Assalamualaikum dan apa khabar sekalian,
Hari ini sudah masuk tanggal 19 Julai 2015 bersamaan 3 Syawal 1436 Hijrah.
Okay lah bercakap tentang Hari Raya Aidilfitri ini, jom kita perhatikan apakah perkara yang patut dan tidak patut dibuat semasa menyambut hari lebaran ini.
Sebelum Hari Raya Aidilfitri:
- Malam sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk memperbanyakkan takbir Hari Raya. Bukan bermain mercun dan bungapi. Bukan juga sibuk sangat nak kemas rumah, pasanga langsir, buat kuih raya, masak ketupat, lemang, rendang dan pelbagai lagi. Semua itu boleh dibuat pada sebelah siang hari hari terakhir puasa.
- Menunaikan zakat fitrah sebelum melaksanakan solat sunat Aidilfitri. Ikutkan sepatutnya tunaikan lah zakat fitrah semasa dalam bulan puasa supaya tidak kelam kabut bila hari raya nanti.
- Jangan lupa untuk istiqamah dalam melakukan solat fardhu berjemaah dan juga lain lain solat sunat. Walaupun pada malam sebelum raya tu sudah tidak boleh buat solat sunat terawih akan tetapi anda masih boleh laksanakan solat solat sunat lain seperti solat sunat rawatib, solat sunat hajat, solat sunat witir, solat sunat tasbih, solat sunat tahajud, solat sunat istikharah dan lain lain lagi. Agak malang bila habis sahaja bulan Ramadhan solat fardhu berjemaah dan solat sunat seperti hidup segan, mati tak mahu. Buang jauh sikap sedemikian.
- Hapuskan perbelanjaan tidak perlu. Zaman sekarang dengan masalah ekonomi yang tidak menentu hendaklah berjimat cermat dalam perbelanjaan terutama belanja untuk hari raya. Jika masih ada pakaian, kain langsir, bahkan perabot dan kereta yang masih boleh digunakan. Guna lah dan tidak perlu berganti baru. Buang sikap boros jauh jauh daripada diri anda. Memang rasa nak beli macam macam tapi guna lah akal dan mata hati sebelum nak berbelanja. Lumrah orang perempuan suka berbelanja mengikut hawa nafsu mereka. Maka kepada suami, abang, adik lelaki, saudara lelaki jika korang tengok isteri, ibu, adik perempuan, kakak, saudara perempuan boros berbelanja tu tegur lah elok elok dan bertindak tegas dengan berhemah.
- Banyakkan sedekah jariah walaupun bukan bulan puasa dan istiqamah dalam bersedekah jariah. Sedekah jariah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit semata mata. Anda boleh bersedekah jariah dalam bentuk zikir, baca al quran (niatkan untuk sedekah),menyumbangkan tenaga fizikal untuk melaksana kerja kerja kebajikan, menyumbangkan ilmu pengetahuan kepada mereka yang tidak mampu belajar kerana kekurangan wang, dan pelbagai lagi. Asalkan niat dan kaedahnya tidak melanggar syariat Islam.
- Sentiasa bermaaf maafan setiap masa. Tidak semestinya sewaktu hari raya Aidilfitri sahaja.
Semasa Hari Raya Aidilfitri:
- Bangun awal pagi sebelum subuh. Laksanakan solat sunat seperti tahajud dan lain lain. Kemudian laksanakan solat subuh berjemaah sebagaimana lazim dibuat semasa bulan puasa selepas bersahur. Jangan lupa untuk bertakbir selepas solat.
- Mandi sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) sahaja. Namun jika kata lah malam tadi korang ada mimpi basah atau baru habis haid /nifas atau telah bersetubuh hendaklah laksanakan mandi wajib dulu.
- Bersarapan sebelum ke masjid. Sunnah Rasulullah s.a.w, baginda menjamah makanan (kurma) pada pagi hari raya Aidilfitri sebelum menuju ke masjid.
- Terus menerus bertakbir Hari Raya Aidilfitri sehingga lah selesai Solat Sunat Aidilfitri. Tiada takbir raya sesudah tamat solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Jika ada yang bertakbir, mohon report kepada Jabatan Agama Islam kot itu ajaran sesat. Takbir raya yang sampai 4 hari ialah semasa menyambut Hari Raya Aidiladha (Raya Korban / Raya Haji) yang diikuti dengan hari hari tasyrik dalam bulan Zulhijjah sahaja.
- Berwangi wangian lah di kalangan muslimin (orang Islam lelaki). Untuk muslimat (orang Islam perempuan) tidak digalakkan berwangian sampai orang lain boleh terbau. Cukup untuk diri sendiri sahaja. Namun yang berlaku pada masa ini ialah orang perempuan berwangi wangian melampaui batas manakala orang lelaki pula tidak memakai perfume atau pewangi atas alasan tidak macho atau cool. Come on guys muslimin, this is not about being macho. Ini ialah ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Jika korang tak suka, diam sahaja. Jangan kutuk dan perli orang lain yang buat. Jika korang kutuk atau perli bermakna korang hina sunnah Rasulullah.
- Bersalaman dengan sesama mahram sahaja. Tidak boleh bersalaman dengan mereka yang bukan mahram dengan kita. Ini perkara wajib dan memang tidak boleh dibenarkan mereka berbeza jantina untuk bersentuhan aurat dalam bab salam bersalaman semasa Hari Raya Aidilfitri dan juga situasi situasi lain. Jika ada yang nak bersalam juga gantilah dengan adat tunduk kepala seperti orang Jepun buat. Biar nampak pelik asalkan selamat daripada ditulis oleh malaikat kiri sebagai dosa.
- Bersolat sunat Aidilfitri secara berjemaah dan dengar khutbah Aidilfitri sampai habis. Jangan pula selesai solat sunat Aidilfitri terus blah keluar macam lipas kudung. Kurang pahala korang pada pagi raya tu. Khutbah Aidilfitri ini kebiasaannya ialah menyentuh tentang imbasan kembali hikmah hikmah ibadah yang dibuat sepanjang bulan Ramadhan dan macam mana kita nak kekal dan aplikasikan dalam kehidupan seharian selepas bulan Ramadhan. Takde atau jarang sekali sentuh isu isu politik kepartian dan nasional. Namun ada juga yang menyentuh isu isu umat Islam sejagat yang mana kita patut ambil tahu. Contoh isu umat Islam di Palestin, Syria, Somalia, Iraq dan pelbagai lagi. Isu isu lokal dan nasional yang ada kaitan dengan kehidupan kita pun akan disentuh juga untuk menjadikan kita umat Islam sebagai umat yang cakna hal duniawi selain hal ukhrawi.
- Menggunakan laluan berbeza semasa pergi ke masjid dan pulang dari masjid ke rumah kerana itu salah satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda tiap kali menyambut hari raya Aidilfitri. Perkara sama juga Baginda praktikkan semasa pagi raya Aidiladha 10 Zulhijjah.
- Menziarahi jiran tetangga dan saudara mara serta rakan taulan terdekat sebelum ziarah mereka yang berada jauh dari kita.
- Kurang atau hapuskan terus hiburan melalaikan. Utamakan ziarah dan eratkan silaturrahim lebih daripada yang lain.
- Istiqamah dalam amal ibadat sebagaimana yang dibuat semasa bulan Ramadhan. Paling mudah ialah bersolat jemaah dan membaca al Quran serta bersedekah.
- Jangan membazir semasa mengambil juadah makanan dan minuman. Makan dan minum sekadar alas perut sahaja bukan sampai kekenyangan. Ini kerana kita tidak mahu sistem penghadaman kita mengalami shock atau kejutan. Natijah berlebih lebihan makan dan minum ketika hari raya akan mengundang pelbagai macam penyakit. Paling terkesan ialah gigi dan perut kita.
- Didik generasi muda tentang kepentingan untuk mengeratkan silaturrahim dan bukannya jumlah nilai duit raya yang diterima mereka.
- Bersikap sabar dan tolak ansur atau bertoleransi semasa memandu menuju pulang beraya di kampung halaman dan juga menziarahi rumah rumah untuk beraya. Ramai orang kita sangat kurang sabar dan bertolak ansur dalam hal ini. Tambah pula jika berlaku kesesakan jalanraya.
- Menjauhkan diri buat seketika daripada gajet gajet elektronik dan media sosial. Boleh nak bergambar tetapi bersembang dan berbual mesra untuk mengeratkan silaturrahim di rumah rumah yang kita kunjungi untuk beraya. Kemudian nak melekat dengan gajet dan media sosial pun buat lah setelah balik ke rumah masing masing.
- Kepada pemberi duit raya tu hendaklah niatkan beri duit raya tu sebagai salah satu amalan sedekah. Jangan difikirkan soal berapa banyak mahu beri kan duit raya tetapi ikhlaskan lah diri dan sumbangkan lah seberapa yang mampu. Hatta walaupun sepuluh sen atau 50 sen itu tidak penting. Kepada si penerima khasnya anak anak kecil yang mana pastinya ditemani oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Sebagaimana yang ditekankan tadi didik lah mereka untuk menerima sumbangan itu seadanya dan ajar lah mereka berterima kasih kepada si pemberi. Ajar lah juga mereka untuk menyimpan dan berjimat cermat dengan duit yang diberikan. Kepada ibu bapa dan penjaga jangan pula jadi pecah amanah jika anda kekeringan duit hingga terpaksa ambil hak anak anak anda.
Sebenarnya ada lagi perkara perkara baik yang boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian dan tidak semestinya dibuat semasa hari perayaan sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan