Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 10 November 2012

rumah,hujan dan new RC collection.

Malam ni jam sudah menunjukkan jam 9.55pm. Sekarang ni aku sudah berada di rumah di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Bersama sama dengan aku ialah of course family aku la..nobody special but my family...with them I can share a lot about this life. Cuma malam ni masing-masing buat hal sendiri,al maklum la cuaca sekarang ni sejuk (takde la sampai bersalji) sebab hujan lebat 3-4 hari ni. Bukan di Terengganu je, tempat keje aku dan rumah sewa aku di Kuantan pun sokmo sokmo la hujan lebat 2-3 minggu ni. Petanda sudah masuk musim tengkujuh dan juga banjir. Bahkan memang sudah banjir pun di beberapa buah negeri di pantai barat dan selatan semenanjung. Antaranya ialah Johor, Selangor, Melaka dan Perak. Hmmm memang pelik kan sebab normally negeri2 pantai timur la kena dulu tapi takpe la ada la tu Dia nak uji. Kalau nak tahu status dan laporan terkini banjir boleh log on website ni

 portalbanjir.mkn.gov.my

dan kalau nak check cuaca terkini dan laporan semasa berkaitan cuaca boleh lah layari website ni (Jabatan Meteorologi Malaysia) even status ribut tropika,tsunami,gempa bumi dan lain lain berkaitan cuaca pun ada.

www.met.gov.my


Ikut hati aku,esok nak pi Penang...bukan sebab jalan jalan tapi ada majlis jemputan walimah salah seorang staf tempat kerja aku. Lagipun siap konfiden kata kat dia nak mai tapi dah jadi cuaca macam ni so fikir 2 kali gak ler.


Ahhaa...satu lagi tengahari tadi aku buat testing kat crawler Nitro aku,the new rc in my collection..nak tengok? tengok la pic ni huhuhuhu...









I really love this thing...why? off road la....front wheels perghhh...memang mantop,boleh redah sume jenis off road surfaces.even pernah harung air lumpur sedalam 2 feet. Crawler Nitro 1:10 ni guna batt Ni-Cd 9.6V,700mAh..kalau complete charge power boleh main selama 30 minit sama seperti RC tank aku punye. front wheels very flexible regardless type of road surfaces...kire boleh follow dan redah la.jarak maksimum control dalam 70-100 meter pun sama macam RC tank Tiger dan Panther. Walaubagaimana pun ada sesetengah member team crawler disqualify status RC crawler aku ni sebabnya ialah takde torque dan brake especially untuk climbing rock surface.tapi aku dah test ok je,boleh je climb...oo cuma bese la kalau crawler ni sebab nak nampak macam ala 4WD expidition convoy off road so sebab tu la nak sangat guna brake.headlights pun tak de ni,so sedikit sebanyak menghadkan kapasiti untuk bermain di sebelah malam.actually aku dah pasang headlights ni tapi boom meletup headlights so cancel je la. actually aku ada 2 buah RC baru dalam collection aku iaitu RC tank Panther 1:16 dan RC turbo car 1:10 tapi yang tu nanti aku share di next post kelak..ok la chow dulu huhu

Tiada ulasan: