Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 8 April 2016

Pain..it comes again but this time different..fight it back!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat sejahtera semua warga alam maya. Moga anda semua sentiasa sihat walafiat dan ceria ceria sokmo. Moga Allah permudahkan urusan duniawi dan ukhrawi anda semua.

Well, kali ini aku cuma nak kongsi luahan perasaan aku. Tatkala aku mencatitkan entry ini sudah sebulan lebih aku sedang menjalani cuti rawatan perubatan psikiatrik.

Masalah bermula sejak tahun 2014 dulu dan sudah diubati. Tahun lepas 2015 alhamdulillah segala galanya berjalan dengan lancar tiada apa masalah berlaku. Cuma bermula Mac 2016 lepas tetiba aku diserang panik beserta dengan gastrik yang agak teruk. Sampai ke tahap GERD kot (Gastro-Esophageal Reflux Disease) sampai rasa seperti sesak nafas. 3 minggu lebih jugak lah aku menderita masalah itu (gastrik) dengan memakan pelbagai macam jenis ubat gastrik seperti magnesium trisilicate mixture, semithicone, maxolon, dan lain lain lagi. Belum lagi campur ubat penenang anti depressant seperti setraline dan alprazolam yang aku guna sejak akhir tahun 2014 lagi. The worst one berlaku kira kira hampir sebulan lalu tatkala aku sudah pun memulakan cuti rawatan. Sampai kena masuk unit kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Gara gara tak boleh nak kawal panik punya pasal dan kena pulak sekali dengan gastrik. Innalillahi wa innailaihi rojiun...kira musibah dan ujian lah tu kan.


Okay maka dengan itu, aku pun banyak juga la kena jalani follow-up treatment di IIUM Medical Specialist Centre dan juga di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Satu di Kuantan, Pahang dan satu lagi di kampung aku di Kuala Terengganu. Nak kata letih, bosan dan give up diri sendiri pun ada. Macam macam perasaan ada baik negatif dan positif tapi banyak negatif lah. Nak trigger positif tu susah sikit sekarang ni berbanding dengan dulu sebab dulu dulu tu aku ada teman istimewa..
Dia lah yang beri aku semangat pendorong nak fight lawan masalah penyakit aku. Tapi yang paling paling berjasa dan bersusah payah kerana nak jaga aku, bawa aku ulang alik dan lain lain ialah...



My lovely parents dan my little sister (pic bawah sekali ni). They have sacrificed a lot for me in terms of money, time, giving support, and so on. Orang yang atas tu (gambar mula mula tadi) sekarang ni dah takde...she is going Arab Saudi for work dan kami pun dah tak contact lagi. Harap dia happy kerja di sana, bergumbira sentiasa dan moga jumpa jodoh yang sesuai. Anyway thank you too for her yang sedikit sebanyak melayan, memahami dan menasihati diri ini.


Tapi tak mengapa lah kali ini kena pun boleh kawal lagi cuma kena perlukan masa yang lebih untuk rehat dan pulih semula. All I need is Allah, Al Quran, my parents, my siblings and positive supports from any persons around me.

My next follow-up treatment will be held on 11th April 2016 at Hospital Sultanah Nur Zahirah in Terengganu. It is my hometown and the hospital itself is now becoming my second home. Some doctors, staff nurses and others now look like turned out to be my new friends although some of them are older than myself. The medicines well I cannot simply say it is my new food yet. No and never. It is only a tool to recover my pain but the one who cures me is ALLAH the Almighty God, the only One. Only He can cure me perfectly.

Gastrik aku mulai pulih sedikit demi sedikit dengan cara makan ikut waktu, makan sedikit tapi kerap, mengamalkan minum air masak (plain water), dan juga mengamalkan senaman yang tidak begitu agresif serta mengamalkan pemakanan sunnah seperti susu kambing, kurma, kismis, minyak zaitun dan madu.




Banyak khasiat dan manfaat yang ada dalam madu asli. Allah sudah ciptakan satu penawar dan disebut lagi dalam Al Quran kitab suci bagi umat Islam. Bahkan daripada segi kajian perubatan saintifik pun membuktikan banyak khasiat dan kebaikan menggunakan madu. Cuma nak habaq mai sikit, kalau hangpa ada diabetis mellitus tu kena dapatkan nasihat doktor pakar dulu sama ada boleh atau tidak nak guna. Bagi yang tiada penyakit jangan cari penyakit dengan makan madu secara semberono. Kena campur dulu dengan air suam dan sebelum telan tu kena buat macam kumur kumur (gargling) sebelum telan. Madu asli tidak bercampur dengan air tau. Hanya pada suhu dan tekanan tertentu sahaja boleh mixed dengan air tetapi itu pun tidak mengubah struktur molekul madu. Hebatkan ciptaan Allah?

Khasiat susu kambing pun tidak kurang hebatnya. Bagi yang ada masalah gastrik dan GERD amalkan lah minuman yang penuh barakah dan juga merupakan amalan para nabi dan umat dulu lagi. Nak lagi power cari lah susu unta. Tapi kat Malaysia mana nak dapat susu unta?


Kurma juga merupakan makanan sunnah dan amalan para nabi, rasul, ulama' dan cendekiawan dulu. Ia juga merupakan makanan ringan yang berkhasiat dan mudah hadam serta banyak kandungan serat. Walaupun popular ketika bulan Ramadhan kini ia boleh ditemui di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat. Ia merupakan snack lunch hour dan supper aku juga. Di Amerika ia dikategorikan sebagai top 20 foods eaten mostly by American people. Hambik ko..orang Amerika pun ramai makan kurma.

Kismis atau raisins popular di negara negara Mediterranean. Ia juga popular di negara kita. Cuma bila sebut kismis ini ramai yang kaitkan dengan pembuatan kek dan roti sebab ia lebih sinonim dengan kedua dua makanan itu. Namun ia juga popular sebagai pemakanan sihat yang mencerdaskan minda. Ia juga dikaitkan dengan amalan pemakanan para ulama' dan cendekiawan zaman dulu di sebelah Arab. Aku juga suka makan kismis dan ia juga sebahagian snack aku. Kekadang aku campur dalam masakan bagi menggantikan rasa manis gula pasir yang tidak bagus untuk kesihatan.


Minyak zaitun atau olive oil. Okay sebelum nak cerita lebih sedikit, kena beritahu ye yang minyak zaitun ni tak silap aku ada 3 kategori. Satu tidak boleh dimasak, dua boleh dimasak secara sederhana dan tiga boleh dimasak secara goreng / suhu tinggu. Yang tak boleh atau tak sesuai dimasak ialah extra virgin olive oil. Ia sesuai untuk terapi urutan, food dressing / seasoning seperti salad / kerabu (jika mahukan kelainan) dan masakan yang memerlukan haba yang rendah atau sangat rendah. Kategori kedua pula (virgin oil) tapi ia sesuai untuk menumis sahaja. Kategori ketiga pula (refined olive oil dan pure olive oil) sesuai untuk goreng. Harga minyak zaitun memang mahal kena pulak yang original. Sebotol 1 liter sahaja boleh mencecah RM60-90 dan kadang kala mencecah ratusan ringgit bergantung kepada pengeluar, berat dan kandungan liter dan kebanyakkan minyak zaitun ini diimport dari negara negara Timur Tengah. Nak original kena dapatkan minyak zaitun dari Palestin dan Syria. Kedua dua negara ini sedang berperang, jadi kena faham lah kenapa harga mencanak mahal. Yang bagus minyak ini banyak kandungan lemak tak tepu yang boleh meningkatkan kadar HDL (lemak baik dalam darah) dan menurunkan LDL (lemak jahat dalam darah). Molekul lemak minyak zaitun mudah terurai dan dicerna berbanding molekul minyak minyak lain. Kadar asid minyak dalam extra virgin oil paling rendah antara minyak zaitun yang lain yang berstatus virgin dan refined / pure/ pomace. Kandungan antioksidan, omega 3 dan lemak tak tepu juga paling banyak dalam extra virgin olive oil berbanding yang lain.Maklumat lebih lanjut dan khusus boleh layari website ini http://www.khanapakana.com

Minyak masak yang bagus selain minyak zaitun ialah avocado oil, palm oil (minyak sawit)dan macadamia nut oil. Kesemua minyak ini mengandungi antioksidan, kandungan omega 3 dan omega 6, sesetengah vitamin dan enzim yang bagus untuk darah dan sel sel tubuh badan kita. Molekul struktur minyak ini juga tahan lasak kepada haba panas dan tidak mudah teroksida.

Manakala minyak masak yang anda patut kena elak dan hentikan sama sekali ialah:-
Minyak ikan.
Semua jenis minyak sayuran yang anda kenal.
Minyak kelapa
Marjerin.
Hard real facts but you must know it too. Anda boleh layari website ini untuk maklumat lanjut. https://authoritynutrition.com/healthy-cooking-oils

Okay lah guys..aku rasa setakat ini sahaja catitan aku untuk hari ini. Insya Allah next time aku akan story hal lain atau mungkin hal sama tapi yang lain lah...wasalam.

Tiada ulasan: