Assalamualaikum dan selamat sejahtera hari ini.
Untuk entry blog aku pada hari ini, ada sedikit kelainan. Kebiasaan share pasal hobi, cerita dan pengalaman memandu, melancong, gajet dan RC tank serta kamera dan juga gambar gambar.
Kali ini aku nak kongsikan kepada anda semua tentang satu resipi masakan yang memang tidak asing lagi kepada semua. Baik yang suka memasak di rumah mahupun makan di luar. Baik yang bujang mahupun dah berkahwin dan beranak pinak serta yang bercucu cicit. Tak lain tak bukan ialah...
PAPRIK AYAM
Ya, sebut pasal paprik ayam siapa yang tak kenal kan? Kalau ada yang tak kenal mungkin bukan orang Malaysia kot. Hahaha..okay lah tanpa buang masa dan perkataan. Aku terus kepada penyediaan bahan bahan masakan Paprik Ayam.
Antara bahan bahan masakan yang perlu ada ialah:-
Tomato sebahagian bahan hiasan namun jus atau pati tomato aku gunakan ketika dalam masakan sebagai ganti kepada penggunaan sos tomato. |
Ingat ye ini lah bahan bahan masakan untuk resipi Paprik Ayam. |
Bahan bahan yang tiada dalam gambar tapi kena ada dalam masakan ialah:-
1. Sos tiram.
2. Sos cili
3. Gula.
4. Lada boh / Cili kisar.
5. Minyak masak.
6. Air panas.
Cara cara memasak:
1. Masukkan kira kira 2 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dan panaskan ia.
2. Tumiskan halia dan bawang putih. Tumis hingga naik bau wangi
3. Kemudian masukkan kira kira 2-4 sudu besar lada boh / cili kisar. Kacaukan sekali dengan bahan tumis tadi. Biarkan ia hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula sos tiram, sos cili dan pati / jus /isi tomato ke dalam masakan tadi. Tumiskan dan biarkan ia hingga pecah minyak.
5. Masukkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam masakan tadi dan kacau hingga ayam jadi empuk / layu.
6. Masukkan air panas ke dalam masakan dan biarkan ia mendidih. Kenapa masukkan air panas? kerana nak speed up tempoh masakan agar tidak menunggu lama. Anda boleh juga gunakan air biasa cuma kena tunggu lama sedikit untuk mendidih berbanding guna air panas. Jika mahu banyakkan kuah boleh lebihkan air.
7. Masukkan bahan bahan perasa seperti campuran lada hitam dan lada putih yang telah ditumbuk halus serta gula. Jika mahu rasa pedas boleh lebihkan campuran lada hitam dan lada putih. Jika mahu rasa manis lebihkan gula. Tapi kurangkan lah garam dan gula dalam masakan ye. Jaga kesihatan, itu yang penting.
8. Masukkan semua sayuran yang telah dipotong ke dalam masakan tadi. Gaulkan hingga sebati dan sekata. Masak hingga semua sayuran itu menjadi empuk. Daun limau purut pula dimasukkan akhir sekali dan dikacau sekata bagi menaikkan aroma bau masakan.
9. Akhir sekali masukkan hiasan tomato. Boleh juga pelbagaikan atau kreatifkan hiasan dengan menambah daun saderi, lemon atau limau nipis. Namun bagi mengekalkan rasa masakan Paprik Ayam ini cukup sekadar tomato atau tak payah letak apa apa hiasan.
10. Tutup api dan hidangkan.
Ini lah hasilnya Paprik Ayam rekaan sendiri. Haha..selamat mencuba masakan ini. Masakan orang bujang. |
Tempoh menyediakan bahan masakan dan memasak resepi Paprik Ayam sekitar 60-90 minit (satu orang yang buat kerja). Jadi jika ada teman dan ahli ahli keluarga,minta lah bantuan mereka untuk sediakan bahan masakan supaya anda tidak merasa penat.
Next entry mungkin sambung cerita pemanduan waktu malam dan dinihari.
Okay lah selamat mencuba resipi ini bagi yang baru pertama kali nak cuba memasak ye. Good luck.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan