Satu Muharram detik permulaan.
Perkiraan tahun Islam hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah,
Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta.
Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan.
Oleh itu mari semua kita sambut Ma'al Hijrah,
Tingkatkan semangat,
Tegakkan syiar Islam,
Untuk sepanjang zaman.
Wah macam komposer lagu aku ni...anyway lirik di atas ialah tentang sambutan awal Muharram yang bakal menjelma kurang 6 jam dari sekarang. Sebelum itu aku ucapkan Selamat Menyambut 1 Muharram 1434 Hijrah.
Aku yakin ramai di kalangan umat Islam masa kini terutama sekali beliawan dan beliawati apatah lagi remaja bahkan ada juga kaum tua yang lupa soal tahun Hijrah ni. Walaupun ia bukan lah 'big deal' dalam urusan kehidupan seharian kita namun sebagai umat Islam semestinya menjadi satu tanggungjawab kepada kita untuk bukan sahaja appreciate bahkan mengaplikasikan tahun Hijrah dalam kehidupan seharian kita. Cuba kita tanya diri sendiri dan juga ahli famili mahupun isteri atau suami serta rakan rakan kita semua yang beragama Islam. Berapa ramaikah antara kita tahu akan soal tahun Hijrah ini dan berapa ramaikah antara kita tahu bulan bulan dalam takwim (kalendar) Hijrah ini? Ramai kita tahu bulan Januari-Disember namun berapa ramai pula yang tahu bulan Muharram-Zulhijjah? Cuba kita sendiri ingat kembali bulan bulan dalam Islam ni? Mesti ada sesetengah antara kita yang terkial kial nak recall bulan bulan Islam ni ek? Hehehe even aku sendiri pun pernah juga terkial kial dalam isu ni. Bukan pe, adalah sesuatu yang janggal pabila kita ada something in our hands but we don't know it and never apply it in our life...does it look like so weird,doesn't it? ok lah jom kita sama sama tonton video melalui Youtube ni pasal lagu bulan bulan dalam Islam ni oleh kumpulan Alarme (sila click link di bawah ni yer :) )
At least kalau ada yang menonton ni jangan tengok je lah yer...sama sama la hafal dan faham lirik ni. Baru lah ilmu tu dapat...ilmu bukan setakat daripada buku sahaja,ia merata tempat cuma buku atau kitab tu ialah alat untuk mengumpul segala ilmu yang diperoleh sebagai bahan dokumentasi.
Ok lah berbalik kepada soal sambutan awal Muharram ni. Apa kebende nye awal Muharram ni? Buat pe la nak sambut awal Muharram ni? Ok itu sesetengah persepsi masyarakat setempat yang datangnya daripada orang kita yang beragama Islam ni sendiri pasal isu ni. Memang la di zaman Rasulullah s.a.w dulu mana ada sambutan bagai nak rak bila masuk awal Muharram kan? Yang ada pun cuma la bacaan doa akhir tahun dan awal tahun baru Hijrah. Nak tengok doa doa tu sila lihat pics bawah ni yer...
Contoh kalau macam hari ni kan 1433 Hijrah kan,so bila time maghrib nanti I mean selepas Asar dan sebelum masuk Maghrib tu baca lah doa akhir tahun ni. Kemudian selepas maghrib pula (sebelum tu solat maghrib dulu la) baca lah doa awal tahun 1434 Hijrah pula
Sebelum nak ulas sikit ni aku nak habaq mai,kenapa perlu buat masa ni kita nak tak nak,suka atau tak mesti celebrate awal Muharram ni..Aku pernah datang ke satu kuliah agama dulu (dalam 2-3 tahun lepas) di sekitar Kuala Terengganu ni. Ada seorang penceramah tu,dia ialah ustaz dan juga tabligh la..dalam kuliah tu dia pernah la cerita isu celebration awal Muharram ni. Rupa rupa nya ramai bebenor umat Islam zaman sekarang tak kisah la tua,muda,remaja,belia,dewasa,lelaki,perempuan,budak budak sekolah ramai tak tahu dan buta sejarah Islam terutama kisah Hijrah Rasulullah,kelahiran Rasulullah dan lain lain lagi. Tapi apa yang dia ceritakan ni berlaku di Pakistan sebab dia pernah buat kerja kerja tabligh di sana dan situasi sama pun dia lihat menular ke Malaysia ni. Jadi oleh itu memang patutlah diadakan sambutan Ma'al Hijrah, Maulidur Rasul walaupun ia tak pernah dibuat di zaman Rasulullah sendiri.
Ok, back to the point. Kedua dua bacaan doa ini hendaklah diulangi sebanyak 3 kali iaitu doa akhir tahun (sebelum Maghrib) 3 kali dan doa awal tahun (selepas Maghrib) juga 3 kali. Ermmm apa motif kedua dua doa ni ye? Berdasarkan apa yang aku faham ialah tujuan doa ini dibaca ialah supaya kita terhindar dari segala fitnah dan godaan syaitan yang rejam. Tak silap aku lagi kebiasaan adat orang Melayu Islam kita ni ialah bacaan Yassin juga dibuat sebanyak 3 kali antara selepas Asar dan sebelum masuk waktu Maghrib. Walaubagaimanapun ada yang kata ini amalan bidaah sebab tak pernah pun dibuat di zaman Rasulullah s.a.w. Akan tetapi jika bidaah ni bidaah yang baik,kenapa tak buat je? kan bagus baca surah Yassin berjemaah,sekurang kurangnya dapat la pahala baca surah Yassin secara berjemaah,sama sama share pahala. Ini di tempat aku la,kalau di tempat lain ada sesetengahnya dibuat selepas solat Maghrib sebaik selesai membaca doa akhir tahun. Apa apa pun asalkan baik dan banyak datang manfaat dunia akhirat why not just get done it right? Later on ada lah sikit majlis santapan ni (di kawasan perumahan aku la) normally keropok,mee goreng atau beehun goreng,kuih agar agar. Kadang tu pernah juga buat majlis ceramah agama pasal Awal Muharram ni dulu sebagai kuliah Maghrib sebelum masuk waktu Isyak.
Ok la kini nak bercakap pula soal sejarah Awal Muharram ni, mana boleh terus ke penutup tanpa ada mukadimah dan intro dulu kan? Berikut ialah petikan fakta daripada blog http://www.al-azim.com pasal sejarah bulan Muharram dan kisah Hijrah Rasulullah s.a.w dari Makkah ke Madinah.
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW).
Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saiyidina Umar Al-Khattab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya.
Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.
Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.
Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitul Muqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjidil Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar
/ Taqwim Islam yang rasmi.
So itu lah kisah nya. Maka kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut boleh la tanya kepada yang pakar bab sirah Islam ni. Insya Allah ada ayang membantu dan selain itu banyak juga bahan bacaan sirah awal Muharram ni ada di kedai kedai buku terutama yang islamic bookshops. Jangan lupa ye Rasulullah s.a.w pernah bersabda tiada lagi Hijrah selepas zaman baginda iaitu bermaksud hijrah dalam bentuk pergerakan dari satu kawasan ke kawasan oleh umat Islam tu takde lagi dah akan tetapi penghijrahan dari segi roh dan minda pula mengambil tempat seperti peningkatan amal ibadah,akhlak,menambah ilmu pengetahuan,memperbanyakkan amal soleh dan lain lain lagi.
Alang alang cakap soal awal Muharram ni,sebenarnya ada banyak perkara yang berlaku dalam bulan Muharram ni based on sejarah sebelum kisah Hijrah Rasulullah dan umat Islam ni. Antaranya ialah :-
Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Wah banyak tu amalan sunat yang boleh kita buat dan ganjaran pun hebat hebat belaka. Maka rugilah kepada mereka yang terlepas peluang buat amal kebaikan ni. Namun aku harap ramai juga yang berkesempatan melakukan perkara perkara tersebut kerana tak perlu modal besar pun kalau nak berpuasa. Kalau bab belanja makan tu mungkin lah ada problem sikit hehehe tapi kalau untuk famili sendiri apa salahnye kan dan juga setakat 2-3 orang member atau housemate tu tak perlu la nak berkira sangat sebab bukan sokmo sokmo pung..
Ok la semoga dapat melaksanakan amalan amalan kebaikan sepanjang bula Muharram dan juga bulan bulan lain..bye bye Wasalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan