tentang perjalanan kehidupan diri sendiri dan orang di sekeliling ku dan sesiapa sahaja dalam hidup ini.
Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 15 November 2012
Jalanraya Jeli-Gerik a.k.a Jalan raya Timur-Barat.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ini suasana agak santai sikit sebab maklumlah semua orang sedang cuti public holiday Awal Muharam. Di negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah agak untung sebab rakyat di negeri negeri itu dapat cuti yang jatuh pada hari Khamis later on bersambung dengan weekend days Jumaat dan Sabtu. Negeri negeri selain daripada mereka ni rugi sikit la sebab esok kena masuk kerja lagi hehehe...sabor lah ye :D
Anyway, tak silap aku dalam entry aku sebelum ni aku ada nak ceritakan pasal pengalaman aku menggunakan laluan Jalanraya Timur-Barat atau panggilan yang common didengar Jalanraya Jeli-Gerik. Overall it is very interesting and unique experience bagi aku la dan bagi orang lain yang dah biasa guna jalan tu mungkin rasa biasa jer. Sebabnya ialah sepanjang laluan ni kira kira 126 km ni memang betul betul lalu di tepi kaki dan lereng kawasan bukit dan gunung di Hulu Kelantan dan Perak.
Berbanding dengan Lebuhraya Pantai Timur, kawasan gunung yang dilalui hanyalah di antara Karak ke Gombak. Kalau nak lalu jalan lain pun boleh jugak iaitu jalan lama Bentong-Gombak yang mana pernah jadi setting filem seram Karak.
huhu soram den dibuek nyo...
Ok berbalik kepada kisah jalanraya timur-barat nih. Sebelum aku nak share experience nih ada lebih baiknya kita kembali menelaah sejarah kisah jalanraya ni. Jalan raya Timur-Barat ni diilhamkan pembinaannya oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu (Almarhum) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tahun 1967. Walaupun pembinaannya dimulakan pada tahun 1967 namun tempoh pembinaan infrastruktur ini hanyalah siap pada tahun 1982 dan dibuka kepada umum pada 1 Julai 1982. Sepanjang tempoh pembinaan ini sebenarnya banyak kemusnahan yang berlaku. Bukanlah kemusnahan alam flora dan fauna tetapi disebabkan oleh Perang Insurgensi yang dicetuskan oleh pihak Parti Komunis Malaya setelah mereka mengisytiharkan pemberontakan bersenjata kali kedua. Dikatakan pihak Komunis yang bertanggungjawab mencetuskan kerosakan sepanjang kerja pembinaan ini ialah daripada Rejimen 10 pimpinan Abdullah CD dan Rejimen 12 pimpinan Ah Sze. Kos pembinaan jalan raya ini pada tahun 1967 dikatakan cuma RM85 juta namun meningkat kepada RM 168 juta pada tahun 1973 dan akhir sekali pada tahun 1975 meningkat kepada RM 204 juta. Ini berpunca daripada kesan serangan pihak PKM ke atas jalan raya dan juga pekerja pekerja serta jentera jentera pembinaan JKR yang mendatangkan kemusnahan agak teruk dan korban jiwa yang ramai. Tragedi 23 Mei 1974 sudah tentu masih lagi segar dalam ingatan pekerja pekerja pembinaan Jalanraya Timur Barat yang terselamat. Pada tarikh itu merupakan detik hitam bagi JKR khususnya kerana mereka diserang oleh gerila PKM yang lengkap bersenjata hingga mengorbankan 3 orang pekerja JKR dan sebanyak 63 buah Bulldozer dimusnahkan. Selain itu ada juga satu lagi serangan PKM terhadap JKR pada tarikh 27 Ogos tahun yang sama dan seperti biasa nyawa pekerja JKR dan jentera juga musnah sama sekali. Bahkan disebabkan kekerapan serangan ini lah projek jalanraya Timur-Barat terpaksa ditangguhkan selama beberapa tahun demi keselamatan nyawa pekerja JKR. Punca kenapa mereka diserang ialah tindakan kerajaan Malaysia membina Jalanraya Timur-Barat sebenarnya telah menyekat pergerakan PKM menyusup masuk ke Semenanjung Malaysia dan juga menyebabkan kawasan operasi serta latihan PKM menjadi semakin kecil dan ini telah memaksa mereka memindahkan HQ bases PKM ke Selatan Thai di wilayah Betong dan Sadao.
Tugu Memorial JKR di Jalanraya Timur-Barat dalam daerah Gerik,Perak.
Oleh itu bagi membanteras gerakan operasi PKM di laluan ini maka ramai tentera Malaysia tak kira TDM dan TUDM serta PH (polis hutan) telah dikerahkan beroperasi di sini. Ramai juga anggota tentera dan polis hutan yang cedera samada ditembak atau terpijak booby trap (personnel minefield: periuk api) yang dipasang oleh gerila PKM. Selain itu banyak juga senjata api milik tentera dan polis hutan yang terkorban dirampas oleh gerila PKM dan apabila gerila PKM ini terkorban dalam operasi seterusnya senjata ini diambil semula oleh pasukan keselamatan. Di bawah ni boleh lah tengok pics (diambil daripada blog lain) persenjataan PKM..ada yang diimport dan juga dibuat sendiri.
mostly buatan sendiri tapi rifle yang bawah sekali tu tak silap aku M1A2 carbine (USA) dan atasnya pulak SMG type 100 (asalnya milik askar jepun masa perang jepun dulu).
Ada juga AK47 eh..
Bren-gun, macam ada FN-FAL, M1A2 carbine dan AK47 selain shotgun
home made rifles by PKM...really dirty isn't it?
Wah ni dah jadi macam entry insurgensi ni hehehe...actually ada banyak drama tentang kisah insurgensi ni seperti Insurgensi dan juga beberapa buah filem seperti Darah Satria, Prebet Lapok dan satu dua lagi filem yang menyelitkan isu ni dalam filem mereka (maaf den tak ingat yo).
montaj drama insurgensi (dibuat pada tahun 2002)..tapi sayang sampai episod ke berapa ntah,drama terus off broadcast. tak silap aku RTM 1 duk tayang dulu.
yang ni pulak salah satu petikan filem Darah Satria (tahun 1983) arahan Dato Aziz Sattar
ni pulak petikan filem Prebet Lapok (tahun 1979)
Alahai semangat benor aku duk citer pasal Insurgensi ni..memang dah totally off topic ni hahahaha..
Ok berbalik pasal sejarah...errr ke nak jump terus ek? citer sikit je la...Ok selepas highway timur-barat ni sudah siap pada Julai 1982 walaupun ia dibuka kepada orang ramai AKAN TETAPI hanyalah dari jam 7 pagi hingga 8 malam sahaja dan WAJIB escorted by military atau police force. Kebiasaannya land rover gunship atau kereta perisai model Condor. Macam kat bawah ni haa...
Kalau tak...ekau meme cari nahas la...tapi itu citer lama dulu dulu punyer...sekarang ada gak gangguan tapi bukan PKM dah...cik gajah,harimau,kijang,pelanduk,seladang,harimau kumbang,harimau dahan,beruang madu dan juga HEHEHEHE...akak ponti la.hohoho cuak wehh..
Ok la skang aku nak citer pasal pengalaman aku guna jalan ni..actually sejarah aku guna jalan ni buat pertama kali nye pada tahun 1998 dalam bulan Julai tak silap aku la.. Masa tu aku dan family aku nak ke TLDM Lumut sebab nak melawat auntie (adik mama aku) dan family nye disana. Lagipun itulah kali pertama dan terakhir aku berpeluang ke sana. So sempat la merasa naik kapal perang seperti KD Sri Indrapura, KD Mahawangsa dan KD Lekir. Nasib baik seingat aku la masa tu ramai anggota TLDM yang tak ramai on ship so mudah la uncle aku bawa kitorang semua jalan jalan atas kapal kapal perang tu. 14 tahun kemudian aku pergi ke Lumut tapi dah tak boleh masuk Naval Base Lumut la sebab takde sape yang aku kenal dalam base tu. Len la Air force base (TUDM) di Kuantan dan Sg.Besi sebab aku ada member di situ hehehe...
Near Naval Base RMN (TLDM) Lumut,Perak. Not far from Pangkor Island.
Pada tahun 2012 ni seingat aku sebulan sebelum Ramadhan menjelma dalam bulan 7 macam tu la sebab time tu Kuliah sedang cuti. So tak ramai students yang ada,kalau ada pun cuma yang buat research je la. So aku ambil peluang tu bercuti then ronda ronda ke Kelantan dan Perak. Aku memulakan perjalanan aku ke Perak dari rumah aku di Seberang Takir, K.Terengganu. Ikut aku nak bertolak dalam jam 6 am tapi bangun lewat punyer pasal bertolak jam 9.45 am. Perjalanan dari rumah aku ke highway Timur-Barat ni dalam 3 jam. Mana tak nye bila sampai di simpang ke Pasir Puteh-Machang-Jeli-Gerik, penuh je treler lori balak dan kontena samada menghala ke Kuala Lipis,Lojing,Gua Musang, Cameron Highlands,Hulu Perak,dan utara Semenanjung. Cuma nasib baik la tak banyak kereta dan motor mungkin sebab aku guna time hari bekerja,kalau weekend days maybe sesak sikit la kot. So nak jadi cerita nye aku sampai di laluan ini dalam jam 1 pm (tengahari,panas terik) tapi walaupun dalam keadaan macam panas terik tu. Aku tak rasa sangat bahang kepanasan sang mentari tapi aku rasa nyaman dan sejuk je walaupun aku buka semua 4 tingkap kereta. Even aku pasang air-cond sekalipun dalam kereta tu pergghhh sejuk menggigil weh walaupun tak sampai 5 minit on air-cond. Maklum la masa aku drive tu dah memang berada di lereng gunung ganang banjaran Titiwangsa so cuaca tak kira la apa jua condition pun memang sejuk dan nyaman. Tapi satu je yang aku tak tahan iaitu telinga aku ni bunyi berdesing dan berdengung jugak la...boleh aku kata sepanjang berada di laluan pergunungan tu start dari Batu Melintang di Jeli hingga lah ke Sungai Rui di Gerik kena tahan la.
aku terlepas nak snap pic bukit batu kapur. di Kelantan-Perak banyak kawasan gunung atau bukit batu kapur ni menandakan zaman purba kala dulu kawasan ini merupakan pantai. Terdapat laporan mengatakan banyak fosil shell hidupan laut sperti seperti siput dan kerang ditemui di sekitar kawasan tersebut sepanjang hulu Kelantan,Perak dan Pahang serta Terengganu.
di Batu Melintang,Jeli Kelantan.
Sepanjang laluan ni kita boleh lihat pelbagai alam flora dan fauna tapi mostly flora(pokok dan tumbuhan hutan) serta serangga yang mana saiz nye agak besar sedikit. Contoh semut hitam di kawasan tanah pamah atau di bandar nampak kecil kan tapi di sini agak besar tau.lebih kurang besar hampir menyamai saiz pil atau kapsul ubat tu..huhuhu. Tumbuhan di kawasan ini pun nampak macam renek dan kecil sedikit especially jika sampai ke puncak Banjaran Titiwangsa.
sini tempat R&R Banjaran Titiwangsa. Perhatikan rupa bentuk tumbuhan pada altitud sebegini (1050 meter above sea level) memang nampak kecil kan?
Sebenarnya sana nung..ialah Royal Belum Forest.
Gunung ganang di sana tu ialah Hutan Hujan Belum yang juga bersempadankan dengan Selatan Thailand (Sadao tak silap aku) tapi still jauh lagi la dalam 200 km lebih.
pemandangan Banjaran Titiwangsa jam 7.00 malam.
Cuaca gelap tapi sejuk giler sampai nafas pun keluar asap (macam omputih time musim salji,kan cakap sampai berasap asap keluar dari mulut dan hidung).
Pemandangan R&R Banjaran Titiwangsa jam 8.00 pm
Lupa nak cakap soal fasiliti sepanjang laluan ni. Sepanjang Jalanraya Timur-Barat ni cuma ada 4 R&R sahaja iaitu di Tasik Pergau (Kelantan) dan 3 lagi di Perak iaitu R&R Banjaran Titiwangsa, Pulau / Tasik Banding dan Gerik. Tapi R&R Tasik Pergau (Kelantan) dan satu hentian sebelah di Perak (maaf tak ingat nama apa) memang nampak scary sebab takde orang huhuhu.. R&R Banjaran Titiwangsa ni boleh dikatakan hot spot la sebab ramai orang suka berhenti untuk rehat sambil menikmati udara segar kawasan gunung ni. Sini ada sebuah kedai makan bercampur dengan kiosk serta ada sebuah kedai bunga dan juga tandas awam dan surau. Boleh kata basic facilities tu semua ada la cuma yang kena sabar ialah line phone tak kira la Maxis,Celcom dan Digi memang takde. Tapi tak usah risau kerana terdapat 4 buah public phone disediakan di sini. 2 di depan kawasan surau dan 2 lagi depan kiosk. R&R sini open 24 hours dan lumrah melihat lori lori balak dan kontena relax santai di sini berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Pantai Timur atau Utara.
macam ni lah rupa kedai makan dan kiosk R&R Banjaran Titiwangsa (copied pic)
(copied pic) kalau time busy susah sikit nak parking hehe..
Air pun memang fresh giler punye...sokmo sokmo la sejuk sebab ambil direct dari gunung tau.takde water supply dari loji sebab sini mane ade loji air. Panas ke, hujan ke sejuk sokmo la...cerah mata bila ambil wuduk atau mandi di sini.
Selain daripada itu,anda juga akan menemui banyak signboard wild animals crossing tapi paling banyak ialah gajah liar sebab kawasan ini merupakan habitat gajah liar. Dalam signboard tu juga turut dinyatakan apa yang perlu anda lakukan apabila berhadapan dengan gajah liar ini. Jika suka explore kiri kanan jalan ni jangan terkejut la jika jumpa denai laluan haiwan liar dan juga kawasan lembah sebab memang ini kawasan mereka.
denai haiwan liar di tepi Jalan raya timur barat. Memang payah nak jumpa kalau duduk dalam kereta,so kena explore la.
signboard gajah (ni yang kecik,ada lagi yang besar punye)
Gajah!! (copied pic but surely di JRTB)
Selain signboard gajah liar,terdapat banyak bangunan bangunan dan juga kedai kedai makan lama yang telah ditinggalkan. Dulu wujud sebab tiada saingan tapi setelah ada R&R ni dan mungkin juga service tak berapa bagus dan makanan pun kurang enak maka ditinggalkan la kedai tu. Aku nengok pun dah jadi haunted rest stop huhuhu..tapi awas kalau malam hari tetiba je nampak ramai,tu makna nye 'diorang' la tu bukan manusia. Terdapat juga beberapa struktur berupa military bunker akan tetapi kebanyakkan daripadanya berada di sebelah Perak. Mostly and notably di Pulau Banding dan juga Gerik. Kenapa? Sebab ketika Insurgensi 1968-1989 dulu kedua dua kawasan ini merupakan HQ markas taktikal joint task force antara Tentera Darat,Udara dan PDRM (polis hutan dan polis marin). Di sini juga segala ration disusun atur dan juga lain lain keperluan logistik dibuat di sini sebelum dihantar jauh ke dalam kawasan hutan tebal sepanjang border Malaysia-Thai samada di Perak,Kedah atau juga Kelantan untuk pasukan atau skuad yang beroperasi.
Sentry bunker milik tentera darat..actually banyak lagi sentry bunker di area Banding ni tapi dah naik semak samun sampai tak nampak kat mana.cuma ada 2 je yang nampak satu di tepi selekoh selepas R&R Banding dan satu lagi dalam kawasan Belum Resort (dijadikan stor barang resort).
Selain R&R Banjaran Titiwangsa, R&R Banding juga tak kurang hebatnya menjadi persinggahan umum para pengguna JRTB ni. Di sini selain kiosk,kedai makan,tandas awam dan public phone. Terdapat juga beberapa buah office. Kebanyakkannya ialah PDRM (polis marin), Jabatan PERHILITAN,Jabatan Perhutanan, Jabatan Hal ehwal orang asli, LKIM, Jabatan Pengairan dan Saliran dan juga terdapat jabatan Kesihatan Daerah serta jabatan Mineral dan Geosains. Dan juga satu lagi daya tarikan di R&R Banding ini ialah Jambatan Tasik Banding kadang dipanggil Temenggor sebab mungkin dekat je kot dengan Tasik Temenggor. Ada juga sebuah resort yang terletak seberang jalan bertentangan dengan R&R ini. Jadi kalau nak duduk di kawasan ni sehari dua menikmati alam flora dan fauna boleh lah check in di Banding Island Resort.
Banding Island Resort (copied image)
jambatan Tasik Banding. Bumbung biru tu ialah office boat polis marin PDRM.
wakaf...rest area Banding serta ada jeti sekali.
kedai makan,sebelah kiri ialah kiosk.public toilet jauh sikit ke kanan (takde dalam pic ni)
nampak macam jeti bot kan..memang betul tapi ia juga serve sebagai pejabat.tak silap aku yang ni milik jabatan perhutanan.
kalau nak tahu inilah ibu sungai perak (hulu sungai perak)..segalanya bermula di sini :)
Tak jauh dari R&R Tasik Banding ini ada sebuah kem tentera yang dulunya merupakan HQ tactical operasi Insurgensi membanteras anasir PKM. Di tepi jalan yang mana betul betul berhadapan dengan kem tentera ialah sebuah tugu memorial yang dinamakan Dataran Juang. Di Dataran Juang ni terdapat sebuah replika kereta perisai (Armored Fighting Vehicle) Condor V-150 yang pernah dan banyak sekali digunakan membalas serangan dan juga melindungi konvoi tentera daripada diserang oleh gerila PKM. Bahkan ada juga yang pernah musnah kerana ditembak oleh RPG-2 gerila PKM (satu satunya senjata anti kereta kebal yang PKM ada). Di bawah replika itu terdapat pula sebuah plak (bukan plak punca kerosakan gigi tu) peringatan yang mana dicatitkan di situ senarai anggota tentera darat yang terkorban sejak tahun 1968 hingga tahun 1990.
nama nama perajurit yang gugur di medan tempur semasa Insurgensi 68-89.
ni bukan replika reka reka tau tapi kereta perisai ni real cuma dalamannya dikosongkan. cuba lihat meriam 76 mm, smoke grenade discharger wow..kalau lah aku dapat drive ni kan bagus hohoho..
sejauh mata memandang...
Selepas R&R Tasik Banding ni,laluan jalan agak curam sedikit sebab anda menuruni kawasan bukit atau gunung sebenarnya. Maka hati hati lah dengan kelajuan anda,jaga speed,gear dan brake. Insya Allah takde apa apa buruk yang berlaku namun apa apa hal pun please before driving tu buat service kereta dulu termasuk tayar,alignment dan apa sahaja yang difikirkan perlu sebab tak nak la jadi macam ni kan...
Nauzubillahi min dzalik.....
Paling penting jaga lah kesihatan tu...sebab badan sihat,drive pun senang hati kan :) hehehe...
amek kaw...jalan berselekoh dan curam sedikit. macam pernah eksiden kan? cuba lihat divider sebelah kiri tu.macam pernah kena hentam oleh kenderaan yang terbabas.
Sini pun lagi la kene hati hati..anyway safe drive first.
So selepas lebih kurang 2 jam lebih aku berada di jalan ini maka sampai lah aku ke satu persimpangan iaitu di simpang lampu isyarat Gerik. Jika aku jalan terus straight aku akan ke Kedah,Penang atau Perlis yang mana the first area aku akan masuk ialah Pengkalan Hulu dan Baling (di Kedah no..). Jika aku belok kiri simpang tu maka aku akan masuk Bandar Gerik dan seterusnya ke Kuala Kangsar dan lain lain daerah di Hilir Perak. Untuk bulan 7 tu trip aku ialah Seberang Takir-Kuala Kangsar-Lumut-Setiawan-Hutan Melintang-Sabak Bernam-Kuala Selangor-Batu Caves-Kuantan. Dan trip kali kedua pula pada bulan September baru baru ni sebab aku ada kursus di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seberang Takir-Jeli-Gerik-Baling-Kulim-Seberang Jaya. Selepas tu sempat pulak aku pi ke Alor Setar,Kedah nung sampai ke Kuala Kedah,Jitra,Kulim,Gurun,Pokok Sena saja jah jalan jalan..nama pun blog jejalan2je kan hehehe...memang itulah khoje aku nye. Ok lah next time...tak sabar nak update pasal progress batalion kereta kebal radio remote control aku punye. Kalau dulu hanya Tiger tank tapi sekarang ni sudah ada Panther tank dan sekarang ni dalam proses untuk mencari King Tiger,Panzer III dan Panzer IV tanks model. Harap harap masih ada dalam stok di RC shops di sebelah KL,Nilai dan Kuantan.
Salam bro..saya hafiz..saya anak org kelate..cari lama dah benda2 mcm ni..tkasih wat info menarik tntang jrtb..terbaiklah bro..ada facebook x..saya pun minat model jugak..minat kita sama..
bila mngaambil selekoh dihighwat timur barat ni kena sedia untuk mengelak atau berhenti..mungkin orang besar sedang melintas...jika terserempak jgn bunyi hon ..jgn main lampu..jgn panik..
Bile bace entry nie,teringat kisah ayah aku berkhidmat kat 3 RS(name unit skarang) mcm2 kisah n pengalaman,skarang aku pulak berkhidmat kat 2 RS...huhuhuhu,thanks sb kongsi info...
6 ulasan:
Salam bro..saya hafiz..saya anak org kelate..cari lama dah benda2 mcm ni..tkasih wat info menarik tntang jrtb..terbaiklah bro..ada facebook x..saya pun minat model jugak..minat kita sama..
wasalam..terima kasih.sekadar share pengalaman yang ada. fb saya ni link nye https://www.facebook.com/nasri.makarov
sila banyak kan lg gambar yg menarik spnjg jln ni..
bila mngaambil selekoh dihighwat timur barat ni kena sedia untuk mengelak atau berhenti..mungkin orang besar sedang melintas...jika terserempak jgn bunyi hon ..jgn main lampu..jgn panik..
Bile bace entry nie,teringat kisah ayah aku berkhidmat kat 3 RS(name unit skarang) mcm2 kisah n pengalaman,skarang aku pulak berkhidmat kat 2 RS...huhuhuhu,thanks sb kongsi info...
selain tentera ramai juga staff jkr yang cedera dan meninggal terkena jerangkap samar dan serang hendap komunis...
Catat Ulasan