Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 26 Oktober 2013

VSP PRO RC tank



Sekali lagi aku kembali berblog di alam blogspot, dunia maya yang tiada sempadan walaupun pelbagai akta berkaitan media cyber dibuat hahaha....



Kali ini aku nak sentuh sikit topik yang aku suka tapi aku tak pasti lah jika ada dikalangan korang tak berapa suka, al-maklumlah dunia kita, citarasa kita dan apa sahaja yang kita rasa mesti berbeza kan? Tajuk entry kali ini ialah tentang RC tank.

 Jika sebelum ni aku sudah banyak kali sentuh pasal koleksi RC tank aku,kebanyakkannya brand Heng Long dan kini Hobby Engine dengan persamaan kedua dua model yang aku ada ini ialah scale size iaitu 1:16 yang mana agak besar lah juga. Kali ini aku nak sentuh pasal satu lagi brand model RC tank yang tak kurang hebat dan terkenal juga iaitu VSP Pro RC Tank.

ini lah logo VSP
Yup itu lah logo brand VSP. Untuk pengetahuan umum bagi penggemar dan peminat RC tank ni, kesemua scale size model RC tank bagi brand ini ialah 1:24. Yup lebih kecil berbanding scale size 1:16. Walaubagaimanapun harga produk brand ini agak mahal sedikit dan bahkan lebih kurang sama seperti produk brand Hobby Engine.

Apa yang menarik sangat pasal RC tank brand VSP ni bro??
Well, yang menarik bagi aku la kan.. pertama sekali ialah korang tengok dulu kesemua gambar yang aku post kan ni yer...
Leopard 2A6
T-72 M1

Leopard 2A5

M1A2 Abrams.

type 90
  1. Kesemua model rc tank ini masing masing mempunyai versi Infra red battle dan airsoft battle.
  2. Kesemuanya merupakan scale 1/24.
  3. Masing masing ada aksesori tersendiri.
  4. Kesemua model ini menggunakan bateri saiz AA sebanyak 8 biji. Manakala radio control memerlukan 6 biji bateri AA. Semua sekali 14 biji bateri AA diperlukan. Jadi disarankan menggunakan bateri AA yang rechargeable.
  5. Bagi yang minat World War 2 rc tank versions ada model King Tiger, Tiger 1, Sherman M4A3 dan KV1 scale 1/24. Manakala scale yang lebih kecil iaitu 1/72 ada model Sherman M4, type 97 Chi Ha, Tiger 1 dan T34/85.
  6. Scale 1/72 nak recharge hanya perlu guna recharger radio control. Unik kan?
  7. Pelbagai color scheme boleh didapati. Nak camo snow, camo jungle, camo tropica, camo desert dan macam macam lagi.
cuba korang tengok scale 1/72 model type 97 Chi Ha brand VSP. kecil jer..

Nak tahu dan check lebih lanjut boleh la korang click links di bawah ni:-

Kalau nak beli RC tank brand VSP ni aku tak pasti jika ada mana mana kedai RC atau online dealer yang jual model rc tank VSP. Yang pasti dan tahu ialah ada sebuah kedai RC yang terkenal di area Kelana Jaya dan IOI Mall Puchong iaitu RC Dreamz. Korang boleh la click link ni RC Dreamz untuk info lanjut. Last time aku ada call staff kedai ni. Rupa rupa nya dia ada 2 cawangan. HQ di Kelana Jaya manakala branch di IOI Mall Puchong. Pasal purchase,korang boleh buat direct purchase dan juga online purchase. Jika online purchase, korang boleh bank-in payment secara cash transfer CDM (cash deposit machine) dan online banking. So far harga yang aku sudah survey typically RM 299-399.


Korang juga boleh tengok video demo semua model RC tank brand VSP ini.

T-72M1

Leopard 2A6

Type 90

M1A2 Abrams.

King Tiger

Sherman M4A3

Tiger 1
haha.. so far ini sahaja yang dapat aku explain dan tunjukkan. Aku sendiri tak beli lagi model brand ni, Insya Allah bulan 12 nanti aku nak beli sebuah. huhu.. Sekian wasalam.

Tiada ulasan: