Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. A very good day to all of you out there.
Yang sudah biasa bermain dengan dunia photography dan DSLR tahu apa kaedah teknik digunakan. So aku malas nak komen pasal bab ni. Yang pasti aku rasa ini lah salah satu hasil gambar yang aku ambil dan aku rasa amat puas hati. Mungkin ada lagi yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Cuma ada satu gambar ni aku nak kongsi dan nak kait sikit dengan pelbagai macam cerita urban legend dan penampakkan entiti.
Well hari ini sudah memasuki hari yang ke-5 aku bercuti. Biasa lah dah lama kerja sangat kena lah ada masa untuk diri sendiri dalam tempoh tertentu. Tak kan setiap hari nak hadap orang aje kan dan buat hal untuk orang lain sampai hal sendiri terabai.
Ikutkan aku nak pergi merantau dan berjalan mengembara ke serata negeri tapi hahaha..aku lupa gaji belum masuk dan duit pun sudah sengkek maka lokasi dan tempat terbaik ialah balik kampung dan lepak kat kampung sendiri la.
Well bila ko dah cuti lama dan banyak perkara yang mula ko buat rasa semacam menghala ke arah jemu dan membosankan. Maka apa lagi mesti ko akan cari kelainan. Jadi aku pun cuba lah mencuba kelainan itu. Mula mula aku buat kelainan daripada segi buat photography.
Yang sudah biasa bermain dengan dunia photography dan DSLR tahu apa kaedah teknik digunakan. So aku malas nak komen pasal bab ni. Yang pasti aku rasa ini lah salah satu hasil gambar yang aku ambil dan aku rasa amat puas hati. Mungkin ada lagi yang boleh diperbaiki pada masa akan datang. Cuma ada satu gambar ni aku nak kongsi dan nak kait sikit dengan pelbagai macam cerita urban legend dan penampakkan entiti.
Mungkin sesiapa yang lihat gambar ini akan kata hek eleh tak lawa pun. Blurr aje. Okay memang betul tak lawa dan blurring. Kalau dalam bidang radiography tiada nilai diagnostik langsung. Kalau bidang photography mungkin ada yang kata tiada nilai artistik. Cuma aku nak beritahu ini lah gambar yang sering dihasilkan oleh mereka yang buat atau reka cerita bergambar tentang penampakkan entiti yang sedang bergerak. Apa yang mereka ni buat? Okay mula mula mereka akan setting kan kamera DSLR mereka pada bukaan aperture f20 ke f22 dan long shutter time biasanya 1.5 saat ke 15 saat. Dengan berlatarbelakangkan cahaya samada terang atau malap, mereka akan menggunakan apa jua objek bergerak hatta diri mereka sendiri untuk menghasilkan gambar ini. Kamera DSLR ini akan dipasang pada tripod dan dipasang remote control shutter atau setting shutter timer tapi jika shutter speed sudah adjust melebihi 1 saat memang sempat sangat la nak posing kat depan kamera selepas tekan shutter button. Itu kalau kamera statik dan objek bergerak. Macam mana pula kalau kamera in motion dan objek bergerak? Shutter speed time tu adjust kepada kurang daripada 1 saat. Aperture pula boleh kekal atau kurangkan kepada f16-f18. Paling penting kena guna manual setting bukan auto setting. Kalau auto setting, kamera secara automatik akan tetap capture objek tu dengan jelas.
Okay lah selain itu, aku juga turut buang tebiat aku dengan merakam gambar berdasarkan logo yang telah aku lihat.
Nampak macam sama tapi memang lah tak serupa. Hahahaha... Okay memandangkan aku gila main game battle tank online ni iaitu Armored Aces maka aku cuba mengadaptasi gambar logo itu dengan membuat satu gambar buatan sendiri berdasarkan citarasa dan bahan dan alat serta surrounding yang ada. Maka terhasil lah gambar seperti di atas. Sebenarnya ada video tapi aku tak upload ke YouTube cuma aku upload ke Instagram aku berdurasi 5 saat sahaja. Hehehe...
Tak pasti lah boleh buka atau tak. Okay let me do my upload onto the YouTube video.
Boleh lah video tu. Sesaje je buat video tu. What can you say or expect? Make a video like a professional one. Of course I can't afford to do that. Need some more knowledge on the video making and learn from the expert.
Next thing is ahhaa..baru teringat.
Gambar gambar ini dirakam sekitar 2-3 hari lepas. Rupa rupanya dimaklumkan oleh pihak Pegawai Kesihatan Persekitaran atau dulu lebih popular dengan istilah Inspektor Kesihatan bahawa kawasan perumahan yang aku duduki ini sudah ada lebih 4 laporan wabak denggi dengan satu daripadanya masih lagi berada di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Aku tak pasti apa kondisi jiran aku tu dan aku pun sendiri tidak tahu bila masa ada jejiran kampung aku ni terkena demam denggi. Pihak pegawai dan pembantu pegawai Kesihatan Persekitaran telah datang pada sebelah pagi untuk melaksanakan pemeriksaan sekeliling rumah dan di dalam rumah bagi mengesan sebarang pembiakan jentik jentik dan juga air yang bertakung. Mujur lah aku tak kena saman sebab ada satu bekas berisi air kosong untuk kucing mama aku yang tidak bertutup. Terpaksa lah cover line kata tiap malam saya akan buang air tu dan ganti dengan air lain dan letakkan kat dalam stor (sebab kucing mama aku ni baru je beranak 4 ekor bulus kitten jadi kami letakkan mereka di dalam stor dengan pengudaraan terbuka supaya tidak panas dan tidak sejuk). Kemudian pada sebelah petang sekitar jam 7.00 petang datan lah sebuah Hilux Toyota lengkap bawa alat fogging sprayer. Rumah aku dulu yang kena sembur dan kemudian baru lah di rumah lain. Sebabnya ialah rumah aku agak dekat dengan lokasi paya tapi rumah lain pun ada juga yang lagi dekat. Mungkin ada yang tanya kenapa buat fogging waktu maghrib? Kenapa tak buat waktu pagi ke, tengahari ke atau malam ke? Haha...ni nok ajor sikit (cakap loghat ganung boh..)
Seekor nyamuk (dalam kes ni demam denggi maka ia adalah nyamuk Aedes..Aedes okay bukan AIDS. AIDS tu penyakit kurang daya tahan lawan penyakit akibat salah guna dadah dan hubungan seks rambang) biasanya aktif seawal jam 4 petang namun mereka lebih aktif bermula jam 6 petang hingga lah ke 8-9 malam. Dalam tempoh ini biasanya nyamuk betina lah yang akan mencari makanan. Apa makanan dia? Darah ler...samada darah manusia dan juga darah haiwan. Adakah semasa nyamuk betina Aedes hisap darah tu dia hisap darah sahaja? Oh no way boh,mek dan awang weh... semasa dia hisap darah kita atau darah binatang, nyamuk betina ni akan memasukkan satu benda bersifat mikrooragnisma seperti kuman lah ke dalam badan kita. Benda itu jika tubuh badan kita khusus antibody kita kuat tiada masalah untuk lawan kuman tu. Cuma yang jadi masalah apabila antibody lemah. Kemudian apa pula yang nyamuk betina Aedes tu buat dengan darah yang dihisap? Apa lagi ia akan diproses oleh tubuh badan dia lah dan satu lagi digunakan untuk proses membiakkan telur telur nyamuk Aedes. Kitaran hayat seekor nyamuk Aedes hanya lah sekitar 2 minggu sahaja. Dalam tempoh 2 minggu itu ia perlu membiak semula. Lokasi nyamuk betina Aedes bertelur ni kat mana? Semua tempat yang mempunyai air bersih yang bertakung termasuk lah air embun yang melekat kat daun pokok. Memang betul, telur bila menetas akan keluar jejentik kemudian jadi larva sebelum jadi nyamuk dan ia tak perlu kawasan luas dan besar pun. Sekadar sedikit air bertakung sedalam kurang setengah sentimeter (0.1-0.5 cm) pun sudah memadai. Sebab itu lah kenapa kita disarankan dan dinasihatkan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk membersihkan rumah dan kawasan halaman rumah kita termasuk kampung dan taman perumahan kita sekali. Seekor nyamuk Aedes mampu terbang sejauh 200-400 meter untuk mencari makan. Jika anda duduk di rumah flat atau kondominium setinggi 20 tingkat pun jangan fikir anda selamat. Jika ada bekas takungan air yang tidak boleh dibuang contoh macam bekas untuk tanaman hidroponik dan kolah mandi boleh la letak ubat pembunuh jentik. Kalau ada akuarium pastikan bela ikan gapi sebab ikan gapi ni suka makan jentik jentik.
Okay lah setakat ini sahaja catitan aku untuk hari ni.. Kat bawah ni ada gambar morfologi / kitaran hidup seekor nyamuk. Insya Allah pengetahuan yang tak seberapa ni dapat membantu anda mengawal dan mencegah pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengelakkan berlaku wabak demam denggi di tempat anda. Sekian, terima kasih. Wasalam.

Kitaran hidup seekor nyamuk Aedes. Pengetahuan tentang kitaran nyamuk Aedes dan lokasi pembiakan nyamuk Aedes akan membantu anda untuk menangani ancaman demam denggi daripada peringkat awal. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan