Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 21 April 2016

Masak memasak (SALAD AND....)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Jam kat laptop aku ni sudah menunjukkan waktu 1:46 pm = 1446 hours. Waktu lunch hour di Kuala Terengganu, Terengganu di Malaysia. Sengaja aku taip macam ni kot kot la ada orang Malaysia khusus orang Terengganu yang singgah dan baca entry kat blog aku ni yang berada di luar negara terutama yang duk kat Arab Saudi dan kerja kat Hospital King Abdul Aziz di Jeddah nung. Saje je..hahahaha....

Okay lah kali ini entry aku santai jer bab memasak pulak...Untung ape kalau korang orang perempuan dapat suami yang pandai memasak tetapi jangan salah guna kelebihan dan tanggungjawab suami untuk pijak kepala diorang...banyak jadi macam tu zaman lening mek.

Resepi yang aku buat ini sebenarnya berdasarkan ilham sendiri setelah membaca tentang khasiat minyak zaitun terutama Extra virgin olive oil, buah prune, kurma, kismis, tomato dan baby carrot serta boiled white egg. Kebetulan pulak aku ada tonton kat video YouTube program Dapur Bujang yang dihoskan oleh Fendi Raja Lawak..mungkin program tu tahun lepas atau 2 tahun lepas kot tapi masih boleh tengok kat YouTube. Tak cayer?? Ni haa...tengok betul betul..



Maka, timbul lah idea aku nak masak based on apa yang mari ke dalam kepala otak aku ni. Resepi ni kira lebih senang dan super simple lah..kalau lah korang perempuan tak reti nak buat..memang nak kena pelekong dengan lesung batu la.

So let's go straight and right away to our dish. Ada 2 hidangan salad yang berbeza tau...

1) SALAD VEGETABLES MIXED WITH MAYONIS (sorry tak reti nak taip mayonis dalam bahasa omputih..aku kan melayu memang malas nak check ejaan. PM Dato Seri Najib pun malas nak tengok dokumen sign ikut suka hati dia je..hahaha outta topic)

The ingredients atau bahan bahan ialah:-

  1. Salad yang telah dipotong dan cincang..aku lebih suka dipotong kecil. Mudah perut nak hadam.
  2. Sebiji tomato yang dibelah dadu..nak hiris pun boleh atau nak taruk sebijik macam tu pun takpe ikut selera nafsu perut masing masing.
  3. Baby carrot yang dipotong dadu. Tapi kalau takde baby carrot, guna carrot biasa la yang besar tu tapi kena potong dadu. Bagi yang suka makan keras keras, taruk macam tu je. Bagi yang tak suka, boleh la rebus atau rendam dalam air bersih 5-10 minit.
  4. 2 biji bawang merah atau sebiji bawang besar atau sebiji bawang Holland. Dihiris hiris halus atau boleh juga dipotong dadu. Kalau aku lebih suka potong besar besar dan that's why I prefer to pick bawang besar atau Holland onion. Seriously, aku lebih suka guna semua sekali dan masuk sekali dalam masakan. Aku ni gila bawang tapi badan takde lah bau mana.
  5. Blackpepper powder atau lada sulah atau biji lada hitam yang ditumbuk halus. Bagi mereka yang ada penyakit gastritis atau pedih ulu hati (GERD: Gastro Esophageal Reflux Disease) tidak digalakkan ambil ini dan kalau nak sangat pun ambil sikit je maybe around separuh sudu kecil ke. Kalau taruk banyak, hahaha ko tunggu la lagi 4-6 jam lepas tu tahu la apa makna hidup merana.
  6. Sebiji telur ayam yang direbus. Untuk aku, memandangkan aku ni nak jaga paras kolesterol nak naikkan HDL (high density lipid a.k.a lemak baik) dan nak turunkan LDL (low density lipid a.k.a lemak jahat) maka dalam hal ini aku cuma ambil putih telur nye sahaja ke dalam masakan.
  7. 3-4 biji buah prune. Terpulang sama ada nak potong atau nak taruk macam tu sahaja ke dalam masakan. Buah Prune ini kaya dengan antioksidan yang tinggi. Bagus untuk reduce cholesterol dan free radicals dalam darah kita.
  8. Mayonis. Guna dalam 1-2 sudu sahaja. Jika yang ada masalah perut tu ambil sikit dah la.
  9. Kismis. Ikut suka hati anda nak taruk banyak mana. Tak salah pun ambil banyak. Paling terbaik guna kismis hitam sebab rasanya lebih manis kot..pada aku lah. Tak payah potong, taruk macam tu je.
  10. Madu lebah asli atau Honey bee. Sebagai pengganti gula pasir atau jika ada stevia boleh juga guna stevia. Namun aku lebih suka guna madu lebah asli. 2-3 sudu besar (guna sudu plastik atau kayu) ke dalam masakan. Banyak khasiat guna madu lebah asli dan banyak bahaya jika guna gula pasir.
  11. Minyak zaitun dara extra atau Extra Virgin olive Oil. Minyak yang paling terbaik (super duper the best) di dunia. Mempunyai kandungan Omega 3, anti oksida dan molekul asid lemak mono tak tepu dan asid lemak tepu yang tinggi. Yang tak elok asid lemak poli tepu dan tak tepu. 2-3 sudu minyak zaitun dara extra ke dalam masakan. Selain sebagai food dressing, ia juga sesuai untuk urutan badan  atau body massage. Jika tiada minyak zaitun jenis ini, boleh ganti dengan minyak kelapa sawit yang kedua terbaik. Minyak selain daripada tu tak berapa digalakkan jika anda ada masalah kesihatan atau nak jaga kesihatan.


Cara memasak salad mudah..mana ada pakai api nak panaskan. Apa yang anda perlukan ialah mangkuk besar dan senduk atau sudu besar. Campurkan kesemua bahan tersebut ke dalam mangkuk dan gaul rata semua bahan itu. Kemudian anda boleh makan begitu sahaja..just like that atau makan bersama roti (sebaik baik roti ialah roti wholegrain) atau boleh juga makan bersama dengan nasi (kalau boleh nasi tu semangkuk kecil manakala salad ni letak lah banyak).

2) SALAD VEGETABLES WITH BAKED POTATO.

Bahan bahan adalah sama seperti yang diatas cuma untuk ini aku remove Mayonis from the list. Itu sahaja.
Okay bagi kes Baked Potato ni...kalau dalam bahasa kita Kentang bakar kan? Walaupun nama kentang bakar tapi kan..based on apa yang aku faham dan pernah alami la..dulu dulu aku konon nye pernah la nak makan ubi kentang bakar tapi aku pakat hentam keromo je. Last last nak patah gigi aku nak gigit ubi kentang tu..keras giler weh!!

Okay ni tips dia macam mana nak bagi ubi kentang tu lembut dan empuk. Just for baked atau boiled potato ni. Mula mula hangpa potong ubi kentang tu. Sama ada nak belah 2, 3,4,5,6 ka lantak pi hang pa la. Nak potong dadu pun tak pa. Lepas tu korang rebus ubi kentang yang dah dipotong tu ke dalam air rebusan yang sedang direbus menggelegak. Kemudian biarkan dalam 10-15 minit dan angkat serta toskan. Itu je. Kalau korang rebus sebiji ubi kentang macam tu..sampai pagi esok dan sampai air kering pun ubi kentang tu tak kan empuk.

 Cara memasak bagi ubi kentang bakar atau baked potato...mudah sahaja. Jika anda ada kepingan kertas aluminum atau aluminum foil. Masukkan ubi kentang yang direbus tadi ke dalam aluminum foil. Taburkan lada sulah atau blackpepper powder atau biji lada hitam yang telah ditumbuk halus. Jika anda suka nak letak garam dan gula terpulang lah tapi kalau aku tak letak sebab benda tu aku dah ganti dengan madu lebah asli dan letak kat dalam salad. Kemudian tuangkan 2-3 sudu minyak zaitun atau minyak sawit ke ubi kentang dalam aluminum foil. Selepas itu, letakkan ubi kentang tu kat atas kuali rata dan masak tak perlu lama sebab ubi tu dah direbus. Asalkan berasap putih kira dah masak la. Lepas tu masukkan ke dalam salad dalam mangkuk. Kalau korang ada microwave lagi bagus, tak perlu gunakan aluminum foil. Just letak kat bekas yang tahan haba microwave terbuka macam tu je. Yang pasti jangan masak lama sangat la dalam 5-10 minit dah okay dah.





Gambar yang tu contoh masakan yang aku dah buat tapi masak dalam periuk tembikar. hahaha...tapi rules sama sahaja jangan masak lama. Sedap atau tak untuk aku apa yang aku masak dah tentu la lidah aku rasa sedap. Untuk korang try buat sendiri la.


Okay lah itu aja nak dikongsikan kali ini. Apa apa hal pun eat healthy, live healthy, think healthy. Makan makan jugak bai...kesihatan dan ibadat kena jaga. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w lah..makan dengan 1 perut bukan 7 perut. Makan tu berhenti sebelum kenyang bukan dah kenyang baru berhenti makan. Sebab perut kita ni kena peruntukkan 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara. Kalau tak ikut dan main bedal aje itu lah yang dapat macam macam penyakit. Perut pun boroi. Rasulullah dan para sahabat nabi serta ulama ulama mana ada perut boroi. Kita ni orang Islam sembang lebat mengaku Islam tapi bab makan mengalahkan setan. Kalau ada sentap saya mohon maaf tapi siapa lagi nak nasihat menasihati kan.. ini pun untuk kebaikan kita semua juga.

Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan: