and unique lah. Automatic setting ini lebih sesuai untuk compact kamera seperti Olympus VR210, Nikon Cool Pix, Panasonic Lumix dan lain lain lagi.

Jadi untuk merakam gambar ini aku memilih manual setting, manual ISO setting 1600, manual aperture f/14 - f/36, manual shutter speed 1/125 seconds, focal length pula aku pelbagaikan tetapi menggunakan standard lens 18 - 55 mm AF-S Nikkor. Tidak guna pakai tripod memandangkan subjek aku ialah RC speed boats yang memecut laju tetapi background sudah tentu tasik dan sebahagian landskap pokok dan tebing tasik serta awan dan suasana senja. Kemudian shutter press pula aku set pada continous supaya subjek dapat dirakam kesemua pergerakan dan gambar gambar tersebut boleh diperhati dan dinilai untuk diedit. Kemudian kesemua gambar ini telah diedit menggunakan Adobe Photoshop Lightroom version 5.0. 1 gambar sahaja mengambil masa hampir setengah jam untuk aku edit. Al maklum lah kononnya nak wujudkan deeper depth of field, nak adjust contrast dan brightness, hue dan saturation color, dan macam macam lagi lah. Cuma sayang sekali, ada kesan dirt pada beberapa gambar yang aku paste kat sini. Jika mata korang tajam, korang boleh tahu kat mana ada kesan dirt. Kesan dirt ini disebabkan oleh wujudnya kekotoran pada lensa kamera hingga mewujudkan kesan artefak imej. Lensa kamera ini sebenarnya ada beberapa bahagian seperti dalam body, dalam lens kamera itu sendiri dan juga filter lens. Jadi dalam kes aku ni, aku sudah periksa lens pada body dan juga filter UV lens tetapi nyata tiada. Jadi aku suspek dirt artefact ini wujud di dalam lens kit itu sendiri. Maka sesiapa yang ada pengetahuan tentang bagaimana nak bersihkan bahagian dalam lens kit boleh lah share di ruangan komen yer. Tak rugi pun kongsi ilmu, pahala dapat, ilmu makin bertambah dan dalam bulan puasa ini sudah tentu berlipat kali ganda pahala itu. Insya Allah...

Cuma nak beri advice sedikit kepada photographer yang nak ambil gambar sebegini disarankan untuk menggunakan lensa telephoto yang berukuran 70 mm ke atas. Telephoto yang popular biasanya berukuran 70 - 200 mm yang mana kerap diguna pakai oleh wartawan / jurukamera sukan yang suka duduk tepi padang bola.

Nikon Telephoto lens 70 - 200 mm.

In fact, jika guna lens sebegini boleh juga gunakan sekali dengan tripod tetapi nak mudahkan pergerakan merakam gambar subjek yang bergerak laju kena lah longgarkan sedikit pusingan skrew tu supaya tidak tersangkut. Dan pilih lah lokasi yang agak rata supaya memudahkan kerja merakam gambar. Jika guna telephoto lens ini, anda tidak perlu risau jika berada jauh sedikit daripada subjek sebab memang lensa ini direka untuk menangkap imej yang berada jauh dari kamera. Selain jurukamera sukan, ahli dokumentari haiwan liar juga suka guna telephoto lens ini sebab mereka tidak perlu berada dekat dengan haiwan liar untuk merakam gambar. Price how much boss?? Haha itu korang kena lah tanya tokey kedai kamera yang berdekatan. Jangan tanya aku sebab aku pun takde lens ini. Insya Allah ada rezeki kelak akan datang aku akan beli telephoto lens dan juga short wide angle lens serta 25 mm lens untuk portrait. Doakan yang terbaik yer.

Sudah melalut pulak pasal hal kamera. Totally lari tajuk entri ni hahaha.. Anyway berbalik semula kepada aktiviti petang di bulan Ramadhan di tepi tasik Kompleks Sukan Gong Badak ini. 

                     Sepanjang bulan puasa ini didapati jumlah pengunjung memang sangat sedikit berbanding bulan bulan sebelumnya. Sudah tentu sebab faktor puasa dan nak menyediakan atau membeli juadah berbuka puasa. Akan tetapi pada masa sama mohon ye kepada semua orang Islam di seluruh dunia terutama di Malaysia dan lebih khusus lagi orang Terengganu kiter, jangan jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak melakukan riadah. Riadah sebenarnya merupakan satu keperluan untuk tubuh badan kita. Ya memang betul kita berpuasa dan seluruh sistem tubuh badan kita berehat tetapi bukan berehat tidur. Ia berehat daripada melakukan aktiviti harian mereka. Kita kena ingat setiap kali kita berbuka puasa dan bersahur, apa yang kita makan itu sedang diproses dan segala bahan toksin yang terhasil masih ada dalam badan dan ia perlu dinyah keluarkan. Salah satu kaedah nyahkeluarkan toksin ialah melalui perpeluhan. Nak berpeluh mungkin ada fikir duduk kat bilik panas atau pergi buat rawatan mandi wap campur dengan pelbagai macam herba. Oh tidak, sebenarnya peluh yang keluar itu belum cukup lagi. Sistem otak, saraf dan kardiovaskular anda pun perlukan kepada riadah untuk menyingkirkan segala toksin dan juga untuk meningkatkan lagi hormon endorfin. Dengan hormon ini lah ia bukan sahaja memberi rasa tenang dan relaks bahkan mengurangkan lagi kebarangkalian untuk mendapat penyakit kronik dan mengurangkan stress. Hormon endorfin tidak muncul dengan sendiri melainkan apabila kita melakukan aktiviti riadah sebab semasa tubuh badan kita bergerak seperti berlari cepat, buat senaman ringkas tetapi kerap dan tempoh lama bahkan berjalan jauh ini menggunakan banyak tenaga daripada glukosa yang ada dalam badan kita. Hormon endorfin akan muncul setelah kita berasa letih kerana pada masa itu glukosa sudah hampir habis digunakan dan lemak pula dibakar.

Okay lah apa aktiviti yang selain berjalan, berlari cepat, berbasikal dan juga senaman stretching routine yang korang buat tu. Berikut aku kepilkan beberapa imej dan klip video.

1. Planking.

Plank.



2. Squatting.

Squatting.



                                     

Kedua dua senaman ini memang sesuai untuk dibuat pada waktu petang sebelum berbuka. Boleh dibuat pada kadar laju dan perlahan. Jika korang tidak mampu set kan masa sekitar 3 - 5 saat untuk 1 planking dan 5-10 saat untuk squatting serta ulang kedua dua exercises ini. Kalau aku, bulan puasa ni planking 3 minit dan squatting 10 minit. Mula mula korang buat memang rasa perut dan peha rasa cramp semacam saja. Tetapi bak kata pepatah orang tua tua ' Alah bisa, tegal biasa'.

Okay lah sampai sini sahaj entry aku untuk kali ini. Insya Allah, ada masa sembang pasal benda lain pulak. Ingat rasa nak sentuh sikit pasal kenaikan harga minyak dan GST nanti. Haha..okay lah wasalam.

Tiada ulasan: