Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 7 Disember 2013

Bencana banjir di Kuantan Disember 2013.

Selamat pagi diucapkan kepada semua warga blogger. Tak sedar rupa rupanya sudah hampir sebulan aku tak buat sebarang update di blog aku ini. Semuanya kerana sibuk dengan kerja,perjumpaan family dan kawan kawan serta terbaru ni ialah bencana alam iaitu banjir.

Banjir??


Yup, sewaktu blog aku ni sedang dikemaskini, hari ini telah masuk hari yang ke-7 banjir akan tetapi hujan sudah mula berhenti sejak malam tadi. 3 hari lepas,cuaca cerah dan panas tapi tak kekal lama sebab keesokannya tu kembali hujan lebat selama 2 hari tanpa henti dan paras sungai utama di daerah Kuantan ni kembali naik ke paras bahaya. Hingga saat kini amaran masih lagi berkuat kuasa akan kenaikan paras sungai dan air laut pasang besar di sekitar daerah Kuantan ini.

Dah tajuk pun pasal banjir maka di sini akan aku ceritakan pengalaman aku menempuh saat banjir kerana pada banjir tahun ini di Kuantan merupakan banjir yang dahsyat dan besar. Aku sendiri menjadi mangsa banjir cuma bezanya aku tak ke pusat pemindahan kerana aku terperangkap di tempat kerja sewaktu banjir dan jalan nak ke rumah aku di Bukit Gambang telah dinaiki air sedalam 1.2 meter tapi alhamdulillah rumah aku tak terjejas langsung.

2 Disember 2013, Isnin:
Sudah 2 hari hujan lebat berlaku. Malam sebelumnya aku dan adik aku dalam perjalanan dari Melaka ke Kuantan. Al maklum lah,weekend semalam kami habiskan masa balik kampung atok sebelah mama di Muar,menziarahi kubur arwah nenek yang baru meninggal dunia seminggu sebelumnya dan juga kubur sepupu yang telah lama meninggal dunia. Kemudian pergi ke Zoo Melaka nak tinjau dan berjalan lepaskan tension sebelum masuk kerja. Kami bergerak dari Zoo Melaka balik ke Kuantan sekitar jam 4.30 petang. Hujan lebat mula melanda tatkala kami melalui bandar Muadzam Shah, Rompin di Pahang. Sangkaan kami hujan lebat di kawasan sini sahaja tapi rupa rupanya meleset. Sepanjang dari situ hingga lah ke rumah aku di Bukit Gambang, hujan turun tanpa henti dan ia makin lebat tatkala menghampiri daerah Kuantan. Sekali lagi kami sangka ia cuma hujan lebat seketika. Setelah sampai di rumah, mandi,solat dan tidur. Pada awal pagi 2/12/2013 sekitar jam 5.30 pagi aku bangun dan kejutkan adik aku untuk bangun sekali. Hujan di luar masih turun tapi ia sangat lebat daripada kebiasaan. Selepas kami kemas rumah sedikit dan bersarapan,kami bergerak menuju ke tempat kerja. Aku hantar adik aku ke tempat kerja dia di Semambu sebelum aku U-turn ke tempat kerja aku di UIAM Kuantan di Indera Mahkota. Cuaca kian gelap dek kerana hujan turun yang sangat lebat. Jalan yang aku lalui pun sudah mula dilimpahi air seperti di Jalan Semambu dekat Polisas Kuantan. Manakala di sepanjang jalan Bypass Kuantan kelihatan beberapa pokok di lereng bukit sepanjang Bypass Kuantan ini mula tumbang dan tanah pula runtuh sedikit. Kerja pada hari ni berjalan seperti biasa hingga lah habis waktu office hour. Namun hujan lebih lebat dan berterusan seperti tiada kesudahan. Aku pergi ke Semambu untuk ambil adik aku dari tempat kerja dia dan hantar dia pulang ke rumah sewa dia di Taman Indera Mahkota 2. Kemudian dapat call daripada member lama zaman sekolah menengah dulu yang dia minta tumpang tidur 1 malam di rumah aku sebab bertolak lewat dari KL menuju ke Kuala Terengganu tapi member aku ni dia ada problem driving sebelah malam. So aku izinkan. Tatkala dalam perjalanan pulang ke Bukit Gambang,hujan turun sangat lebat dan kelihatan beberapa kawasan perumahan di sekitar Bypass Kuantan sudah mula digenangi air sekitar knee-high (air paras lutut) tapi bukan semua la affected. Sampai sahaja di rumah aku, tak sangka simpang menghala masuk ke Bukit Gambang Waterpark dah tenggelam dan aku terpaksa masuk ke kawasan perumahan guna laluan masuk yang lain yang tak naik air lagi. Jumpa dengan member,pi la makan malam sat di kedai makan depan rumah aku ni. Time tu la aku dapat info terkini banjir sudah mula melanda Kuantan tapi masa tu hanya kawasan yang rendah sahaja yang terkena.

3 Disember 2013, Selasa:

Bangun pagi seawal jam 5.45 am,aku kejutkan kawan aku untuk bangun awal walaupun aku tahu dia ni liat sikit bangun awal pagi. Selesai mandi,solat dan sedikit sarapan,aku dan dia pergi lah ke destinasi masing masing. Hujan lebat turun lebih lebih lebat berbanding hari semalam. Sampai di simpang laluan keluar dari taman perumahan ni,aku sempat menoleh untuk melihat jalan yang ditenggelami air. Masih lagi tenggelam dan paras air kini pula mula melimpah memasuki jalan di depan deretan kedai makan dan mini market. Untuk makluman korang, kedudukan dereta kedai makan dan mini market tu lebih rendah sedikit berbanding kedudukan kawasan perumahan dan ia pula dekat dengan tebing sungai kecil Bukit Gambang ni.
Photo: jalan depan bukit gambang waterpark a.k.a depan rumah aku pun banjir.
gambar c&p daripada salah sorang penduduk taman perumahan bukit gambang sekitar jam 8 am 3/12/13.
Untuk hari ni,aku tak guna jalan Kuantan-Gambang tapi sebaliknya aku guna highway Pantai Timur exit tol Gambang dan keluar di exit tol Jabor lebih kurang 50 km sebab ketika aku turn on radio dalam kereta tu,deejay radio sudah hebahkan bahawa jalan Kuantan - Sungai Lembing termasuk la simpang exit tol Kuantan sudah banjir dan ketika tu hanya kenderaan berat sahaja boleh lalu. Keluar dari tol Jabor,aku masuk semula ke Bypass Kuantan dan menuju ke rumah adik aku di Taman Indera Mahkota 2 sebab dah janji dengan dia nak hantar dia ke tempat kerja. Bila lalu di simpang traffic light Semambu dekat Polisas,air banjir sudah naik ke paras separuh tayar kereta aku tapi mujur lah tak masuk enjin. Mujur lah hanya air naik di situ sahaja dan tak melibatkan sepanjang laluan ke tempat kerja adik aku. Lepas tu kembali semula ke tempat kerja aku,hujan lebat masih berterusan dan kadang kala disertai dengan bunyi petir dan angin kencang sekali sekala. Waktu kerja pula disingkat kepada jam 3 petang sahaja. Adik aku pula call kata dia akan balik ke rumah dengan rakan kerja dia. Masa ni lah aku layan facebook aku dan daripada situ baru lah aku tahu bahawa Kuantan sedang dilanda banjir yang amat dahsyat dan besar kira paling buruk based on record sebelum ni. Last time Kuantan alami banjir besar pada tahun 1971 dan 1991. Berikut aku share kan gambar yang copy paste daripada akaun facebook aku.

Photo: persimpangan semambu polisas jam 1730 hrs
situasi banjir di Semambu dekat traffic light Polisas.

Photo: Bypass
Persimpangan cengkih di Bypass Kuantan dekat Indera Mahkota 14 menghala ke Terengganu hampir tenggelam.

Photo: Kawasan perumahan taman guru
Situasi banjir di Taman Guru. Masa ni air belum naik dengan mendadak.

Photo
Banjir di Tanjung Lumpur,Kuantan. Masa ni air pasang belum bermula.

Photo: Cengal Lempong
Kampung Chengal Lempong di Beserah dilanda banjir.

Photo: Sg. Galling blkg Medan selera
Sungai Galing di medan selera Galing melimpah ke tebing.

Photo: Air dpn LA hotel...
Hotel LA di bandar Kuantan. Jalan depannya sudah digenangi air banjir.

Photo: Jalan muadzam ke gambang..keadaan jalan kritikal tnggal oneway lori traler plop beso2 lalu...nsmpok gaya mcm nk kena tutup sebab keadaan air hok terlalu laju...koi lalu td jam 6.00 ptg..
Jalan Gambang-Kuantan sebelahnya sudah tenggelam. Hanya satu lorong sahaja dibuka.

Photo: Air melimpah jalan d sg kobat empangan kpm jln sg lembing ktn. Jam 7.50 pg
Jalan Kuantan-Sungai Lembing dilimpahi banjir dari sungai Kobat.

Photo: Salam.... 

Paras air meningkat dengan mendadak dekat im3, taman syahzan.. jam 10.36pg.

Dr Rodong : Izzat
kawasan perumahan di Indera Mahkota 3 pun turut kena sekali walaupun kawasannya boleh kata agak tinggi.

Photo: Jalan kemaman air putih.takut Ada org kotan nok blk ikut jalan jabor.elk elakan dr lalu jalan ni.air Akan terus naik.skrg pun dah lebih stgh meter.
[Credit : Muhd Tadmiri Henry]
Jalan Jerangau-Jabor di sempadan Pahang-Terengganu pun banjir.

Photo: Kawasan peridustrian gebeng
Jalan perindustrian Gebeng menghala ke Pelabuhan Kuantan pun banjir.

Photo: Kempadang perdana dah naik air
Kampung Kempadang Perdana pun banjir.Lokasi di Kempadang dekat Sungai Soi.

Photo: Jalan Bukit Bayroute telah disekat oleh tanah runtuh dan kereta tak boleh lalu.
Tanah runtuh di jalan pintasan Bukit Bayroute Kuantan.

Photo: @ Taman Mahkota Putra IM8
Taman Polo Indera Mahkota 8 pun banjir sedangkan IM8 ni boleh kata kawasan berbukit.

Photo: Terminal Sentral Kuantan?
Terminal Sentral Kuantan dimana semua bas ekspress beroperasi dari sini pun tenggelam di aras parking dan kedai.

Photo: Jambatan kecil sblm sampai ke chini telah runtuh. Laluan segamat ke muadzam terputus Jadi sesiapa yg dari Segamat diminta mengambil laluan lain.
Jalan runtuh di laluan Kuantan-Segamat dekat dengan Chini.

Photo: Tanah runtuh jalan belakang perumahan IM 2. 
Berdekatan asrama lelaki IIUM indera mahkota 2.
Terdapat tanah runtuh di kawasan perumahan Indera Mahkota 2.

Photo: Depan Rest. Rahmat, Indera Mahkota
Jalan menghala ke Kuantan dari Indera Mahkota banjir.

Photo: Shahputra, IM
Di depan kolej Shahputra,air banjir sampai paras dada.

Photo: Cam besttt aja..cam somellllll jer..
Cam kenalllll jer.... 

He he he
Stesen pencawang elektrik di Bypass Kuantan untuk kawasan Indera Mahkota tenggelam. Masa ni blackout berlaku.

Photo: @ Cenderawasih
di Cenderawasih di Kuantan selepas berlaku air laut pasang besar dan limpahan banjir sungai Kuantan.

Time ni lah ramai mangsa banjir sudah dipindahkan tapi yang sedihnya ialah kebanyakkan mangsa banjir ni berpindah sendiri tanpa bantuan agensi yang patut bertanggungjawab. JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) pasukan pertama terlibat dalam gerakan menyelamat dan memindahkan mangsa sebelum disertai pihak Bomba Penyelamat,PDRM dan Tentera. Lagipun banjir ini berlaku secara mendadak especially sebelah petang hingga malam. Hujan lebat berterusan turun tanpa henti. Pada masa ni lah aku juga terima berita yang jalan menghala ke rumah aku di Bukit Gambang telah ditenggelami air dan tak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Maka nak tak nak terpaksa lah aku bermalam di office aku. Buat pertama kali aku tidoq di office aku. Dah la tu,air pun mula menitik dari atas siling ke lantai.Walaupun tak de la kena kat mana mana komputer tapi buat sementara aku letak baldi dan lap guna mop. Cleaning workers pulak ramai tak datang sebab mereka ada yang terlibat dalam banjir. Bab makan minum pula,aku terpaksa beli makanan junk foods,roti dan air tin dari kiosk hostel perempuan UIAM Kuantan ni kerana itulah yang beroperasi. Sekitar jam 3 pagi,aku dikejutkan dengan blackout sebab jika berlaku blackout di office aku ni usually bunyi siren daripada Fire System Control dan juga UPS computer kedengaran. Terpaksa la buka tingkap office aku ni walaupun hujan di luar masih lebat dan diikuti angin kuat sampai terkena tempias hujan.

4 Disember 2013, Rabu:

Bangun jam 7 pagi, baru dapat notification daripada boss aku bahawa pihak UIAM Gombak telah memberi 1 hari cuti peristiwa kerana bencana banjir. Mujur pada pagi tu,hujan mula reda sedikit tapi masih gerimis. Aku ambil peluang itu untuk pulang ke rumah aku di Bukit Gambang. Alhamdulillah jalan yang banjir semalam sudah pun boleh dilalui kembali. Masa mula mula nak balik,aku berhajat nak ikut Bypass Kuantan menghala ke jalan Kuantan - Gambang tapi terpaksa berpatah balik menghala ke tol Jabor kerana Bypass Kuantan di Permatang Badak - Pandan Damai masih ditenggelami air.

Photo: Trafik lite permatang badak
Memang tak boleh lalu langsung.

Photo: Kuantan Bypass area Bukit Rangin..
Bypass Kuantan di Bukit Rangin sebelum Permatang Badak.

Photo: Permatang Badak
Permatang Badak.

Photo: taman pandan sejahtera kampung pandan pada jam 2 petang td
Kampung Pandan, Kuantan.

Photo: Pukul 13:20, Batu 3 setengah, Jln Gambang, di hadapan stesen minyak bhp n tunas manja sg isap. Air melimpah keluar dr sg isap
Jalan Gambang-Kuantan di kawasan Sungai Isap.

Photo: Cenderawasih.. bus stop cenderawasih 1420hrs.. air laju d jalan melintas bus stop ke padang bola..
Sekitar Cenderawasih,air banjir masih belum surut sepenuhnya.

Photo: Edisi menyelamat pematang badak.. Tq abg Bomba
Salah satu adegan menyelamat mangsa banjir oleh pihak Bomba.

Photo: Kuantan bypass hadpn bukit rangin dan kmpung prmatang badak.
Simpang traffic light di Bypass Kuantan, Permatang Badak.

Photo: Petronas baru baypass 1340hrs
Stesen Petronas di Bukit Rangin Bypass Kuantan.

Photo: Permatang Badak
Bypass Kuantan Bukit Rangin-Permatang Badak-Pandan.

Photo: Depan 7E bukit rangin. jam 0345pm
Di depan kedai 7E Permatang Badak.

Photo: SMK Bukit Rangin
Banjir di Sekolah Rendah Bukit Rangin.

Photo: Kg.Tiram
Situasi Kampung Tiram.

Photo: BUKIT RANGIN JLN BAYPASS 1630 hrs
Bypass Kuantan di Bukit Rangin.

Untuk pengetahuan semua. jika ada lah yang menonton TV pasal kes banjir ni mesti kes banjir Sungai Isap paling banyak kedengaran kan? Yup itu betul sebab gambar gambar yang aku post kan di sini semuanya dekat dengan Sungai Isap. Sungai Isap ni pula bersambung dengan Sungai Kuantan di hilirnya. Maka memang tak mustahil lah kenapa banjir besar berlaku dan ditambah pula faktor geografi Sungai Kuantan yang bersambung dengan Laut China Selatan. Jika berlaku air pasang besar hatta tiada hujan sekali pun,kawasan ini amat berpotensi terkena banjir. Kali ini hujan lebat berterusan dicampur dengan air laut pasang besar maka banjir sangat teruk pada tahun ini. Selain itu faktor perparitan yang bermasalah juga masih menjadi sebab utama kenapa banjir mudah berlaku.

5 Disember 2013, Khamis:

Cuaca panas sepanjang hari dan semua jalan di area bandar Kuantan sudah boleh dilalui. Bantuan mula tiba mencurah curah dari segenap pelosok Malaysia.

6 Disember 2013, Jumaat:

Hujan kembali turun dengan lebat tapi sekejap kejap namun berterusan hingga ke malam. Di sebuah empangan di Sungai Lembing,amaran sudah dikeluarkan untuk lepaskan air berikutan paras air sudah mencecah paras bahaya. Amaran air laut pasang besar juga diumumkan bakal berlaku pada awal pagi 7 Disember jam 1.35 am. Ramai mangsa banjir yang sudah berada di rumah masing masing kembali semula ke pusat pemindahan dan pusat operasi kembali aktif.

7 Disember 2013, Sabtu:

Hujan masih turun tapi sekadar gerimis dan kadang kala lebat.Amaran banjir gelombang kedua telah pun ditarik balik kerana tiada air pasang besar berlaku dan tiada limpahan mendadak paras Sungai Kuantan sejak awal pagi tadi cuma langkah berjaga jaga dan pemantauan masih berterusan. Menjelang tengah malam, hujan sudah mula reda dengan hanya rintik rintik hujan sahaja. Menjelang awal pagi 8 Disember 2013 sekitar jam 2-3 am, hujan mula berhenti sepenuhnya.

Tiada ulasan: