Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 28 Januari 2016

Sejarah makanan: Nasi Lemak.

Assalamualaikum semua dan apa khabar. Harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Okay lah kali ini aku masih lagi tak nak buat entry sambungan cerita misteri lagi sebab masih belum ada mood nak sambung cerita itu lagi.

Kali ini aku nak kongsikan satu ilmu pengetahuan sejarah. Kali ini sejarah pasal makanan orang melayu kita yang mana juga merupakan kegemaran semua orang bahkan sudah menjadi sebahagian daripada international food. Makanan itu ialah...





Nasi lemak
Sebut sahaja nasi lemak, di Malaysia tak kira lah siapa pun antara kita baik orang melayu, cina, india hatta pekerja asing dan golongan expatriat serta pelancong luar negara mesti akan cari makanan tradisional melayu ini. Kita semua sedia maklum akan juadah nasi lemak. Bagaimana ia dibuat dan dihidangkan. Apa jenis lauk pauk yang sering dihidangkan dalam juadah nasi lemak ini. Itu semua kita tahu. Bahkan kita juga tahu yang nasi lemak sekarang ini pun terdapat dalam pelbagai jenis packaging.Yang tradisional ialah dibungkus dalam daun pisang sahaja. Sekarang ini ada guna plastik, kotak plastik tahan haba, bahkan dalam bentuk hot box pun ada seperti yang sering diguna oleh restoran restoran makanan segera.

Yang pasti ialah ramai kurang tahu termasuk lah aku juga sebenarnya tentang sejarah wujudnya juadah nasi lemak ini.

Penulisan sejarah tentang bilakah nasi lemak ini dibuat tidak lah diketahui akan tetapi nasi lemak ini pernah disebutkan dalam satu catitan sejarah pada tahun 1909 oleh Sir Richard Oloft Winstedt dalam catitan buku beliau bertajuk " The Circumstances of Malay Life".


Page 62
Catitan ringkas beliau pada tahun 1909.
 Yang pasti ketika beliau menulis tentang pengalaman beliau tentang makanan yang ada dalam masyarakat Melayu ini bererti bahawa ia sudah lama berakar umbi sejak dulu lagi.

Nasi lemak bukan sahaja ditemui di Semenanjung Malaysia (dulu terkenal dengan gelaran Tanah Melayu) bahkan ia juga turut ditemui di lain lain kepulauan nusantara di Asia Tenggara ini seperti Indonesia, Singapura, dan Selatan Thailand. Di Indonesia khusus di Pulau Jawa nasi lemak dipanggil sebagai nasi uduk. Di Acheh dipanggil nasi gurih manakala Jawa Tengah pula dipanggil dengan sega liwet. Namun populariti nasi lemak ini lebih popular di Semenanjung Malaysia dan sebelah pantai timur Kepulauan Sumatera.

Nasi lemak ini boleh dikategorikan sebagai makanan yang mudah untuk dibuat. Berdasarkan pada sejarah dulu dimana kebanyakkan kawasan berpendudukan berhampiran dengan muara sungai dan kuala yang mana menjadi tempat kapal kapal yang belayar dari luar datang berlabuh. Apabila menetap dekat dengan kawasan pantai atau muara ini bermakna kebanyakkan aktiviti penduduk zaman itu ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. Bila datang pula kapal kapal luar berlabuh sudah tentu berlaku hubungan perdagangan. Cara berdagang pada zaman dulu ialah guna sistem barter atau tukar barang atas dasar sama sama suka dan minat. Jadi mudah lah orang pada masa itu untuk mendapatkan beras daripada kapal kapal berlabuh yang membawa beras bersama dengan mereka. Manakala ditambah pula dengan sumber ikan yang diperolehi daripada kawasan pantai / laut dan muara sungai serta juga tanaman sayur sayuran seperti timun dan kangkung yang ditanam dekat dengan kawasan penempatan. Ditambah pula dengan terdapat banyak pokok kelapa yang menghasilkan kelapa yang mana dalam kelapa khusus kelapa tua kita dapat memperolehi isi kelapa yang dibuat santan. Maka dengan menggabungkan kesemua elemen yang mudah didapati ini terhasil lah juadah nasi lemak. Orang pada zaman itu memang memasak berasaskan sumber sumber yang mudah didapati di sekitar mereka.

Kaedah pembuatan nasi lemak secara tradisional agak ringkas berbanding dengan apa yang kita buat pada masa kini khususnya daripada segi penyediaan lauk pauk. Di zaman dulu kala, nasi lemak dibuat hanya berasaskan beras yang dicampur dengan santan lalu dikukus. Lauk pauk pula terdiri daripada timun atau sayuran kangkung, kacang tanah dan sambal tumis ikan bilis serta telur yang direbus. Namun kerana perubahan zaman dan pendedahan orang kita kepada elemen makanan luar khusus dari China, India dan Barat maka kini kita boleh lihat nasi lemak dihidangkan sekali bersama dengan pelbagai macam juadah lauk pauk seperti isi ketam, tiram, sotong, daging ayam, daging lembu, daging kambing, chips, salad (ganti atau tambahan kepada timun). Bahkan pembuatan nasi lemak juga turut dikuasai oleh masyarakat bangsa lain seperti Cina dan India. Sudah tentu mereka juga membuat ubahsuaian atau tambahan khusus daripada segi penyediaan juadah lauk pauk. Namun yang pasti ialah cara masakan nasi lemak yang asas tetap sama dan tidak berubah sejak dulu lagi. Cuma untuk menambahkan lagi aroma ialah letakkan daun pandan dalam kukusan nasi lemak. Jangan pula makan daun pandan itu. Melainkan jika anda mahu buat kelainan iaitu mewarnakan nasi lemak dengan warna hijau, guna lah pati daun pandan. Ia masih belum dicuba lagi. Mana lah tahu kelak jika anda mahu buat kelainan khusus yang berniaga nasi lemak.



Nasi lemak ini asalnya dibuat sebagai salah satu daripada makanan pagi bagi orang Melayu zaman dulu kala. Kenapa? Ini kerana pada zaman dulu orang Melayu kita banyak buat kerja berat yang memerlukan banyak tenaga seperti bertani, berkebun, menangkap ikan, memungut hasil hutan, mengembara untuk berdagang dan bertukang membina rumah, membina kapal dan jong serta bertukang besi. Kesemua kerja ini memang memerlukan tenaga yang banyak. Oleh itu diet berat dan kalori tinggi seperti nasi lemak amat diperlukan oleh orang Melayu kita pada masa itu. Berbanding dengan zaman sekarang, yang mana kita lihat rata rata majoriti mudah lah orang kita banyak buat kerja yang tak pakai tenaga berat. Walaupun anda bekerja di hospital itu pun sebenarnya tidak dianggap terlalu berat. Melainkan jika anda benar benar bekerja dalam bidang yang memerlukan tenaga manusia yang banyak dan berada di bawah terik panas mentari sebagai contoh dalam bidang pertanian.



Pada tahun 2007, Pengarah Kesihatan Dua Negeri Perak Dato' Dr. Ramlee Rahmat meletakkan nasi lemak ini telah dikategorikan sebagai makanan segera oleh kerana kandungan kalori yang agak tinggi dan cara penyediaan yang dikira agak mudah. Manakala pada tahun 2011 pula,timbul cadangan pihak tertentu untuk mengehadkan jualan nasi lemak di kantin kantin sekolah seluruh Malaysia kepada hanya dua kali seminggu kerana kemunculan masalah obesiti di kalangan para murid sekolah rendah. Bahkan pihak bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan telah menyenaraikan nasi lemak ke dalam 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis pemakanan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Peraturan Makanan 1985.

Adakah anda tahu berapakah jumlah kalori yang terkandung dalam satu hidangan nasi lemak? Saiz hidangan 1 pinggan nasi lemak yang lengkap dengan timun, sambal tumis ikan bilis, separuh telur rebus dan kacang tanah bersamaan dengan 230 gram. 100 gram pula sama dengan 169 kalori, Maka jumlah kalori yang terkandung di dalam satu hidangan lengkap nasi lemak ialah 389 kalori. Untuk membakar 389 kalori ini anda harus kena buat perkara perkara berikut iaitu:-

Nasi lemak yang tertera di dalam jadual di atas ialah yang ringkas. Bayangkan pula berapa jumlah sebenar kalori yang anda ambil apabila anda menambahkan lagi pelbagai jenis lauk pauk ke dalam sajian nasi lemak anda.
  • Berjalan kaki selama 108 minit atau bersamaan dengan 1 jam 48 minit.
  • Jogging / berlari anak anak selama 45 minit.
  • Berenang selama 32 minit.
  • Berbasikal 59 minit atau 1 jam.
Kesemua aktiviti tersebut hendaklah dilakukan secara konsisten.

Ini pula jumlah kalori sebenar yang perlu dibakar bagi tujuan penurunan berat badan. Hahaha..8000 kalori baru je turun 1 kilogram. Khusus kepada golongan lelaki dan perempuan yang bersaiz besar bayangkan lah workout yang perlu anda kena buat jika mahu turun berat badan lebih daripada itu.

Walaubagaimanapun kemahsyuran dan populariti nasi lemak kini bukan sahaja terkenal di rantau Asia Tenggara bahkan juga sampai ke peringkat antarabangsa. Syarikat penerbangan Malaysian Airlines System (kini dikenali dengan Malaysian Airlines Berhad) telah mengambil langkah pro aktif dengan memperkenalkan hidangan ini untuk laluan penerbangan antarabangsa dan juga penerbangan antara Sabah / Sarawak / Labuan ke Semenanjung. Ia telah menjadikan makanan tradisional orang Melayu ini sebagai salah satu duta kecil untuk mempromosikan Malaysia ke mata dunia. Selain itu, nasi lemak juga kini boleh didapati di hotel hotel peranginan di luar negara seperti di Vietnam, China, Australia, Jepun, Arab Saudi, Amerika Syarikat, Kanada dan juga di Britain. Mungkin kerana promosi dan inisiatif warga Malaysia yang bekerja dan menetap di sana. Penghargaan patut juga diberikan kepada mereka ini.

Harga nasi lemak mengikut currency setiap negara.
Okay lah, sampai disini sahaja catatan entry blog aku untuk kali ini. Insya Allah di lain masa kembali lagi dengan cerita yang menarik dan mungkin juga sambung kisah misteri. Hehehe....Wasalam.

Tiada ulasan: