Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 19 Julai 2015

Puasa Enam di bulan Syawal.




Assalamualaikum sekalian.

Alhamdulillah dengan izin Nya dalam sekelip mata aku kembali menyambung entry yang lain pula walaupun kini sudah memasuki hari raya aidilfitri hari yang ke-3 di bulan Julai Masihi dan Syawal Hijrah.

Kali ini aku mahu sentuh pasal isu atau topik amalan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.



Barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari di bulan Syawal maka dia seperti berpuasa sepanjang tahun itu. Riwayat Sahih Muslim.

Itu ialah salah satu petikan grafik interaktif berdasarkan sumber riwayat soheh muslim yang diambil daripada sabdaan Nabi Muhammad  sendiri.

Bahkan untuk pengetahuan umum, berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal juga merupakan amalan sunnah Rasulullah ﷺ. Selain daripada puasa puasa sunat lain yang diamalkan oleh baginda seperti puasa secara mingguan (Isnin dan Khamis), puasa secara bulanan iaitu puasa 3 hari setiap bulan kecuali bulan Ramadhan, dan puasa tahunan iaitu puasa hari Arafah (9 Zulhijjah).

Berikut niat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Niat puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.
Sering kali menjadi isu dalam bulan Syawal ialah mana satu kah patut diutamakan atau adakah boleh sekiranya puasa qada' (puasa ganti) boleh dilaksanakan sekali denga puasa sunat 6 hari di bulan Syawal?

Berikut petikan jawapan yang diambil daripada sumber yang sahih:

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Untuk maklumat lebih terperinci dan lanjut boleh melayari laman web http://zaharuddin.net
Bagaimana melaksanakan puasa sunat 6 hari tersebut?
Mudah sahaja, ia terpulang kepada kita semua mengikut kemampuan kita. Ia boleh dilaksanakan secara 6 hari berturut turut. Bermula dengan pada 2 Syawal. Ingat ye 1 Syawal haram untuk berpuasa. Selain itu, boleh juga dilaksanakan secara berselang seli samada selang sehari, dua hari dan lain lain selagi mana tempoh puasa sunat 6 hari itu dapat diselesaikan sebelum akhir bulan Syawal. Boleh juga laksanakan puasa sunat 6 hari pada hari hari genap dan ganjil seperti 2,4,6,8 dan seterusnya atau 3,6,9 dan seterusnya.
Apakah amalan amalan yang boleh dibuat semasa melaksanakan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal?
  • Bangun solat malam dan berqiamullail sama seperti pada bulan Ramadhan. Kecuali solat sunat terawih (dikategorikan sebagai salah satu solat sunat malam) kerana ia hanya boleh dibuat pada bulan Ramadhan sahaja dan tidak pada bulan lain.
  • Bersahur.
  • Bersolat fardhu berjemaah di rumah namun paling afdhal dan terbaik ialah di surau atau masjid.
  • Membaca al quran. Bertadabbur Al quran.
  • Menunaikan solat solat sunat lain pada siang dan malam hari seperti solat sunat dhuha, solat sunat isyraq (matahari terbit), solat sunat rawatib, solat sunat hajat, solat sunat tahajud, solat sunat tasbih dan lain lain.
  • Bersedekah. Tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Boleh juga dalam bentuk lain seperti mengajar ilmu pengetahuan, membina dan menjaga kebersihan rumah, surau / masjid, berzikir, dan pelbagai lagi.
  • Berpuasa secara keseluruhan termasuk pancaindera dan hawa nafsu. Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.
  • Berbuka puasa setelah masuk waktunya.
  • Makan seperti apa yang nabi makan iaitu makan tamar / kurma. Makan lah ketika perut lapar dan berhenti sebelum kenyang. Nabi makan dengan satu perut manakala orang orang yang mengikut hawa nafsu dan tidak beriman kepada Allah makan dengan 7 perut.
Kepada yang bekerja pun tiada masalah nak melaksanakan amalan puasa sunat 6 hari bulan Syawal walaupun anda bekerja. Kita sedia maklum akan ada pelbagai macam majlis rumah terbuka serta juga jemputan ke rumah terbuka bahkan majlis walimah sepanjang bulan Syawal. Terpulang kepada diri kita bagaimana untuk menerima jemputan atau pelawaan itu dengan baik. Tidak salah kita berkunjung ke majlis rumah terbuka walaupun sedang berpuasa sekadar merai jemputan tuan rumah. Boleh juga kita beritahu kepada tuan rumah tersebut awal sedikit bahawa kita sedang berpuasa sunat 6 hari supaya tuan rumah faham andai sekiranya kita tidak menjamah makanan yang terhidang.

Sampai setakat ini sahaja lah coretan aku dalam entri ini. Insya Allah akan aku kembali lagi dengan coretan dan perkongsia yang lebih menarik. Wasalam..

Tiada ulasan: