1) sakit fizikal etc sakit sebab impak eksiden kt kepala aku ni dan ada bisul kat kaki aku.
2) sakit hati...
kenapa aku sakit hati?
ni sume gara2 setelah aku menerima 1 kad keahlian daripada easy phamax...very shocked ma. punca nya ialah aku langsung tak pernah register jadi ahli easy phamax. then bila aku trace and investigate baru la aku sedar ni sume ada kaitan dengan grup yg pernah aku join dlu (grup MLM) yang sekarang ni dah mampos hasil serbuan PDRM dan KPDNKK hujung bulan Julai tahun lalu yang mana pada masa itu aku baru sahaja declare get out daripada grup bodoh itu. tapi masalahnya segala data aku termasuk salinan IC aku ada pada mereka.tapi nasib baik diorg xde no akaun bank aku yang lain kalau x mampus.tapi aku tak boleh biarkan hal ni berterusan sebab aku bimbang ada sabotaj yang mungkin diorg akan buat. erm tak boleh jadi ni.
pasal easy phamax..masa aku search dalam website diorg...well so far okay tapi hati aku jadi sakit bila melihat ada produk yang haram iaitu wain..bodoh betul org yang register aku tu (aku pun tak tahu siapa).kepada CMQ dan MQ starclub tu sudah2 lah buat kerja bodoh korang tu..cukup la menipu duit orang lain. korang ni bila join program MLM (skim cepat kaya) ni semua cara korang bedal tak kira halal atau haram.memang bangsat la korang ni.paling mengejutkan bila aku dapat 1 info mengatakan bahawa member2 straclub yang masih lagi aktif kini bernaung di bawah syarikat easy phamax. sebelum itu natstar sdn bhd tapi lama sebelum tu DCHL, RZ corporation....argghhh memang sial lah diorang ni.aku rasa dah tiba masa aku kena buat report polis. kali ni aku dah hilang kepercayaan TOTAL terhadap grup malaun ni. teringat lagi cara diorang sindir dan perli aku kerana masa aku join tu aku datang bawa motor, pakai baju ala kadar. tapi aku ramai kawan. bila aku dah join diorang memang sangat menyesal kerana aku makin hilang kawan...aku ingat lagi ayat yang diorang selalu guna ' diorg sume tu nak tengok kita susah tak mahu kita senang' weh hello...kalau senang dengan cara menipu buat apa? aku memang mahu hidup senang tapi bukan la dengan program bisnes yang hape2 ntah ni!! baik la aku teruskan bisnes aku dengan HPA (al waheeda marketing) dan bisnes sendiri (jual kain batik sutera)..duit dapat, bonus beli barang pun dapat, point bertambah..tak payah susah nak cari orang aka downline. lepas ni aku better stick dengan program HPA je la selain buat bisnes sendiri dan juga kerja hakiki ku selain tu melabur dalam amanah saham bank islam (dapat perlindungan takaful dan insurans lump sum) dengan modal yg berpatutan dan risiko yang sederhana serta pulangan yang lumayan setiap tahun.
jadi kepada mana2 / sesiapa yg mahu jadi ahli kepada mana2 syarikat MLM silalah periksa dengan teliti latar belakang syarikat MLM itu. periksa sijil perniagaan syarikat (Agensi Jualan Langsung),bank negara malaysia,kpdnkk serta pihak pengurusan syarikat termasuklah upliners anda.jika ada something wrong please leave them especially starting modal yang tak munasabah dan juga tiada produk dan servis yang ditawarkan. jangan jadi cam aku dan ramai lagi mangsa di luar sana..terpaksa habiskn masa 20 tahun untuk bayar hutang dengan pihak bank..tu x termasuk hutang kereta dan sewa rumah serta ptptn dan lain2 belanja harian. kepada yg sudah join tu nasib korang lah terutama yang sudah ada downliners dan ada pangkat..mesti hidup korang tak tenteramkan? aku ingat lagi cakap sorg CMQ starclub kat aku ' stp kali aku tidur aku x sabar nak bangun esok sebab nak cari ramai org (downline)' padahal x tenteram hidup sebab nk tenangkan downline jangan bagi melawan. apa yang aku buat sekarang ialah berdoa banyak2 supaya dibalas dengan balasan setimpal atas setiap kelakuan dan pemikiran mereka.
ada lagi sambungan pasal sakit hati ni tapi sambung next time lah ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan