Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 12 November 2012

Tasik Kenyir

Assalamualaikum warahmatullah,

first of all I wish to all my Indian friends a very Happy Deewali a.k.a Deepavali. No matter those work at HUKM,UIAM,Pantai Hospital and even further study in oversea countries there. Hope and wish all of you a very good life and live in happiness and duit makin banyak hohoho...

                       


Ok lah this time aku nak share pasal jalan-jalan sekitar Tasik Kenyir di Hulu Terengganu. Jarak perjalanan ke Tasik Kenyir dari rumah aku di Seberang Takir,K.trg ni cuma dalam lebih kurang 70km. Itu ke Pengkalan Gawi,kalau ke Empangan Sultan Mahmud,Tasik Kenyir pulak dalam dekat 80km gak la. Haa boleh tengok link yang aku copy paste dari Google Maps ni.


https://maps.google.com/maps?saddr=Seberang+Takir,+Terengganu,+Malaysia&daddr=Pengkalan+Gawi+Kuala+Berang+Terengganu+Malaysia&hl=en&sll=5.346331,103.128502&sspn=0.096909,0.169086&geocode=FRuUUQAdtp0lBin5q9tPzb23MTHfk8Tsj1KNQw%3BFX5qTgAdxaIgBim_VzhkKjO2MTECldQ1zCi37w&oq=Pengkala&t=h&mra=ls&z=11

Jalan nak ke sana kalau dari K.T ni ada 2 sebenarnya, anda boleh guna jalan Kuala Terengganu-Wakaf Tapai-Kuala Berang. Satu lagi ialah jalan Kuala Terengganu-Batu Enam (tak jauh dari Seberang Takir)-Pengkalan Gawi. Satu lagi cara (yang ni baru punya tapi in future la) ialah melalui Lebuhraya Pantai Timur fasa 2 iaitu dengan masuk Plaza Tol K.trg di Kampung Gemuruh,Sungai Tong dan kemudian masuk ke susur keluar Jeneris sebab di Plaza tol Jeneris ialah exit terakhir LPT fasa 2 dan ia merupakan exit terdekat dengan Tasik Kenyir dan juga laluan ke Gua Musang dan Felda Aring.

Ikut pelan asal aku sebenarnya aku tak nak pergi pun kat sini tapi sebab masa tu aku baru je beli Olympus compact camera VH210 so nak try juga la snap pics di sana. Lagipun scenes di sana lawa tau dan paling penting suasana dan kondisi memang tenang dan nyaman sokmo al maklum la Tasik Kenyir ni asalnya terletak di atas kawasan gunung ganang banjaran Pantai Timur yang menjadi pintu kepada banjaran Titiwangsa dari arah pantai timur semenanjung Malaysia.

selepas Jeneris,menuju ke Tasik Kenyir.tak ingat nama kampung ni.

Sejarah Tasik Kenyir ni pun sebenarnya pada aku la agak tragik sebab ia mengakibatkan kemusnahan populasi habitat flora dan fauna atas nama pembangunan. Ikut fakta dan cerita orang setempat, asal Tasik Kenyir ni sebenarnya merupakan sebuah kawasan hutan tebal serta ada beberapa buah kawasan perkampungan di situ.Ia dikelilingi oleh kawasan gunung ganang dan bukit bukau. Selain itu terdapat banyak juga binatang liar seperti gajah Asia, kijang, rusa. kancil, nipah, harimau dahan, harimau kumbang, harimau belang, beruang madu dan pelbagai lagi yang hanya Allah saja Maha Mengetahui. Ini ditambah lagi dengan faktor sejarah penempatan awal manusia kerana terdapat banyk artifak batuan dan pertukangan menggunakan batu ditemui di beberapa buah gua yang ada di sekitar hutan dan gunung sini. Paling famous sekali ialah Gua Bewah (panggilan orang setempat ialah Bekwoh) dan Gua Taat. Di sini memang banyak kesan peninggalan penempatan manusia tapi aku tak pasti jika ada remnants manusia juga ditemui di sini selain daripada alat pertukangan berasaskan batu. Selain itu juga ada beberapa kajian geologi yang telah membuktikan bahawa kawasan Kenyir dulu merupakan kawasan pantai kira kira ratusan juta tahun lampau dan ini mungkin memberikan harapan kepada beberapa orang geologist yang berharap adanya fosil dinosaur bakal ditemui di sekitar kawasan ini kelak. Ok la berbalik pada sejarah Tasik Kenyir ni...Kenapa Tasik Kenyir wujud? Ia sebenar wujud hasil daripada projek Empangan Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud yang siap pada tahun 1985. Banyak kawasan perkampungan yang tenggelam selepas air masuk mencurah curah memenuhi kawasan empangan ini tapi sebelum tu of course la semua penduduk kampung dipindahkan bahkan banyak juga haiwan liar yang besar besar dipindahkan dengan selamat kecuali yang kecil tu memang tak dapek nak nolong la berkubur dalam dasar tasik tu. Sebab itulah aku dapat info daripada beberapa orang scuba diver yang pernah diving di kawasan tasik ni pernah menemui struktur rumah,surau dan kubur di dalam dasar tasik. Tujuan empangan hidroelektrik itu dibina pula ialah untuk menampung peningkatan penggunaan elektrik ke seluruh Semenanjung Malaysia.. tapi kan aku wonder kenapa masih ada kampung yang tak dapat supply elektrik walaupun sudah 55 tahun merdeka hatta dalam kawasan UMNO atau BN. Itu lah kapitalisme nama nye. Huhuhu masuk bab politik pulak tapi tak pe la kan nak bagi kepala otak celik politik sikit.
Satu pemandangan di Tasik Kenyir
Scene di Empangan Tasik Kenyir

Sekarang nak story and paste pics sekitar Pengkalan Gawi pulok..aku sampai di situ pada jam 2.45pm selepas menjamah lunch dan solat zohor di rumah aku. Perjalanan mengambil masa kurang 30 minit tapi depend la kepada cara driving anda. Kalau suka drift accelerate macam aku ni dalam 15-18 minit sampai la. Kalau drive macam ex awek2 aku adalah 40 minit huhuhu...





salah satu scene di pengkalan gawi tasik kenyir

kebanyakkan pulau yang anda lihat dulu merupakan bukit sebenarnya






jeti bot berlatarbelakangkan waterfront tasik kenyir

peta lokasi di Tasik Kenyir dan kawasan sekitarnya




sambungan jalan tasik kenyir-gua musang tapi setakat felda aring sahaja sebab ada sambungan sedang dibuat ke Cameron Highlands di Pahang,Simpang Pulai-Ipoh di Perak


very quiet...really quiet
Sampai sahaja aku di sana,aku park kereta aku di kawasan park kereta tetiba je ada sorang pakcik ni datang dan tanya kat aku "nak naik bot tak, rm2 je" la runner bot kaunter rupe nye so aku tolak dengan cara baik tapi dia macam tak give up tau. Dia kata lagi " kalu nok ambil gambor lawo lawo nek la bot,boleh tangkap gambor lawo koho banyok. atah darat ni takdop mende sangat". Aku reply kat dia " sori pokcik,saya meme datang nok ambil atah darat je,sebab kamera ni kecik,kalu saye bawok hok besor tu insya Allah saye ambil gambor hok lawo atah bot pulok". Dia pun macam senyap je pastu aku smile kat dia dan lambai sebagai tanda terima kasih dan never mind lah. So aku pun ambil la pics tu seperti mana yang di atas nung...ikut sebenar banyak lagi tau tapi aku heran la macam mana bila download ke lappy ASUS aku ni sikit bebenor.Tak silap aku ada dalam 30 pics lebih aku snap tapi yang masuk ke dalam lappy cuma lah 16 pics sahaja dan yang upload ke blog aku ni of course la kene sikit hahaha..kalau tak aku sendiri pun bosan giler nak tengok banyak2 ni. Lagipun pics daripada kamera VH210 Olympus pada aku memang kureng sikit la berbanding Olympus E-PL3 aku punye hoho..

Di Pengkalan Gawi tu selain jeti bot terdapat juga lain lain kemudahan seperti kedai makan,kiosk barangan harian dan souvenir,kaunter tiket bot,balai polis (pondok polis der...) dan juga Kenyir Lake Spa and Resort serta RPP (Rumah Peranginan Persekutuan) yang terletak 700 meter ke timur jeti bot Pengkalan Gawi. Untuk info RPP tu pernah didiami oleh Tun  Mahathir setiap kali dia melawat Terengganu semasa menjadi PM dulu even DSAI pun pernah menginap di situ semasa jadi TPM dulu.PM selepas daripada diorang termasuk TPM tak pernah mai kat situ dah.Selain itu terdapat juga motel boat...what the hell is motel boat? haa..ini lah agak interesting di Kenyir Lake ni. Motel Boat ni sebenarnya ialah boat yang diubahsuai menjadi boat yang boleh menjadi tempat menginap kepada para pemancing yang ingin memancing untuk tempoh berhari hari lama nye. Kalau bot panjang atau speed boat tu cuma untuk tour sekitar Tasik Kenyir ni saje hingga ke Empangan Sultan Mahmud 8 km ke timur Pengkalan Gawi.

Motel boat atau rumah bot di Tasik Kenyir..ahha cuba tengok betul betul,siap ada ASTRO dish satellite lagi huhuhu

Untuk info sekali lagi, Tasik Kenyir ni juga sorga (syurga or heaven) bagi para pemancing ikan di seluruh dunia tau bukan setakat Malaysia level sahaja.Mana tak nye bapak sedare aku dari Amerika yang duduk di Boston,Texas tu pun boleh tahu kemahsyuran Tasik Kenyir ni walaupun aku dan abah aku langsung tak bagitahu pe2 kat dia pasal tasik ni. Tapi majoriti fishers di sini of course la local people, I mean Malaysians la no matter Malay,Chinese.Indian and others.So kepada pemancing pemancing di luar sana yang belum pernah lagi mai ke sini,maka anda dikategorikan sebagai pemancing yang sangat rugi kerana di sini pelabagai jenis ikan seperti Kelah,Toman,Talapia even Naga pun ade kat sini gak. Berat ikan tok usah cakap derr konfem lebih 10kg bahkan pernah ada yang dapat Kelah 20kg dan Naga seberat 40kg. tapi ni depend kepada kepandaian anda mencari lokasi lubuk ikan ikan ni dan sebab itulah jangan duk memandai nak pi memancing sorang diri,kena ade gak tour guide yang juga merangkap specialist lubuk ikan ni. Selian daripada tu terpulang kepada rezeki anda la,kalau dapat Alhamdulillah,kalau tak cuba next time der...

kalau yang ada banyak2 tunggul kayu ni la orang kata lubuk ikan yang besau,akan tetapi better anda dapatkan nasihat pakar lubuk ikan.hanya mereka sahaja yang tahu.

Disebabkan Tasik Kenyir ni actually masih dalam kawasan hutan tebal,anda juga dinasihatkan untuk menjaga tingkahlaku perbuatan dan percakapan anda especially jika anda memancing mahupun buat photoshoot atau jejalan je disitu. Kenapa?? hahaha...tadi aku ada sebut pasal ikan Naga kan? Actually ikan Naga tu pernah menjadi subjek misteri di sini sebab ia muncul tetiba di Kenyir ni even takde dalam rekod jabatan PERHILITAN mahupun PERIKANAN akan tetapi akhirnye pecah jua tembelang sebab ada seorang towkey ikan sangkar yang pernah bela ikan tu terpaksa campak ke Tasik Kenyir ni sebab ikan tu sudah telan banyak ikan2 nye yang len dalam sangkar dia.

mysterious isn't it?
                                     
this was all about...the truth still out there
Cuba lihat keratan paper tu,tu lah aku cakap mulut dan adab tu kena jaga kang tak pasal jadi mangsa hehehehe...ok itu satu perkara. Ada satu lagi perkara yang masih misteri hingga kini dan bahkan jua dikira mistik. Nak tau pe dia?

                            

Haa ni lah dia satu misteri yang mungkin jua tak kan terungkai sampai bila bila iaitu kewujudan Sulur Bidar yang masih belum soheh lagi wujud ker dop..bukan setakat Tasik Kenyir je tapi Tasik Banding,Temenggor,Sungai Perak,Tasik Chini,Tasik Bera bahkan Sungai Pahang pun kunun nyer ade gak. Kisah misteri Sulur Bidar ni seakan sama seperti Loch Ness Monster di Scotland tapi at least ade jugak visual evidence walaupun dianggap palsu oleh banyak pihak. Yang ni memang takde apa apa pun,unless cerita daripada mulut mulut orang kampung dari satu generasi ke generasi yang lain. Tapi aku sendiri pun doubt jugak sebab kalau benda ni since long time ago tapi masa tu Kenyir Lake mana wujud lagi kan..so aku suspek benda alah ni mungkin berasal di Sungai Kenyir..Emm all I can say like this la..Hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.Wallahu'alam...   


Selepas lebih kurang satu jam aku bersiar siar dan menangkap gambar di kawasan ini, aku decide nak ke Empangan Sultan Mahmud terletak 12 km melalui perjalanan darat dan 8 kn perjalanan bot dari sini. Aku ingat sempat la sampai ke sana. Memang sampai tapi terkejut aku melihat rupa entrance Empangan Tasik Kenyir tu tertera ONLY AUTHORIZED PERSONS then aku tengok ada logo TNB dan dijaga dengan ketat sekali oleh polis polis bantuan TNB yang lengkap bersenjata api (Glock 17 atau Sig Sayer). So aku fikir dah tak boleh masuk la kot le ni berbanding zaman dulu. So well nak buek camno kan yo,terpakso len den balik rumoh ajo.huhu..

Bercakap soal masa depan Tasik Kenyir dan kawasan sekitarnya pula,aku berharap pihak berkuasa memantau status kebersihan di sekitar area Pengkalan Gawi sebab aku dapati ada berlaku pembuangan sampah tak terancang terutama di belakang Kenyir Lake Spa and Resort. Aku ingat nak snap pic tapi sayang sekali battery udah abes power. Selain itu maintainance jalan ke Tasik Kenyir mahupun highway Jeneris-Kenyir-Gua Musang hendaklah diberi perhatian serius. Mana tak nye berlekuk sana sini bahkan di highway Kenyir (kalau drive selepas dari simpang ke Pengkalan Gawi tu) siap ada yang runtuh walaupun ada lencongan jalan dibuat. Lagi satu ialah kemudahan asas di sepanjang jalan dan highway Kenyir,maaf nak cakap memang 0. Bayangkan kalau kereta anda cuma tinggal 1 liter petrol untuk drive dan anda sudah berada di highway Kenyir memang anda tiada pilihan lain melainkan berpatah balik ke simpang jalan Jeneris-Kuala Berang untuk cari stesen petrol yang terdekat di situ. Itu bab petrol, kalau bab len pulak macam nak melepaskan hajat,nak bersolat, atau paling runsing sekali ialah kenderaan rosak memang anda akan hadapi masalah besar di situ kerana pertama memang susah giler nak cari wokshop terdekat dan keduanya ialah tiada phone signal yang clear di situ tak kira lah Maxis,Digi,Celcom mahupun TMnet unless jika anda ada phone satelit macam kat bawah ni ha...

                070504_satellite_phone.jpghttp://www.horizon-mobile.com/images/owwd7wkmuu1io4bn.gif

yang bawah tu ada dijual di malaysia dan company yang jual phone satelit tu ialah KKI Instruments Meter Specialist berpusat di Sunway,PJ dan boleh layari website company ni http://metermalaysia.com
dan model phone satelit tu ialah DUAL-MODE SATELLITE AND GSM 900 PHONE
Penting tau ada backup system macam ni, selain tu make sure la kena bawa peralatan repair,medic first aid dan sudah tentu air mineral kot nanti kalau radiator run out water boleh a top up. Kalau nak cari air kat situ boleh dengan syarat kena berani mati redah hutan tebal untuk cedok air kat tasik tu. Tapi takpe la Insya Allah kelak nanti dah siap highway K.Jeneris/K.Berang-Gua Musang-Cameron Highlands-Simpang Pulai-Ipoh akan ada la semua kemudahan tu nanti. Cuma buat masa ni itulah beberapa perkara yang nak kena standby jika nak lalu highway Kenyir tu yang sebenarnya halfly complete.

Ok la next time nak story pasal Jalan Gerik-Jeli dan history jalan itu serta apa yang ada di kawasan tu nanti..adioss!! Wasalam

psss ade certain pics ni aku copy paste dari blog len huhuhu...sorry eh sharing is caring :)
                          


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

good info.thank u