Sekarang ini,aku sudah berada di rumah parents aku di Seberang Takir,Kuala Terengganu. Al maklum lah,semalam public holiday celebrate Hari kemerdekaan Malaya ke-55 (kenapa aku panggil Malaya? yer la malaya atau semenanjung malaysia sahaja merdeka pada 31 ogos. Manakala Malaysia pada 16 September).Biar lah apa org nak kata,pada aku itulah sebenarnya yang berlaku. Okay la selain celebrate merdeka tu..actually aku tak celebrate pun sebab habiskan masa atas katil di waktu pagi hari. Lepas bangun tu bergegas pergi ke Giant Hypermarket di Padang Hiliran nak cari barang2 untuk majlis open house.
Benda yang nak dicari tak banyak..cuma cup plastic dalam 200 cups,garbage plastic bags 1 bundle dan kiub ais 4 beg besar. Time dah siap bayar tu,adik aku pulak call kata 'along tolong cari fishball 1 pek besar' mak aihh banyok benor nak masak nye nih...aku pun pergi la masuk semula ke Giant tu. Cari punye cari alahai yang ada pek medium dan small je. Kalau nak beli banyak2 macam tak berbaloi la pulak kan sebab kena bayar lebih nanti.so lepas tu aku start motor aku then terus la pi rumah dulu sebelum cari fishball tu. Aku pergi kat pasar batu enam jer tak jauh dari rumah aku..lebih kurang 5 minit perjalanan.
kampung batu enam,tak jauh dari pasar batu enam. |
ni kat deretan kedai menjual buah2..aku rasa awek tu mak orang kot hahaha..tp memang seksi siot. |
Sebut pasal Pasar Batu Enam ni,banyak kali la aku mai ke sini utk beli barang2 dapur yg mak aku pesankan untuk beli tapi gua boleh gerenti sekali lu pergi pasti lu tak nak mai lagi hahahaha..kenapa? harga barang la,makin mahal weh. sebab itu gua cuma beli buah2 dan barang rempah ratus sahaja atau makanan.kalau nak beli barang2 basah macam ikan,daging lembu,kobau,kekambing tu better pi Mydin Mall atau Giant tapi gua rase Mydin Mall champion kot. Even dalam bulan puasa ramadhan pun famili aku dan aku sendiri tak berapa prefer nak datang beli juadah kuih muih atau air cikung kat sini sebab harganya agak tinggi sedikit berbanding tempat lain.kitorang prefer beli di gerai2 di sepanjang jalan menghala ke Sekolah Menengah Ibrahim Fikri atau di kawasan perumahan Gong Badak dekat dengan Main campus Unisza Gong Badak sebab kebanyakkan harga sini still reasonable dan sesuai pula dgn student2.
Ok la berbalik kisah shopping aku tadi tu...aku ingat nak masuk terus ke dalam pasar tu kot ade la jual fishball kat area kedai2 yg jual sayur tu tapi alang2 aku parking depan deretan kedai runcit borong so aku pun terus la cari kat situ dan memang ada.so aku pun beli la.lepas tu aku beli jugak la low fat milk dutchlady (gara2 mahu turunkan berat badan kate kan huhuhu). Then aku pun terus balik rumah. Sampai di rumah pulak,pergh relatives aku sume sudah mai (sebelah abah je) dan ade jugak la sorang dua jiran datang tolong menyiapkan juadah open house. Tugas aku mudah je tapi berat sebab sume nye bab angkat mengangkat...angkat meja,kerusi baik yg statik mahupun yg lipat2 tu.pastu susun atur meja kerusi.angkat pinggan mangkuk dan cawan termasuk bocong air yg besar tu.Unload ice cube ke dalam bocong air..simple2 je tapi banyak. Selesai sume tu baru je nak rest dah bunyi azan Zohor menandakan masuknya waktu solat fardhu jumaat dan sesi khutbah..tapi aku duk layan facebook dan website iium dulu nak tengok sebarang update di tempat kerja aku.kemudian baru la gerak ke masjid. Masjid pilihan aku ialah Masjid Unisza Gong Badak sebab 1st thing khatib ny suka baca khutbah panjang (bagi aku masa sikit la nak mandi,wangi2 then start motor pi ke sana) 2nd thing time solat tu laju je pak imam baca walaupun surah al quran yg agak panjang. Bukan bermakna gua tak suka dengar khutbah akan tetapi khutbah yang gua selalu dengar tu agak membosankan,disebabkan semalam national day so imbau balik la sume citer zaman portugis,belanda,british,jepun,komunis,british. aku tak salahkan khatib sebab itu tugas mereka membacakan teks khutbah yang dibekalkan kepada mereka oleh pihak majlis agama negeri. aku cuma mahukan ada perubahan pada khutbah tu..masukkan lah unsur hukum hakam islam,jenayah,qisas,takzir,qazaf,muamalat ekonomi islam,isu riba'.isu gejala sosial,isu antarabangsa macam di myanmar,syria,palestin,afghanistan,iraq dan chechnya.at least terbuka la minda aku dan orang lain yang peka pada isu2 sejagat ni.mata pun cerah je time dengar khutbah yg disampaikan kan?
masjid Unisza Gong Badak Kuala Terengganu. tempat lama aku beristirehat semasa zaman student hehe..ni pic copy paste dr org len..dia mesti guna DSLR nih. |
So selesai bersolat fardhu jumaat berjemaah,solat sunat juga turut aku buat selain bersedekah dan berwirid dan doa. Aku pun pergi la ronda2 di pantai teluk ketapang seketika sebelum pulang ke rumah. Wow ramai jugak orang pukul 2pm lebih eh tapi ramai lelaki mungkin rest kat pantai lepas abis solat jumaat tadi kot sebelum balik ke rumah. Gerai2 makan pun ada juga sudah dibuka. Selain tu nampak juga la kelibat beberapa buah keluarga yg piknik di situ.
signboard ni ada terletak di hujung selekoh jalan pantai dekat dengan klinik kesihatan seberang takir
copy paste pic...tapi selaku penduduk tetap negeri terengganu di seberang takir ni walaupun kerja di kuantan.ini lah salah satu pemandangan biasa golongan peniaga mencari rezeki di pantai teluk ketapang. |
Sepanjang laluan ni kalau nak cari makan tak usah risau berlambak2 kedai makan ada,gerai jual makanan ringan pun ada...kalau aku yang paling best kat sini sudah tentu keropok lekor,satay bebola ikan,satay ikan,satay isi ketam dengan pencicah sos buatan sendiri peniaga2 di sini. Biasanya sos ada 2 perisa iaitu manis dan pedas,ada sorang peniaga tu siap buat sos masin pun ada tapi mostly kat sini ramai suka pedas atau campur pedas manis..best woo..ditambah dengan minum air buah nyo yang fresh (air buah kelapa muda) sambil angin sepoi2 bahasa bertiup.pergh memang lentok la weh...selain tu ada juga jual makanan masakan panas,nasi dagang dan yang agak best juge ialah seafood celup tepung seperti ikan celup tepung goreng,sotong celup tepung goreng dan sesetengah kedai makan tu ada yg buat pari2 celup tepung goreng.pe2 hal bab makan tepi pantai ni awok ganu kiter memang nelang doh dari dulu lagi hehehe...yer la mane tak nye kan dulu aku ingat lagi masa aku kecil2 dulu kalau saudara mara dtg dari KL,Johor,Melaka,Seremban bila datang terengganu mesti cari keropok lekor,kain batik,sutera dan barangan tembaga. Sampai sekarang pun diorang masih lagi cari benda2 macam tu tapi bila dah diajak ke pantai sambil pekena makanan seafood yang fresh ni boleh kata tiap tahun la mai..masa tu parents2 je mai,bila sepupu sepapat aku dah besar dan beranak pinak,diorang pulak yang mai...emmm aku jugak yang still single mingel lagi hahahaha...insya Allah jodoh sampai takkan ke mana nye.
Lepas selesai je ambil angin di pantai teluk ketapang,aku pun balik lah ke rumah aku. Wah sampai je aku depan gate rumah,aku lihat sume famili dan relatives aku dah santap awal2 dah huhuhu...Lepas parking motor aku ingat nak pi makan terus tapi nephew aku umur setahun tu pulak buat hal..,dia pergi ke salah satu paip air depan laman rumah,then dia duduk bawah paip air tu sambil buka paip air.dia pun main air suka hati dia la..aku pun pi tutup paip air dan dukung dia bawa masuk ke bilik sambil tukar pakaian.nephew aku tu pe lagi mengamuk la sebab tak puas main air,aku pun buat2 bunyi gertak sikit baru dia senyap hehehehe...aku pun basah berjeruk gok sebab dukung dia yg basah kuyup tu tapi aku tak tukar pakaian aku. Then adik aku ambil shift jaga nephew,baru la aku boleh makan dengan tenang..Menu open house yang mama aku buat tahun ni boleh kata ala kadar je la nak dibandingkan tahun2 sebelumnya..ada soto,nasi himpit,lontong,kuah kacang,sayur lodeh,sambal tumis,puding cocktail,mee goreng,orange juice,dan juga kuih muih dan kerepek2 pelbagai jenis. Kalau yang sebelum ni menu utama kami sekeluarga ialah nasi dagang atau nasi beriani dan bihun goreng serta nasi himpit atau ketupat akan tetapi tahun ni walaupun bajet tu terlebih banyak namun disebabkan menpower tak ramai disamping ader budak kecik nak kena sokmo dijaga.maka juadah tahun ni pun just simple sahaja. Alhamdulillah ramai juga yang datang semalam sejauh Pasir Putih Kelate hingga la jiran2 kawasan perumahan dan juga kawan2 parent aku. Bahkan member aku dan adik2 aku juga turut datang so no wonder makanan pun ngam ngam jer abes hehehe..kalau tak susah jugak nak abeskan sampai 3-4 hari. Ok lah aku pun dah lapaq ni no....next entry aku akan share pasal trip aku ke perlis insya Allah amin
psstt...sume pic ni adalah copy paste sahaja..next entry i will paste my own pics.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan