Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat dan salam sejahtera kepada semua.
Kesempatan masa yang ada ini terlebih dulu aku nak ucapkan..
|
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SELURUH DUNIA. |
Okay lah, pada entri kali ini, aku ingin kongsikan pasal hari raya aidilfitri pada tahun 2015 ini. Tahun lepas (2014) merupakan hari raya aidilfitri yang penuh dengan pelbagai dugaan. Manakala pada tahun 2015 ini pula pun ada dugaan tersendiri namun aku anggap ia sebagai masalah kecil sahaja. Jika tahun lepas aku dan keluarga beraya di kampung sebelah mama di Muar, Johor. Pada tahun ini kami beraya di rumah kami sendiri di Terengganu dan rumah saudara mara di Besut hingga lah di Pasir Mas, Kelantan. Termasuk juga rumah sahabat handai kepada adik aku.
BALIK KAMPUNG OH BALIK KAMPUNG:
Pada tarikh 15/7/2015 (Rabu) merupakan hari akhir bekerja pada minggu akhir bulan Ramadhan al Mubarak. Aku dan adik aku bercadang untuk pulang pada petang hari itu terus ke rumah ibu bapa kami di Tamah Chonang Jaya, Seberang Takir, Kuala Nerus di Terengganu. Pelan asal kami mahu menggunakan lebuhraya Pantai Timur fasa 2 iaitu bermula di exit Jabor hingga ke exit Kuala Terengganu dengan jarak kira kira 180 km dengan jangkaan perjalanan kira kira 1 jam 30 minit. Namun pada tengahari selepas aku bersolat fardhu zohor dan bersembang dengan rakan sekerja. Dia menunjukkan kepada aku sekeping gambar yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp. Wow, betapa teruknya kesesakan sepanjang kira kira 10 km di laluan LPT fasa 2 menghala ke exit Kuala Terengganu. Maka aku berbincang semula dengan adik aku dan kami capai kata sepakat untuk pulang ke sana dengan menggunakan laluan pantai dengan jangkaan waktu perjalanan kira kira 3-4 jam dengan jarak 222km. Aku bergerak mengambil adik aku di rumah sewa dia di Semambu, Kuantan. Kemudian kami ke KFC Drive Thru di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan kerana kami fikir banyak kedai dan restoran mesti sesak dengan orang ramai dan banyak juga gerai di bazar Ramadhan sepanjang perjalanan balik ke Terengganu itu sudahpun ditutup.
|
Bandingkan kedua dua laluan ini, memang nampak perbezaan kan? |
|
Tetapi..ambil kira pelbagai faktor memang apa yang tertera dalam map ini tidak sama lah dengan realiti. |
|
Ini lah KFC Pantai Teluk Cempedak di Kuantan. Dibuka 365 hari non stop. Jadi kepada sesiapa yang jenis kuat makan tak kira siang dan malam kebetulan pula berada di Kuantan sila lah ke sini ye. Tempat best sebab berdepan dengan pantai. |
Makanan yang kami order untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan nanti ialah:-
|
Yang ni adik aku order. |
|
KFC Zinger Burger with Cheesy potato wedges. Minuman tu kami ganti dengan milo ais. Yang ni aku punya dah.. |
Selesai beli makanan, kami terus bergerak menuju ke destinasi. Perjalanan sangat lancar walaupun kenderaan nampak agak banyak namun seingat aku berdasarkan pengalaman balik beraya pada 3-4 tahun lalu. Situasi trafik kali ini nampak lebih lancar dan kurang sesak. Mungkin kerana ramai yang memilih untuk menggunakan laluan LPT fasa 2. Walaubagaimanapun, kami bercadang untuk berbuka puasa di Masjid Sultan Ahmad di bandar Chukai, Kemaman.
|
Tak sempat nak capture gambar masjid itu dengan kamera sendiri maka guna kaedah C&P cedok dari website wikipedia. |
Waktu kami sampai tu,ramai juga golongan musafir yang turut berhenti di masjid tersebut untuk bersiap sedia berbuka puasa. Tak sampai 5 minit kami duduk di bangku yang ada di luar masjid itu, azan Maghrib sudah berbunyi menandakan masuk waktu berbuka puasa dan solat Maghrib. Kami habiskan masa lebih kurang hampir satu jam termasuk menunaikan solat fardhu. Memandangkan perjalanan pulang kami melebihi 2 marhalah mengikut syariat Islam maka kami dibolehkan untuk menunai solat jamak qasar taqdim iaitu solat Maghrib dan Isyak dihimpunkan ke dalam waktu Maghrib. Namun begitu, hanya solat fardhu Isyak sahaja boleh diqasarkan kepada 2 rakaat manakalan solat fardhu Maghrib kekal 3 rakaat. Selesai menunaikan solat fardhu, kami menyambung semula perjalanan ke kampung halaman. Kemudian adik aku kata sampai di Kuala Ibai dia mahu singgah sebentar di rumah kawan dia di situ. Kami sampai di Kuala Terengganu kira kira jam 10.15 malam. Tak sangka waktu perjalanan agak sedikit singkat mungkin kerana faktor jalan yang tidak sesak dan kami adik beradik pun suka bawak lebih 100 km/j hahaha.. Kami sampai di rumah ibu bapa kami tepat jam 11 malam selepas singgah dan ambil barang di rumah kawan adik aku di Kuala Ibai. Biasa lah orang perempuan kalau bersembang kalau tak lama memang tak sah. Tambah pula, mak ayah kawan adik aku pun jenis suka bersembang banyak perkara. Aku yang sedang mengantuk ni pun layan kan ajer lah.
Okay lah untuk kisah seterusnya akan aku sambung pada part lain pula lah ye. Don't worry, I will come back just short in time sebab nak supper dulu hehehe... chow everyone.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan