Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 18 Januari 2014

Januari 2014



Sudah pun masuk 18 hb Januari 2014 dan minggu depan masyarakat Cina akan menyambut Gong Xi Fa Cai.

Selamat Tahun Baru Cina
Actually aku pun dah kehabisan idea ni,baru kejap tadi ada rasa something nak type on the blog tetapi bila dah mula start typing ni idea mula hilang sikit sikit. Aiyya...natijah banyak makan tapi kurang exercise hahaha..

Anyway sebenarnya bulan Januari ini aku masih lagi dalam proses menyiapkan kerja statistik, inventory update dan auditing. Maklum lah bekerja dengan sebuah IPTA yang terkenal tapi malang sekali bab management macam haru biru walaupun sudah 4-6 tahun beroperasi dan aku sudah masuk 4 tahun bekerja di sini. Oleh itu aku pun ambil keputusan untuk membuat beberapa resume job application yang baru untuk di hantar ke beberapa buah organisasi kesihatan di luar sana. Antara calon calon nya ialah:-

1) Darul Makmur Medical Center Pahang.

dan ini link nye kalau anda nak dapatkan maklumat pasal hospital ini lah http://www.dmmc.com.my

2) Kuantan Medical Center Pahang.
 

yang ni pulak bangunan baru KMC yang terletak di Indera Mahkota Jalan Kuantan-Sg Lembing.
Anda boleh layari laman web ini untuk maklumat yang lebih lanjut. http://www.kmcsb.com.my

3) Kuantan Specialist Hospital Pahang.
  
Boleh layari website KPJ Pahang Specialist Hospital untuk maklumat lanjut. http://kpjkuantan.com


4) Kuala Terengganu Specialist Hospital in Terengganu.
 
Boleh layari laman web KTS untuk maklumat lanjut. http://www.kts.net.my

5) Damai Service Hospital in Kuala Lumpur.
 
Boleh layari website ini ye.. http://www.dshm.com.my.

6) Prince Court Medical Center KLCC in Kuala Lumpur.

 Boleh layari website prince court medical centre untuk maklumat lanjut. http://www.princecourt.com.

7) Jerudong Park Medical Centre in Brunei.

Ini website Jerudong Park Medical Centre. http://www.jpmc.com.bn.

8) Singapore General Hospital in Singapore.
 
Ini website Singapore General Hospital. http://www.sgh.com.sg.


Yes ini lah senarai hospital atau medical centre yang aku pohon untuk bertukar tempat kerja. Ada dalam Malaysia dan juga luar dari Malaysia. Ada dalam negeri Pahang dan Terengganu dan juga luar dari nya. Namun yang pasti rezeki Allah tu tetap ada dan kita lah kena berusaha untuk mencapainya.

Man Jadda Wa Jadda 'Siapa yang bersungguh akan berjaya'.
Usaha mesti lah disertakan dengan doa dan tawakal kepada Tuhan. Usaha tanpa doa dan tawakal akan membuahkan hasil yang sia sia. Doa dan tawakal tanpa usaha ibarat angan angan Mat Jenin yang akhirnya mati katak. Manakala usaha dan doa tanpa ada rasa tawakal pula ibarat memaksa Tuhan memenuhi tuntutan kita sedangkan Dia lah penentu segalanya.

Insya Allah moga akan ada hikmah yang baik dan besar disebalik tindakan aku ini..."doing the best at this moment put you in the best place for the next moment" by Oprah Winfrey.

Tiada ulasan: