Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 22 Mei 2011

Monday

Monday here comes again...macam biasa la ada orang cakap monday blues syndrome. Actually aku pun tak faham apa yang diistilahkan sebagai Monday Blues Syndrome tapi all in all sebab nye malas nak gerak kerja pada hari isnin. Ye la dah 2 hari bercuti tak pun bagi pekerja yang lama bercuti then tiba2 hari ni cuti dah habis dan kena kembali bekerja memang la berat bebenor kaki nak melangkah masuk kerja huhu..


paling terok kalau tempat kerja tu ada orang yang kita memang tak suka untuk bersua muka tak kira lah bos ke siapa ke as long as we don't like them memang la setiap hari isnin tu tak ubah seperti Black Monday :p

Anyway semua itu datang daripada individu itu sendiri. Jika mereka punya motivasi yang tinggi dan faham akan tanggungjawab mereka dan lebih2 lagi untuk menyara hidup diri sendiri serta keluarga sudah tentu Monday Blues Syndrome bukan lah satu alasan munasabah untuk kita mengelakkan diri daripada nya iaitu kerja. The simplest solution is ingat setiap usaha/kerja yang kita buat tu ada upah/gaji nya tak kira lah besar atau kecil tapi yang sangat penting ialah keberkatan perolehan rezeki itu.


Okay lah dah abes pasal hal Monday Blues syndrome..tujuan aku post kan hal itu sebab pagi tadi di radio IKIM.fm, deejay nya ada menyebut pasal hal itu. Walaupun ia sepintas lalu namun sangat penting untuk kita hindari gejala tersebut. Mustahil kalau aku tak pernah alami hal itu tapi terpulang pada cara individu untuk mengatasinya.

Hari ni aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan takziah atas kembalinya ke Rahmatullah seramai 16 orang mangsa korban tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Moga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka amin..Al-Fatihah.



Di sini aku sertakan gambar2 yang diperolehi daripada sumber2 berita dan internet tentang kejadian tanah runtuh di Batu 14 Hulu Langat yang mengorbankan 16 orang nyawa tersebut. Nampaknya ini lah yang dikatakan bila alam semulajadi menunjukkan kuasanya dengan izin Allah s.w.t kerana kita manusia alpa menjaga ekosistem alam semulajadi ciptaan Allah. Diharapkan pihak bertanggungjawab seperti pejabat tanah galian, MOSTI, JKR dan yang seumpamanya yang berkaitan dengan hal cerun,tanah dan keselamatan penghuni seluruh malaysia yang mendiami sekitar lereng bukit / gunung dan juga atasnya hendaklah mengambil langkah2 yang perlu bagi mengelakkan kejadian sama berulang kembali...walaupun setahu aku la dah banyak benor tanah runtuh yang makan nyawa kat Malaysia ni paling tragik Highland Towers pada December 1993.



Ni lokasi map kawasan tanah runtuh..dipetik daripada BH



Berani benor cameraman ni panjat bukit yang dah runtuh semata mata nak capture pic.





Ni lagi detail kot sekali dgn angka korban,cedera..tapi sebelum disahkan la.


Tak sure samada victim ni injury / dead masa diangkut keluar..Innalillahi wa innalillahi roji'un.

 
018243780 Gambar Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat 018244625 Gambar Tanah Runtuh Batu 14 Hulu Langat


















Kesian si ibu ni..bersabarlah dan redha lah atas ketentuan Ilahi.


Solat jenazah semalam.




i think this victim is dead


Front view..i just bet.


I think this victim might suffer major injury..poor him.


sakit yang teramat sangat..



Tiada ulasan: