Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 12 November 2013

Basic Life Support course 2013

Assalamualaikum...

Pada entry kali ini, sepatutnya aku nak cerita pasal pengalaman travel aku ke dalam hutan belantara sekitar sempadan hulu Pahang-Terengganu termasuk di hulu Dungun tapi aku ingat nak cerita di lain entry lah ye..huhu

 Ok lah tajuk entry kali ini sekali baca mesti ada orang yang familiar dan tak kurang juga yang tertanya..menatang apakah itu? hahaha... Well anyway Basic Life Support tu dalam erti kata lain ialah kursus bantuan kecemasan pernafasan tapi ada level tertentu namun yang ini level nye basic sahaja.



Basic Life Support ni sebenarnya bertujuan untuk memberi bantuan kecemasan kepada pesakit yang mengalami serangan penyakit berbahaya dan boleh mengancam nyawa. Secara amnya penyakit yang kerap berlaku ialah serangan sakit jantung, tercekik dan kadang kala pengsan tiba tiba dan tak sedar diri disebabkan faktor faktor tertentu. Dalam erti kata lain BLS ni berguna untuk kes sudden cardiac arrest. Manakala situasi situasi yang memerlukan BLS ni ialah jika berlaku kes tercekik (foregin body obstructing airway), lemas dan apa sahaja situasi yang mana ia mengakibatkan kesan kepada saluran pernafasan dan peredaran darah serta jantung kita. Maka bantuan kecemasan pernafasan diberikan ialah untuk memulihkan saluran pernafasan,sistem peredaran darah dan jantung supaya kekal berfungsi.

Apa yang ada dalam BLS ni?

Dalam BLS ni terkandung 2 silibus iaitu teknik bantuan pernafasan dan teknik menyelamat mangsa yang tercekik pada saluran pernafasan. Ia melibatkan teknik menyelamat orang dewasa, kanak-kanak dan bayi. Kesemua teknik ini terkandung pada satu garis panduan yang telah dibuat dan dikaji setiap 5-6 tahun sekali. Jika ada perubahan pun tidak lah ketara sangat perubahannya. Terdapat juga carta alir macam mana kita sebagai penyelamat awal untuk memberi bantuan kecemasan, kaedah mengendalikan pesakit di tempat kejadian dan macam mana nak berhubung dengan pihak ambulans dan penyelamat. Selain itu juga turut didedahkan apakah risiko yang bakal dihadapi oleh peyelamat awal sebelum,semasa dan selepas memberi bantuan. Kalau korang tertanya bende ape la ni kan..mungkin korang biasa dengan istilah CPR kan..so itu lah maksud aku iaitu CPR.

Korang boleh la click links kat bawah ni untuk maklumat lanjut ye..


Yang ni pulak ialah carta alir dan gambar gambar teknik CPR:-

Ingat yang ni dan tak panik insya Allah dapat buat CPR dengan baik.

Teknik CPR untuk orang dewasa.
Carta alir cara nak beri bantuan kecemasan mangsa yang tercekik pada saluran pernafasan akibat tertelan objek asing..termasuk juga tercekik time makan.

Kaedah nak beri CPR.

Kaedah nak uruskan mangsa tercekik.

bagi baby yang tercekik beri 5 tepukan di belakang badan mangsa dekat area tengah antara tulang bahu kiri kanan.


Kemudian baringkan bayi di peha anda dan rendahkan kedudukan kepala bayi. Seterusnya berikan 5 tekanan dada (chest thrust) dengan menggunakan 2 jari dan ditekan ditengah tengah antara nipple line. Ulangi proses tepuk belakang mangsa (5 kali) dan chest thrust (5 kali) hingga lah objek dikeluarkan dan selagi mana mangsa masih sedar. Jika mangsa mula tak sedarkan diri,terus buat CPR dan hubungi 999.

Carta alir BLS bagi kes pediatrik termasuk infant (bayi).

CPR on baby. Guna 2 jari sahaja. Letak dan tekan di tengah dada. rate 30 compression dan 2 breathe rescue.
Yang ni pula sama macam atas cuma berbeza pada teknik disebabkan melibatkan 2 orang rescuer.




Sila lah tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut.


Perkara perkara yang patut kena tahu tentang CPR ni:-
  • CPR hanya boleh dibuat jika mangsa tidak sedarkan diri,tak beri respon,tiada denyutan nadi dan tiada pernafasan. Jika ada denyutan nadi tapi tiada pernafasan beri bantuan pernafasan sahaja. Chest compression tu hanya diberikan selagi mana tiada denyutan nadi dikesan.
  • Nak periksa mangsa bernafas atau tak,lihat pada turun naik dada nye bagi mangsa dewasa. Bayi pula kena gunakan teknik look,listen and feel. lihat pada dada,dengar hembusan nafas yang keluar dari mulut dan hidungnya dan rasakan ada tak haba panas (takde la panas pun tapi macam suam suam kuku gitu la) yang keluar (kalau kita bernafas, udara yang dihembus keluar tu kan rasa macam suam suam gitu)
  • Pastikan kawasan persekitaran sebelum nak beri CPR tu selamat,kita selamat dan mangsa pun selamat. Giler ko kalau nak buat CPR tengah jalan raya yang busy,tepi gaung yang curam atau dalam rumah yang terbakar.
  • Masa buat CPR tu kena ingat rate chest compression to breathe ratio. Standard ratio one rescuer ialah 30:2 iaitu 30 kali tekan dada dan diselangi dengan 2 bantuan pernafasan mulut ke mulut. Jika ada 2 orang rescuer,ratio akan berubah kepada 15:2 untuk setiap seorang rescuer.
  • Tekan dada tu kena kuat,gunakan berat badan anda. Kedudukan anda juga mesti lah dalam posisi betul supaya takde lah sakit belakang. Tekan dada pada kedalaman 2 inchi bagi dewasa dan 1.5 inchi bagi bayi. Jangan terlalu kuat untuk mengelakkan berlakunya patah tulang rusuk dan dada serta peparu bocor.
  • Jika mangsa luka parah di bahagian kepala dan ada kemungkinan patah tulang di muka, semasa nak buat head tilt chin up tu gunakan teknik jaw thrust.
  • Masa nak beri bantuan pernafasan tu bagi mangsa dewasa,hidungnya hendak lah ditutup. Tutup guna tangan anda tapi tutup semasa nak beri bantuan pernafasan sahaja tau!! Bukan sepanjang masa tutup,kalau tak arwah mangsa tu kerana kes tutup hidung masa beri CPR hehehe..
  • Bantuan pernafasan kepada bayi pula,masa nak beri tu pastikan mulut kita turut cover sekali hidung bayi tersebut. Tak perlu tutup dengan tangan kerana hidung bayi kecil dan takut mencederakan pula hidungnya.
  • Last but not least (sebenarnya banyak lagi tapi dah tak larat nak taip ni hahaha..) pastikan korang kena lah attend kursus CPR ni. Aku tahu ada yang boleh buat tapi nak selamat pastikan anda attend kursus CPR sebab dalam kursus CPR tu anda akan diajar teknik sebenar macam mana nak buat CPR,conditions yang memerlukan CPR, identify jenis jenis penyakit yang biasanya melibatkan sudden cardiac arrest, dan pelbagai lagi. Selepas itu anda akan kena jalani satu peperiksaan iaitu teori dan amali. Markah lulus teori ialah 38 daripada 50 soalan. Soalan dalam bentuk objektif usually bulatkan sahaja la. Seterusnya kena jalani peperiksaan amali. Terdapat 3-4 stesen CPR dan choking patients yang anda perlu lulus. Lulus kedua dua teori dan amali makan anda layak untuk mendapatkan kad CPR yang dikeluarkan oleh pihak MRC (Malaysian Resuscitation Council). Dengan kad itu anda layak dan berhak melaksanakan CPR di mana sahaja di Malaysia tatkala berlaku kes kes kecemasan yang memerlukan CPR. (bunyi macam skema kan ek?). Kad itu cuma valid untuk 2 tahun sahaja dan selepas itu anda kena renew lagi dengan cara attend course CPR dan seat exam theory dan praktikal.
Sebelum nak end up entry ni aku nak share pics semasa CPR course berlangsung di tempat kerja aku pada 9-10 November 2013 pada weekend yang lalu.
group lelaki..sembang dulu jap.huhu
Yang ni sebenarnya semua peserta. Lelaki pakai baju putih tu Dr. Cheong dentist di sini dan bakal sambung belajar di overseas tak lama lagi.
Stesen praktikal CPR. kanan tu infant CPR, tengah adult choking dan kiri tu adult CPR.
Sesi bergambar riang ria..hahaha
Mujur lah sesi praktikal jer..kalau tak dapat 0 la kot hehehe...
kiri tu Dr. Azrul (dentist) dulu bekas student 1st batch BDS KOD IIUM. kanan tu pulak che mat,dental lab technician di sini.
Praktikal adult choking
sesi bermenung haha.. kiri tu Dr. Rafiq dan kanan Dr. Sulhi. Kedua duanya bekas 1st batch BDS KOD IIUM Kuantan.
candid diorang hahaha...
Mak orang,bini orang dan bakal bini orang hehe..sume ni dental surgery assistants.
yang pakai baju dan tudung biru tu specialist maxillofacial surgery, Dr. Haszelini. Sorry da kawen pun hehehe..

Tiada ulasan: