Assalamualaikum, hari ini aku nak share pasal RC (remote radio controlled) tank dan helikopter...kenapa? sebab aku ni selain daripada membuang masa dengan menjelajah negeri2 orang bahkan kampung2 orang pada masa yang sama aku pun penggemar hobi RC kereta kebal dan helikopter ni. Actually memang aku minat gilerrr...model2 RC ni tak kira la apa jenis pun tapi the most attractive pada aku ialah kereta (especially off-road),kereta kebal,helikopter dan kapal terbang.
Tiger tank RC...the design really attracts myself. |
with the so-called tank commander hahahaha... |
this is my first RC collection: Off-road racing car (like combination of F-1 and buggy car isn't it?) |
Heli RC Apache Longbow.look like real right? |
with fake rocket and gun |
Tak sangka dalam masa 8 bulan sahaja aku berjaya collect 6 jenis RC..alhamdulillah berkat rezeki lebih yang aku ada..maka why not spend some of it to my hobby kan? huhu...ok dalam pics di atas kiri kanan ni,anda semua boleh lihat sebahagian daripada koleksi RC yang aku ada. Ok koleksi first yang aku beli ialah RC off-road racing car...yg macam rupe F-1 tu tapi tayar off-road..aku beli RC off road racing car tu di Ayer Hitam, Keluang Johor. Masa tu aku fikir nak start dengan benda2 murah dulu...kos beli cuma RM69.00 sahaja. Ia dalam satu kotak yang sederhana besar ermm lebih kurang macam saiz kotak paper A4 tu. Dalam tu complete ada charger,battery (tapi yang bezanya battery untuk RC ni bukan dalam bentuk pek tau macam yang selalu ada dalam market tu,ia macam battery size AA tapi Ni-Cd punye..so memang kena recharge la kalau power dah habis),radio controller dan of course off-road racing car tu sendiri la. Daripada segi body dan engine pada aku la...average grade aku boleh beri. Why? walaupun ia boleh dimainkan di atas permukaan tak rata dan berbatu tetapi still tak boleh go through watery surface dan selain tu duration control agak sedikit terbatas iaitu dalam tempoh 10 - 13 minit sahaja tanpa henti...beyond the duration,maka off-road pun gerak slow sikit then bila nak habis tu mula la merangkak2 dan bunyi enjin pun macam tersedut2 je.
Ok, itu description bagi first RC yang aku beli...later on aku decide nak beranikan diri membeli RC helikopter pula. Maka RC helikopter ni ialah the second collection in my RC collection. Aku beli RC heli ni dalam akhir tahun 2011 tak silap aku dekat2 hujung tahun la. Aku beli RC heli ni di Kuantan Parade di Kuantan la. Reason aku beli RC heli ni satu je...nak rase pulak kesoronokkan main RC heli ni. Ye la sebab aku tengok dalam YouTube tu pun macam best je main RC heli ni. So dalam rasa takut2 berani tu aku berani kan diri untuk beli juga. Ye lah mana tak nye, kan harga RC heli ni mahel giler..tapi mujur la masa aku beli dari kedai RC (lokasi dia GF dekat dengan kedai kamera, sebelah kedai video di tepi tangga) ni aku dapat harga dalam RM 300 sahaja berbanding harga asal yang dipamerkan iaitu RM499.00 jika tak silap aku la. So memang dalam bajet aku la sebab aku standby duit RM400 je huhuhu...so masa purchase tu,towkey kedai dia tunjuk la cara2 nak main game RC heli ni...Alamak lupa pulak nak describe RC heli aku ni. Ok RC heli aku ni based on model Longbow Apache 64 McDouglles (bukan McDonald tau hahaha) dengan scale 1:24 menggunakan enjin berkuasa battery Lithium Polymer a.k.a Lipo battery dan of course come together with radio controller la. Selain tu terdapat juga spare part yang diberi sekali iaitu blade heli dan screwdriver (kecik punye). Kotak die pergh besar giler beb...macam kotak TV LCD tu ha...pasal radio controller untuk RC heli ni agak tricky sikit...sebab pada joystick both left and right tu agak licin bila digerakkan..so kalau tergerak dengan kuat,jangan terkejut kalau heli tu suddenly terus take off tinggi giler hahahaha...altitud paling tinggi RC heli aku ni fly ialah 10 meter lebih kurang bangunan 3 tingkat la.dan paling jauh flight dalam 50 meter dengan syarat tiada lain2 frequency radio controller yang berada di sekitar kita. jika tak,hehehe mayday mayday, we're going down.crash landing la...in fact frankly to speak my RC heli ni sudah 3-4 kali crash dengan 2 daripadanya terpaksa tukar blade heli.tapi praise patut diberi pada body RC heli ni kerana walaupun crash pada altitud yang tinggi namun masih dalam status OK good to go.setakat scratch tu normal la tapi takde la teruk sangat. Modification yang aku buat pada RC heli aku ni ialah installing mercun rocket kononnya nak represent sebagai anti tank rocket la hahaha...tapi not easy task you know!! really tricky one. Mana tak nye,bila dah terbang macam mana nak bakar fuse mercun roket tu so terpaksa la buat cepat2 sebelum take off dan letak kat bawah pod mini roket tu.then depend la pada altitud mana roket tu terbang, kalau sempat pada aras kepala yang tu je la sempat..kalau sempat sampai kat bumbung rumah pun ok dah tapi seingat aku la tak sampai aras kepala aku pun shhhhhuuhhhhhhh mercun roket tu terus terbang tapi tak straight la then booommm!!! meletop...huhuhu
Last but not least my RC tank a.k.a kereta kebal RC..yang ni aku boleh kata the most expensive in my collection la sebab aku beli dengan harga yang agak mahal la...tak silap aku RM 450 itupun lepas tawar menawar dengan towkey (harga asal RM 600 tau). Lokasi aku beli RC tank ni pun tempat sama gak iaitu di Kuantan Parade,Kuantan Pahang. Model RC tank ni based on Tiger tank tapi masa aku mula2 beli ni aku ingatkan King Tiger hahaha...bila aku survey balik dalam internet dan tengok sendiri model ni baru la aku tahu ia Tiger tank. Sejarah Tiger tank ni la sebenarnya attract aku untuk purchase model ni...boleh dikatakan Tiger tank ni legend dalam sejarah kereta kebal di dunia ni lebih lebih lagi semasa Perang Dunia Kedua di Eropah dulu dalam tahun 1940-1945. Tapi kereta kebal Tiger ni dibuat pada tahun 1940 dan siap pada tahun 1942 dan terus digunakan di lokasi perang di Afrika Utara, Eropah termasuk Russia semasa operasi Barbarossa atas arahan Hitler. Bahkan ia juga pernah muncul di Jepun tapi sekadar pameran untuk rakyat Jepun dan tiada rekod tentera Jepun copy paste technology Tiger tank untuk manufacturing purpose. Wah wah...dah macam historian ni aku eh hahahaha....tak po la just sharing. Ok la balik kepada topik asal....walaupun harga boleh tahan mahal dan saiz yang besar (mana tak nye scale 1:16) dan enjin pula guna kedua dua minyak dan battery Lipo tapi pengendalian radio controller amat mudah...mungkin juga pengalaman control RC heli controller tu la banyak membantu sebab design yang sama. Bezanya banyak function pada RC tank controller ni. Ia ada joystick untuk gerakkan tank,turret tank,menembak meriam,asap dan juga alignment track tank tu sendiri. Bahkan battery untuk RC tank ni agak banyak lebih kurang 8 battery size AA yang mana aku suggest la better cari yang Heavy Duty purpose atau Alkaline (mudah le nak recharge nanti,tak perlu beli baru bila dah habis power nanti). Aksesori pun ada gak iaitu doll tank commander, minyak spare, BB ammo,track spare plus screw dan juga armor plate spare. Antenna radio pula mudah dicabut so memudahkan kerja menyimpan dalam ruang kecil so that tak bengkok la antenna radio pada tank tu. Cuma pada masa aku mula2 beli RC Tiger tank ni ialah pada track sebelah kanan, sebab bila corner kanan kan...kerap bebenor wheel track depan tu tercabut. So solution yang aku buat sangat la bijaksana iaitu aku guna gam gajah sebanyak yang boleh,aku salutkan pada main screw dan juga hole pada wheel track tu then tampal dan lock. Aku biarkan dalam setengah jam,kemudian bila aku test drive RC tank dan buat right corner pergghhh langsung tiada masalah, alhamdulillah. Ok pasal shooting tank cannon..aku boleh beri full mark 100% sebabnya sangat mudah untuk menembak walaupun Tiger tank sedang bergerak dan turet 360 darjah. Jarak efektif tembakan walaupun guna BB ammo pellet ialah sejauh 70 meter. Satu lagi jarak jauh yang Tiger tank RC ni boleh pergi ialah sekitar 70 - 90 meter non stop dan durasi enjin dan radio control ialah 30 minit (paling lama berbanding lain2 koleksi RC aku). Tiger tank RC ni pun agak lasak sebab ia boleh bergerak baik surface off-road dan on road serta watery surface macam lecak yang tak berapa dalam tu (setakat paras buku lali tenggelam la) boleh la die redah tapi kalau banjir memang hancus hahaha..even sampai sekarang ni pun RC Tiger tank ni masih lagi menjadi kegemaran ku untuk bermain dan kadang kala aku buat firing test di kawasan belakang rumah aku ni yang baru je dah jadi padang (asalnye semak samun)
so that's all folks...sebab aku malas dah nak citer lagi 2 RC aku tu. hahahaha....bai bai
4 ulasan:
Rc tank tu brand ape bos?
btw...kt kuantan ni xder ke club utk rc stuff ni? aku ada gak heli, model f45 f-series....awal2 tu payah gak nk men, tp lma2, serius best
sorry tak perasan ada komen. RC tank yang aku beli ni semua dari brand Heng Long (HL). china punye la.
haha...tu aku tak pasti bro. Kalu di kuantan ni spesifik sikit di kawasan IM8 dan taman tasik bandar ni boleh kata ade je RC gamers turun sini. macam2 ada,RC boat,tank,crawler..tapi kalu kat area tasik tu of course rc boat gamers la conquer situ.
Catat Ulasan