Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 14 Januari 2016

Kisah memandu waktu malam dan dinihari (2)

Sambungan daripada kisah lepas.

Aku terus pulas stereng dengan sepantas kilat. Aku tekan pedal brek kereta sekuat hati aku. Kereta yang aku pandu selama ini memang agak tinggi pick up brake seolah olah seperti tidak makan. "Sreeettt....." akhirnya kereta aku berhenti di tepi jalan berhampiran dengan longkang yang tidak lah begitu besar namun jarak da darjah kedudukan kereta aku seperti 10-15 darjah menjunam ke arah longkang itu. Jantung ku berdegup begitu kencang. Tangan ku mengigil. Seolah olah tubuh aku menjadi kaku dan sejuk beku seketika. Aku cuba menggagahkan diri melangkah keluar dari kereta walaupun terasa berat kaki nak melangkah keluar. Aku duduk di luar kereta sambil mulut terkumat kamit membaca apa sahaja ayat suci al Quran. Setelah aku berasa kembali tenang dan fokus, aku merasakan sedikit sakit pada kulit tangan kiri aku. Oh rupa nya semasa insiden itu berlaku, air kopi Radix yang aku beli dan letakkan di ruang letak air minuman terpercik mengenai kulit tangan aku. Namun itu secara beransur ansur kesakitan itu berkurangan. Aku memeriksa sekeliling kenderaan aku untuk mencari sebarang kerosakan yang ada. Alhamdulillah tiada apa yang kemek dan rosak pada badan dan cermin kereta juga tayar kereta walaupun semasa aku memulas stereng dan membrek kereta dengan agak kuat tadi. Subhanallah..ucap hati aku. Kemudian aku terasa seperti ada satu benda seperti lembaga hitam bergerak keluar dari kereta aku. Ia berlalu begitu sahaja dan diikuti bau yang amat busuk namun beransur ansur hilang. Aku kembali rasa terkaku tatkala melihat benda itu. Nak melaungkan takbir Allahuakbar pun terasa mulut yang amat berat dan lidah terkelu seribu bahasa. Aku tak jelas apa yang aku lihat dek kerana suasana yang masih gelap walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 7 pagi. Kemudian ada sebuah kenderaan pacuan empat roda (4 x 4) yang berhenti di depan sebelah kereta aku. "Encik okay ke? Apa yang berlaku ini encik?" soal si pemuda itu. Oh petugas peronda LPT rupanya. Seolah olah aku baru sahaja tersedar daripada mimpi atau lamunan. " Ham..Ham..Hampir terbabas encik" jawab aku dengan ringkas dan terketar ketar. "Encik boleh memandu ke? Kami boleh towing kereta encik hingga ke tol yang terdekat jika encik tak boleh memandu" soal dia sambil menjelaskan keadaan. " Saya rasa boleh memandu lagi, kereta saya pun rasanya tiada masalah yang serius" balas aku untuk menjawab soalan dia. "Okay lah macam tu tapi saya akan periksa dulu keadaan kereta encik samada masih okay atau tidak" jelas lagi petugas itu. Aku balas dengan anggukan kepala sahaja. Beberapa minit kemudian dia berkata bahawa kereta aku tidak ada masalah cuma agak kotor ibarat seperti tongkang pecah. Aku cuma senyum sahaja dan kembali masuk ke kereta untuk menyambung lagi pemanduan aku hingga ke tempat kerja memandangkan sudah agak lewat untuk aku pulang ke rumah sewa aku dulu. Lagipun tempat kerja aku masih lagi mengguna pakai sistem punch card walaupun sudah ada sistem login kerja. Sesungguhnya aku tidak pasti apa dan kenapa ia berlaku. Paling misteri ialah apakah benda yang mengekori aku itu sehingga begitu jauh sekali jarak yang benda itu ekori aku. Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui.

Cuma sejak peristiwa itu berlaku, tiap kali aku bersendirian di rumah sewa ku hatta di tempat kerja sekali pun aku seperti dapat merasa kehadiran benda itu. Kecuali jika aku berada di dalam masjid sahaja. Wallahualam.

Tiada ulasan: