Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 15 Februari 2014

Senjata senjata tentera Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua..part 1 (Pedang Samurai, Bayonet dan Pistol)





Untuk entry kali ini,aku bercadang untuk berkongsi dengan anda semua tentang salah satu kegemaran aku. Selain suka buat photography,mengembara, jungle tracking dan bermain RC tank serta terlibat dalam game Airsoft gun combat, aku juga ada satu lagi hobi yang bersifat ilmiah dan historic iaitu mengkaji sejarah perang dan senjata yang digunakan semasa perang. Maka untuk entry kali ini aku akan berkongsi gambar dan penerangan tentang senjata senjata yang pernah diguna pakai oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dulu [kadang kala dikenali sebagai Perang Jepun (orang tempatan di Asia Tenggara terutama Malaysia), Perang Pasifik (gelaran oleh pihak Amerika) dan Perang Sino-Jepun Kedua (gelaran oleh rakyat China)].



1. Pedang Gunto a.k.a Pedang Samurai. Dicipta pada tahun 1868 di Jepun selepas tamat era Samurai. Pernah dilihat dalam beberapa perang sebelum WW2 seperti Perang Russia-Jepun (1904-1905) dan Perang Sino-Jepun 1 (1894-1895).Mempunyai pelbagai versi seperti Type 94, Type 95 dan Type 98.
Lebih dikenali dengan pedang samurai. Kebiasaan dibawa oleh pegawai atasan tentera berpangkat Kapten hingga Jeneral. Kadang kala digunakan oleh anggota lain lain pangkat dalam menjalankan hukuman pancung kepala terhadap musuh.
Hukuman pancung terhadap seorang POW Australia oleh seorang tentera Jepun menggunakan pedang samurai Type 95.

2. Bayonet Type 30. Mempunyai rupa seperti pedang atau pisau belati yang dipasang pada bawah muncung rifle dan light machine gun sesuatu yang sebenarnya merupakan tradisi oleh tentera Imperial Jepun. Bahkan bayonet ini merupakan bayonet yang panjang yang pernah dipasang di muncung rifle berbanding pihak tentera negara lain yang hanya menggunakan pisau tempur (combat knife) sebagai bayonet rifle mereka.
Japan bayonet Type 30.jpg
Bayonet Type 30.Dipasang di bawah muncung rifle Type 30, Type 38 dan Type 99. Dikatakan bayonet ini lebih banyak digunakan berbanding rifle dan peluru kerana salah satu taktik tentera Imperial Jepun ialah serangan Banzai (heads on attack) skala besar.


3. Pistol Smith & Wesson model 3. Pistol revolver ini sebenarnya dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1869 dan dikeluarkan hingga tahun 1915. Tentera Jepun menggunakan pistol ini  selepas berlaku apa yang dipanggil "Pemulihan Meiji' pada tahun 1869. Mungkin kerana pada masa itu S.O.P (Standard Operation Procedure) menetapkan bahawa pegawai tentera Jepun mesti membeli pistol sendiri. Walaubagaimanapun semasa Perang Dunia Kedua meletus,S&W model 3 ini tidak pernah dilihat dalam mana mana pertempuran di teater Pasifik dan Asia Tenggara.
Smith & Wesson No. 3 Third Model Russian 867.jpg
S&W model 3 service revolver pistol.
4. Pistol Revolver Type 26. Direka pada tahun 1893 oleh Koishikawa Arsenal di Tokyo dan diguna pakai sehingga tahun 1945. Type 26 dinamakan sempena 26 tahun selepas zaman Pemulihan Meiji. Pistol ini pertama kali digunakan oleh tentera Jepun semasa Perang Russia-Jepun pada tahun 1904-1905. Ia dikekal dalam perkhidmatan tentera Imperial Jepun hingga tamat Perang Dunia Kedua walaupun sudah wujud versi pistol lain dalam inventory terutama semi-automatic pistol. Mempunyai berat 880 gram, berukuran 231 mm panjang, 130 mm tinggi dan panjang barrel pula 121 mm. Peluru digunakan pula ialah 9 mm caliber dengan 6 pusingan tembakan kerana hanya ada 6 silinder cartridge. Halaju peluru semasa ditembak pula ialah 229 meter per saat. Pistol ini merupakan double action pistol yang mana anda tak perlu cocking hammer sebelum menembak. Tak faham apa itu single action dan double action? Boleh click sini untuk bacaan dan ini untuk tengok video. Jika anda pernah pergi ke Muzium Tentera Darat Malaysia di Port Dickson Negeri Sembilan, sudah pasti anda pernah menemui pameran revolver Type 26 ini di bahagian era Perang Dunia Kedua. Namun demikian,dikatakan pistol ini mempunyai kelemahan yang sangat ketara iaitu over rotating cylinder dan wrong alignment.
Type 26 1539.jpg
Pistol revolver Type 26.

Pistol revolver di bawah itu lah Type 26 berdasarkan rupa dan saiz cuma yang hairan ialah tag nama Revolver type.38. Gambar ni aku ambil semasa berkunjung ke Muzium Tentera Darat Port Dickson, Negeri Sembilan tahun 2012 lalu.

5. Pistol Nambu. Direka oleh seorang pegawai tinggi tentera Imperial Jepun iaitu Leftenan Jeneral Kijiro Nambu pada tahun 1902. Dikilangkan oleh Nagoya Arsenal atau Toriimatsu  serta Tokyo Gas and Electrical Company (bergantung kepada versi pistol Nambu yang dikeluarkan). Pistol Nambu pertama yang direka ialah type A atau lebih dikenali di barat sebagai Grandpa Nambu. Mula digunakan dalam inventory tentera Jepun pada tahun 1909 oleh pihak tentera laut Imperial Jepun sebelum tentera darat. Selain itu pistol Nambu ini juga turut dibeli dan digunakan oleh Thailand pada tahun 1920. Pistol ini turut (kebanyakkan Type 14) digunakan dalam beberapa konflik pasca Perang Dunia Kedua seperti Perang Saudara China (1945-1950), Perang Korea (1950-1953), Perang Indochina (1950-1954), Perang Kemerdekaan Indonesia (1945) termasuk juga Darurat Malaya (1948-1960) oleh PKM serta di awal peringkat Perang Vietnam (1956-1975) oleh gerila Viet Cong. Pistol ini menggunakan peluru 8 mm caliber (lebih kecil kaliber bermakna kuasa tembakan kurang). Mempunyai ukuran 230 mm,berat 880 gram, panjang barrel 117 mm. Cara isian peluru menggunakan magazine yang boleh memuatkan 8 butir peluru per magazine. Kadar halaju peluru yang ditembak ialah 289.6 meter per saat. Jarak tembakan efektif ialah 50 meter. Cara kendalian pistol ialah recoil spring. Walaubagaimanapun, pistol Nambu ini sebenarnya tidak digemari oleh pegawai tentera Jepun sendiri kerana terdapat beberapa kecacatan yang ketara seperti recoil action yang agak kuat selepas setiap tembakan, kadar tembakan yang perlahan, ketepatan tembakan yang kurang jitu dan spring yang mudah rosak jika digunakan secara berterusan. Boleh click video ini jika nak lihat macam mana pistol ini berfungsi dan masalah yang dihadapi.
Nambupistol2465.jpg
Pistol Nambu Type 14.
Pistol Nambu Type A a.k.a Grandpa Nambu early version of Nambu pistol.
Pistol Nambu Type 14 yang dipamerkan di Muzium Tentera Darat Port Dickson Negeri Sembilan.

6. Pistol Nambu Type 94. Ia merupakan pistol semi-automatic pertama ciptaan Leftenan Jeneral Kijiro Nambu. Dikilangkan oleh Nambu Rifle Manufacturing Company pada tahun 1934 dan dikeluarkan untuk kegunaan pihak tentera Jepun pada tahun 1935. Ia merupakan sidearm kegemaran oleh anggota crewman kereta kebal tentera Jepun dan pilot tentera udara Jepun kerana ringan dan saiz kecil. Ia dikeluarkan sehingga tahun 1945. Namun demikian, dikatakan pistol ini kerap mengalami masalah 'tembak dengan sendiri' disebabkan pembuatan yang kurang sempurna. Proses disassemble dan reassemble (ceraikan dan pasang semula bahagian pistol) juga dikatakan agak kompleks. Ukuran pistol ini ialah 187 mm panjang dengan panjang barrel pula 96 mm, berat 765 gram dan ketinggian pistol ini 199 mm. Menggunakan peluru berukuran 8 x 22 mm caliber. Cara isian peluru pula magazine dengan satu magazine hanya boleh diisi sebanyak 6 butir peluru sahaja. Halaju peluru ditembak pula 305 meter per saat. Cara operasi kendalian pistol ini ialah recoil operated,locked breech. Pistol ini sebenarnya direka untuk menyaingi pistol semi-automatic yang ada ketika itu seperti M1911 Colt.45 ACP (USA), Walther (Germany),Luger (Germany),dan Tokarev (Soviet Union) serta FN (Belgium). Statistik menunjukkan jumlah pistol ini dikeluarkan daripada tahun 1934 - 1945 berjumlah lebih 71,000 pucuk pistol.
Type 94 1835.jpg
Pistol Nambu Type 94.
Cara isi peluru dan menembak pistol Nambu Type 94.

7. Pistol Mauser C96. Ia merupakan pistol buatan Germany pada tahun 1896 dan dikeluarkan sehingga tahun 1937 oleh syarikat Mauser di bawah pemerintahan kerajaan empayar Germany (sebelum Perang Dunia 1). Pistol ini juga turut dikeluarkan oleh syarikat Hanyang Arsenal di China. Pistol ini merupakan pistol yang amat popular dan berprestij. Dimiliki oleh hampir kesemua kuasa tentera di dunia sebelum era Perang Dunia Pertama lagi. Bahkan senjata ini masih lagi ditemui dan digunakan dalam beberapa konflik dan peperangan pada masa kini oleh beberapa buah kumpulan bersenjata dan militia. Pistol ini sebenarnya tidak pernah dibeli oleh kerajaan Jepun namun demikian terdapat segelintir pegawai atasan tentera Jepun yang membeli dan memiliki pistol ini. Semasa Perang Sino-Jepun 2,pihak tentera Jepun banyak menggunakan pistol ini hasil rampasan selepas berlaku pertempuran dengan tentera Nasionalis dan Komunis China. Ini kerana pistol ini banyak diguna pakai oleh tentera China pada masa itu. Mempunyai berat 1.13 kg, berukuran 271-312 mm panjang dengan ukuran panjang barrel pula antara 99-140 mm. Menggunakan peluru berukuran 7.63 x 25 mm Mauser, 9 x 19 Parabellum atau .45 ACP (mengikut standard keluaran di China). Cara isian peluru pula ialah 10 butir peluru per magazine atau stripper clip. Jarak efektik tembakan pula ialah 150 - 200 meter dengan kadar halaju peluru ialah 450 meter per saat. Tindakan operasi pistol ini ialah short recoil.
Pistol Mauser C96.

cara mengisi peluru dan menembak guna pistol Mauser C96.

8. Pistol Hamada Type 1. Ia merupakan pistol yang ditiru rekaannya daripada pistol FN Model 1910 buatan Belgium. Walaupun begitu,pistol Hamada ini hanya meniru rekaan asas, mekanisme tembakan dan bentuk sahaja namun berbeza daripada segi penggunaan saiz peluru. Pistol ini direka oleh Bunji Hamada pada tahun 1941 melalui syarikat Japanese Firearms Manufacturing Company dan diteruskan pengeluarannya sehingga tahun 1944. Jumlah pengeluaran pula mencecah hingga 5000 pucuk sahaja menjelang Februari 1944. Pistol ini hanya ditemui dalam kuantiti sedikit berbanding Nambu Type 14 dan Type 94 di mana mana tempat yang dikuasai oleh tentera Jepun di Pasifik. Tiada laporan atau rekod yang terperinci tentang rekaan,hasil eksperimen dan masalah pistol ini kerana kilang yang menghasilkan pistol ini musnah dibom oleh tentera udara Amerika Syarikat semasa kempen pengeboman intensif terhadap Tokyo sekitar tahun 1944-1945. Pistol mempunyai berat 650 gram,berukuran panjang 165 mm dengan panjang barrel 90 mm, dan 121 mm tinggi. Peluru yang diguna pakai pula ialah 7.65 mm Browning atau 8 x 22 mm Nambu. Cara isian peluru ialah magazine dengan 9 butir peluru per magazine. Kadar halaju peluru 300 meter per saat semasa tembakan dilepaskan. Tindakan operasi pistol ini recoil operated, locked breech.
Hamada Type 1 Pistol.

9. Pistol Shiki. Direka oleh Sugiura Shiki semasa dia berada di China sekitar tahun 1942 atau 1943. Tidak banyak data tentang pistol ini yang diketahui melainkan ia direka berasaskan rekaan pistol Colt Model 1903 Pocket Hammerles (buatan Amerika Syarikat). Pistol ini direka dan dikeluarkan di China dengan jumlah pengeluaran yang sangat terhad sekitar 3000 pucuk sahaja. Pistol ini direka kerana pihak tentera Jepun memerlukan pistol versi baru dan diperlukan oleh anggota dan pegawai tentera yang bertugas di China. Namun kekurangan bahan mentah menjadi masalah utama pembuatan pistol ini selain serangan dan rampasan kilang senjata oleh tentera Komunis China pada masa itu.
Pistol Shiki.

Tiada ulasan: