Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 27 Jun 2013

Leopard 2A6 (RC tank scaled 1:16)

Assalamualaikum. Kali ini aku tak nak buat entry pi jalan mana mana tapi kali ni aku nak post entry pasal koleksi RC tank terbaru aku iaitu Leopard 2A6 skala 1:16 dengan kawalan 2.4 Ghz remote control keluaran syarikat Hobby Engine (HE) dari Hong Kong. Bateri untuk menggerakkan RC tank ini ialah Nimh battery 7.2Volt,800maH (tapi kalau dapat 1000mAh dan ke atas lagi bagus sebab dapat main lebih lama even sejam lebih) dan bateri untuk remote control pula standard AA 6 biji. Yang menarik pasal RC tank ini ialah berbeza dengan RC tank brand Heng Long (HL) dari China dari segi:

  1. Jarak kawalan radio remote control; HE: RC tank boleh dikawal sejauh 70-80 meter (based on my own trial) dan tidak terjejas walaupun ada gelombang frekuensi lain. HL: Dalam jarak 50-60 meter sahaja itu pun jika tiada sebarang gangguan frekuensi.
  2. Special effect painting (weathered finish); HE: semua RC tank brand ini memang sudah diberi special effect painting seperti muddy color,desert color dan lain lain lagi. HL: semua solid paint dan tiada special effect paint.Jika nak,kena buat sendiri.
  3. Metal track,wheel and alignment; HE: metal track,wheel dan alignment semua dipasang dengan begitu ketat dan kemas sekali. Saya sudah bermain RC tank Leopard 2A6 ini di kawasan off road dan juga on road selama 1 jam. Ternyata alignment metal track dan wheels masih lagi kemas dan ketat. HL: Masalah alignment kerap berlaku jika RC tank dimainkan di kawasan off road walaupun generasi RC tank HL yang terbaru mengguna pakai plastic track yang flat dan smooth pun buat masalah sama.Paling bermasalah ialah RC tank world war 2 version,hampir kesemuanya bermasalah pada alignment.
  4. Gun turret rotation; HE: Mampu berputar 360 darjah ke kiri atau ke kanan. HL: cuma 200-280 darjah sahaja bagi model ZTZ99A atau ZTZ99B manakala RC tank WW2 versions cuma 200-260 darjah sahaja.
  5. Antenna; HE: Fix antena tapi jika anda perhati pada setiap images Leopard 2A6 ini,sekali imbas macam takde antena kan? tetapi jika lihat pada belakang gun turret ada satu antena yang kecil dan pendek je tapi boleh receive signal pada jarak 70-80 meter. HL: Kesemua model RC tank boleh attachable dan detachable antena samada pada belakang body tank atau gun turret namun ada problem tatkala menerima signal apabila melampaui jarak tertentu serta jika ada gangguan frekuensi gelombang lain.
  6. Speed/Kelajuan; HE: Laju. HE: Sedikit perlahan. *maaf saya tak dapat nyatakan kelajuan,mungkin baik rujuk kepada website company terbabit.
  7. Tembakan BB airsoft; HE: Jarak cuma sekitar 1 meter sahaja baik dalam keadaan bergerak (in motion) dan statik (stationary). HL: 10-20 meter dalam keadaan statik (stationary) sahaja.
  8. Ability for modification; HE: agak complicated. HL: easy to modify.
  9. Accessories; HE: semuanya sudah dipasang siap. HL: disediakan accessories parts dan kena pasang sendiri.
  10. Type of BB bullet; HE: mesti ringan,must be less than 0.2 grams and 6mm only. HL: 0.2-0.3 grams or can use below that range but must be 6 mm also.
Kesemua ciri perbezaan yang aku nyatakan ini adalah berdasarkan pengalaman aku mengendalikan RC tank ini sebab sebelum ini aku sudah ada model RC tank brand Heng Long. Jadi apabila aku beli daripada brand lain pula so mesti lah aku nak buat comparison kan.. Namun mungkin rasa tak adil sebab buat comparison pada model berlainan. Tak pe lah nanti bila Heng Long dah eksport Leopard 2A6 versi mereka nanti aku nak tengok dan test untuk rasa perbezaan bermain kedua dua model itu nanti. So far I will give the Leopard 2A6 RC tank brand HE about 4-4.5 stars hahaha... Jadi di bawah ni semua ialah photoshoot Leopard 2A6 RC tank scaled 1/16 brand HE yang diambil di tempat parking kereta tambahan (actually padang yang asalnya kawasan belukar yang ditebas) Kulliyyah of Medicine IIUM Kuantan pada 24/6/2013 yang lalu.





there is a laser guider top of the gun turret.











Unboxing..out of the box....


Tiada ulasan: