Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 7 April 2014

senjata senjata tentera Jepun yang digunakan semasa Perang Dunia Kedua...part 3 (rifles)

Part 3: Rifles yang digunakan oleh tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia Kedua.



1) Arisaka Type 30 Bolt Action Rifle:
File:Arisaka Type 30.jpg
Arisaka Type 30
Merupakan rifle standard infantri bagi tentera Imperial Darat Jepun dan tentera Imperial Laut Jepun. Penciptaan rifle ini dibuat pada tahun 1895 bagi menggantikan single shot Murata rifle yang digunakan sebelum itu. Dinamakan Type 30 sempena usia pemerintahan Meiji yang mencecah tahun ke-30 pada masa itu. Projek pembuatan rifle ini dikendalikan oleh Koishikawa Arsenal di bawah arahan Kolonel Arisaka Nariakira. Selain versi standard infantri, terdapat juga versi rifle Type 30 carbine dan juga untuk kegunaan pihak tentera Laut Imperial Jepun (dikenali Type 35). Jumlah pengeluaran dibuat pula ialah 554,000 bagi standard infantry rifle dan 45,000 carbine daripada tahun 1899 - 1945.

  Rifle Arisaka Type-30 ini digunakan oleh tentera Imperial Jepun bermula pada tahun 1899 hingga 1945. Namun begitu,ia kekal diguna pakai dalam beberapa konflik pasca Perang Dunia Kedua di benua Asia. Selain Jepun terdapat juga beberapa negara lain yang telah membeli dan menggunakan rifle Arisaka Type-30 dan juga versi Type-35 Navy untuk kegunaan pasukan tentera mereka. Antaranya ialah United Kingdom, Russia, Finland dan Estonia ketika pra Perang Dunia Pertama dan pasca Perang Dunia Pertama.

  Senjata ini beraksi dalam pertempuran buat pertama kali dalam Pemberontakan kumpulan Boxer di China pada tahun 1899. Kemudian dalam Peperangan antara Jepun menentang Empayar Russia pada tahun 1904. Seterusnya Perang China-Jepun (Sino-Jepun) 2 pada tahun 1936 dan Perang Dunia Kedua dari tahun 1941 - 1945. Konflik pasca Perang Dunia Kedua yang menyaksikan penggunaan semula senjata ini oleh pihak bertelagah ialah Perang Saudara China pada tahun 1946-1950, Perang Kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945-1949, Darurat Malaya pada tahun 1948-1960 (digunakan oleh PKM), Perang Korea pada tahun 1950-1953 dan Perang IndoChina 1 pada tahun 1946-1954. Terdapat juga beberapa kes di mana saki baki anggota tentera Jepun yang enggan menyerah diri selepas tamat perang masih menggunakan rifle ini dan bersembunyi di hutan tebal di beberapa buah negara di Asia Tenggara dan kepulauan di Pasifik hingga ke akhir 1970 an.

6.5mm Arisaka Type 30 rifle.

Spesifikasi rifle Arisaka Type-30 ialah seperti berikut:-

Berat : 3.95 kg.
Panjang keseluruhan rifle: 1280 mm.
Panjang barrel rifle: 797 mm.
Peluru digunakan: 6.5 x 50 mm Arisaka cartridge.
Cara isian peluru: 5 butir peluru per internal magazine.
Halaju peluru ditembak: 765 meter per saat.
Kadar tembakan per minit: 10 - 15  rounds per minute.
Tindakan operasi rifle: Bolt action (selak).

  Walaubagaimanapun terdapat beberapa permasalahan yang wujud tentang Rifle Arisaka Type 30 ini. Antaranya ialah;

1) Saiz rifle yang panjang berbanding ketinggian anggota dan pegawai infantri. Belum lagi ditambah dengan bayonet.
2) Dust cover (penutup habuk) yang diletakkan berasingan dari bolt-action. Setiap kali tembakan dilepaskan, penembak terpaksa mengalihkan dust cover sebelum menarik bolt. Ini melambatkan tembakan seterusnya dan memudahkan habuk masuk ke dalam barrel.
3) Mudah berlaku 'misfire' (tembak sendiri) kerana tiada safety key (kunci keselamatan).
4) Aiming iron sight (pejera besi) tidak selari di bahagian muncung dengan di bahagian belakang rifle. Mengakibatkan tembakan tidak tepat ke sasaran.
5) Sukar membuka komponen rifle bagi kerja pembersihan bahagian dalaman rifle.
6) Jamming semasa menembak kerana pengumpulan habuk dan serbuk belerang di dalam barrel.
7) Sesetengah kes,peluru retak dan meletup dengan sendiri dalam barrel.

Oleh itu beberapa modifikasi dibuat hingga lahir lah satu lagi versi rifle Arisaka iaitu Type 38.
Peluru 6.5 x 50 mm Arisaka dengan internal magazine.

Askar Jepun dengan rifle Type-30. Mungkin jenis carbine kerana saiz yang pendek.
Anggota tentera British dengan rifle Arisaka Type-30. Sebelum meletus Perang Dunia 1 (1914-1918).


2) Arisaka Type-38 Bolt Action Rifle:

6.5mm Arisaka Type 38 rifle.

File:Arisaka Type 38 rifle.JPG
Arisaka Type-38.

Merupakan hasil pembaharuan dan penambahbaikan serta modifikasi daripada Arisaka Type-30. Maka lahirlah Arisaka Type-38. Masih lagi mengekalkan versi standard dan carbine untuk pihak tentera Imperial Jepun (Darat dan Laut).Dinamakan Type-38 bersempena Pemerintahan Meiji yang ke-38 tahun. Projek pembikinan rifle ini pula kali ini dibuat secara usaha sama oleh Leftenan Jeneral Arisaka Nariakira dan Kijiro Nambu pada tahun 1905.Dikeluarkan di beberapa buah kilang penghasilan senjata dan bahan letupan seperti di:-

  • Koishikawa
  • Kokura
  • Nagoya
  • Jinsen
  • Mukden
Arisaka Type-38 mula memasuki inventori angkatan bersenjata Imperial Jepun pada tahun 1906 dan kekal digunakan hingga tahun 1945. Jumlah pengeluaran rifle ini mencecah 3 juta pucuk rifle bermula pada tahun 1906 hingga tahun 1945. Ia juga menjadi standard rifle dan carbine rifle bagi kebanyakkan pertempuran yang berlaku sepanjang Perang Dunia Kedua meletus dan juga beberapa konflik besar dan kecil pasca Perang Dunia Kedua di Asia Timur dan Tenggara.

  Selain digunakan oleh pihak Jepun sendiri, terdapat beberapa buah negara lain yang membeli senjata ini. Antaranya ialah:-

  • Russia (sebelum berlaku Revolusi Bolshevik yang menggulingkan Tsar Russia dan mewujudkan negara komunis pertama di dunia iaitu Soviet Union).
  • Poland (menggunakan Arisaka Type-38 daripada pihak Russia)
  • United Kingdom (untuk kegunaan tentera laut Diraja Britain sebagai training rifle. Pada tahun 1921, rifle ini dianggap lapuk dan digantikan oleh Mark Enfield)
  • Mexico (sebanyak 40,000 rifle dipesan dan disesuaikan dengan peluru 7 x 57 mm Mauser pada tahun 1910 namun hanya 5000 rifle sahaja sampai sebelum dibatalkan akibat berlaku rampasan kuasa pada tahun 1911).
  • Thailand (sebelum Perang Dunia Kedua).
  • Perancis (semasa Perang Dunia Pertama).
Manakala semasa Perang Dunia Kedua dan konflik pasca Perang Dunia Kedua pula pihak pihak yang menggunakan rifle ini ialah:-
  • Tentera Manchukuo (Manchuria; Kerajaan Manchukuo pada masa itu merupakan kerajaan boneka Imperial Jepun).
  • Parti Komunis China (dirampas daripada tentera Jepun dan digunakan semasa Perang Saudara China).
  • Tentera Nasionalis China (dirampas daripada tentera Jepun dan digunakan semasa Perang Saudara China).
  • Myanmar (dirampas daripada tentera Jepun untuk menentang British).
  • Vietnam (dirampas daripada tentera Jepun dan digunakan dalam Perang IndoChina 1).
  • Indonesia (dirampas daripada tentera Jepun,sesetengah kes banyak diberikan kepada anggota tentera Keamanan Rakyat oleh pegawai dan tentera Jepun sendiri. Digunakan dalam Perang Kemerdekaan Indonesia).
  • Parti Komunis Malaya (dirampas daripada tentera Jepun dan digunakan semasa awal peringkat Darurat Malaya).
Arisaka Type-38
 6.5mm Arisaka Type 38 carbine, with the bolt cover in place.
Carbine Type-38.



Spesifikasi rifle Arisaka Type-38 Bolt Action ialah seperti berikut:-

Berat : 3.95 kg.
Panjang keseluruhan rifle: 1280 mm.
Panjang barrel rifle: 800 mm.
Peluru digunakan: 6.5 x 50 mm Arisaka cartridge.
Cara isian peluru: 5 butir peluru per internal magazine.
Halaju peluru ditembak: 765 meter per saat.
Kadar tembakan per minit: 10 - 15  rounds per minute.
Tindakan operasi rifle: Bolt action (selak).

  Penambahabaikan dibuat dengan memasang dust cover pada bolt action, menyelaraskan kedudukan pejera besi, dan terdapat juga folding bayonet dipasang (hanya untuk carbine terutama versi carbine Type 44).

  Selain itu terdapat juga variasi rifle lain yang menggunakan rifle Arisaka Type-38 sebagai fundamental atau basis dalam proses upgrading senjata,antaranya ialah:-

Tentera Jepun dan senjata mereka

  • Type 44 carbine. Laras yang pendek dan mempunyai bayonet yang boleh dilipat. Terdapat cleaning kit pada bahagian hulu rifle (buttstock rifle) Banyak digunakan oleh infantry dan juga pasukan khas dan pasukan payung terjun Imperial Jepun. Dikeluarkan pada tahun 1911 - 1942 sebanyak 91,900 rifle Type 44 dihasilkan. Berat rifle ini 3.3 kg, panjang keseluruhan 966 mm, panjang barrel 487 mm, dan kuasa tembakan 685 meter per saat serta ia masih kekal menggunakan saiz peluru yang sama.
Arisaka Type 44 carbine, with integral folding bayonet and bolt cover installed.
Carbine Type 44.

  • Type 97 Sniper Rifle. Merupakan versi sniper untuk Arisaka Type-38. Dengan hanya sedikit penambahan pada saiz panjang barrel untuk mengoptimumkan kuasa tembakan dan mengurangkan kesan asap serta juga teleskop 2.5 x magnification power sight pada bahagian pejera belakang. Terdapat juga monopod dipasang untuk mendapatkan kestabilan semasa menembak. Dihasilkan pada tahun 1937 di kilang Kokura dan Nagoya dan diteruskan penghasilan hingga tahun 1945.
Arisaka Type 97 Sniper rifle.
Masalah utama pada Arisaka Type-38 dan variants kecuali versi carbine ialah saiz panjang keseluruhan yang agak panjang dan ia bertambah panjang jika dipasang bayonet. Menyukarkan anggota dan pegawai untuk melaksanakan operasi di kawasan sempit serta terdedah kepada pandangan musuh di kawasan terbuka. Selain itu versi standard Arisaka Type-38 dikira agak berat dengan mencecah 4.21 kg apabila dipasang dengan bayonet. Selain itu terdapat juga masalah pemasangan dust cover pada bahagian bolt action kerana ia mengakibatkan bolt action tersangkut setiap kali ditarik terutama selepas beberapa das tembakan dibuat.

Askar China memikul rifle Arisaka Type-38.


Salah satu babak penggambaran filem perang MacArthur dimana askar Jepun menggunakan Type-38.
Saki baki rifle Arisaka Type-38 yang dicerai beraikan oleh seorang anggota tentera marin USA selepas tamat perang.
Tentera Jepun menyeberangi sebatang sungai di China pada tahun 1938 membawa bersama kelengkapan dan rifle.
Askar payung terjun tentera Jepun membawa rifle Type-38 atau 44 carbine.
tentera Jepun dalam satu operasi pertempuran.

3) Arisaka Rifle Type 99:

7.7mm Arisaka Type 99 rifle and bayonet in scabbard; bolt cover removed.



Merupakan rifle selak (bolt action rifle) versi baru pada masa itu bagi menggantikan Arisaka Type 38. Namun disebabkan Perang Dunia Kedua di sebelah Pasifik berlaku dengan pantas maka status progress pengeluaran Arisaka Type 99 ini agak terhad. Punca rifle ini direka ialah apabila pihak tentera Jepun mendapati peluru 8 x 57 mm IS milik tentera China lebih berkuasa daripada peluru standard yang pihak tentera Jepun sering gunakan iaitu 6.5 x 50 mm yang digunakan untuk rifle Arisaka Type 38. Maka pada tahun 1939 pihak Jepun telah mereka dan mengeluarkan rifle baru berasaskan rekaan rifle Arisaka Type 38 namun menggunakan peluru berukuran 7.7 mm caliber. Even lebih besar daripada peluru machine gun pada zaman sekarang ini (7.62 mm). Rifle Arisaka Type 99 ini telah dihasilkan di 9 buah kilang senjata di mana 7 buah di Jepun, 1 buah di Mukden (China) dan 1 buah lagi di Jinsen (Korea).

Peluru 7.7 x 58 mm yang digunakan untuk rifle Arisaka Type 99.

Walaupun dihasilkan daripada tahun 1939 hingga tahun 1945, rifle Arisaka Type 99 digunakan secara meluas hatta selepas tamat Perang Dunia Kedua. Dalam konflik Perang Dingin iaitu Perang Korea pada tahun 1950 hingga 1954. Kedua dua pihak bertelagah iaitu Korea Utara dan Korea Selatan menggunakan rifle ini. Bahkan pihak tentera Amerika sendiri membekalkan kepada Korea Selatan bertan tan rifle Arisaka Type 99 dengan sedikit pengubahsuaian di mana peluru yang digunakan ialah peluru .30-06 (kebiasaan digunakan untuk Springfield bolt action rifle). Selain itu konflik pasca Perang Dunia Kedua dan permulaan Perang Dingin juga turut menyaksikan rifle Arisaka Type 99 kembali digunakan iaitu

1) Perang Saudara China tahun 1946-1950.
2) Perang Pembebasan Indonesia 1945-1949.
3) Darurat Malaya 1948-1960.

Selain itu ia juga pernah menjadi senjata am bagi negara Thailand daripada tahun 1945 hingga 1950 sebelum dinyahkan daripada perkhidmatan sekitar pertengahan dekad 50 an.

Spesifikasi rifle Arisakat Type 99:-

Berat: 3.7 kg.
Panjang: 1120 - 1270 mm.
Panjang barrel: 657 mm.
Kartrij / Peluru: 7.7 x 58 mm.
Isian peluru: Internal Kartrij (5 round) magazine box.
Halaju peluru ditembak: 730 meter per saat.
Tindakan operasi rifle: Selak (Bolt action).

Apa motif pihak tentera Jepun memasang aim sight sebegini?

Dalam family Arisaka, rifle type 99 ini dianggap sebagai yang terbaik daripada segi pembuatan dan ketepatan namun tatkala menjelang akhir Perang Dunia Kedua didapati pihak tentera Jepun telah mengabaikan kepentingan mutu dan kualiti bahan yang digunakan untuk mereka rifle type 99 ini. Natijah nya lahir lah apa yang dipanggil Last Ditch rifle.

Last Ditch rifle.
Dipanggil last ditch rifle oleh para sejarawan dan engineer military US kerana penghasilannya sangat buruk. Bahan yang digunakan seperti kayu,besi dan lain lain lagi didapati hasil recycle. Peluru yang digunakan pun dipercayai mengguna pakai bahan recycle. Sekali gus mencacatkan rupa rifle dan paling penting memberi kesan buruk kepada penggunanya. Antara perkara buruk yang sering berlaku ialah berlakunya letupan dalam barrel, barrel jamming, pengumpulan habuk dalam barrel dan pelbagai lagi. Bahkan kaedah pasang komponen pun guna paku bukan bolt dan skru. Mudah kopak pada bahagian buttstock rifle apabila diguna untuk memukul objek keras.

Versi yang terhasil daripada Arisaka Type 99 bolt action rifle ialah:

1) Sniper rifle. Sama seperti Type 97 sniper rifle cuma berbeza ialah pemasangan monopod.

2) Carbine version. Lebih pendek dan digunakan untuk special force.

3) Terdapat aim sight untuk anti aircraft shooting. Tidak diketahui apa punca dipasang aim sight sebegitu pada bolt action rifle. Namun alasan yang boleh diterima ialah mungkin untuk menembak pesawat yang terbang rendah akan tetapi itu tak beri sebarang kesan yang signifikan untuk menembak jatuh sebuah pesawat dengan hanya 5 rounds 7.7 x 58 mm.

Sebagaimana yang kita maklum sudah jadi kebiasaan rifle Arisaka akan dipasang bayonet yang amat panjang dan juga terdapat tanda bunga kristanium pada bahagian dust cover atau receiver.

tanda bunga chrystanium. Simbol kebanggaan bagi tentera Jepun kepada Maharaja Hirohito.
Monopod pada Arisaka type 99.
Seorang askar Jepun menembak menggunakan rifle Arisaka Type 99 yang dipasangkan teleskop. Yang mana itu ialah sniper rifle.

File:Arisaka Type 99 bayonet.jpg
Bayonet type 42 yang sering dipasang pada muncung rifle Arisaka Type 99.

Tiada ulasan: