Assalamualaikum sekalian.
Harap korang semua sihat walafiat tidak kira dimana sahaja berada.
Harap korang semua sihat walafiat tidak kira dimana sahaja berada.
Ermm sepatutnya ku menulis entry ini malam tadi memandangkan apa yang aku nak borakkan ni pun berkaitan dengan kelmarin. Akan tetapi aku kena tidur awal sebab bertolak awal pagi balik ke UIA Kuantan setelah tempoh bercuti selama 2 minggu sudah habis..huhuhu...rasa malas pulak nak balik tetapi apakan daya kerana tanggungjawab dan amanah ku gagahkan diri jua. Hahaha...jiwang betul punyer ayat.
Alhamdulillah pada jam 6.20 pagi tadi aku telah bertolak dari Seberang Takir dan selamat sampai di UIA Kuantan tepat jam 10 pagi. Ikut pelan asal nak guna highway LPT fasa 2 tetapi memandangkan awal pagi dan mata aku pun mamai lagi so aku pun guna lah jalan pantai. Syok sedang memandu bila sampai di Kuala Dungun perut pulak memulas so terpaksa lah cari toilet terdekat. Dah tentu aku cari toilet stesen petrol minyak Petronas sebab kebersihannya lebih terjamin. Selesai melepas hajat, aku sambung perjalanan tetapi alahai sekali lagi bila sampai di Kijal di Kemaman perut aku buat hal lagi. Sekali lagi aku pun cari lah toilet stesen petrol minyak Petronas. Selepas itu baru lah rasa lega dan terus memandu hingga sampai ke destinasi.
Okay lah jom balik semula kepada cerita asal.
Actually entry pasal Kuala Ibai ini pernah aku buat dalam entri sebelum ini dalam tahun lepas atau tahun tahun sebelum ini. Apa apa hal pun, kali ini aku nak kongsi serba sedikit sebanyak pasal melepak di Kuala Ibai dalam bulan puasa ini.
Sebut pasal melepak bagi orang yang jenis skema memang fikir ia perkara membuang masa. Namun tidak bagi aku. Secara jujur, aku katakan bahawa melepak ini satu perkara berfaedah jika ia dibuat dengan tujuan yang betul. Ia bukan sahaja tidak membuang masa bahkan menambahkan ilmu pengetahuan secara tidak sengaja, menenangkan, lebih menghargai alam dan manusia, dan juga memberi ilham. Itu pendapat peribadi aku lah. Lain orang, lain pula pendapatnya.
Aku pergi ke Kuala Ibai atau lebih tepat lagi Taman Rekreasi Kuala Ibai. Menarik pasal tempat ini ialah berbanding mana mana tempat lain (aku tak pasti jika ada atau tidak) di sini menggabungkan 3 elemen landskap utama iaitu pantai, sungai, dan lagoon. Ditambah pula dengan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih popular di kalangan orang Terengganu sebagai Masjid Terapung (ada dalam entri sebelum ini) menjadikan Taman Rekreasi Kuala Ibai ini sangat cantik dan mendamaikan dengan gabungan elemen alam semula jadi dan struktur buatan manusia.
Tujuan aku ke sini sudah tentu tak lain tak bukan melepak lah. Haha..tak jugak. Sambil melepak tu aku asah bakat fotografi aku dengan mengambil gambar di sekitar Taman Rekreasi Kuala Ibai ini. Semasa aku berjalan di tepi pantai dan tebing Sungai Kuala Ibai, air sedang pasang. Tak dapat lah peluang nak tengok pemancing atau nelayan tempatan menjala ikan merentangi sungai di sini. Mungkin sebab faktor bulan puasa pun boleh jadi juga. Sambil itu, aku juga turut mengambil kesempatan melepak di sini untuk bermain sambil menguji kesemua remote radio control battle tanks aku. Bila aku lihat landskap di taman ini dengan ada sedikit kawasan tanah tinggi yang berumput hijau dan kawasan landai pula dikelilingi pokok pokok rhu menjadikan ia sebagai lokasi 'strategik' untuk mengoperasikan kesemua RC battle tanks aku. Ia seolah olah macam musim luruh di benua Eropah. Haha...koya betul lah. Berikut aku kepilkan beberapa keping gambar RC battle tanks aku.
Kesemua RC battle tanks ini pun aku sudah terangkan dalam entri sebelum ini. Jadi tak perlu kot nak beritahu sekali lagi. Jika korang memang penggemar dan pengumpul RC battle tanks macam aku dan minat pasal sejarah konflik military tentang kereta kebal di seluruh dunia bermula dengan kereta kebal pertama semasa Perang Dunia Pertama hingga sekarang di mana boleh dikatakan hampir setiap negara di seluruh dunia mempunyai batalion atau rejimen kereta kebal. Sudah tentu korang agak konflik ketenteraan mana berlatarbelakangkan landskap ini kan? Haha...
Lagi cun kan..my favorite rc battle tanks with Masjid Terapung as the background landscape. |
Well jika korang perhati betul betul pada beberapa keping gambar ini korang akan perasan seolah olah gambar tersebut nampak seperti agak berkabut kan? Itu lah dipanggil grainy noise. Ia merupakan satu gangguan pada imej disebabkan beberapa faktor. Kalau nak terang kena buat satu entry lain lah pulak ye. Hehe...
Dalam kes aku ni, punca utam berlaku grainy noise ini disebabkan ialah pemilihan ISO yang tinggi. Gambar yang berkabut ini kebanyakkan menggunakan ISO 1600 dengan aperture f/11 ke f/16 dan shutter speed 1/125 seconds. Kebarangkalian berkabut memang tinggi lah. Jika ISO rendah misalnya < 100, 200, dan 300 gambar jadi macam pudar warna sedikit. Nak terang detail pasal hal ini pun aku kena buat entry lain. Haha..
Disamping cerita pasal hobi dan aktiviti melepak ini, aku juga turut perhatikan keadaan persekitaran di sini. Bukan aku sahaja berada di sini, ramai juga orang lain yang datang. Kebanyakkan yang datang ialah keluarga. Seronok lihat mereka buat aktiviti masing masing walaupun dalam bulan puasa. Selain itu ada juga yang datang ke sini secara bersendirian dan ambil kesempatan untuk tidur di pangkin dan pondok yang disediakan. Ye lah mana tak nye kan..rehat di bawah rimbunan pokok kelapa dan rhu ditiup pula angin bayu sepoi sepoi bahasa. Aku pun macam nak tidur je tapi sebab ada aktiviti sendiri jadi takdelah terasa nak tidur sangat.
Namun pada masa sama aku agak kecewa. Eh kenapa pulak?
Tatkala azan zohor masuk berkumandang dan jarak dari Taman Rekreasi Kuala Ibai ke Masjid Terapung tidak sampai pun 200 meter dan jika berjalan kaki sekalipun tidak sampai 10 minit. Namun mereka terutama lelaki baik yang muda remaja mahupun berusia tanpa segan silu seolah olah memekakkan telinga mereka. Lebih memalukan kerana ada pasangan muda (aku tidak pasti sama ada sudah berkahwin atau tidak) masih bertepuk tampar dan berlaga pipi antara satu sama lain serta baring di pangkuan pasangan masing masing. Memang susah nak ada rasa perasaan bersangka baik bila lihat situasi sebegitu ditambah pula benda ini berlaku di bulan Ramadhan Al Mubarak. Seolah olah tidak menghormati langsung bulan puasa. Apa apa hal pun setakat di hati sahaja lah aku rasa geram, benci dan menyampah tanda keimanan aku ini dalam peringkat lemah. Kepada sesiapa yang baca entri ini dan ada kenalan atau saudara yang bekerja di Majlis atau Jabatan Agama Islam terutama dalam bidang penguatkuasaan. Boleh lah minta mereka buat pemantauan secara kerap di kawasan itu. Sayang lah kawasan cantik dekat pulak dengan masjid dan masjid tu pula bukan lah masjid yang kosong boleh kata setiap masa akan ada orang kecuali tengah malam lah. Namun situasi tak cantik tersebut mencacatkan kesemua itu.
Okay lah aku rasa cukup setakat ini entry aku pada kali ini. Insya Allah next time, next entry. Especially with the incoming Hari Raya Puasa on next week. Of course it's gonna be more interesting stories to tell. Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan