Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 20 Jun 2013

majlis walimah,walimah dan walimah lagi.

Assalamualaikum

Alhamdulillah,sekali lagi aku dapat menaip di entry blog aku ini. Well aku rasa bulan ni agak ligat aku menaip berbanding pada bulan bulan sebelumnya. Owh no wonder lah, bulan ni bulan takde keje yang banyak macam sebelum ni haha...

Ok berbalik pada tajuk entry kali ni, iye..walimah. Kenapa dengan walimah? Eh aku tak bernikah pun tetapi aku menghadiri jemputan majlis kenduri walimah. Apa yang menarik ialah ia berlaku sepanjang awal bulan Mei hingga lah awal bulan Jun. Boleh kata setiap hujung minggu di setiap minggu lah aku terpaksa attend majlis kenduri walimah.
Majlis walimah.

Salah sebuah majlis walimah yang aku attend. Yang ni staf junior aku Ridhaudin dan isterinya.

Ok lah jemputan majlis walimah ni tak silap aku mulai terima pada akhir bulan April sebenarnya di Tasek Gelugor,Pulau Pinang. Majlis tu sebenarnya ikutkan aku tak nak pergi bai..mana tak nye yang menjemput tu ialah seorang student Master merangkap bakal pensyarah di tempat kerja aku ni nanti. Namun kerana nanti kot terasa hati oleh si penjemput maka aku pun attend lah jugak.

Ni lah orang nye.yang perempuan tu lah bakal pensyarah di tempat kerja aku nanti. erm date majlis walimah ni 24/4/2013.

Ikut kan aku nak snap pic banyak lagi tapi dek kerana aku sampai lewat dan kebetulan pula hujan lebat dan angin kencang bertiup. Maka apa aku buat ialah aku cuma hantar hadiah lepas tu terus blah huhuhu..teruk kan? hehehe :p 
Puncanya ialah jemputan terlalu ramai so nak makan pulak takde tempat ditambah pula dengan cuaca buruk maka terpaksa la aku cabut dulu. Tapi bukan aku cabut terus blah macam tu je...aku pi makan kat sebuah kedai makan yang terletak tak jauh dari rumah dia ni hehehe...
ni lah kedai nye.
ni lah mee udang yang aku order

Disebabkan restoran Ida Mee Udang tu cuma provide masakan panas dan of course mee udang dan memang takde nasi lauk campur maka aku pun order la satu pinggan mee udang. Tak cukup dengan tu aku order lagi makanan iaitu nasi goreng udang.hahaha...lapor weh sebab drive ke Penang dari Terengganu non stop except isi minyak kereta sahaja.

Nasi goreng udang..memang banyak udang nye bai hahaha..

Selesai sahaja makan di situ,aku pun mula kan journey balik ke Terengganu melalui KL-Kuantan-Kuala Terengganu. Aku terpaksa bermalam di KL kerana sampai di situ pada waktu malam dan tak larat nak teruskan perjalanan ke Kuantan. Aku bermalam di sebuah hotel bajet terletak di Prima Sri Gombak iaitu My Home Hotel.

tempat aku bermalam seketika.
My Home Hotel website address

Nak tahu price stay per night,types of rooms provided,facilities provided dan macam macam lagi boleh lah click di hyperlink website tu yer... Aku pilih bilik superior window sebab mudah nak tengok kereta yang aku parking depan hotel ni. Harga bilik superior window dalam RM80 bagi ahli dan RM90 bagi bukan ahli. Kemudahan disediakan sini ialah Wifi (percuma), water heater,dan barangan makanan...so simple.

So esok nye aku pun sambung perjalanan balik ke Terengganu tapi sebelum tu sempat drop by di Kemaman untuk jumpa mek aku haha..majlis nye aku tak tahu bila,masih dalam perancangan.

Pada minggu seterusnya pula aku dapat jemputan walimah ke Perlis namun atas sebab yang tak dapat dielakkan maka aku terpaksa batalkan nye.

Minggu seterusnya pula aku dapat jemputan walimah ke Jerantut. Aku pergi tapi sayang sampai agak lewat dek kerana aku bertolak lambat dari Terengganu. Namun sempat la melihat pengantin dari luar dek kerana ramai bebenor jemputan bahkan makanan pun udah abes dong..huhuhu..

both of them were my dental students. Now both of them become a married spouse and dental officers.

So seterusnya pula lepas majlis diorang ni..eh aku lupa nak detail sikit. Dalam gambar tu kedua dua pengantin tu sebenarnya bekas pelajar Kulliyyah of Dentistry IIUM (1st batch) dan alhamdulillah both of them sudah kerja namun tempat berbeza. Lelaki tu namanya ialah Rostam sekarang ni bertugas sebagai Dental Officer di Hospital Miri,Sarawak tapi dia ni berasal dari Perlis. Manakala isterinya pula nama Khairunnisa dan sekarang ni dia bertugas di Hospital Temerloh,Pahang. Tak jauh daripada kampungnya iaitu di Jerantut.

Majlis seterusnya pula ialah selepas majlis walimah di Jerantut pada hari yang sama tapi yang tu memang aku tak boleh attend sebab masa memang running out dan nak cari lokasi rumah pengantin pun tak tahu. Majlis tu dibuat di Felda Keratong 9, Muadzam Shah Pahang. Yang menjemput aku ialah si pengantin perempuan kerana aku pernah berkenalan dengan dia dalam Facebook dan kebetulan pula pernah praktikal dengan member member aku di HUSM time student dulu.


pengantin perempuan tu namanya Imah. manakala yang duk keliling pengantin tu sume aku kenal sebab pernah praktikal di tempat mereka dulu iaitu di HUKM,Cheras KL.

Minggu seterusnya pula iaitu pada hujung bulan Mei,aku dapat jemputan majlis walimah ke Kota Bharu tapi aku terlepas dek kerana sibuk dengan hal kerja sampai terlupa beb!!

Pada weekend awal bulan Jun pula aku dapat jemputan ke majlis walimah di Penang. Majlis walimah tu aku pergi sebab ia dijemput oleh staf junior radiografer tempat kerja aku. Nama dia Ridhaudin. Dalam Department Radiology aku ni dia merupakan staf yang kedua bernikah selepas counterpart aku Azreen Farhana dan agak muda jugak la dia bernikah ni iaitu sekitar umur 24 tahun berbanding aku yang dah berumur 29 tahun dan masih belum bernikah lagi hehe..

Perjalanan ke rumah dia ni sangat mudah tapi aku je buat buat payah. Mana tak nye aku pergi ke Penang pada hari Sabtu dari Kuantan tapi dek berjalan ke tempat lain sampai lupa nak book awal hotel. Mula mula ingat nak stay di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas Penang tapi bila aku ke sana alahai sudah fully booked da...
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas.

Kemudian aku try pula ke Seberang Jaya pun masih di Seberang Prai,Penang nak cari hotel bajet. Cari punyer cari dapat lah E-red Hotel tapi yang tu pun penuh jugak da...aduyai...

Rupa dalaman E-red Hotel.wow...

Lastly apa yang aku buat ialah aku travel down back to Selangor. Lepas tu aku keluar dari highway Plus ikut exit Tanjung Malim. Konon nye aku nak stay 1 night di Sun Inn hotel yang terletak di Kuala Selangor. Namun macam biasa fully booked jugak da...
Sun Inns Hotel di Kuala Selangor

Next thing suddenly aku teringat di certain R&R PLUS ni terdapat satu motel yang murah yang sesuai untuk traveller macam aku ni. So dengan segera aku drive kereta pecut masuk balik ke Highway PLUS ikut exit Plaza Tol Rawang Selatan. Lebih kurang dalam 10 minit kemudian aku pun sampai di R&R Rawang dan di situ ada sebuah motel iaitu Highway Hotel. Bayaran yang dikenakan sangat lah 'berpatutan' iaitu RM80/night walaupun aku stay tak sampai 24 jam pun..
nama sebenarnya ialah seperti tertera di gambar itu.huhu...

Well tak kisah lah asalkan aku dapat tempat untuk aku tidur dan mandi serta solat. Jika tak ketemu tempat macam ni jawab nyer tido dalam kereta la.hahaha...
hahaha..tapi takde la sampai tahap camni.

Keesokannya pada hari Ahad,aku bangun sekitar jam 7 pagi kemudian macam biasa la mandi dan solat (solat subuh 'gajah' sebab matahari dah naik). Next thing aku check out and have some breakfast sebelum bertolak ke Penang sekali lagi. Aku bertolak ke Penang or exactly ke kampung Bagan Buaya di Nibong Tebal pada jam 10 am dan sampai pada jam 2 pm. Sepanjang perjalanan pada awalnya cuaca amat lah cerah namun apabila melepas Taiping cuaca mulai gelap dan diikuti hujan dan ribut petir hingga lah ke lokasi rumah pengantin.

Sampai di rumah pengantin,aku disambut sendiri oleh pengantin haha..biasanya parents pengantin kan tapi kira nye beruntung jugak aku ni ek hehe..aku datang bukan tangan kosong bai,bawak jugak hadiah untuk pengantin. 2 kotak besar pulak tu. Hadiah nye ialah steambot cooking set dan coffee maker. Sesuai untuk pasangan berkahwin ni tambah tambah pulak yang suka memasak hehe..
steambot cooker.

coffee maker


Seterusnya tanpa berlengah lagi aku pun pi la cari tempat makan,tapi sebelum tu aku buat buat segan la walhal dalam hati dan perut ni punyer la lapar hehehe.. menu yang pihak pengantin sediakan cukup banyak. Ada nasi lauk campur,nasi minyak,char kuey teow,laksa penang,bubur kacang dan bubur cha cha (jangan sebut cacar nanti ramai tak nak makan sebab kena cacar hahaha..) Boleh kata setiap jenis hidangan yang disediakan tu aku rembat jer..hehehe...
ni la bubur cha cha (bagi sape yang tak tau)


Selesai menjamu selera,pelan aku ialah nak bergambar dengan pengantin namun disebabkan cuaca makin hujan lebat dan ditambah pula kekurangan space dan tempat sesuai untuk buat photoshoot maka aku buat sekadar mampu dan ala kadar jer la..










Dalam jam 3.30 petang aku pun bertolak balik ke Kuantan.

Lastly majlis walimah yang last sekali aku pergi ialah di Raub,Pahang. Majlis walimah ni ialah majlis sambut menantu sebelah member aku masa sama sama belajar di UDM dulu (lelaki la). Nama dia ialah Abdullah Zawawi,boleh kata agak agak rapat sikit la..hehe..

ni lah Abdullah Zawawi,member kelas aku di UDM dulu (Unisza skang ni) dah nikah gak ko ek hehe..

Yang majlis walimah ni pulak menu makanan yang dihidangkan 2 jenis tapi memang favourite aku la iaitu nasi Bukhari dan nasi beriani. Pergh memang duk menyantap jer la time tu hehe..Well aku ke majlis dia ni dari Kuala Rompin.Perjalanan ambil masa 6 jam mengikut jalan raya Rompin-Muadzam Shah-Bera-Temerloh. Seterusnya memasuki highway LPT menuju ke Karak dan exit,lepas tu masuk ke Karak-KL highway dan keluar ke Bentong terus menuju ke Raub. Wow sound so complicated kan ek? hahaha....Selain aku rupa rupanya ada 3 orang junior aku turut berada di sana namun aku dah tak kenal diorang. Actually aku masih kenal tapi buat buat tak kenal kerana kurang mesra antara satu dengan lain. Maklum lah masa aku study dulu memang aku tak ngam sangat dengan diorang tapi takde la sampai bergaduh.

Ok lah setakat ini sahaja kisah jemputan walimah yang aku sudah attend. Next time aku malas nak citer lagi hahaha...ok next time mungkin aku akan sentuh bab RC tank atau mungkin jua dengan hobi baru aku iaitu airsoft gun ( a very controversial issue now on). See ya, Wasalam...




Tiada ulasan: