Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 16 Februari 2014

Senjata senjata tentera Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua..part 2 (sub-machine gun / machine pistol)



Alhamdulillah, selesai part 1 maka sekarang ini masuk ke part 2 pula. Kali ini aku nak cerita tentang sub-machine gun atu machine pistol yang pernah diguna pakai oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dulu.


1. MP 18 ( Maschinen Pistole 18). 
   Ia merupakan machine pistol atau sub-machine gun pertama di dunia walaupun ada pendapat mengatakan SMG pertama di dunia berasal di Itali (Villar-Perosa). Direka oleh Theodoer Bargmann di Jerman dalam tahun 1915. Namun dikeluarkan secara besar besaran di penghujung Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.
 Apakah kaitan MP-18 dengan tentera Jepun?
Ok macam ni, di awal peringkat WW2, penggunaan sub-machine gun hanya lah bertumpu kepada pasukan paratroop (payung terjun) sahaja samada paratroop tentera laut Jepun (tentera marine Jepun), tentera darat mahupun pasukan khas. MP-18 boleh dikatakan kepada permulaan kepada penciptaan SMG buatan Jepun seperti Type-100 SMG. Memang benar MP-18 tidak pernah digunakan oleh tentera Jepun dalam operasi ketenteraan namun ia digunakan sebagai perbandingan dan sampel bagi pembuatan Type-100 SMG. Ironinya terdapat sesetengah anggota dan tentera Jepun yang menggunakan MP-18 sebagai senjata utama mereka semasa dalam operasi (mungkin dirampas daripada pihak musuh terutama tentera China kerana MP-18 pernah diberikan lesen pengeluaran oleh sebuah syarikat di China). Sebelum perang meletus,pihak tentera Jepun membeli dan menempah sejumlah besar MP-18 daripada sebuah syarikat di Switzerland pada tahun 1920.Sebagaimana yang telah diterangkan tadi pembelian tersebut lebih kepada tujuan R&D (research and development) bagi penciptaan SMG buatan Jepun. Menurut rekod data persenjataan MP-18, ia mempunyai berat 4.18 kg, panjang pula 832 mm dengan panjang barrel 200 mm. Syarikat yang mengeluarkan MP-18 ialah Bergmann Waffenfabrik di Jerman dan dilesenkan kepada sebuah syarikat lain iaitu Qingdao Iron Works di China serta sebuah syarikat di Switzerland. Menggunakan peluru 9 x 19 Parabellum atau 7.63 x 25 mm Mauser. Cara isian peluru pula samada menggunakan drum magazine berkapasiti 32 butir peluru atau 30-50 butir peluru untuk magazine biasa. Kadar halaju peluru ialah 380 meter per saat dengan kadar tembakan per minit ialah 500 pusingan tembakan per minit.Tindakan operasi senjata ini ialah open bolt blowback. Senjata ini juga pernah digunakan oleh pihak MPAJA semasa pendudukan Jepun di Malaya serta PKM semasa Darurat 1948-1960. Kemungkinan ia dibekalkan oleh pihak British melalui Force 136 atau mungkin juga dibekalkan oleh pihak Komunis China semasa era darurat.
Bergmann MP 18.1
MP-18 sub machine gun.

uji tembak guna MP-18 (di Mississippi,USA).


2. Type-100 Sub Machine Gun.

Ia merupakan satu satu nya sub machine gun pertama dicipta oleh Jepun. Hanya memiliki 2 variasi iaitu Type-100/40 (solid stock) dan Type-100/44 (folding stock). Berbanding senjata tempur lain, sub machine gun Type-100 Jepun ini agak lambat memasuki inventori aset tentera Jepun. Idea rekaan dan penciptaan SMG Type-100 ini diilhamkan oleh Leftenan Jeneral Kijiro Nambu pada tahun 1939 setelah menilai SMG MP-18 buatan Germany yang diperoleh dari Switzerland. Prototype dan pengeluaran dibuat di The Nambu Arms Manufacturing Company di bawah low-priority perjanjian kontrak dengan pihak tentera. Selain itu Kokura Arsenal Company juga turut diberikan lesen mengeluarkan senjata ini. SMG Type-100 ini digunakan oleh pasukan askar payung terjun (paratroopers) tentera darat dan laut Jepun, tentera Marine Jepun (di bawah pentadbiran Tentera Laut Jepun) dan pasukan khas setiap cabang perkhidmatan tentera Jepun. Jumlah pengeluaran SMG Type-100 ini pula dikatakan antara 24,000 - 27,000 pucuk sepanjang tahun 1942-1945. 
   Penggunaan SMG Type-100 ini boleh dikatakan agak terhad kerana ia hanya digunakan oleh pasukan tertentu sahaja. Ia dilihat pernah digunakan semasa Kempen Malaya, Penaklukan Singapura, Pertempuran Palembang, Pertempuran Manado (sekarang dikenali Sulawesi),Pertempuran Timor dan beberapa lokasi pertempuran di kepulauan Solomon dan New Guinea. Ia juga banyak digunakan oleh tentera Jepun dan sukarelawan Jepun di akhir Perang Dunia Kedua seperti di Okinawa. Selain tentera Jepun, beberapa pasukan tentera lain juga menggunakan SMG Type-100 ini termasuk pasukan pemberontak seperti tentera Komunis China,tentera Nasionalis China, Viet Minh, tentera komunis Korea Utara,tentera Korea Selatan, MPAJA, PKM,tentera Thailand serta beberapa pasukan pembebasan di Filipina. Konflik pasca perang dunia kedua pula menyaksikan penglibatan semula penggunaan SMG Type-100 seperti Perang Saudara China (1946-1950), Perang Korea (1950-1953), Perang IndoChina (1946-1954),Darurat Malaya (1948-1960) dan Perang Pembebasan Indonesia (1945-1949).
   SMG Type-100 ini mempunyai berat 3.8 kg (tanpa magazine/peluru) dan 4.4 kg (dengan magazine / peluru). Berukuran 890 mm - 900 mm (bergantung kepada stock sama ada solid atau folding stock). Panjang barrel pula sekitar 228 mm - 230 mm. Menggunakan peluru berukuran 8 mm kaliber iaitu peluru pistol yang digunakan untuk pistol Nambu Type 14 dan Type 94. Isian peluru menggunakan magazine dengan kapasiti 30 butir peluru per magazine. Halaju tembakan yang dilepaskan pula sekitar 335 meter per saat dan kadar pusingan tembakan per minit ialah 450-800 pusingan per minit.
 Kuasa tembakan SMG Type-100 ini agak kurang berbanding SMG lain (seperti Stern-gun, Tommy Gun, Reisen SMG, dan lain lain) namun daripada segi ketepatan pula ia agak tepat kerana tindak balas (recoil action) kurang setiap kali tembakan dibuat. Bagi versi Type-100/40, selain menggunakan solid stock terdapat bipod dan bayonet pada bahagian muzzle SMG. Namun demikian, dikatakan bahawa SMG versi Type-100/40 sentiasa mengalami masalah jamming semasa menembak. Kemudian Type-100/44 pula dikeluarkan oleh Kokura Arsenal Company dan beberapa perubahan yang signifikan telah dibuat seperti membuang aksesori bipod dan bayonet serta memperkenalkan  folding stock (hulu senapang yang boleh dilipat) tetapi masih mengekalkan penggunaan peluru 8 mm kaliber.
SMG Type-100/40.
SMG Type-100/44 with folding stock.
Tentera Jepun daripada Special Naval Landing. Askar berdiri itu menggunakan SMG Type-100.

Salah satu dokumentari (tapi yang ni cuma clip short sahaja) tentang SMG Type-100.

Ok lah aku nak rehat sekejap sebab lapar dan hanya ambil breakfast sahaja tadi. Kita sambung dalam part 3 tentang rifles pula di entry yang lain. Wasalam.

Tiada ulasan: