Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 8 Februari 2014

apa apa jer lah.




Tatkala aku meng update entry baru ni sebenarnya aku rasa lapar.al maklum lah typing new entry in the middle of afternoon. dengan tak ambil breakfast so memang lah lapar bangat seh.hahaha..

Topik yang aku nak type hari ni bebas dan simple dan dah tentu pasal kehidupan seharian aku,kau,dia,mereka dan kita semua.

Pada pagi ahad tadi aku dan adik bongsu perempuan aku dikejutkan dengan kedatangan seorang stranger yang tak dikenali. Alamak patut la,adik aku buka pintu seluas luasnya sampai orang luar pun boleh nampak. Sebab kebiasaan yang aku buat,aku cuma buka pintu rumah untuk pengaliran udara dengan lancar sebelah awal pagi usually jam 5 pagi hingga lah ke jam 10 pagi. Lepas tu aku akan labuhkan tirai langsir untuk tutup supaya orang luar tak nampak sebab time 10 pagi ke atas sebelah weekend days ni ramai la orang lalu lalang depan rumah. Ok berbalik kepada cerita si stranger tadi, dia datang menyahut dari luar ' Hello brother,hello brother..I need some money for preparation..bla bla bla...coz I have bla..bla..bla...' la memang stranger betul rupa nye..betul betul orang luar. Berdasarkan warna kulit dan raut wajah nampak seperti orang Bangladesh atau Pakistan atau mungkin juga India. Mula mula aku nak tolong..tolong derma duit lah tapi alahai bukak wallet aku cuma ada syiling beberapa sen. Usually time weekend aku duduk rumah so memang aku tak keluarkan duit. Aku cuma keluarkan duit time hari bekerja sahaja untuk isi minyak kereta,beli barang dapur jika habis,beli sarapan jika aku malas nak masak kat rumah,derma tabung masjid dan / atau hal lain lah. Maka aku pun terpaksa lah cakap ' Sorry, I don't have money'. Aku ingatkan selepas aku kata macam tu dia pun beredar lah pergi ke rumah lain tapi rupanya tak. Dia tunggu kat depan rumah aku jugak! Eh ni dah kira lain macam ni bai...so mari la rasa tak sedap hati. Untuk selamat aku pun tutup pintu dan perhati dia dari dalam bilik aku yang bersebelahan dengan pintu rumah ni. Lebih kurang 5-10 minit lepas tu baru lah dia beredar dan pergi ke rumah lain. Lega kejap...ye lah jika stranger tu ada niat tidak baik kat kita kan? Tapi jika dia benar benar susah,maaf lah banyak banyak sebab diri sendiri pun tak de apa apa nak beri.

Sebagai kesimpulan kisah aku tadi tu;

1) Sediakan lah duit tak kira di mana anda berada.
2) Berhati hati lah dengan orang yang tidak dikenali yang datang ke rumah anda tidak kira lah sesama atau berlainan agama,bangsa dan negara.
3) Perhati apa yang ada di sekeliling orang yang tak dikenali tu,mana lah tau kot kot bawak partner diorang. Pernah jadi kes rompak atau rogol even kes bunuh sekali pun dengan cara macam tu.
4) Nak berbual atau bertanya dengan lebih lanjut boleh tapi berhati hati. Pastikan tanya nama, asal dari mana dan apa tujuan minta derma / bantuan. Bunyi macam tak ikhlas kan? tapi zaman sekarang ni terpaksa buat macam tu untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Jangan lupa tengok muka orang tu untuk identify,mana lah tahu jika berlaku juga perkara yang tak diingini sekurang kurangnya kita boleh ingat bentuk muka dan fizikal tubuh badan orang itu. Jika ia melibatkan orang luar atau non Malaysian,minta dia tunjukkan visa / passport dan take note nombor visa / passport.
5) Pastikan pintu pagar rumah tu sentiasa berkunci dan pintu rumah ditutup jika tiada sebarang keperluan. Jika tak orang luar boleh masuk sampai ke dalam rumah.
6) Jika kawasan perumahan atau kampung anda ada ketua atau penghulu,sila beritahu kepada ketua atau penghulu sebab bila ketua tahu senang nanti dia bersama dengan anak buah cari stranger tersebut selagi mana masih ada di dalam kawasan perumahan atau kampung kita. Namun demikian hahaha.. (part ni aku nak gelak) macam haramjadah je nak ada ketua / penghulu macam tu. Sebab time weekend konfem diorang pergi melancong atau berada luar kawasan.

Okay lah setakat ini sahaja post yang aku nak share untuk korang semua. Next entry, next time.

Tiada ulasan: